Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 28
Posted on Monday 2 January 2012
@ January 02, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah berjalan ke ruang makan. Suara riuh rendah suara manusia itu menarik minatnya. Dah lama rumah mereka ni tak sebising macam ni. Kalau selalunya, semua mesti sibuk dengan hal masing-masing. Along dengan Papa mesti sibuk cepat-cepat makan sebab nak catch up pergi office, takut jalan jam dan dia pulak spesies tak makan pagi. Setakat minum air je, tak pun kalau dah lambat sangat main rembat cookies dan bergerak ke kuliah.

"Good morning." kata Ezzah sambil memeluk papa dan mencium pipinya. A good morning kiss. Ritual yang dia selalu buat pagi-pagi.

"Morning, dear. Lambat turun?" komen Papa.

Ezzah tersenyum. Lambat sangat ke? Baru pukul 8 pagi..

"Biasalah pa. Mesti dia sambung tidur tu. Qada' tidur semalam yang tak cukup ye dik.. bekerja keras eh?" suara Along menyampuk sambil tersenyum gedik. Sumpah bila tengok senyuman tu dia rasa nak baling je kerusi meja kat Along. Mulut spesies tak reti nak behave.

"Diam la. Along tu awal pulak bangun hari ni? Selalunya waktu macam ni terbongkang lagi atas katil." dia fire balik. Tapi betul apa, Along kalau dia cuti tak bangun lambat memang bukan Along lah namanya.

"Tak palah. Along angkat bendera putih. Kasi chance kat pengantin baru.. lepas ni jangan lupa eh, Along nak anak sedara. Tak sabar ni, anak Ezzaq perempuan. Along nak nephew. Mesti degil macam Ezzah!" kata Along sambil mengeyit mata kepadanya.

Ezzah membulatkan mata. Dan dia pasti muka dia dah tengah menukar warna menjadi merah jambu sekarang ni. Terus dia berjalan ke arah Along sambil memulas telinga abang sulungnya itu. Setelah berpuas hati dia bergerak ke dapur, mengambil pinggang kosong. Tak betah duduk di ruang makan kalau asyik kena usik macam tu...

"Ezzah memang macam tu. Garang! Singa betina dalam rumah ni. Nasiblah you. Welcome to the family, Hariz. Lepas ni kena berguru dengan kita orang la macam mana nak tamed singa betina tu." kata Along sambil tergelak-gelak. Suaranya dibiarkan tinggi, biar Ezzah mendengar.

Ezzah kembali dengan beberapa pinggan ditangannya. Dia mencebir. Topik masih mengenai dirinya. Dia menggelengkan kepala.

Kalau tadi turn Along, sekarang pula turn Pak Su..

"Tapi dia manja. Ingat lagi dulu asyik suruh pak su dukung je masa kecik-kecik.. naik lenguh badan. Mana taknya masa kecik.. sihatnya ya amat." kata pak su sambil mengembungkan pipinya.

"Manja apanya tu pak su. Malas. Dia malas nak berjalan sebab tu suruh dukung.. mana nak bakar lemak dalam badannya." Along menyampuk lagi.

"Eeee.. nak kena ni!" Pinggan diletakkan di atas meja dan dia segera berjalan ke arah Along lalu mencubit lengan lelaki itu bertalu-talu. Biar puas hati.

Along hanya tergelak. Ezzah, nampak je brutal tapi setakat cubit-cubit manja macam tu. Tadernya nak masuk ER. Kalau ya pun, dia heran apa, Ezzaq kan ada..

"Apa ni gaduh-gaduh. Ezzah, sit down. Makan." kata mama, yang baru keluar dari dapur membawa karipap yang baru siap di angkat dari kuali. Sah-sah karipap Opah. Hoyeaaah, mengidam ni!

Ezzah mengambil pinggan kosong di sebelahnya dan mencedok mee goreng ke dalam pinggan. Perbualan antara lelaki-lelaki di meja makan tu tak diendahkannya.

Mee goreng lagi sedap.. makan mee tak da la rabak hati sangat. Dengar Along yang ralit mengusik tue..

Entah kenapa dia rasa seakan-akan ada mata yang memandangnya. Ezzah berpaling ke sebelah kanan.

Gulp. Dia telan air liur.

Hariz! Tak sedar pulak yang dia dah duduk di sebelah Hariz..

"Dah makan?" Ezzah bertanya. Soalan yang tak berapa soalan sebab dia sendiri nampak pinggan Hariz dah kosong. Lelaki tu lebih senang menghirup teh panas..

"Done." jawab Hariz. Matanya berpaling ke arah pinggan kosong tu.

Ezzah mengangguk. "Well then saya makan dulu la ye." Tiba-tiba dia gugup, peristiwa malam semalam bermain di kepala. Haiyooo. Blushing.

Hariz mengangguk. Dia memfokuskan kembali kepada 'diskusi' meja makan itu. Diskusi pasal Ezzah, menarik enough sampaikan dia tak terasa nak bangun pun walaupun dah kenyang. Sambil-sambil tu matanya melirik ke arah Ezzah, yang sedang menguis sayur di dalam mee goreng itu ke hujung pinggan.

"Tak makan sayur?"

Ezzah mengangkat kepala. Dia berpaling ke kanan sambil tersengih. Gotcha!

Lambat-lambat dia menggeleng.. hands up. Sayur membuatkan dia rasa nak termuntah. Dia teringat lagi bila Sofie mencabarnya makan sayur masa mereka awal-awal belajar dulu.. dan dia yang jenis pantang dicabar ni pun menyahut cabaran Sofie dengan memesan sup sayur tengah hari tu.. dan akhir sekali, dia terpaksa angkat bendera putih. Mana taknya baru dua tiga suapan, dia dah termuntah.

"Sayang la. Penat-penat petani tanam, jaga, alih-alih awak tak makan."

"Tak boleh la. Memang tak boleh." semangat dia menerangkan.

Hariz angkat kening.

Ezzah tetap menggelengkan kepala. Tak nak makan. Never!

"Bak sini." kata Hariz sambil mengambil sayur-sayur yang dikuis-kuis Ezzah itu dan diletakkan ke dalam pinggannya.

"Thank you." Ezzah tersenyum. Teheee. Aiss, ni yang buat bertambah jatuh hati lagi ni.

"Amboi our pengantin baru. Ber-exchange exchange makanan pulak. Cemburu pulak Mak Su tengok kat sini." Mak Su yang tengah duduk di hadapan Ezzah tu tersenyum simpul. Ezzah apa lagi? Lagi la tebal blushingnya.. adoi.

"Ezzah ni tak makan sayur." Hariz menjawab. Ezzah mengangguk. Betul!

"Alla tak payah nak justify, all above all, that's sweet." kata Mak Su sambil mengeyit mata kepadanya.

Ezzah menggelengkan kepala. Mak Su dia ni memang macam tu.

"So bila you all nak bertolak balik Kedah? Tak sabaq ni nak tengok sawah padi." kata Mak Su. Matanya dah jelas menunjukkan berapa terujanya dia mahu ke sana tapi Ezzah tak boleh nak salahkan Mak Sunya ni, sawah padi memang cantik.

Dia sendiri pun terjatuh chenta.. dengan orangnya sekali.

"Esok kut Mak Su. Ibu pesan suruh balik awal, nak uruskan pasal kenduri." kata Hariz.

Mak Su hanya mengangguk sambil menjamah mee gorengnya. Tiba-tiba dia teringatkan gambar yang dia jumpa di internet hari tu. " Berapa lama ye kalau nak pergi Langkawi dari tempat Hariz?" tanyanya lagi.

"Lebih kurang sejam lebih kut dari Kuala Kedah tapi naik jeti la. Kalau kapal terbang, tak pernah cuba lagi." kata Hariz.

Mak Su mengangguk tanda memahami. Dia memandang suaminya. "Dear, jom pergi Langkawi lepas kenduri nak tak? Bawak budak-budak ni sekali.. tak pernah jejak tanah Melayu." kata Mak Su. Kesian jugak dekat anak-anak dia ni. Nama je katanya Malaysian tapi selama hidup di luar negara. Tu pun sebab suaminya bekerja sebagai diplomat dan alang-alang diorang kat Kedah. Eloknya melancong sekali ye dak?

Pak Su mengangguk. Setuju sangat dengan cadangan isterinya tu. Lagipun ada dua minggu lebih lagi sebelum mereka balik ke Doha.

"Along pun nak ikut jugak." sampuk Along. Seumur hidupnya tak pernah langsung dia jejak Alor Setar.

"Bagus la. Kita sekeluarga bercuti.. boleh kak, abang?" tanya Mak Su.

"Boleh la. Kak pun dah lama tak bercuti dengan korang semua. Jomlah nanti kita bercuti di Langkawi. Abang tak busy kan?" tanya Mama pulak kepada Papa. Papa pulak menggelengkan kepala. Demi keluarga tersayang..

"Yeayyyyy!" jerit Ezzah. Dia dah terbayang-bayang pantai kebiruan yang dia selalu nampak di gambar.

"Aikkk awak tu dah jadi isteri orang. Lepas ni nak pergi mana, kena tanya inche hubby dulu ya. Jangan dok yeay yeay dulu.. permission kena ada." kata Mak Su.

Ezzah angkat tangan. Sorry. Excited tadi.. percutian bersama keluarga, mana tak happy ye dak?

Dia memandang Hariz. Meminta kebenaran. Dia tak tahu macam mana nak meminta kebenaran.. lagipun selama ni dia bebas. Mama dengan Papa dah letakkan seluruh kepercayaan kepada dia. Mana dia nak travel, they're okay with it!

"Alla Hariz.. jom la join sekali. Ajak your family, kita kuatkan silaturrahim. Tengok tu.. kesiannya isteri awak tu. Jomlahhhh." kata Mak Su.

Hariz berfikir sejenak. Banyak benda dia nak kena fikir. Kambing-kambing, kelapa sawit.. hailooo. Dia memandang Ezzah yang sedang memandangnya.. dan yang pasti lagi beberapa pasang mata pun turut menunggu jawapan darinya.

Akhirnya kepala dianggukkan.

Ezzah mengenyit mata ke arah Mak Su. Mulutnya menyebut 'Thank You' dalam diam-diam.. Mak Su ni memang pandai memujuk!

"Yeaaayyyyyy!" Sekarang dah betul-betul boleh jerit yeayyyy.

Mama hanya menggelengkan kepala. Ingatkan selepas dah bernikah ni, anak tunggal perempuannya ni dah jadi sedikit matang tapi masih maAcam Ezzah yang dulu. Keanak-anakkan.

"So deal la kan? Now biar Mak Su yang arrangekan tempat duduk, transportation, semua okay?" kata Mak Su.

Yang lain hanya mengangguk. Setuju sangat sebab Mak Su ni memang bidang dia dah. Serahkan kepada yang pakar. Lagipun kan Mak Su ni the planner in the family!

Maka, helllooooooo Langkawi!

........................

Selamat membaca!

Pengumuman pengumuman. Amboiii. Okay saja je saya nak bagitahu, tahun ni saya agak busy sikit. Busy menjadi anak solehah kepada bonda dan ayahanda. Teheee. So my time with internet could be limited, so the updates may be susah sikit nak jumpa but I'll try my best. InshaALLAH.

Apapun korang selamat membaca. Selamat kembali ke sekolah juga kepada adik-adik. Ada ke? ;)

Assalamualaikum.

Labels:


0 Surat Chenta ♥

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas