Si Hoodies Pink 41

Hadhira menyelak helaian novel yang dibacanya sejak tadi tu. Dah naik bosan, tak ada benda nak buat. Nak tidur kat sini, mana dia pandai. Dia bukan jenis yang boleh kat mana-mana tidur, melainkan kat atas katil. Spoil gila badan ni tapi memang itulah hakikatnya. Dia memang tak akan terlena langsung tanpa bantal dan katil. Sanggup tahan tidur daripada kena tidur di tempat lain. Huhuhu.Nampak gayanya kena masuk balik zaman belajar la, stay up mata sampai esok. HAHA. No big deal, sebab dia dah biasa. Jadi QS ni pun, memang selalu kerja sampai lewat malam tak pun yang paling disaster sekali, sampai lewat pagi.  

Matanya dihalakan ke arah Jo yang masih dalam pengaruh ubat bius tu. Tenang. Cuma tadi ja dia ada panggil nama Ajip dalam tidur dia. Sebak sekali orang yang mendengar ni. Dia sendiri pun kalau tiba-tiba jadi sesuatu benda buruk kat Ezzaq pasti jadi macam tu jugak.. atau entah-entah lagi teruk dari Jo. Yella sebabnya Hadhira ni kan mana pandai kawal emosi.. dan macam mana dia nak be strong kalau selama ni Ezzaq la yang jadi crying shoulder dia..

Bahunya ditepuk dari belakang.. hampir terloncat Hadhira di kerusi. Dah la duduk ward malam-malam ni.

"Hey.. sayalah." kata Ezzaq. Lawak sungguh tengok ekspresi muka terkejut terloncat si hoodies pink ni.

"Ya Allah awak. Terkejut saya.. lain kali bagi lah salam ke, say hello ke.." kata Hadhira sambil menutup novel di ribanya. Hehehe. Dah ada teman berbual, novel kita buang tepi.

"Saya bagi okay. Siap ketuk pintu, mana ada orang ketuk pintu kat hospital ni.. tapi orang tu la yang dok busy tatap muka kawan baik dia.. errr atau.. awak berangan? Miss me already ey?" kata Ezzaq. 

"Inche Ezzaq dan perasannya.." kata Hadhira. Sarkastik, sure it is. Tapi dalam telahan Ezzaq tu ada betulnya jugak, memang dia ada fikir pasal Ezzaq pun tadi.

"Haruslah.. kalau tak sampai bila pun tak dapat nak tunggu awak sayang oii.." kata Ezzaq.

"Ni macam mana boleh lepas sekuriti?" tanya Hadhira. Pelik. Bukan seorang je ka per patient? Kalau tahu tadi boleh berdua, tak payah tadi dia berebut nak jaga Jo dengan Auntie Sarina. Baik berdua je, ada kawan nak bersembang.

"I have my own style, see the leg la sis."

Hadhira mencebir. Penyakit perasan doktor sorang ni makin teruk gamaknya.

"Hey.. I'm not your sis." 

"I know. You're my wife."

"Nasib baik sedar. Kalau tak saya halau balik rumah sekarang! By the way, kenapa tiba-tiba terpacak kat sini ni?" tanya Hadhira. Pelik. Nak kata datang kerja, musykil pulak dengan T-Shirt dengan jeans dia tu. So not doktor-like. Dan kalau kata datang melawat pulak, lagi musykil. Mana ada orang terpacak dalam ward pukul 4.35 pagi ni. Itu bukan orang namanya.. eh eh Dhir..

Ezzaq buat gesture tayang gigi dia lagi. Tangan kanannya mengangkat beg kertas yang disoroknya dari tadi. Suprise, si hoodies pink!

Hadhira buat muka blur, apa inche Ezzaq ingat dia Dumbledore ke apa, tahu magik boleh tahu apa ada dalam beg kertas tu. Haishhh.

"Our sahur." beritahu Ezzaq bila Hadhira buat muka blur dia tu.

"Sahur?"

Ezzaq mengangguk. Yella apa lagi kan. Penat tadi dia memasak (bukan senang Ezzaq nak memasak!), bangun pukul 2 pagi. Bukak lampu dapur dan masak, pastu pukul 3.15 pagi tepat dia bertolak dari rumah ke HKL. Demi si hoodies pink ku seorang ni.. sanggup dia korbankan masa tidur.

"Mana beli?" tanya Hadhira. Kesian pulak bila Ezzaq datang ke sini bawakkan makanan. Tugas sediakan makanan tu kan secara rationalnya tugas seorang isteri..

"Ingat saya kaki beli macam awak ke? See the leg la, wife. Err dah betul kan ni, maka tak payahlah halau balik rumah. Dah-dah jom makan sama-sama jom,"

Hadhira termangu. Serious awak masak, Ezzaq? Ini lagi terpaku, rasa bersalahnya ya ALLAH.. tanggungjawab seorang isteri dia tak betul-betul jaga.

"Jom kita duduk sana, selesa sikit." kata Ezzaq sambil menunjukkan meja yang diletakkan di sebelah hujung katil itu. Tangannya menarik tangan Hadhira yang diam terpaku tu dan dibawanya ke tempat sana. Diam sangat la orang sebelah ni.. terharu la kut..

Hadhira duduk di bangku sementara Ezzaq mengeluarkan bekas-bekas di dalam beg kertas itu keluar. Tangannya mencapai bekas bewarna biru itu dan membukanya.. Masak lemak! Tangannya terus mencapai bekas yang satu lagi.. telur dadar.

"So yang.. awak dah boleh tutup mulut. Terharu much ey? It's okay.. lepas ni calonkan saya dalam kategori husband paling romantik dan caring. Mesti boleh menang." kata Ezzaq bila melihat si hoodies pink ni dok leka sangat pandang lauk dalam bekas tu. Bangga pula bila tengok.

"Thank you." kata Hadhira. Sungguh betul dia memang terharu sangat-sangat. Tadi memang dia ingat nak makan roti ja.. tapi sekarang bila tengok makanan yang lengkap macam ni, sungguh rasa nak peluk Ezzaq sekarang ni.

"Hurmm.. meh kita try rasa macam mana dulu." kata Ezzaq sambil memberikan sudu dan garfu kepada Hadhira.

Selepas mengaminkan doa, terus Hadhira makan kerana sebenarnya dia memang pun dah start lapar. Semalam berbuka pun dia makan sejemput saja..

"Macam mana m'am?"

"Stunning!"

"Auchhh, such a sweet talker but I'm flattered. Thank you." kata Ezzaq. Lega..

"By the way, thanks sebab kasi saya duduk sini jaga Jo.. dan terpaksa suruh awak masak sahur sorang-sorang. Pastu rajin pulak datang sini.. thank you sangat-sangat."

"Naaa. Not big deal.. lagipun mana syok makan sahur sorang-sorang."

Hadhira menjelir. Dah tu bila dia dok on-call tu, sahur dengan sapa? Bukan sorang-sorang jugak ke? Tak pun sahur dengan nurse jelita..

"Jo macam mana?"

"Macam tulla. Tadi dia dah sedar.. muntah-muntah, pening. Pastu dia lena balik.."

"Biasa la tu. Memang macam tu pun.. normal."

Hadhira mengangguk. Nasi dikuis-kuis lagi.. ada benda dia nak cakap kat Ezzaq. Dia mahu jaga Jo sampai Jo kuat kembali.. boleh?

"Saya nak minta permission.."

Ezzaq mengangguk. Rasa best pulak, first time Hadhira ni nak minta kebenaran. Macam jadi cikgu pulak..

"Saya nak jaga Jo sampai dia betul-betul sihat."

"Okay." kata Ezzaq dan kalau Hadhira tak minta pun, dia memang nak suruh. Yella kak Amna ada cakap semalam, yang Auntie Sarina tu tengah sakit.. kesian pulak kalau dia seorang nak jagakan Jo. Dan kalau kak Amnah, susah pula nak jaga family dan anak-anak dia.. Maka yang last option Ezzaq nampak sesuai jaga Jo ialah Hadhira. Lagipun Ajip dah selalu cakap suruh jagakan Jo bila dia outstation ke mana-mana.

"Serious? Tak kisah kalau saya tak bersahur, berbuka dengan awak?"

"Kalau kisah pun, awak mesti buat tak kisah ye dak? But nope.. saya kenal macam mana rapatnya awak dengan Jo. Tak kisahlah.. kut-kut nanti kalau kita yang duduk tempat dia. Harapnya dia akan jaga awak, kalau (God forbid) anything bad happen to me."

"Thank you." kata Hadhira. Tak sangka Ezzaq begitu terbuka..

"You're welcome. Done?"

Hadhira mengangguk. Sungguh la memang dia sayang Ahmad Firas Ezzaq kat depan dia ni. Bagilah orang lain lepas ni, dia sorang saja yang Nur'iz Hadhira nak!

...

"Dhir?" kata Jo lemah. Dah lama dah dia sedar.. dan sebaik saja dia sedar, dia akan ingat Ajip, terus dia rasa nak menangis balik. Dia takut sangat, kalau betul mimpi buruk yang minggu-minggu lepas dia alami ni betul-betul terjadi.

Hadhira yang sedang membaca terus bangun dari tempat duduknya.

"Kau nak minum?"

Jo mengangguk... dan dia mahu tanya berita pasal Ajip jugak.

"Nah.." kata Hadhira lalu duduk disebelah Jo.

"Any news?"

"Nope.. tapi diorang akan bagitahu tahu kita kalau ada apa-apa." kata Hadhira. Yang tulla apa yang dikatakan Uncle Razak tadi bila datang ke sini menghantar makanan kepada Jo.

Jo mengangguk tanda faham. Jawapan yang sama yang dia dengar dia betul-betul sedar pagi tadi.

"What're you doing here?"

"Soalan apa kau tanya ni?"

"Esok kan nak kerja. Balik rehat. Kau dah teman aku dari semalam.."

"Aku dah tanya bos, dia cakap okay. So yeahh.."

"Ezzaq?"

"Dia okay. Dont worry.. sekarang kau kena kuat ja. Lepas tu aku janji tak kacau kau dah." kata Hadhira. Dia ingat masa dulu dia demam, Jo la yang jaga dia kat hospital bila dia kena admit. Nak suruh Ma yang jauh beribu batu kat Malaysia.. jangan la. Even peristiwa dia duduk hospital tu pun dia tak bagitahu Ma, kerana takutkan Ma risau.

"Degil."

Hadhira tayang gigi. Tahupun.

"Thank you.."

"Say that to Allah. Sebab dia selamatkan kau dengan baby.. oh yeah and the doc too."

"Tahula.. everyone have their share." kata Jo. Sungguh dia rasa bahagia sangat bila sedar ada ramai yang sayangkan dia, risaukan dia bila dia collapse semalam dan thanks to Him sebab bagi la peluang kat dia untuk jaga baby yang ada dalam kandungan ni. Dia sendiri tak tahu macam mana dia nak behave kalau baby kat dalam ni tinggalkan dia.

"Assalamualaikum.. Dhir.. Jo.." kata seorang perempuan yang baru masuk.

Hadhira memandang perempuan yang bertudung hitam yang dah lama dia tak jumpa tu. Masih ayu macam kali terakhir yang dia jumpa.

"Kak Nia.." kata Hadhira sambil membalas salaman dari kak Nia. Entah kenapa dia masih rasa kekok.

"Kak Nia baru tahu dari Arul.. baru sampai dari Kuching." terang kak Nia. Bakul berisi bunga itu diletakkan di atas laci sebelah katil.

"Hurmm.. korang bersembangla. Aku keluar ambik angin kejap.." kata Hadhira. Dia tak tahu apa nak buat, dia rasa kekok bila Kak Nia ada sekali. Dia malu bila ingat balik betapa emosinya dia dulu, seriously, benda tu bukannya salah Kak Nia pun..

....

Tinggggg!

Hadhira keluar sekali bersama-sama rakyat manusia dari lift yang padat itu. Tadi bila dia keluar saja dari bilik Jo, untuk mengelak dari berbual-bual bersama kak Nia, terus dia berjalan turun ke kiosk di tingkat bawah. Mahu mencari 'bekalan' untuk mengubat masa bosannya di ward.

"Dhir!" panggil seorang perempuan ketika Hadhira keluar saja dari lift tadi.

Dia bergerak ke arah kak Nia. Sungguh tak perasan. Mungkin umat manusia yang ramai berpusu keluar dari lift tadi menyebabkan dia tak perasan kak Nia yang berdiri di hadapan lift itu.

"Dah nak balik?" tanya Hadhira. Berbasa-basi.. tapi sungguh nada yang keluar nampak sangat kekok..

"Yeap.. thanks sebab jagakan Jo."

"My duties, as a friend." kata Hadhira. Memang la Jo tu kawan baiknya.. sampai bila-bila.

"Kak Nia pun rasa nak temankan korang sekali.. baru la girl's night kan?"

Hadhira tersenyum.. kekok. Dia rasa bersalah sangat dekat kak Nia. Disebabkan dia gagal kawal emosi, kak Nia yang dihambur marahnya.

"Okaylah. Kak Nia balik dulu.." kata kak Nia. Dia perasan yang Hadhira masih lagi tak sepenuhnya maafkan dia. Dia terus memeluk Hadhira yang hanya mendiamkan diri itu.

"Kak Nia! Kejap.." kata Hadhira. Dia nekad, macam mana pun tingginya ego seorang Hadhira, dia mahu meminta maaf..

"Dhir nak minta maaf banyak-banyak untuk apa yang Dhir buat untuk beberapa bulan lepas. Dhir ikut perasaan sangat.. padahal benda tu bukan besar sangat pun dan Arul pun bukannya ada perasaan apa pun kat Dhir but Dhir emosi. Sorry.."

"Dhir..."

"I'm so sorry. My mistake. My bad."

"Everyone makes mistakes. No exception. We're not perfect. Dan kak Nia pun sama. Buat salah jugak. Boleh pulak nak rahsiakan dari korang.. tapi yang sebenarnya kak Nia malu nak bagitahu. Nikan first time kak Nia ya know in relationship. I dont know how to share the good news.. and that's why. It gets complicated bila kak Nia sedar yang Dhir pun sama-sama suka dia.."

"Yeah tapi itu semuanya crush je kak. I'm so over him, you can get him now. Dhir doakan.. but firstly kak Nia kena maafkan Dhir. Dhir dah banyak dosa layan kak Nia macam tu. Malu Dhir dengan Allah, dengan semua orang.." kata Hadhira lalu memeluk kak Nia. Dia sayangkan kak Nia.. dan dia anggap kak Nia ni dah macam kakak kandungnya sendiri.

"Dah. Kak Nia dah maafkan dari dulu lagi,dan Dhir pun sama tahu. Maafkan kak Nia. I'm sorry." kata kak Nia sambil tersenyum. Lega bila persahabatan mereka ni dah bertaut kembali.

"Thank you, kak."

"Back to you, Dhir" kata kak Nia sambil membalas pelukannya. Mereka dah tak endah orang yang keluar masuk lift itu. Yang penting sekarang ni ukhuwah yang mereka bina sejak lima tahun dulu dah bertaut kembali.

......

p.s: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. I guess everyone is busy with their preparation for Eid, isnt it? Believe me, me too!
p.p.s: Last scene tu, marilah kita bermaaf-maafan. Heee. Saya, dengan ini mahu memohon ampun dan maaf daripada pembaca-pembaca sekalian.. kut-kut ada entry ni mengguris hati mana-mana pihak. Ampun ya. Sekian.




Si Hoodies Pink 40

Hadhira mengikut saja Ezzaq membawanya. Tak tahu ke mana tapi macam Ezzaq cakap tadi, 'believe me' dan memang betul, dia dah letak sepenuh kepercayaan dia dekat lelaki yang sedang memegang tangan kirinya ini. Tangannya serentak menguatkan genggaman tangannya. He always there when I need him the most. 

Bilik staff. Hadhira membaca tulisan yang tertulis di pintu bilik itu.

Masuk je dia nampak seorang nurse yang baru mahu keluar dari bilik itu.. 

"Doktor," tegur seorang nurse itu sambil tersenyum. Dan bila saja dia nampak Hadhira di sebelah Ezzaq, terus senyuman itu mati. Mungkin tak pernah tengok perempuan ber-abaya dan pashmina kut.. yang nampak sangat kusut ni.

"Isteri saya. Pinjam kejap eh," kata Ezzaq sambil membalas senyuman.

Nurse itu mengangguk dan tersenyum ke arah Hadhira. Tak lama selepas itu dia keluar dan meninggalkan Hadhira dan Ezzaq di bilik staff itu.

"Sit," kata Ezzaq lalu mendudukkan Hadhira di atas sofa bewarna maroon itu. Dia berjalan ke arah meja dan mengambil bangku dan duduk di hadapan Hadhira.. kedua-dua tangan si hoodies pink digenggamnya. 

"Let it go. No one's here." kata Ezzaq. Dia kenal Hadhira, Hadhira tak akan sekali-kali menangis di depan orang ramai. Buktinya masa dia jumpa Hadhira tengah menangis belakang blok lab masa kolej dulu.. Sanggup tahan menangis kat studio dan lepaskan di belakang blok yang jarang orang lalu tu.. 

"Jo.. takut.. she's gone.."

"Nope, she's gonna be fine. She's strong.." kata Ezzaq. Kalau ikutkan sebenarnya, dia yang doktor ni pun tak tahu macam mana kondisi Jo sekarang tapi dari keluarkan benda-benda tak elok, baik husnozon je.

"Ajip.." 

"That man pun will survive. Ajip punya surviving skill memang hebat.. InshaALLAH, dia selamat. Cuma sekarang Japan tengah ribut pasal earthquake, so you know, kita tunggu kat sini, doakan dua-dua, Ajip dengan Jo and the baby too akan selamat."

"Takut.."

"I'm all here. You're not alone. We will fight this together." kata Ezzaq. Tangannya didepangkan, kunun-kununnya gesture 'I-am-all-here' la tu.

Hadhira hanya terus dengan esakannya. Dia takut kalau Jo tinggalkan dia..

Ezzaq hanya memerhati. Kalau dia cakap Jo is strong, Hadhira ni pulak the opposite. Memang cepat sangat tersentuh.. cepat takut.. Ezzaq hanya membiarkan saja.. nak menegah, tak sanggup. Lagipun dia dah biasa tengok si hoodies pink ni menangis. 

Tak lama selepas tu esakan Hadhira terhenti.

Hadhira di hadapannya sudah ketawa di hadapannya..

Ezzaq musykil. Amboi cepat benar dah terpujuk..

"Nasib awak la bro.."

Ezzaq menaikkan kening. Huh?

"Dari awal kita jumpa, awak selalu nampak saya buat drama air mata kan? From college, rumah Jo and now is here.."

Ezzaq tersenyum. My si hoodies pink is back!

"You're right but dont worry macam saya cakap dulu, I'll be your crying shoulder. Good and steady," kata Ezzaq sambil menujukkan bahunya.

"Tapikan yang.."

"Hurm.."

"Dari tiga-tiga case awak nangis ni, this is the ugliest one," kata Ezzaq. 

First time jumpa Hadhira yang menangis masa dia jalan-jalan ke belakang blok ambil angin. Masa tu dia nampak seorang budak berbaju blouse biru, bertudung bawal hitam sedang menangis tersedu-sedu dengan bazooka, T-square berselerak di atas rumput.. dan dia yang memang tak pernah rasa nak 'busy body' atau ter-over ambik berat kat orang ni, boleh pulak tergerak hati nak jalan ke depan tengok apa jadi kat budak baju biru tu.. dan masa first time je nampak yang budak si baju biru tu yang sebenarnya si hoodies pink, memang dia rasa nak buat sujud syukur kat situ. Gembira.. at least dia dapat kenal si hoodies pink tu melalui perspektif yang berbeza.. walaupun si hoodies pink dah reject dia awal-awal lagi. 

Second time pulak masa kat rumah Jo. First time jumpa Hadhira selepas Hadhira reject pinangan dia.. sumpah masa tu hati ni macam dah kena toreh berkali-kali, tapi bila nampak Hadhira yang tengah tahan menangis kutip kaca yang jatuh tu. Sekali lagi, dia rasa dia macam dia jatuh hati balik kat Hadhira, hati yang tertoreh-toreh sebelum itu rasa macam tiba-tiba ada magic dan pulihkan dia. Dia kadang-kadang tu sendiri rasa yang lahirnya Ezzaq adalah untuk protect Hadhira. 

Dan yang ketiga di sini.. yang berlaku beberapa minit yang lepas.

"Hellooo.." kata Hadhira. Tangannya dilambai-lambai ke arah Ezzaq. Hel-looo.

"Come," kata Ezzaq. Ezzaq bangun dari kerusinya. Bahu Hadhira diraih dan dibawanya ke cermin kaca yang memang ada dalam bilik staff itu.

Sekarang mereka berdua berdiri di hadapan cermin kaca. Betapa terkejutnya Hadhira bila melihat wajahnya yang sememeh itu. Tudung senget, lilitan tak betul,..

"Ya ALLAH.. apa ni?" kata Hadhira.

Ezzaq hanya tersenyum. It's you, obviously, wife.

"Ma tak cakap apa pun tadi. She should tell me, at least. Tengok ni, gila miserable." kata Hadhira. 

"May be she is miserable as much as you are, sayang." kata Ezzaq. Ma tadi pun senyum tak senyum bila dia salam.

"May be. Awak rasa orang masuk tak bilik ni?" tanya Hadhira. Dia mahu membuka pashminanya. Betulkan apa yang patut.

"Okay kut. Ramai dah balik ni, dan ward round sekarang. So InshaALLAH tak." kata Ezzaq. Padahal dia sendiri tak pasti. 

Terus Hadhira bukak pashminanya. Ezzaq terus duduk di sofa. Dia sebenarnya dah habis shift.

"Tengok ni abaya pun tak betul-betul ikat." kata Hadhira.

Ezzaq tergelak. Memang kuat nagging la si hoodies pink ni. 

"Cantik rambut," kata Ezzaq bila melihat Hadhira mengikat kembali rambutnya.. memang first time masa tengok Hadhira tanpa hijab pun dia dah terpegun. Rambut si hoodies pink ikal, wavy, lepas tu keperangan-perangan sedikit.. dark brown.. sapa tak terjatuh hati.

"Thank you, you're not the first one." kata Hadhira. Memang betul la, dah ramai yang admire dengan rambut ikalnya yang separa pinganggnya itu. Entah apa yang diorang nampak pun dia tak tahu. Kadang-kadang tu, masa kat asrama boleh pulak kawan-kawan dia ni, datang bawak sikat dan getah rambut, main-main ikat rambut dengan rambut dia.. ingat Dhir ni anak patung ke apa? 

"But I'm glad that you kept it hidden but only to your husband," kata Ezzaq. Betul la.. cuba kalau Hadhira ni free hair, she obviously looks far much prettier, and stunning of course.. dan nampak sangat peluang dia tipis, nak rebut si hoodies pink ni sorang. Like everyone always said, rambut tu makhota seorang perempuan..

"Done. Dah cantik ke saya?" kata Hadhira. Dia berpusing-pusing depan cermin.. dah puas hati sikit. Mata tu je sembab.. tapi dia boleh hilang.

"Cantik, lepas ni boleh la saya buat round satu hospital kenalkan isteri saya seorang ni. Tadi malu la bila nurse tu tengok muka toya awak ni. Mesti dia cakap Dr Firas ni rabun apa, pilih wife macam ni. Sememeh." kata Ezzaq.

Hadhira menjengilkan matanya.. amboi-amboi!

"Tulla apasal la tak pilih je orang lain, tak da la asyik kacau saya aja.. but yeahh why you didnt tell me earlier?" tanya Hadhira. Kepala dia dah pikir berapa orang dia dah jumpa tadi.. 

"Tengah-tengah awak suffer macam tu. Never." 

"So sweet of you. Thank you, doc." kata Hadhira.

Tiba-tiba Blacberrynya berbunyi tanda mesej masuk. Dari Arul.

"Arul, dia cakap Jo dah selamat. Alhamdulilah." kata Hadhira. Terus dia peluk Ezzaq yang sedang berdiri di hadapannya. Alhamdulilah sangat-sangat..

Bau Hugo Boss bermain di hidungnya.. tiba-tiba dia rasa ada tangan yang sedang membalas pelukannya. Terus zappp pelukan dilepaskannya. Masih tak biasa..

"I'm glad," kata Ezzaq. Baru je nak peluk balik, alih-alih dia lepaskan pelukan pulak.

"Jom." kata Hadhira. Terus dia tarik tangan Ezzaq dan keluar dari bilik staff itu. Dia mahu berjumpa Jo dengan kadar segera.

...

Masuk saja single ward itu, Hadhira tengok Jo masih lagi terlena atas katil. Auntie Sarina setia duduk di sebelah. Manakala yang lain ada yang bersembang di penjuru bilik. Hadhira terus berjalan ke arah Ma yang sedang duduk di atas sofa.

"Doktor cakap apa?" tanya Hadhira. Tangan Ma dipegangnya.. sejuk.

"Everything's alright. She's good.." kata Ma.

"Thank God.. baby pulak macam mana?"

"Safe and sound. Alhamdulilah." sambung Ma lagi. Hadhira terus mengangkat tangan bersyukur kepada tuhan. Alhamdulilah.

"How's Ajip? Any news?" tanya Hadhira. Ma menggelengkan kepala. Mungkin berita pasal Ajip tak sampai lagi pada Ma. Dia pandang Arul yang sedang bermain mesej di sebelah kanannya.

"Aku dah call tanya but no news.. but tsunami alert has been lifted. So aku rasa it should be a good news, perhaps?" kata Arul. Dari tadi dia dengan Uncle Razak, tak habis-habis call Jepun tanya perkembangan. Uncle call kedutaan, dan Arul sendiri call kawan-kawan dia yang ada di sana.

Hadhira angguk. Mungkin la kut.. lagipun Jepun kat berteknologi tinggi, InshaALLAH semuanya akan selamat.

"Ma, Dhir, .. Arul. Dah nak dekat waktu berbuka ni. Jom kita ke kafeteria dulu.. kalau ramai sangat, kita boleh pergi restoran kat depan hospital." kata Ezzaq.

Hadhira terus pandang jam di tangan. Dah nak dekat masuk pukul 7 malam.

Uncle Razak pun mengiyakan dengan rancangan Ezzaq tu.

"Auntie stay sini jaga Jo. Korang pergilah.. auntie boleh bukak dengan roti dan air mineral ni." kata Auntie Sarina.

"Tapi.." belum sempat Hadhira habis cakap. Ezzaq dah tarik tangannya dan menegahnya dari menyambung.

"Jom. Biar auntie jaga dia.. nanti kita bekalkan dia makanan sikit. Jo is her daughter.." kata Ezzaq.

Hadhira mengangguk. Betul jugak, dan kalau Ma yang terlantar di situ, dia pasti dia akan buat benda yang sama macam Auntie Sarina buat pada Jo sekarang ni.

........

p.s: Another piece of 'art' dari saya. Heh? How's your Ramadhan?

Si Hoodies Pink 39

Ezzaq membuka pintu masuk utama rumah dengan kuncinya. Kereta Civic hitam tu dah terpakir elok dekat porch. Itu bermakna si hoodies pink dah balik dari kerja =). Hoyeaa. Terus bibirnya tersenyum teringatkan entri blog yang dia baca tadi dalam kereta, kalau boleh sekarang juga dia nak naik ke bilik kerja mereka, bukak PC, buat print screen pastu jadikan wallpaper dekstop.

Syurga sungguh! Sampai ke anak cucu cicit nanti dia nak show off, nak cakap punyalah la degil nak tawan hati Hadhira seorang ni. Sumpah tak nak cari lain.

Cari lain? Never, she's the one.

InshaALLAH. Forever, ever, until Jannah. Hendaknya.

Masuk saja rumah berkembar dua tingkat tu, terus matanya terpandang Hadhira yang sedang duduk tengok rancangan memasak di ruang tamu. Ralit sungguh. Ezzaq terus duduk disebelah Hadhira.

"Haippp," kata Ezzaq. Remote Astro diambilnya dari tangan Hadhira. Skinship ey?

Hadhira terus berpaling. Suara macam kenal. Terus mata dia melihat Ezzaq yang sudah menukar channel TV tadi.

Ezzaq! Automatik darah terus serbu naik ke muka, entri post blog hari ni berulang tayang di layar mindanya. Ahhhhh malu.

"Tengok CSI la eh, dah lama tak tengok." kata Ezzaq. Matanya menjeling sikit ke arah kirinya, mahu melihat reaksi si hoodies pink. Alahai diam je, cuba confess sikit. Confession dalam blog tu saya tak kira! Nak yang real punya jugak. Hikhikhik.

Ezzaq senyum lagi, macam tak percaya ja. Si hoodies pink confess perasaan dalam blog. Hakhakhak. Tak pernah buat orang!

Hadhira angguk. Terus dia bangun. Tak selesa la duduk lama-lama kat sini.. tapi.. Ezzaq ni tak baca blog aku ke? Apa ni? Kata pembaca tegar! Hadhira menggeleng, apa la kamu ni Dhir, dia kan baru balik kerja. Mana nak sempat nak baca blog orang! Ish ish ish. Lagipun, kan baru je ni post tadi petang. Pukul tiga. Sekarang baru 5.30ptg. Bagi masa sehari dulu, kalau tak jugak kita guna plan B. Plan B? Plan Biar-masa-menentukan.

Terus Hadhira berjalaan ke dapur. Mahu menyediakan makanan untuk berbuka. Duduk sini lama-lama boleh buatkan dia mati akal pikir idea macam mana nak cakap kat Ezzaq suruh baca blog.

Ezzaq tepuk dahi bila melihat Hadhira berjalan ke dapur. Salah taktik pulak. Aigooo.

....

"Tak nak check emails, FB ke?" tanya Hadhira tiba-tiba bila diorang sampai ke rumah dari masjid.

"Malas. Lagipun rasa macam junkies yang berselerak kat sana. Nanti weekend la.." kata Ezzaq. Acuh tak acuh. Tapi yang sebenarnya dia tahu punca utama kenapa Hadhira tiba-tiba suruh dia guna internet malam tu. Nak suruh saya check blog awak ye, sayang. Hahaha.

"Esok kan dah weekend." kata Hadhira. Apa Ezzaq ni still guna masa Dublin ke, main aci je waktu lambat sehari.

"Saya kerja," kata Ezzaq sambil berlakon sedih. Dalam hati macam nak meloncat je bila si hoodies pink ni tak habis-habis nak suruh dia guna PC.

"You can play games,"kata Hadhira. Betul. Dalam FB banyak games yang best-best. HAKHAKHAK. Ada ke suruh orang main games. Nak kena tarbiah lagi rupanya awak ni Hadhira.

"Yang, awak ada letak apa-apa ke kat PC tu? Ni yang buat saya ragu-ragu ni. Apa ni nak buat prank pulak kat hubby sendiri?" duga Ezzaq. Come on, just say 'Please check my blog' pun saya akan terima sebagai confession awak! tapi ni dia still naik main tarik tali. Gurrrrr.

"Nothing. Saya just bagi idea ja.. okaylah I'm going to bed now. Good night!" kata Hadhira. Susah betul cakap dengan Ezzaq ni, ada je dia nak kenakan orang. Prank? Ingat aku otak suka buat prank macam George dengan Fred dalam Harry Potter tu ke? Hish, orang nak suruh check email pun susah ke?

"Kejap kejap.. esok saya hantar awak pergi rumah Ma tahu. InshaALLAH, kita bukak puasa sana ja. Dah janji kan?" kata Ezzaq. Kang nanti lupa pulak. Kesian pulak bila Ma tanya hari tu bila nak berbuka di rumah Ma.

Hadhira yang baru nak gembira bila Ezzaq cakap 'kejap-kejap' tadi berpaling ke arah tangga. Baru ingat dia nak pinjam laptop, check email ke apa ke? Potong stim betul la inche smiling eyes.

"Good night.." Ezzaq geleng kepala. Just two more days, Ezzaq. Saja ja dia nak bagi peluang kat si hoodies pink untuk sendiri berterus-terang. Tapi kalau tak juga dalam masa dua hari tu, alamatnya biar Ezzaq sendirilah yang terpaksa confess dekat si hoodies pink seorang ni.

...

"Ya ALLAH!" jerit Hadhira. Hampir terlepas Blackberrynya itu ke lantai tapi berjaya ditahan. Ma yang sedang menyusun kuih di dalam balang itu memberhentikan kerjanya bila mendengar Hadhira yang sudah separa terkejut dihadapannya itu.

"Kenapa ni?" tanya Ma. Mata anaknya sudah bertakung, hatinya mula dipagut resah. Benda buruk dah terjadikah?

"Jo, Ma. Jo. Jannah." kata Hadhira. Dia cuba bernafas dengan tenang. Tapi tak boleh, kakinya dah lembik. Nasib baik dia masih elok duduk di kerusi meja makan, kalau tak memang dah terkulai layu bila dengar berita dari Arul tadi.

"Dia jatuh. Dekat HKL,"

Puan Hanim terus beristighfar. Jo jatuh? Masuk hospital? Jo tu dia dah ibaratkan macam anak keduanya. Sakit Jo, sakitlah Hadhira. Sakit Hadhira, sakit juga dia. Ya Allah, Kau berikanlah perlindungan-Mu kepada Jannah.

"Dhir nak pergi," terus Hadhira bangun, abaya hitam yang memang disangkutnya tadi selepas ke The Mall pagi tadi dengan Ma terus dicapainya. Pashmina pink terus dililitkan, kalau selalunya dia amat peka dengan penampilan diri sebelum keluar, sekarang dia tak endah. Jannah Amani lagi penting buat masa ni.

"Ma ikut sekali. Risau Ma tengok kamu kalau nak drive kondisi macam ni. Biar Ma yang drive." kata Puan Hanim. Dia faham sangat yang Hadhira ni lebih kepada ikut emosi, entah-entah kalau dibiarkan memandu sendiri ke HKL, boleh dia pecut sampai 240km/jam apa. Nanti HKL ke mana, Hadhira ke mana. 

Hadhira mengangguk. Memang dia sendiri tak yakin dengan diri sendiri sekarang ni. Terus dia capai kunci keretanya di atas meja. Mahu panaskan enjin sementara menungu Ma bersiap.

Ya Allah, kau lindungilah sahabatku. Ya Allah..

....

Hadhira terus bergegas ke tempat yang Arul cakapkan tadi di talian. Sesekali dia pandang Ma yang berjalan di belakangnya. Takut Ma terlepas pandang dia yang berjalan extra laju dari biasa. Blackberry di tangan kanan dipandang juga. Kut-kut ada panggilan penting dari Arul ke. Tadi sebelum dia ke sini, dia ada cakap yang kalau apa-apa berlaku, Arul kena call sampaikan berita kepadanya. Straightly to her. Maklum sajalah KL, jam sana sini. Tambah-tambah dah nak dekat raya dan hujung minggu macam ni. Kesesakannya dua kali ganda dari biasa.

Sampai saja di situ dia nampak muka-muka yang sedang risau. Muka auntie Sarina, muka uncle Razak, muka kak Amnah, Angah dan si kembar berdua tu. Arul yang duduk di hujung yang sedang bercakap telefon tu pun menunjukkan riak yang sama. Dan dia pasti, muka dia sekarang pun memang dah sama acuan dengan muka diorang yang lain.

"Auntie," kata Hadhira. Tangan Auntie Sarina terus dicapainya. Ma disebelah pun turut bersalaman. Auntie Sarina kelihatan tak berdaya duduk di bangku yang disediakan itu.

"Jo kat dalam lagi, dah nak dekat two hours," kata Auntie Sarina. Macam dah tahu apa yang ada dalam benak fikiran Hadhira. Mata wanita yang seusia Ma itu dah bergenang.

"Dhir.." suara Arul menjengah. Hadhira terus memandang Arul yang dah lebih enam bulan dia tak jumpa. Merajuk punya pasal.

"Kau ok?" tanya Arul.

"Ok." jawab Dhir. Satu patah. Terus dia berjalan jauh sedikit dari ahli keluarga yang lain.

"What happen?" tanya Hadhira. Dia mahu cerita penuh dari Arul. Macam mana lelaki tu boleh ada, boleh cepat dari dia yang lebih rapat dari Jo ni.

"Aku jumpa dia tadi kat KLCC. Jalan sorang-sorang, dia cakap cari barang baby. Dan aku pun apa lagi, teman dia since aku sorang pun jalan sorang-sorang jugak. Tiba-tiba, in a flash, I didnt see what happen, she pick up one call, and suddenly.. tiba-tiba.. dia.. pengsan.. collapsed macam tu. The worst part.. dia.. hitting the bench.. And blood is kept coming.. inside her.." kata Arul. Tersekat-sekat. Peristiwa berapa jam lepas bermain kembali dalam mindanya.

Muka Jo yang sedang happy tengok toys.. glowing gila muka mummy to-be seorang tu.

Imej muka Jo digantikan dengan muka keruh Jo bila bercakap telefon.. dan satu saat kemudian imej Jo terkulai layu, dengan darah yang menderu keluar membasahi baju kelabu yang dipakainya. Sekejap je benda tu berlaku..

One minutes, one simple phone call can simply destroys one happy moments.

Hadhira mengangguk. KLCC? Barang baby? She doing her 'research' once again. Alone. Ya Allah, Jo!

"I'm sorry,"

"Kau tak salah, benda dah berlaku. Kau tahulah Jo, dia clumsy. She tripped over something most of her life. Cuma kali ni teruk just because she's expecting,"

Arul mengangguk. Betul. Jo yang diorang kenal memang clumsy. Ingat lagi, kalau nak terjatuh, nak terlupa benda, nak terlanggar itu ini, Jo lah orangnya.

"But wait? Call? Pengsan? Siapa call?" kata Hadhira. Baru dia sedar cerita sebenarnya. Jo pengsan bila angkat call. Call dari siapa?

"Auntie Sarina cakap tadi major earthquake in Japan. Tsunami warning has been issued.."

Japan? Ya ALLAH, Ajip!

"Aku risau la,"

"Risau apa?"

"Ada benda yang keep playing in my head, something not good, something bad," 

"What happen to Ajip?" tanya Hadhira. Peristiwa seminggu lalu yang menyebabkan Jo gusar itu bermain kembali. Dia tak peka dengan Jo masa tu, ya ALLAH. Wife instinct.

"Nama Ajip is in currently-missing list,"

"Ya Allah!" kata Hadhira. Air mata dah bertakung, kenapa macam ni sekali? Jo, please be well.

"Hadhira,"

Hadhira berpaling ke arah suara yang memanggil namanya. Ezzaq. Dengan lab coatnya. Muka lelaki tu gusar juga. Mungkin baru perasan mesej yang dia sempat hantar tadi sebelum pergi. Ni kan tempat Ezzaq bertugas.

"Why? What happen?" tanya Ezzaq. Dia baru saja keluar dari dewan bedah.. dan tup-tup dapat BBM dari Hadhira pasal Jo.

Arul terus berceritakan benda yang sama dia ceritakan kepada Hadhira tadi. Hadhira dah terduduk bersandarkan dinding. Kakinya dah tak tertahan, lembik. Satu ja fikiran dia sekarang, dia mahu Jo selamat saja.

"Awak.." kata Ezzaq yang sudah turut sama duduk di hadapannya. Arul dah hilang entah ke mana.

"Jo.. Ajip.. Baby.." kata Hadhira. Dia tak tahu apa nak buat sekarang ni.

"Come, ikut saya."

"Tak nak. Saya nak tunggu Jo keluar dari that room," kata Hadhira sambil menunjukkan pintu OT itu.

"Believe me, jom." kata Ezzaq yang sudah bangun. Tangan kanannya dihulurkan kepada Hadhira yang masih sememeh mengikut perasaan tu. Hadhira ni, dia penuh dengan perasaan. Cepat ikut kata hati, cepat tersentuh.  Dan kalau dah dia start ikut perasan tu, susah dia nak come back into reality. Macam sekarang, main aci je jatuh terjelepuk duduk kat dinding.. dengan pashmina yang terabur lilitan.. dengan air mata bertakung..

She needs me the most, masa sekarang ni. I know.

"Come," kata Ezzaq bila Hadhira dah mencapai tangannya itu.

...

p.s: Hee. Finally. Ingat nak post tadi siang but internet tiba-tiba merengs. Bad flu and all the penyakit dah okay dah. Alhamdulilah. May be because of you guys blessing.. kut? Thanks ey! So here we are, the heartbreaking scene tu. Well, heartbreaking jadi ke tak belakang kira. I need to bring back Arul's character.. dengan kak Nia.. hehee. ;)

p.p.s: Masa tulis scene last sekali, all I remembered was lagu Chris Medina - What Are Words. Teheee.. it's their song.. I think. ;)

Si Hoodies Pink 38

"Kalau awak dah suka, just telling him. Don't let him in the dark." kata Nadiah semalam sebelum dia pulang. 

"Si hoodies pink, did you ever, ever, loved me?" 

Suka? Hadhira angguk. Mestilah suka. Kalau tak dia tak akan terima langsung pinangan dari Ezzaq. Kalau tak suka tak adanya dia nak pening kepala tak boleh fokus bila Ezzaq tiba-tiba diam. Kalau tak suka, tak adalah hatinya girang bila tengok garis senyuman terpancar di wajah lelaki mata sepet itu.

Cinta? Dia dah mula bingung.. dia sayangkan lelaki tu. Itu dia pasti. 

Just telling him. Don't let him in the dark.

Hadhira bingung. Macam mana? Kekuatan dalam dirinya dikumpulkan.

I can do it. Saya kan Nur'iz Hadhira!

"Ezzaq!" kata Hadhira. Tangannya digenggamkan. Kasi semangat sikit dekat diri.

Ezzaq yang dah jumpa tie ditangannya mengadap si hoodies pink sekali lagi. Terkejut dipanggil sebegitu dengan Hadhira. Bunyi macam nak declare war je dengan dia. Agak-agaknya ni dia nak tanya apa pulak. Cheesecake, semalam dah tanya. Sekarang nak suruh pilih air kegemaran pulak ka? Kalau betul la dia tanya air kegemaran, memang aku ambik notepad atas meja tu dan terus listkan. Bukan setakat air kegemaran je, makanan kegemaran, warna kegemaran, alamat, hobi semuanya aku letak. Buat macam biodata.

"I.. YOU.." kata Hadhira tergagap-gagap. Mahu je dia lari menyorok belakang almari. Tak reti. Nak menangis boleh.

Ezzaq menaikkan kening. Alahai.. apa hal ni? Hadhira, what's wrong with you?

"I.. love.. err I'd love you to help you with the tie!" kata Hadhira. Terus dia mengambil tie dari tangan Ezzaq. Kan? Kekuatan tu tak pernah ada.

Ezzaq bingung. Hadhira ni kenapa? Pelik semacam. Kalau selalu, nak kena suruh dulu baru dia nak buat.. tup tup kali ni siap sukarela je nak pakaikan tali leher. Awak mimpi apa malam tadi ni? Tak pon baru tengok 2012, kut-kut la insaf sikit lepas tu. Si hoodies pink oh si hoodies pink!

"Awak, tak siap lagi ke?" tanya Ezzaq. Dah nak dekat lima minit dah ni. Ingat senang ke nak lawan perasaan duduk dekat-dekat ni.

"Huh?" tanya Hadhira. Aiii berangan lagi..

Ezzaq menurunkan fokus matanya. Tie yang dipegang Hadhira masih lagi belum terikat di leher kemejanya.. Huh?

"Dah lupa macam mana.. nak.."

Ezzaq terus ketawa. Sumpah si hoodies pink ni buat lawak antarabangsa pulak hari ni. Nasib baik si hoodies pink, kalau orang lain, memang dah lama dah dia kasi flying kick, ada ke buat lawak-nak-pakaikan-tie-tapi-tak-pandai pagi-pagi ni. Dah la dah lewat ni. Kut nanti Hafiz dah tunggu kat depan tu, kesian pulak.

"Dah tu tadi nak sangat, ingatkan macam dah pro la." kata Ezzaq. Betul la. Masa dia Hadhira tanya ja tadi, memang dia ingatkan dah jadi pro dah.. alih-alih...

"Okaylah.. cakap la apa yang awak nak cakap. Malas nak layan,"

"Merajuk la tu."

Hadhira terus menyambar beg tangan atas katil. Kan? Benda lain yang nak buat, benda lain yang jadi. Tak bolehkah kalau tak luahkan perasaan kita kat orang tu, just tunjukkan saja yang kita sayangkan dia. Tak bolehkah?

Sebelum dia keluar bilik, terus dia menyambar tangan Ezzaq. Salam dan berlalu keluar dengan cepat. Kalau duduk je dalam bilik tu, sah-sah kena gula dengan Ezzaq. Tak sanggup wooo. Malu kaum kerabat. Ego dah macam tertoreh dengan pedang samurai dah ni.

Sebaliknya Ezzaq yang sudah memakai tienya itu pula terkejut dengan sikap Hadhira yang sangat tiba-tiba. Sah-sah si hoodies pink ni dah mimpi malam tadi.

Imej Hadhira menyalaminya tadi mula buat ulang tayang dalam kepalanya. Heee.

Memang sah! Dia mimpi, tak pun tengok 2012. Sah!

...

"Kau apahal?" tanya Hafiz bila dia masuk saja ke dalam kereta Proton Persona Hafiz tadi.

Dia angkat kening. Ni apa kes tanya macam soalan nak cari gaduh ni? Tali pinggang ditariknya dan dipakai.

"Senyum je," kata Hafiz. Dia pelik benar dengan emosi Ezzaq ni. Semalam punyalah mamat sepet ni lesu, sedih macam budak-budak yang takut kena inject tapi hari ni masuk kereta je dengan senyuman dimples dia tu. Suka hati semacam.

"Tadapapa, tadapapa.." kata Ezzaq sambil tersenyum menayangkan lesung pipitnya itu.

Hafiz geleng kepala. Tak faham sungguh!

...

Hadhira mengikut Jo yang sedang mencari barang bayi di kedai barangan bayi itu. Satu persatu barang-barang itu dibelek Jo. Macam biasa, Jo memang cerewet. Setiap benda dia akan pilih betul-betul. Mula-mula tu selalunya dia akan buat research, compare harga, lepas tu dia akan duduk lama fikir yang mana baik, yang mana buruk (talking about good Quantity Surveyor). That's it.

Kalau hari Jumaat mereka diberi kelepasan lebih sikit bila waktu lunch, so memandangkan tengah Ramadhan ni, boleh pulak Jo ajak dia pergi 'research'. So here they are, in babies world. Sejuk mata Hadhira memandang. Tiba-tiba naluri nak ada anak terus memuncak, it is good to have Hadhira junior kan? Or Ezzaq's? Errr.. did I just say Ezzaq's name? Huaaaaa. Dah gila!

"Kau apahal?"

Hadhira geleng kepala. Nak consult, tak nak consult, nak, tak nak, nak, tak nak..

"How to express your love towards someone?" serentak soalan tu keluar dari bibir Hadhira. Aiyaaa mulut, memang tak ikut cakap tuan!

Jo memberhentikan langkahnya. Dia berpaling. Botol susu warna pink itu diletaknya kembali di atas rak.

"What did you say just now, Dhir?"

"Never mind," kata Hadhira. Tak dengar sudey, ini bukan Astro yang boleh ulang-ulang okay.

"So did you fall for him, already? Ya ALLAH, weiii it is a beautiful thing I ever heard. My Dhir's heart is actually beating for someone!"

"Is it sarcasm or what?"

"Of course not, silly. So macam mana?"

"That's the problem. Aku tatahu nak cakap kat dia.. yang this marriage should be you know accordingly.. macam real marriage but I just don't know."

"Senang je. Three simple words. 8 alphabets. I. LOVE. YOU." kata Jo.

Hadhira mencebir. Jo selalu cakap, elleh senang je. Yang nak cakapnya ni aku! Saya! Me! Ana! Nur'iz Hadhira and I never good in expressing my feelings. Kalau marah pun, aku aci diam je sebenarnya. Tak da nak pi tengking-tengking, ni nak luahkan perasaan, lagilah fail! Tengok tadi pagi, aci nak cakap three-simple-words-8-alphabets-I-Love-You tupun alih-alih keluar boleh-saya-pakaikan-tie pulak? Maka, macam mana?

"Tapi ye lla kan, susah la untuk orang hati ais kepal macam kau ni." kata Jo.

Hadhira membulatkan mata. Geram sungguh. Sabar oo sabar, Dhir!

"Yeap, it is sarcasm." sambung Jo. Dia suka tengok muka Dhir ni geram. Haha.

"Okay, biar aku jawap, huurmm you can give him something. Or write notes, texts him. Anything. Ah I cant help ya, benda-benda ni semua Ajip yang selalu buat. Aku tukang renyih je, or kau boleh kasi botol susu ni kat dia. Dengan notes kata, let's start a family. A big happy family." kata Jo. She likes the idea. Alla patut buat macam ni dengan Ajip dulu. Teeheee.

"Gila kau. Kau tahu tak yang dia suddenly jadi pendiam, jauh, kau rasa-rasa kan dia ada perempuan lain tak?"

Jo dah ketawa terbahak-bahak dalam kedai tu. Come on, Dhir. Ezzaq nak ada perempuan lain. He loves Dhir too much!

"Ye ye la nak ingat husband ada affair. Itu Ezzaq okay. Kalau dia ada perasaan kat perempuan lain, dia tak akan chase kau after five years. Ramai lagi nurse nurse dengan doktor-doktor cun kat hospital sana, buat apa nak tunggu kau yang hati kepal ni. Not worth it la.."

Hadhira mencubit Jo. Amboi suka-suka je.

"Cemburu itu tandanya sayanggggg," kata Jo lagi.

"Stop it, kalau tak aku tinggalkan kau sorang-sorang kat sini." kata Hadhira.

"Nak ugut aku tu pun elok-elok la, macam jauh je office aku dari sini,"

And yes, betul la dia memang tinggalkan Jo sorang-sorang kat kedai peralatan bayi hari tu.. dengan ketawa Jo yang annoying gila sebagai background music.

....

Are you free for the rest of your life?
Forever. As long as with you, by my side.


Published.

Finally! Bisik hati Hadhira. Setakat tu je yang dia mampu sekarang, publish dalam blog. Dia memang coward, big fat loser sampaikan nak luah perasaan kat hubby pun susah. Even tadi masa nak tekan publish post kat dalam blog tu pun dia pikir berkali-kali, nak tekan ke tak nak, dan akhirnya sambil tutup mata je dia dia tekan sebab dia tahu kalau dia bukak mata, start berfikir, post tu akan jadi draft macam selalu.

Are you free for the rest of your life?

Soalan tu Ezzaq pernah tanya masa case dia hantar bukan kat ofis itu hari. And yeapp, that's the answer. Reflects much on her feelings.. kut?

and why via blog?

Sebabnya Ezzaq sendiri dah pernah confessed yang dia ni pembaca setia blog Hadhira, maka harapnya Ezzaq akan baca dan dia tahu apa yang Hadhira nak bagi tahu selama beberapa hari ni. Dan lepas tu kita boleh... tadaaa happily ever after. Macam dalam novel dan drama yang dia selalu tonton di TV tue.

Hopefully.. la kan? Terus Hadhira memanjatkan doa agar Dia memudahkan urusannya yang satu ni.

....

Klik klik.

Blackberry Ezzaq berbunyi, ada notification email masuk ke dalam Blackberrynya.

Hadhira posted a post ...

Serentak tangannya menekan link yang terpapar di skrin Blackberrynya. Usai saja membaca post yang ditulis oleh Hadhira itu, Ezzaq terus tersenyum gembira. Kalau tak difikirkan yang dia sedang di dalam kereta Hafiz ni, mahu saja dia melompat keriangan.

She's finally did open her heart to me, after five freakin years. FIVE FREAKING YEARS!

Alhamdulilah..

Terima kasih, ALLAH!

......................

p.s: Kalau baca balik, this chapter could be the last chapter of si hoodies pink, kan (since Ezzaq dah tahu apa yang ada dalam hati si hoodies pink sebenarnya)  tapi sebenarnya saya ada few ideas to write up tapi cuma   tengah suffering with bad flu and running nose here. But InshaALLAH will be back with few scenes yang heartbreaking sikit, come on we dont get actual confession from Hadhira lagi kan? HAKHAKHAK. *nak kena penampar juga miss ed ni kan* but I love reading your comments, THANK YOU! 

Si Hoodies Pink 37

Hadhira sibuk memasak juadah berbuka. Hari nilah hari pertama dia cuba untuk memasak juadah berbuka. Kalau selalunya dia akan main tunjuk je lauk dekat Bazaar Ramadhan tapi hari ni bila dia mintak cuti half day, terus dia ke Tesco, beli barang-barang dapur. 

Dan here we are, Hadhira dan juadah berbuka. Semuanya dari air tangannya. Dah lama tak praktis masak. Dia tersenyum memandang lauk masakannya. Ada sup tulang, ada masak lemak cili padi, dan puding karamel. 

Tiba-tiba dia terdengar pintu utama dibuka. Ezzaq dah balik kut.

Terus dia membuka apron pinknya dan disidaikan di atas kerusi meja makan dan bergerak ke arah ruang tamu. Dari jauh dia melihat Ezzaq bersandar di sofa. Ezzaq seakan-akan melayan perasaan sendiri.. kalau tak masakan sampai tak sedar yang Hadhira sudah duduk disisinya.

Matanya difokuskan kepada lelaki berkemeja biru disebelahnya yang sedang menyandar di sofa sambil memejamkan mata itu. Nampak lesu sekali. Apa yang dirisaukannya?

Ahmad Firas Ezzaq. Lelaki yang dah berjaya ambil title suami kepada Hadhira sejak enam bulan lepas.. dan InshaALLAH buat selama-lamanya, dan kalau boleh yang akan sama-sama membawanya ke syurga. Kalau dulu dia selalu tak dapat bayangkan idea Ezzaq dengan Hadhira dalam satu konteks ayat tapi sejak dua menjak ni (atau lebih kepada kebelakangan ni) dia dah macam baru sedar yang dia mungkin dah start sayangkan inche smiling eyes ni ataupun setidak-tidaknya macam yang Nadiah usulkan tadi tengah hari.

Hadhira bermain-main dengan tangan Suhail, anak Nadiah yang kedua. Comel sungguh. Hati yang tak tentu hala hari ni baik sekejap bermain dengan Suhail.

"Ni apasal ni? Ponteng kerja ke?" tanya Nadiah. Terkejut monkey dia tadi bila Hadhira tiba-tiba muncul depan rumah dia padahal waktu masa tu baru menunjukkan pukul 11 pagi.

"Half day." kata Hadhira. 

Nadiah menggeleng. Ada masalah la tu. Kenal sangat perangai si kawan baik seorang ni. Lagipun dia kan kaunselor tak bertauliah Hadhira sejak zaman sekolah menengah lagi.

Hadhira menceritakan satu persatu masalahnya kepada Nadiah. Dia sebenarnya tak tahu nak bagitahu siapa lagi. Dan Nadiah la orang yang dia paling selesa untuk meluahkan perasaan.

"So awak nak bagitahu yang awak dah sayangkan dia ke?"

Hadhira angkat bahu. Dia tak pasti ni ke perasaannya sayangkan orang. Dia tak tahu! tapi yang pastinya dia rasa perit sungguh bila Ezzaq tiba-tiba nak tak nak layan dia. 

"You know what. Saya sebenarnya dah expect awak jadi macam ni. Come on babe awak sayangkan dia. I can see.. in fact saya suspek ni masa zaman kolej lagi bila awak pernah telefon saya malam-malam menangis masa dia fly tu tapi saya diamkan saja sebab awak tak habis-habis tekankan yang awak menangis sebab tak sempat nak say thanks, kan?"

Hadhira mahu argue. Takkan sebab apa yang Ezzaq buat tu, dah boleh jadi sebab dia nak sukakan Ezzaq. Mana mungkin. I'm not that easy.. er am I? tapi Hadhira tak mampu menjawab.. Nadiah selalu ada point bila bercakap.

"Kalau saya dah sayangkan dia? How come Arul boleh masuk.. into my life?" kata Hadhira. Yella kalau aku dah sukakan Ezzaq macam mana boleh ter-suka Arul pulak kan. 

Nadiah senyum.

"Belajar sains kan? We did so many experiments, dan some of them ada yang gagal kan? Trial and error. Dan macam tu jugaklah dalam relationship, tak semua relationship tu happily ever after. Ingat tak masa kita first time nak cuba Raspberry Cheese dulu, awak mati-mati cakap yang Raspberry Cheese tu akan jadi favorite cake awak just because you like Raspberry.. tapi bila awak dah try. You can even only have one bite. Tak kena dengan selera but instead kita berdua tukar cake. Awak ambik Yogurt cheese saya, saya ambik Raspberry. Sampai sekarang kan, awak pergi je Secret Recipes, awak akan pilih Yogurt cheese, yang awak tak pernah fikir nak rasa sebab bukan selera awak.. cuba awak applykan teori cheesecake kita ni dengan Arul dan Ezzaq. Siapa Raspberry cheesecake? Siapa Yogurt cheesecake?"

Ding dong. Sekali lagi point Nadiah kedengaran betul dan logik dalam kepalanya. Tapi cheesake yang dia guna buat perumpamaan.. Nadiah oh Nadiah. You certainly had a point.. indeed.

"How did you know? You and Fariz," tanya Hadhira. Soalan tu dah lama dia nak tanya kepada Nadiah. Yellah Nadiah berkahwin agak awal, ketika mereka masih belajar dan macam mana Nadiah boleh begitu yakin yang Fariz tu dah memang ditakdirkan untuk Nurul Nadiah.

"When you meet someone special, you'll know... just know.. dan juga dengan solat Istikhara dan doa. Dia akan bantu kita, InshaALLAH." kata Nadiah sambil tersenyum. 

Just know? Dia pandang Ezzaq yang masih lagi terlena itu. Hadhira tersenyum. He's handsome, at least di mata aku kalau tak di mata orang lain. Just perfectly perfect for Nur'iz Hadhira.

Matanya jatuh ke arah tangan Ezzaq yang berbalut dengan plaster itu. Terus tangan dia mencapai tangan lelaki itu.

"Kenapa ni?" tanya Hadhira. Jari-jari itu dipegangnya. Risau. 

"What?" kata Ezzaq. Boleh pulak dia terlena atas sofa ni.

"Jari tu?" kata Hadhira.

Ezzaq melihat jarinya yang dibalut dengan plaster disebabkan kelalaiannya di bilik bedah tadi.

"Kejap. Saya pergi ambik first aid kit," kata Hadhira bila melihat Ezzaq masih lagi diam.

Dia terus bangun dari tempat duduknya tapi belum sempat dia bergerak ke arah kabinet, Ezzaq dah awal-awal lagi menarik tangannya sehingga dia terduduk di atas riba lelaki itu. Lelaki itu segera memeluknya dari belakang. Hadhira terkaku, tak pernah-pernah Ezzaq jadi se-daring macam ni.

Hadhira diam. Tak berani dia nak marah. Lagipun apa dia kisah, yang peluknya ni bukan lelaki lain, husband sendiri. Husband yang dia dah start sayang..

"Si hoodies pink, did you ever, ever, loved me?" tanya Ezzaq tanpa sedar. Soalan tu dah bermain di fikirannya sejak diorang dah start jadi suami dan isteri.. tapi makin rajin soalan tu datang menjengah fikiran Ezzaq sejak malam hari tu. Keyakinan yang dia ada masa mula-mula kahwin dulu makin tipis.. 

Hadhira terkaku. Soalan subjek apa ni? Ya ALLAH, kenapa dengan Ezzaq ni? Overdosed dengan drugs ke apa? 

"Sometimes I thought you loved me, and sometimes I just don't," kata Ezzaq. Pelukannya diketatkan lagi. Kalau tak nak lepas, boleh?

"Ezzaq.."

Diam. Lama diorang duduk dalam posisi begitu. Dia membiarkan saja dan Ezzaq tak melepaskan pula. Sepuluh minit selepas itu akhirnya pelukan dileraikan. Hadhira terus bingkas bangun. Cepat-cepat dia betulkan bajunya.

"Baik awak mandi, biar fresh sikit." kata Hadhira. Terus tangan dia hulurkan ke arah Ezzaq. Mahu mengangkat Ezzaq, kununnya. Soalan tadi dibiarkan tepi, dia mahu menjawab tapi lidah ni kelu. Dia tak berani. Takut. Arghhhh.

Ezzaq menyambut. Si hoodies pink ni dah macam emak pujuk anak mandi ja. Siap nak angkat-angkat lagi.

"May be you're right.." kata Ezzaq terus dia capai tie yang dia sudah buang atas meja tadi lalu bergerak ke tangga.

Hadhira melepaskan nafas. Huh nasib baik kondisi jantung kuat, kalau lemah boleh dia luruh jantung depan Ezzaq tadi.

...

Ezzaq pandang hidangan juadah depannya. Lain macam ja ni. Selalunya menu utama berbuka ialah Nasi Ayam, Mee Goreng ataupun Laksa tapi hari ni penuh satu meja dengan lauk-pauk. Dia menelan air liur, sup tulang kegemaran dan juga caramel. Wow, impressive.

"Duduklah," kata Hadhira bila melihat Ezzaq tercangak depan meja makan. Tergamam kut tengok lauk-pauk ni. Tahulah tak pernah buat sebelum ni.

"Sup tulang hari ni?" tanya Ezzaq.

"Tadi pergi Tesco ada nampak tulang, so beli la. Teringin pulak nak makan sup tulang," kata Hadhira. Memang pun.

"Wait.. awak buat semua ni?"

Hadhira mengangguk sebelum menjawab, "Saya minta EL tadi setengah hari, balik rumah tatahu nak buat apa pergi shopping kat Tesco and tadaaa.."

"Emergency leave? Kenapa? Sakit? Kenapa tak datang hospital je?" tanya Ezzaq. Dia dah risau. Kalau si hoodies pink ni sakit, dia pun turut sama sakit. Auwwwww.

"Malas nak kerja. Tak boleh fokus,"

"Tak boleh fokus?"

"You."

Ezzaq membulatkan matanya. Saya? Ahmad Firas Ezzaq ni yang buatkan Hadhira tak fokus dalam kerja? Bumi dah keluar paksi ke ni?

"What's wrong with you this couple of days. You look different," senafas Hadhira menyambung.

"Oh.. it.." sebelum sempat Ezzaq menjawab azan Maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka.

Dan lepas itu persoalan yang bermain di fikiran Hadhira (masih) lagi tidak terjawab.

....

Hadhira yang duduk atas katil sambil membaca novel Harry Potter itu sekali-sekala memandang Ezzaq yang sedang tengok Nightline di sebelahnya. Yogurt cheesecake? Raspberry cheesecake? Ah dia macam 80% pasti yang Ezzaq tu yogurt cheesecake yang dia sukakan sangat-sangat tu..dan Arul tu pulak  macam raspberry cheesecake.. a mere heart affairs to her. Heart fling. Ah apa-apalah orang nak panggil.

Ezzaq sebenarnya sedar yang si hoodies pink ni dari tadi diam-diam memandangnya. Ezzaq memandang novel Harry Potter di tangan Hadhira. Aikk girl, Harry Potter awak tu dak tah seductive macam selalu ke? Kalau dulu jangan harap Hadhira akan angkat kepala bila dah start baca siri novel dari J.K Rowling tu. Ni apa kes?  Apa kena dengan si hoodies pink ni? Dia tiba-tiba teringat kata-kata Hadhira sebelum berbuka semalam.  Distraction, tak boleh focus.. because of me? Ezzaq cuba untuk tersenyum..

"Come on Hadhira, give it a go. What do you wanna ask, ask." kata Ezzaq. Dia mengambil remote dan menutup TV, Nightline dah habis dah pun. Si hoodies pink dipandangnya.

Lama tak berjawab.

Ezzaq memetik jari di hadapan si hoodies pink. Nampak sangat Harry Potter dah kehilangan taringnya.

"Cheesecake.. which flavour.. er did you.. hurmm.. like?" kata Hadhira. Tersentak. Terkejut. Ya ALLAH, berangan sangat nak tahu tadi, kan dah terkeluar dari mulut.

Cheese..what? Ezzaq menggeleng kepala. Dari semalam dia tengok aku atas bawah, dia nak tanya aku suka cheesecake apa? Si hoodies pink! You're one of a kind.

"Anything," kata Ezzaq. Perlahan. Bantal dibetulkannya. Dia mahu tidur. Tadi baru nak senyum sampai ke telinga bila dengar yang si hoodies pink ni kata dia tak boleh  fokus sebab aku, sekarang dah lain. Cheesecake? Aku kalah dengan cheesecake rupanya. Alahaiii si hoodies pink.

Hadhira tepuk dahi. Kan dah lain balik suara inche smiling eyes ni. Semua salah kau cheesecake. Kan dah tersasul depan Ezzaq. Mesti lepas ni dia ingat isteri dia ni jenis melantak. Malam-malam pun tanya cheesecake. Aiyooooo.

Macam mana nak buat ni?


"Kalau awak dah suka, just telling him. Don't let him in the dark." kata Nadiah tidak sebelum dia pulang. 

"Si hoodies pink, did you ever, ever, loved me?" 


BUT HOWWWWW?

..................

p.s: Here we go! hehe. Harapnya yang ni lebih panjang sikit dari chapter 36. 

Si Hoodies Pink 36

Ezzaq terus terjaga dari tidur bila terdengar azan Subuh sayup-sayup dari masjid sana. Dia memandang ruang kosong disebelah. Mana Hadhira? Subuh? Ya ALLAH, dah terlepas sahur la macam ni. Dia terdengar bunyi air dari dalam bilik air. 

Hadhira yang keluar dari bilik air hanya berdiam diri. Towel kecil digantungkan balik ditempatnya. Telekung dicapai. 

"Kenapa awak tak kejutkan sahur?" tanya Ezzaq. Mata masih ngantuk. Terus dia peluk bantal peluk di atas katil.

Hadhira mendiamkan diri. Malas nak layan mamat ni. Tadi punyalah dia kejut, tapi boleh pulak tidur mati. Terus dia hamparkan sejadah. 

"Kenapa drive laju-laju ni?" tanya Hadhira bila melihat Ezzaq memandu laju di lebuhraya itu. Kalau ada peluang sikit, dia akan menyelit. Hampir terkeluar jantung Hadhira. Kalau dah keluar jantung, sah-sah la Ezzaq pon dah tak dapat selamatkan. Tak sayang nyawa ke apa? Kalau dah tak sayang sangat nyawa tu, at least, sayangkan la nyawa aku ni.

Ezzaq diam. 

"Ahmad Firas Ezzaq!" kata Hadhira. Ezzaq sudah pun parking keretanya di porch rumah mereka. 

Ezzaq tak menjawab. Dia terus berjalan menuju ke pintu rumah.

Hadhira jadi tak faham. Tiba-tiba je mood lelaki ni berubah. Kenapakah?

"Ezzaq!"

"Hadhira. Diam sekejap boleh tak?" kata Ezzaq. Sungguhla fikiran dia dah tak dapat fikir betul-betul. Dengan penat tak tidur semalam.. dengan hari ni lagi.

Ezzaq menepuk dahi. Semalam. Nafsu amarah menguasai diri. YA ALLAH. Patutlah si hoodies pink tu diam sampai ke hari ni. Rasa ngantuknya yang ada tadi sudah hilang. Sekarang fikirannya hanyalah kepada Hadhira yang sedang solat itu. Perasaan bersalah bermain dalam diri..

Ezzaq terus bangun bergerak ke pintu bilik.

...

"Nah," kata Ezzaq lalu meletakkan kunci keretanya di atas meja di hadapan Hadhira yang sedang menonton TV itu. Dari pengamatannya Hadhira sudah pun bersiap untuk ke pejabat. Berbaju kurung maroon dan bertudung pink. Mungkin sedang menunggunya kut.

"Awak?" tanya Hadhira. Orang tunggu dia nak pergi kerja sama-sama. Dia boleh pulak bagi kunci kereta kat kita. Nak suruh aku drive ke apa? Nak kata cuti hari ni tak juga bila lihat lelaki itu sudah lengkap berbaju kemeja biru itu. Dan juga bertali leher. Tali leher? Kenapa hari ni tak suruh aku fixedkan tali leher dia? Bisik Hadhira. Dia rasa nak menangis tiba-tiba bila melihat inche smiling eyes yang tiba-tiba bertukar mood ni.

"Saya naik dengan Hafiz. He's outside." kata Ezzaq lalu berlalu keluar.

Hadhira tergamam. Nak salam pun tak sempat.

Ahmad Firas Ezzaq, what happen to you?

...

"Nuriz!" suara En Ahmad mematikan lamunan Hadhira. Pen yang dipegangnya terus diletakkan di atas meja.

"Yeap En. Ahmad," kata Hadhira.

En Ahmad terus meletakkan file di atas mejanya. Hadhira bingung.

"You salah hantar file. Ni file projek di Melaka, yang I nak projek di Kuantan." kata En. Ahmad.

Hadhira terus menepuk dahi. Ya ALLAH. Boleh pulak tersilap hantar file dekat En. Ahmad. Ni gara-gara perangai Ezzaq sejak dua menjak la ni. Dah dua hari dah dia tak nampak senyuman dari wajah Ezzaq dan setiap kali dia bertanya, Ezzaq hanya menggelengkan kepala. Dan akhirnya, mereka berdua lebih senang melayan perasaan sendiri. Dia dengan dunia dia, Ezzaq dengan dunianya.

"Sorry En. Ahmad. My mistake," kata Hadhira lalu memberi file projek Kuantan itu kepada En. Ahmad.

"Knowing you, Nuriz. You never make mistakes," kata En. Ahmad lalu berlalu pergi.

Hadhira menggeleng. But I just did, En Ahmad.. and in my marriage too, perhaps?

Hadhira terus mengemas mejanya. Nak balik rumah. Dia dah tak boleh kerja, tak boleh fokus.

...

"Kau apahal?" tanya Hafiz dalam kereta, on the way balik ke Damansara. Ezzaq yang duduk kat tempat penumpang dari tadi asyik diam terkutik tak bergerak. Melayan perasaan sungguh kawan aku seorang ni.

"Huh?" kata Ezzaq. Dia tak dengar apa yang Hafiz katakan tadi.

"What's wrong?" tanya Hafiz lagi. Risau sungguh dia tengok Ezzaq. Dah berapa hari dia tengok muka kawan dia seorang ni monyok semacam. Layan patient pun main aci tak aci ja masa diorang round ward tadi. Kalau tidak selalunya Ezzaq la banyak bercakap dengan pesakit. Ramah semacam..

"Tadapapa.." kut. Jawab Ezzaq.

"Hello bro. Kau aku kenal dah nak masuk enam tahun. Lima tahun setengah kita kongsi bilik. Aku kenal sangat perangai kau ni.. dan muka kau ni sama bila kita awal-awal kenal masa kat Dublin. Hadhira?" teka Hafiz.

Ezzaq gelak.

"How come bro?"

"Aku kenal kau."

"Tak ada apa-apalah.." kata Ezzaq. Takkan dia nak bagitahu Hafiz yang Hadhira masih lagi menyimpan perasaan kat lelaki lain walaupun dah berkahwin kut. Ni namanya menconteng arang ke muka isteri, eh muka dia jugak sebagai suami. Muka diorang berdua suami isteri. Suami isteri? Sedap ja bunyinya tapi tak selamanya berjalan dengan lancar. Perkahwinan memanglah bukan perkara main-main.

"You love her, isn't it? Be strong, fight for her. Aku dah tengok kau terjatuh dulu, dan aku juga tengok kau bangun balik." nasihat Hafiz. Dia pun dah berumah tangga. Dia faham sangat simptom-simptom pasangan bergaduh ni.

Ezzaq mengeluh. Dah banyak kali aku fight, Hafiz tapi macam mana nak menang kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan. Matanya terus tersasar titisan air hujan yang mula lebat itu. Hati kat dalam ni pun dah lama 'menangis' macam langit kat atas sana tu.

...

p.s: Kita selalu nampak Ezzaq chasing for Dhir, right. Now biar overturn pulak. Biar Dhir chasing for Ezzaq. Baru nice. HAKHAKHAK.

Si Hoodies Pink 35

Hadhira yang sudah bersiap itu turun ke dapur. Aroma masakan Ma dengan Cik Mah dah sampai ke tingkat atas. Tercabar iman. Iman, Hadhira? Puasa pun tidak, macam mana nak tercabar iman. Ngeee. Di dapur dia melihat Ma dengan Cik Mah sibuk menyediakan juadah berbuka. Tadi dia ada sempat menolong, cuma sempat potong bawang je la lepas tu dia naik atas, mandi dan bersiap.

"Ha, Dhir sini. Tolong rasa okay tak asam pedas ni," kata Ma yang sedang mengacau asam pedas yang masih lagi di atas dapur itu. 

Hadhira tersenyum. Pertolongan yang dia paling suka. Haha.

"Nice," kata Hadhira.

"Nanti Ma bungkuskan. Boleh bawak balik rumah, buat sahur. Untuk Ezzaq." kata Ma. Hadhira mencebir. Ezzaq dah jadi anak kesayangan Ma. Cemburu ah macam ni.

"Make it two then. One for me and one for anak kesayangan Ma tu," kata Hadhira. Tangannya mencapai kuih cara berlauk di atas meja. Tak ada siapa pun di sini kecuali Ma dengan Cik Mah, maka memang pantas dia makan. Lagipun Ma dengan Cik Mah yang cakap, kalau dah Allah bagi cuti, makan saja lah. 

"I heard my name mentioned somewhere here," 

Hampir tersedak Hadhira yang sedang makan itu. Suara Ezzaq. Cepat-cepat dia makan. Malu la kalau Ezzaq nampak dia tak puasa.  

Ezzaq terus bersalaman dengan Ma. Puan Hanim menggeleng kepala melihat telatah Hadhira tu. Dengan suami sendiri pun nak cemburu. Tullah dah terbiasa dengan sikap anak tunggal dia sorang tu.

Tiba-tiba Hadhira tersedak. Ambik kau, makan cepat-cepat lagi. Ezzaq yang berdiri dibelakangnya terus mengusap belakangnya. Alahai, cara berlauk ni!

Puan Hanim hampir ketawa, cepat-cepat dia mengambil gelas dan menuangkan air masak ke dalam gelas tersebut.

Hadhira membulatkan matanya bila Ma dengan selamba je hulur air kepadanya. Puan Hanim buat tak perasan. Tahu sangat yang si anak tu tak mahu Ezzaq tahu yang dirinya tak puasa.

"Tak puasa ni Ezzaq, jangan bawak pergi berbuka." usik Ma. Hadhira dah merah muka.

Ezzaq hanya tersenyum. Lawak pun ada tengok si hoodies pink ni. Tak puasa? Kehkehkeh tapi small matter la awak oii, saya pun ada adik perempuan jugak. Kalau si Ezzah tu lagi teruk, siap boleh bawak makan depan TV lagi. Memang spesies tak matang adik perempuan seorang tu.

"Tak puasa ya Ma. Patutlah tersedak terus bila Ezzaq masuk, tengah dok sibuk membaham la tu." kata Ezzaq.

Hadhira terus cubit lengannya. Suka hati kan nak mengusik saya?

Ezzaq membulatkan mata. Amboi si hoodies pink ni, dah pandai pegang anak lelaki orang

"Sedap je baunya," kata Ezzaq. 

"Ada asam pedas, nanti Ma bekalkan." kata Ma.

Hadhira hanya berdiam diri. Malu lagi bersisa dalam diri. Baik diam. Kalau tak nanti kena lagi dengan Ma dengan Ezzaq. 

"Ni korang bila nak berbuka dekat sini?" tanya Ma lagi.

Ezzaq memandang Hadhira dan Hadhira pun berbuat benda yang sama. Kalau Hadhira memang dia mahu berbuka hari-hari di sini.

"Alla Ma, Dhir kasi chance Ma dengan Abah berdua. Kut-kut nanti dapat tambah ahli keluarga baru. Dhir tak naklah beradik-kakak dengan ikan koi aja," usik Hadhira. 

Ma dah mencebir. Anak sorang ni memang!

"Ahli keluarga baru tu InshaALLAH akan ada, but not from me. From you guys perhaps?" kata Ma.

Hadhira menelan air liur. Salah ayat nak bergurau pulak kali ni.

"Ni nak berbuka kat mana?" tanya Ma bila melihat dua anak muda yang hanya berdiam diri tu. Dia faham saja sebenarnya kalau Dhir tak cakap pun tapi diorang berdua ni nak kena push baru boleh bergerak sedikit.

"Ezzaq ingat nak bawa pergi One Utama je, the Garden may be," kata Ezzaq. 

"Buat apa bawak tempat mahal-mahal. Ezzaq je berbuka nanti," usik Ma lagi. Ezzaq dah ketawa. Suka je kan!

"Baik Ma. Ezzaq pesan sky juice je kat dia,"

Kan aku dah cakap, mesti kena je dengan Ma hari ni. Hadhira menjeling Ezzaq disebelah.

"Yellah Ma, nanti biar Ezzaq je makan. Dhir duduk pandang muka je," kata Hadhira. Merajuk?

"Merajuk ke ni?" kata Ezzaq. Pipi Hadhira dicubitnya. Merah lagi muka si hoodies pink ni.

"Apa ni pegang-pegang orang!" kata Hadhira. Geram tahu tak. Ingat orang suka-suka ke tak nak puasa.

Semua orang di dapur dah bantai gelak. Hadhira membulatkan mata. Geram. Hari ni hari rasmi nak kenakan Nur'iz Hadhira kut.

"Dhir nak naik atas kejap. Ambik beg tangan.. and we should be quick, isnt it? Kalau tak nak jalan jammed." kata Hadhira. Lagi lama dia duduk kat dapur ni, lagi banyak dia kena bahan dengan Ma dengan Ezzaq.

...

"Merajuk lagi ke?" tanya Ezzaq. Matanya masih memandang ke depan. Jalan jammed. Nasib baik tadi dia solat Maghrib dulu sebelum pulang. Kalau tak satu hal lagi nak kena berhenti dekat patrol pump mana-mana pulak.

"Nampak macam merajuk ke?" kata Hadhira. Aku? Hadhira ni? Merajuk?

"Mana tahu. Diam ja dari petang tadi," kata Ezzaq. Sebenarnya dia dah bosan melawan jam, sebab tu dia ambik initiatif cakap dengan Hadhira. Boleh terlena kalau silap hari bulan ni.

"Tak da la tapi geram adalah. Ada je kan idea nak menyakat." kata Hadhira. Nasib baik tadi Ezzaq tak buat perangai order air masak je dekat Garden tadi, kalau tak telan air liur la dia pandang Black Pepper Chicken Chop Ezzaq tu tapi kalau fikir balik masuk je Garden Cafe tu tadi, hati dia terus terpaut dengan suasana restoran tersebut. Cantik. Kalau bagi air masak sekali pun dah kenyang tengok pemandangan yang cantik macam tu, and romantic too! Ezzaq memang pandai pilih tempat.

"Pandai awak pilih tempat kan, it is such a nice place," sambung Hadhira.

"Family selalu pergi sana. Couple of times.. tahu tak first time saya masuk kan, first thought coming to my head is to bring my girlfriend someday.." kata Ezzaq.

"Girlfriend? Tercapai tak impian tu?"

"Nope. Tapi berjaya bawak isteri. Boleh la tu kut?"

Hadhira gelak.

"Isteri is much more better than a girlfriend, I must say."

"Always," kata Ezzaq. Dia suka bila Hadhira ni masuk gear suka bercakap. Kalau selalunya sepatah dia cakap, sepatah la Hadhira balas.

Hadhira tersenyum. Dia suka mendengar jawapan Ezzaq tu. Terbuai-buai sekejap.

"Tapi kan yang. Honestly, the food is not enough for my tummy." kata Ezzaq. Makanan tadi tu agak sikit untuk orang yang jenis makan banyak macam dia ni. Tambahan lagi lepas on-call, bila tadi sahur hanya berbekalkan roti saja. Mana nak tahan makan Chicken Chop je.

"Dont worry we got Asam Pedas buatan Ma ni. Nanti saya masak nasi, we can have early sahur then." kata Hadhira.

Ezzaq tersenyum. Nasib baik si hoodies pink ni faham.

"Eh ni bukan jalan nak balik Bukit Beruntung," kata Hadhira.

"Obviously,"

"Kereta saya macam mana?"

"Minggu depan kita ambik okay. Itu idea saya."

"Huh? Orang nak kena pergi kerja la awak." kata Hadhira.

"Saya tahu but dont worry saya hantar dan ambik awak okay," kata Ezzaq.

"Tapi kerja kita tak sama waktu la awak," kata Hadhira. Yella cuba buatnya Ezzaq on-call tak ke dia terkapai-kapai nak balik rumah. Lepas tu kalau dia pulak terpaksa buat OT. Kan susah pulak Ezzaq nak datang officenya kat tengah-tengah KL tu dari rumah mereka.

"I can take public transport. LRT, cabs banyak dont worry," kata Ezzaq. Lagipun Hafiz, kawan sekerja dia tu pun duduk area yang sama. Boleh buat teknik car-pooling seminggu ni.

"Nope. Let me take the public transports. Saya boleh naik LRT. Dekat sikit dengan my workplace," kata Hadhira. Dia tak kisah. Lagipun hari tu bila kereta dia tiba-tiba tak boleh start pagi-pagi pon dia pergi kerja naik LRT.

"Naik LRT? Awak? No way, wife. Tak selamat.. and plus the way you behave dengan mamat foreigner tadi. Tak boleh! Never. You take the car, I'll take the cab, LRT, or whatever it is. Period."kata Ezzaq. Dia teringat lagi tadi ketika dia ke surau untuk solat Maghrib dan bila dia keluar saja dari surau tersebut dia melihat Hadhira sedang bersembang (dan senyuman yang lebar) dengan seorang lelaki. Arab. Tinggi. Handsome. Dan mungkin lagi kaya dari dia.

"Mamat foreigner? Owh.." tanya Hadhira.

Hadhira ketawa. Dia teringat kisah tadi. Cemburu jugak doc ni ya.

"Awak cemburu ya, Dr. Ezzaq?"

"Of course.. he looks nice, decent, handsome and tall. And may be kaya. Of course la kan.."

"It's nothing. Really. Dia tanya tempat menarik kat Malaysia je pun," kata Hadhira. Tadi masa dia menunggu Ezzaq habis solat, tiba-tiba dia disapa oleh seorang lelaki Arab bertanyakan apa yang menarik di Malaysia dan dia sebagai seorang rakyat Malaysia yang baik, terus dia bercerita mengenai tempat-tempat best di Malaysia.

Hadhira ketawa.

"Kenapa?"

"No wonder la awak muka toya je tadi. Macam mana ya, hurmm I'm sorry. This is my wife, we need to be hurry.." kata Hadhira meniru ayat pertama keluar dari mulut Ezzaq bila Ezzaq menyertai dia dengan Sameer tadi.

"Harusla wife sendiri tu.. tapi orang Arab lagi kuat cemburu kut." kata Ezzaq. Dia ingat lagi dia pernah tengok di Youtube, ada sekumpulan pak Arab ni membelasah seorang lelaki hanya disebabkan sifat kuat cemburunya.

"It's nothing. Really." kata Hadhira lagi.

"I know.. saja ja nak buat drama tadi." kata Ezzaq. Hadhira menggelengkan kepala. Ezzaq memfokuskan kembali matanya ke arah jalanraya. Mana tak cemburu si hoodies pink oii kalau tengok isteri sendiri senyum dengan lelaki lain bila Hadhira itu sendiri jarang senyum macam tu hadapan dia.

"But one thing awak, saya tak fancy la lelaki banyak facial hair macam tu. Macam awak dah okay. Tall and handsome. I dont care, inche smiling eyes saya pun tall and handsome, and aint bother to search for anything else." kata Hadhira.

"Inche smiling eyes?"

"Yes." kata Hadhira.

Smiling eyes? Who the hell is that? Bisik hati Ezzaq. Tiba-tiba dia teringatkan Arul yang mempunyai mata seakan-akan tersenyum itu. Tangannya menggengam stering kereta itu dengan kuat. Pedal minyak ditekan, elok pula jalan dah tak jammed. Dah lama dia tak racing malam-malam ni.


Si Hoodies Pink 34

Hadhira menyelak buku dekorasi dalaman itu satu persatu tapi yang sebenarnya fikirannya satu pun tak melekat ke atas helaian-helaian tersebut. Matanya memandang Jo yang sedang kusyuk membaca buku parenting di hadapannya. 

Orang sekeliling dipandangnya. Masing-masing tenggelam dengan buku masing-masing. 

"Kau datang sini nak baca buku free je ke? Kalau macam tu baik aku bawak kau pergi perpustakaan terdekat," akhirnya keluar juga soalan dari mulut Hadhira. Elok je diorang sampai KLCC tadi, Jo heretnya ke Kinokuniya. Buat aktiviti membaca secara free di sini. Masa zaman belajar dulu, memang selalu diorang buat aktiviti berfaedah ni tiap-tiap minggu.

Jo tersengih. Hadhira menggeleng. Memang dah masuk spesies Ezzaq. Spesies suka senyum.

"Aku risau la,"

"Risau apa?"

"Ada benda yang keep playing in my head, something not good, something bad," kata Jo. Buku parenting ditutupnya. Dia rasa tak sedap hati, tak tahu kenapa. 

"Kenapa ni Jo?" kata Hadhira. Riak risau dah jelas kelihatan pada mukanya. Jo yang dia kenal selalu optimis. Hadhira yang sebaliknya lebih pesimis tapi kenapa sekarang mereka seakan-akan dah tukar peranan. 

Jo menggeleng.

"Pembawakan budak kut,"

Jo tersenyum. Dia mengangguk. Betul la kut tu. 

"Dah, jangan fikir bukan-bukan lagi. Kau banyakkan berdoa, baca Quran. Minta petunjuk dan pertolongan dari DIA. InshaALLAH." kata Hadhira. Sungguhla diorang dah tukar karakter. 

Buku di tangan Jo terus diambilnya.

"Aku belanja, for the baby." kata Hadhira.

"Thanks," kata Jo tapi ternyata riak muka itu masih lagi keruh. Hadhira ingin bertanya tapi entah kenapa tak terluah dari bibirnya. 

....

Hadhira membaringkan tubuhnya di atas sofa di meja tamu di rumah abah. Tadi alang-alang hantar Jo ke rumah keluarganya, dia terus memandu ke arah Bukit Beruntung. Kalau balik ke rumah sendiri pun buat apa kalau keseorangan jugak. Lebih baik balik berjumpa Ma yang dah lama dia tak jumpa. Hurm dua minggu lamanya. Walaupun hari-hari dia bergayut phone dengan Ma tapi tak sama kalau boleh tengok depan mata kan?

"Dah makan?" tanya Ma yang bertelekung. Baru balik dari masjid barangkali, solat terawikh.

Hadhira mengangguk. Hidangan steak masa berbuka tadi masih lagi terasa. Perutnya masih penuh.

"Ni dah solat?" tanya Ma. Soalan tu memang tak lekang dari mulut Ma sejak dia berusia 7 tahun lagi, even sampai sekarang dah besar panjang ni.

Hadhira tersengih. 

"Period?" kata Ma.

Hadhira mengangguk. Yeapp yeap best friend saya datang awal bulan ni. 

"So no good news la heh?" tanya Ma.

Hadhira mencebir. Soalan satu tu dah keluar dah. Sekarang kalau jumpa Ma, memang soalan 'good-news' tu dah jadi soalan wajib dah.

"Not ready," jelas Hadhira. 

"Tak ready apanya?" kata Abah pula yang sudah duduk di sofa hadapannya. 

"First, kami berdua ni busy dengan kerja. Second, agama dalam tu macam tak kukuh lagi," ketiga, Dhir yang tak ready lagi tapi alasan ketiga tu dia jawab dalam hati saja. Nak kena nag dengan Ma, cubalah.

"Nak tunggu ready sampai bila tak ready, Dhir."

Hadhira tersenyum. Ma dah masuk gear jadi psikologi dah. Serentak dengan itu Blackberrynya berbunyi. Life savior!

Ezzaq. 

"Ezzaq call ni Ma, Dhir masuk bilik dulu," kata Hadhira. Terus bag tangannya diambil.

"Assalamualaikum doc," kata Hadhira. Anak tangga didakinya satu persatu menuju ke biliknya.

"Waalaikumussalam, wife" 

"So, what's up?" kata Hadhira. Dia terus duduk di atas katil. 

"Buat apa?" tanya Ezzaq.

Hadhira mencebir. Alahai takkan inche doc ni telefon nak tanya buat apa kut. 

"Baring-baring pandang siling.."

"Ingatkan saya ya?" kata Ezzaq lalu disambung dengan ketawa di hujung telefon sana. Hadhira menggeleng kepala. 

"Perasannya orang tu. Hurmmm.. awak, saya balik Bukit Beruntung." kata Hadhira. Rasa bersalah pulak dia tak minta kebenaran Ezzaq sebelum keluar tadi. 

"Oh. So how's Ma dengan Abah?"

"Diorang okay.." and asking about having a grandchild too. Mahu je dia cakap macam tu kat Ezzaq tapi mana mungkin, malu aah. Sekarang pun hubungan diorang macam tak yakin lagi. Foundation tu tak kukuh lagi.. dan kalau ikut apa yang dia praktik dalam dunia kerja dia ni yang kalau tapak tak kukuh, bangunan tu lama-lama akan bergoyang dan rebah. Maka dia tak nak kalau dia dengan Ezzaq pun jadi macam tu.

"Send my regards to them,"

"InshaALLAH. Makan apa hari ni?" tanya Hadhira. 

Ezzaq di hujung talian hampir tergelak. Soalan.. Macam budak baru berchenta ja bunyinya.

"Makan apa lagi kat hospital ni. Tadi sempat sambar bihun sup dekat kafeteria. Tak sama macam apa yang awak buat. You?" 

Hadhira tersenyum. Sweet-talker! Sure he is, ikut prestasi dua hari ni. Maklumlah anak didik Don Juan.

"Kitorang baham beef steak dekat steak house,"

"Ni yang nak cemburu ni but wait.. kitorang?" tanya Ezzaq.

"Saya dengan Jo. Jalan-jalan KL tadi, shopping Raya!" kata Hadhira. Memang betul la dia shopping. Terus dia pandang bag kertas di atas katilnya. Baju raya dia dengan Ezzaq. 

"Ah. Ajip is in Japan right now, isnt it?" kata Ezzaq.

"Yeap, so why're you calling?"

"So yeahh nak ajak dating esok. Buka puasa kat luar? Ganti sebab tak dapat berbuka bersama hari ni," kata Ezzaq. Itulah sebab utamanya mahu menelefon. Perasaan bersalah masih bermain dalam hati sebab tak dapat berbuka dengan Hadhira hari ni. Muka kecewanya semalam dalam kereta masih lagi terbayang di matanya.

"Oh okay. Kat mana?" kata Hadhira. Gembira. Orang nak belanja makan free kut!

"Just be ready. I'd fetch at Ma's house."

"La dah tu kereta saya macam mana. Monday saya kerja okay,"

"Yang tu kita fikirkan esok," kata Ezzaq.

"Okay, it's up to you then." kata Hadhira.

"See you tomorrow. Assalamualaikum,"

Waalaikumussalam. Jawab Hadhira dalam hati. Hadhira mengambil bantal keciknya di atas katil. Berfikir. Macam mana ya esok, kalau Ezzaq ambil dia dekat rumah Ma of course nanti balik satu kerja lagi nak berulang ke Bukit Beruntung balik. Alahai susahnya! Boleh plak inche smiling eyes ni suka-suka dia ja nak fikirkan benda tu esok. Planning kan lebih senang.

Hadhira menggelengkan kepala. Lantak lah, biar Ezzaq yang fikirkan masalah tu esok. Ezzaq kan lebih kepada go-with-the-flow manakala Hadhira pulak jenis yang kena plan dahulu sebelum memulakan sesuatu. Dia ingat lagi ketika belajar, setiap malam dia akan plan benda yang dia akan buat keesokan harinya. Kalau tak, tak lena la tidur malamnya. Skema sungguh ya Hadhira ni. Ngeee.

Si Hoodies Pink 33

"Mak oiii bosannya," jerit Hadhira dalam hati. Jam kat dinding dah berdenting lapan kali menandakan baru pukul lapan pagi, waktu Malaysia. Alahai bosannya, tak ada kerja. Nak pandang drawing, tak mahu la. Boleh muntah hijau dia pandang hari-hari. Nak buat apa ni? Hadhira pusing-pusing atas katil bersaiz super queen tu. Habis comforter yang bewarna putih berbunga hitam itu. Elok je tadi dah kemas katil, dia boleh buat main balik. Hadhira oh Hadhira, cuba la tambah pahala sikit bulan Ramadhan ni.

Tangannya mencapai tali leher Ezzaq yang dia letak di meja kecil sebelah katil tu. Tangannya rancak menyimpul sana sini. Mahu praktis. Teringat kisah pagi tadi. Heee. 

"Yang.." ujar suara dari belakang. Tanpa berpaling pon Hadhira tahu yang itu inche smiling eyes. Pensel warna Luna itu di letak tepi. Kerja kita tinggai tepi dahulu, lagipon dah naik pening pandang drawing roof tue.  

Ezzaq berdiri di hadapannya. Dah siap berpakaian kemeja, berseluar slack. Rambut tu je agak messy, tak sikat lagi. 

"Awat?"

Ezzaq tersenyum. 

Hadhira mencebir. Ezzaq ni pahalanya mesti banyak kan, aci senyum je hari-hari. Nak jadi doktor kena banyak senyum kut. Kalau tak pesakit lari. Kalau macam tu kiranya, sah-sah aku fail. Mana pandai senyum. Ngeeee.

Tali leher yang berada di tangan Ezzaq diangkat ke udara. 

"Nah, pakaikan!" kata Ezzaq. Hari ni hari malas sedunia. HAHAHA. Tali leher bewarna silver itu sudah bertukar tangan. Amboi si hoodies pink, lambat-lambat je capai tie ni.

"Huh?" kata Hadhira. Matanya memandang tali leher ditangannya. Heee. Macam kenal je ni, eh eh ni bukan hantaran hari tu ke?

"Pakaikan! Come on, time is ticking," kata Ezzaq. 

"Tak pandai la," kata Hadhira. Jujur. Memang tak pandai pon. Sekolah dulu, aci pakai baju kurung je pergi sekolah. Lagipon tak da la hebat sangat nak jadi pengawas sekolah yang pakai tie semua tu. Heee. Nasib la kamu inche Ezzaq. 

"Serious?" kata Ezzaq. Musykil. Ada ka orang dalam dunia ni tatahu pakai tali leher. Serious? Wujudkah? Si hoodies pink ni hidup zaman klasik mana?

"Betul la," kata Hadhira. Kalau aci nak suruh jerut leher, aku pandai la kut. Heh?

"Awak ni tak romantik la yang. Baru nak ada scene yang boleh senyum sampai ke malam," kata Ezzaq. Ambik kau Ezzaq, punah harapan! Tangannya dah lincah memakaikan tali leher di leher sendiri, kasihan sungguh bila dengar.

Hadhira angkat bahu. Sorry la bro, cant help!

"Tengok ni, mai saya ajar." kata Ezzaq. Satu persatu step diterangkan kembali ke Hadhira.

"Done! Now ketatkan," kata Ezzaq. Kepalanya direndahkan sedikit, kasi adjust dengan ketinggian Hadhira. 

Hadhira hanya ikutkan saja perangai pelik Ezzaq hari ni. Bukan boleh mati pun. 

"Thank you, yang. Gotta go," kata Ezzaq lalu mencium pipi Hadhira. Dia terus berlari ke muka pintu. Haha. 

Hadhira mencebir. Ezzaq ni kan suka ya stealing kiss dari girl. Naughty. Tapi dia tersenyum lagi. Sukaaaa.

"Ehem ehem ehem,"

Hadhira memandang ke pintu. Ezzaq sedang tersenyum. Kantoi!

"Suka ya?" usik Ezzaq. Haha. 

Hadhira menunjukkan penumbuk. Mana aci! Malu ah macam ni. 

"Awak lupa nak buat sesuatu," kata Ezzaq. 

Dia berjalan ke arah Hadhira. Tangan kanannya disuakan.

"Salam," terang Ezzaq. 

Hadhira mengangguk. Tangan Ezzaq diraih dan diciumnya. Scene ni selalu dia tengok mama dengan abah selalu buat sebelum abah ke pejabat dan sekarang di antara dia dan Ezzaq. 

"Macam tullah isteri mithali. Opss girlfriend kesayangan," kata Ezzaq.


Mata Hadhira membulat, sempat lagi tu nak mengenakan orang!

"Cepatlah. Time is ticking," kata Hadhira. 

"Okay, awak pon siaplah kerja tu. Jangan asyik dok tersenyum je eh," usik Ezzaq lalu keluar dari bilik kerja Hadhira itu..

Hadhira tersenyum. Lagho betul. Ada je kerja nak berangan. Tali leher itu dirungkaikan kembali dan dipasangkan kembali. Practice makes perfect, kan? 

Belum sempat dia praktis ikatan tie, tiba-tiba Blackberrynya berbunyi. Terus dia loncat turun dari katil ke arah meja solek.

Jo Jannah! Heeeee. Hatinya berbunga riang, ada la manusia yang boleh dia guna jadi tukang membuang masa bosan hari ni.

"Assalamuaaaalaikum," kata Hadhira.

"Waalaikumussalam! Awal bangun hari ni? Aku ingat kau dok dalam alam siti dan fantasi lagi?" perli Jo sedas. Perangai sarkatikus dia tu tak pernah berubah.

"Kau tu? Awal mengacau hari ni?" kata Hadhira.

Jo ketawa disebelah sana. Macam tu lah diorang.

"Biasa la, aku tak da kawan nak mengacau hari ni kan. So aku nak kacau kau,"

Hadhira mencebir. Dah agak dah! Sejak dah berkahwin ni, Jo memang jarang hang out dengan diorang. Ada la sekali dua kali tapi tupon dengan Ajip ikut sekali. Nasib baik dah lama kenal Ajip tu, kalau tak memang Hadhira tak boleh hidup la jalan-jalan dengan orang tak kenal.

"Ajip mana?"

"Ajip lari rumah," kata Jo sambil ketawa.

"Lari rumah mana plak ni?"

"Dia pergi Japan, ada seminar. Boleh plak dia suruh aku duduk sini tak kasi ikut," kata Jo di hujung talian.

"Merajuk ah tu," kata Hadhira sambil tersenyum. Masaklah kau Jo, sejak dah berabang ni memang selalu kuat merajuk dia tu. Tak pernah dia tengok sisi Jannah Amani macam tu.

"Tahu tapa, sebab tu bila orang tanya aku cakap dia lari rumah," kata Jo selamba.

"Tak matang sungguh,"

"Dhir.."

"Hurm,"

"Jom keluar, aku dah mati kutu dok pandang muka Oprah ni kat TV," kata Jannah.

Hadhira tersenyum. Jo ni memang jenis outdoor, tak boleh duduk lama sikit dalam rumah. Okay apa Oprah tu, comel je aku tengok.

"Mana plak kali ni?"

"Nak cari maternity dress? Hurm, KLCC?"

"Cari apa?"

"Nur'iz Hadhira, you absolutely heard me."

"Oh my..."

"Gucci. Yes. 12 weeks, tapi alasan cari maternity dress tu aku reka sebenarnya. Tak tahu nak cakap macam mana but aku teringin nak jalan KLCC,"

"Kau memang nak kasi aku heart attack!"

"Am not worried at all, you've got personal abang doc kan?" kata Jo sambil terkekeh ketawa. 

"Doc on call hari ni. Tensi aku. Hey kau tunggu rumah, nanti aku ambik. Give me an hour to reach your house,"

"Yes, auntie,"

"Take care, mommy-to-be!"

......

ps: Followers makin ramai, and the commentators pun dah bertambah. TERIMA KASIH!
ps2: Tatahu macam mana nak wrap up cerita ni. AHAHA. Terus ending tanpa konflik ke, or the otherwise? Grrrrrr.
ps3: SALAM RAMADHAN kepada semua yang membaca ni. Have a blessed Ramadhan, okay? InshaALLAH.