Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 11
Posted on Tuesday 29 November 2011
@ November 29, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Baju pertunangan yang tersangkut di dinding itu dipandangnya. Cantik. Design baju tu sebenarnya dah lama 'siap' di dalam fikirannya. Sejak dia tahu apa itu ertinya imiginasi dan tahu melukis. Dia memang suka melihat baju-baju cantik, dan di situlah dia mendapat ilham. Teheee.

Dia pun macam perempuan lain juga sebenarnya, ada fantasi sendiri mengenai hari 'bahagia' dia akan berlaku. Warna apa? Bajunya macam mana? Tema? Semualah.. lengkap dari segenap segi. Dari sebesar-besar benda hinggalah sekecik-kecik benda macam goodies bag.Dari kecik lagi dia dah ada fantasi fairy tales macam tu. Katanya dia akan kawen dengan sang putera yang baik hati dan live happily ever after..

Happily ever after?

Ezzah melepaskan keluhan.

Kalaulah lelaki yang memang dia suka, yang dia sayang, sah-sah la hari ni hari yang paling gembira yang dia pernah rasa selama jadi Ezzah Hani.

Huhhh, dia mengeluh.

Betul ke apa yang aku buat ni?

Betulkah kalau dapat restu dari keluarga ni menjamin kebahagiaan dia?

Tanya Ezzah kepada diri sendiri.

"Cantik.." suara dari belakang membantutkan fikirannya.

Ezzah berpaling, kak Dhir tengah tersenyum ke arahnya. Ezzah tersenyum, kak Dhir ni memang rajin senyum!

"Nervous?"

Ezzah mengangkat bahu.Dia memandang ke luar tingkap. Kereta-kereta sudah berbaris di halaman rumah Opah untuk hari pertunangannya. Cuak kah dia? Entah la, rasa sekarang ni lebih kepada tak pasti. Adakah betul pilihan yang dia akan buat ni? Kalau tak betul, dia ada masa lagi 10 jam untuk keluar dari rumah Opah ni, pandu Swift putih di halaman dan lari! Lari menyorok dan bila sampai masa yang sesuai dia akan pulang ke kampung dan meminta maaf.

Dia tersenyum. Tak mungkin dia akan bertindak demikian. Kesian Opah.. mana Opah mahu sorok muka? Dia berpaling menghadap kak Dhir.

"Betul ke ni kak Dhir?"

Hadhira tersenyum. Macam tu jugak dia rasa bila dia di tempat Ezzah dulu. Betul ke? Soalan tu berjuta kali dia tanya dan Alhamdulilah pilihannya itu betul.

"Minta doa, biar Dia permudahkan."

Ezzah angguk.

"Masa kak Dhir dengan abang dulu, how did you know?"

"Whether he is the one, for me?" pertanyaan Ezzah dijawab dengan soalan.

"Dont say you just know.. because I feel none, empty." kata Ezzah. Dia selalu dengar yang orang selalu kata, 'I just know he is the one yada yada yada..' tapi macam mana?! Just know is bullshit, mestilah ada sebab kenapa kita berani to say yes. Marriage is a big thing! Bukan macam main kawen-kawen dulu masa kecil dan bila sampai masa (waktu tengah hari), berpisah dan balik rumah masing-masing sebab kalau tak balik  Ibu datang bawak rotan! Dan esoknya pula datang balik, resume balik main kawen-kawen tu macam hari sebelum.

Bagi Ezzah kahwin ni benda serius, benda yang forever, bukannya kena resume/replay balik macam permainan dia main kecik-kecik dulu.

"I dont know."

Ezzah memandang Kak Dhir yang dah duduk atas katil tu, dia kurang dengar apa yang dikatakan oleh kakak iparnya.

Hadhira tersenyum. "I dont know he is the one for me. In fact masa dia shake hand dengan tok kadi tu pun kak Dhir rasa confuse, pastu mula la keluar 'awan-awan' dari kepala tanya adakah benda ni betul, right decision.. it takes for a while, for both of us, for me, to put back the lost pieces of jigsaw puzzles?" Hadhira tersenyum. Put back the lost pieces of jigsaw puzzles, awwwww. Ezzaq la punya pasal ni! Dah pandai bermadah-madah pulak Hadhira ni!

Ezzah mengerut dahi. "So kak Dhir gamble je, risk your life for my abang?"

"Bukan risk my life, gamble ke apa ke.. hurmm.. more to tawakal, berserah kepada Dia, percaya apa yang Dia datangkan kepada kita tu ada sebab musababnya. Kita dah berdoa, dan buat apa yang mampu and the rest, He knows better." kata Hadhira tersenyum. Dia teringat kisah dia dengan Ezzaq setahun lepas, dia tak tahu, tak pasti dengan perasaan dia, apatah lagi nak ada instinct he-is-the-one macam orang selalu cakap tu tapi yang pasti dia percaya dengan ketentuan Allah, dan apa yang menguatkan lagi perasaan dia untuk kata Ya kepada Ezzaq ialah sikap Ezzaq yang mesti ada kat sebelah dia bila dia rebah..

"Thank you kak Dhir. I always love talking to you."

"Kak Dhir pun, Kak Dhir tak pernah ada siblings.. nasib baik Ezzah ada, boleh la kak Dhir show-off gaya seorang kakak sikit." *flips hair*

Ezzah tergelak. Dengan adanya kak Dhir ni, sedikit-sebanyak, kerisauannya terhapus jugak. Dah tak ada 'awan-awan' keluar dari kepala bertanya betul ke tak.

I'm gonna trying my best dan tawakal..

....

Ezzah memandang cincin di jarinya. Akhirnya, Ezzah Hani is someone's fiance. Kalau kawan-kawan kolej tahu sah-sah dia kena hambur sebab rahsiakan, tapi kata Opah, pertunangan ni seelok-eloknya dirahsiakan. Ye ke? Alla baru je nak ubah status kat facebook, dari Single to Engaged. Mesti ramai orang comment dan like. HAHAHAHA. Ezzah tersenyum.

"Kakkkkkk!" suara dari luar bilik menyebabkan dia hampir terbangun dari kerusinya.

"Widad? Aida?"

"Yella.. sampai hati akak!" muka Widad dan cemberut. Aida di sebelah pun sama, tapi tak ada la cemberut macam gadis berbaju kurung ungu ni.

"Kenapa?"

"Kak bertunang dengan abang Hariz!"

Ezzah tergelak. Sebab tu je? Haha. Alamak dia dah mengguris perasaan ahli-ahli fanclub Hariz ni?

"Korang yang cakap dia tu calon paling sesuai jadi husband, so kak say yes je la."

"Akak dah merosakkan kepercayaan kami kat akak." sambung Aida pula yang diam dari tadi.

Ezzah menyambung gelaknya tak sudah tadi. "Korang ni umur berapa?"

"14 tahun.." jawab mereka serentak.

"Percaya la cakap kak. Abang Hariz tu hanyalah your childhood-crush. Akak dulu pun ada juga childhood crush." Ezzah tersenyum, mengingatkan kisah childhood crush dia dulu.

"Handsome tak dia kak?" tanya Aida. Ezzah tersenyum, amboi dah tak kecewa nampaknya?

"Mestilah dia kena handsome, cute dan cool gila. Bawak keter sport, semua kawan akak suka kat dia."

"Pastu?" tanya Widad pulak.

"Pastu dia kawen dengan orang lain. Yang lagi cantik dari akak.. tinggi dari akak yang masa tu baru dalam proses nak besar. Hopeless rasanya tapi masa tu akak baru 13 tahun tahu dan dia pulak sepuluh tahun tua pada akak."

"Akak menangis?"

"Menangis? Nope tapi akak tekad that someday akak akan jadi macam perempuan, lagi cantik dan tinggi daripada dia.. biar childhood crush kak tu tahu yang rugi dia tak pilih akak and someone, someone yang beruntung, yang deserved untuk dapat seorang Ezzah Hani! Crazy kan?"

"Macam tu je?"

"I met him last year. Dengan perempuan tu lagi, ada dua orang anak yang comel. Happy family dan korang tahu tak apa yang kak rasa bila jumpa childhood crush akak tu?"

Aida dan Widad menggeleng kepala. Tangan mereka diletakkan di bawah dagu, khusyuk mendengar cerita barangkali.

"I felt nothing, tak da perasaan. Langsung. Ironi kan kalau dulu masa akak 13 tahun, rasa macam nak pecah jantung je tapi sekarang.. I lived on."

"14 years old.. korang ada banyak lagi masa nak cari. Hepppp study dulu, masuk U dapat ijazah and then come the perfect time!"

"Akak ni cakap macam fairytales."

"We create our own fairytales. I create mine, korang pon boleh buat benda yang sama." Ezzah tersenyum. No biggies, I'm big sucker for fairytales story!

Aida dah tersenyum. Widad pun sama. Ezzah mengurut dada. Lega. Bila 'kawan-kawan'nya ni dah tak merajuk dengan dia.

Aida berbisik sesuatu dengan Widad. Widad hanya mengganguk. Ezzah menaikkan kening? Entah apa adik-adik ni berbincang. Rahsia mungkin?

Ezzah tersenyum. Dia dulu pun macam tu.

Dia memandang cincin di jari yang baru saja disarungkan oleh Mak Cik Awa, bakal mak mertua. Dia suka dengan bakal mertua dia tu, baik, peramah dan cantik. Cantik semulajadi, yang tak payah mekap tapi dah terserlah kecantikkannya.

Agak-agaknya anak teruna dia tu, Hariz Iman ni, mewarisi tak kecantikkan semula jadi perempuan ni? Kebaikkan dia? Keramahan dia?

"Kak,"

"Hurm..."

"Kitorang dah bertekad..."

Kening Ezzah diangkat, bertekad?

"Kami sepakat, sehati, menyerahkan abang Hariz kepada akak. Kitorang setuju seratus peratus!"

Ezzah dah tergelak. Macam-macam.

"Thank you." kata Ezzah sambil tergelak. Sampai terkeluar air matanya kerana ketawa.

Oh alangkah bahagianya jadi remaja..

.....................................

p.s: Again sorry for makes all of you menunggu-nunggu bencisayang 11. Teeheee. Saya ada tapi idea nak menulis tak ada. Hehehe.  
This is for you guys, who waits.

Labels:


7 Surat Chenta ♥

7 Comments:

Blogger Hajar said...

finally, dah bertunang pun. but still ezzah tak tau siapa tunang dia. agak-agak sampai nikah ke nanti baru tau? *scary

29 November 2011 at 14:04  
Blogger keSENGALan teserlah.. said...

tunang sudah !!
eh eh, ezzah tatau eh sape hariz iman??

oooooo.
next next

29 November 2011 at 14:04  
Blogger Ednin said...

@hajar: nooo xmungkin sampai kawen tak tahu. scary tuh!
@keSENGALan terselah: tunang sudeeyyyy.

29 November 2011 at 14:15  
Blogger Kak Sue said...

Bilalah sampai masa Ezzah tahu siap tunang dia.... pengsan ke lagi teruk bergaduhhhh.... kita tungguuuuuuu.... hehehe... x sabarrr....

29 November 2011 at 15:00  
Anonymous Anonymous said...

cik writer cpt2 uplod n3 bru..plz100x hehe

29 November 2011 at 15:08  
Anonymous sweetstalker said...

hahaha..cun la ED :))..Xsbq nk tgu wooden heart cayaq kih3..dont MIA2 lg la ED..Sawan xbc kisah bebudk ni hihi

29 November 2011 at 15:42  
Anonymous MaY_LiN said...

alahai anak mak ni..
kecik2 da pandai flirt ya..
isk isk isk

29 November 2011 at 19:58  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas