Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Si Hoodies Pink (Edisi Wrap Up: Part ii)
Posted on Tuesday, 6 September 2011
@ September 06, 2011 by Ednin Kesukma Dewi



"Berseri muka Jo kan?" tanya Hadhira kepada Ezzaq yang duduk disebelahnya itu. Ezzaq mengangkat kepala dari Blackberrynya dan menghalakan ke arah Jo dengan Ajip yang dikelilingi wartawan-wartawan yang sedang membuat liputan pasal Ajip itu.

"Kena la berseri-seri, masuk paper kut nanti." Ezzaq tersenyum. Kedua-dua muka Ajip dengan Jo sama-sama gembira. Dia yang tengok dari jauh pun turut sama gembira.

"Ada ka macam tu." 

"Ye ye, I know, satu sebab je muka Jo boleh sparkling macam tu. Ajip is the reason kan?"

"Tahu pun. I'm happy for her."

"I told ya, Ajip punya surviving skill memang tahap hebat punya.." Ezzaq memandang Ajip yang sedang menjawab soalan-soalan dari wakil media. Memang famous la Ajip lepas ni.

"Kalau saya yang ditempat Ajip, and awak di tempat Jo.. sah-sah kita famous macam ni kan?" gurau Ezzaq.

Hadhira pandang ke arah Ezzaq. Tangannya automatik mengetam Ezzaq, mulut dia ni tak ada insurans langsung. Ada ke doa yang bukan-bukan. Orang sikit punya takut walapun hanya bayangkan saja.. tapi dia boleh main kalau-kalau pulak. Ish.

"Tak boleh." kata Hadhira.

"Cemburu la tu kan? Nanti bila saya popular, ramai perempuan-perempuan ikut saya.... hurm, handsome kan hubby awak ni?" tanya Ezzaq. 

"Handsome? Brad Pitt berpuluh puluh puluh kali lagi handsome.. tapi kan.. dia tak ada smiling eyes macam awak."

"Smiling eyes?"

"Yeapp you're my inche smiling eyes." kata Hadhira sambil tersenyum. Nak juga mata smiling eyes macam tu.

"So the last few weeks yang awak cakap tu, inche smiling eyes tu sayalah?"

Hadhira angguk. Apa kes? Ada orang lain lagi ke yang smiling eyes kat dunia dia ni kalau tak bukan Ezzaq seorang. 

"But why my eyes? it's not my best feature.." amboi Ezzaq. Not best feature kunun..

"I dont know.. your eyes,, when you smile, mata awak pon turut sama smiling.. ya know.. macam sparkling.. shining... and..." kata Hadhira. Macam first time dia nampak Ezzaq tersenyum masa diorang duduk belakang koridor dulu tu, sparkling. Nak sedih pun rasa tak sedih..

Ezzaq tersenyum.. "..lighting up your world?" sambung Ezzaq sebelum sempat Hadhira habiskan ayatnya.

"Tu pick-up line ke apa tu?" gurau Ezzaq.

Hadhira membulatkan mata. Sampai hati! Orang cakap betul-betul, dia kata pick-up line..

"But it's the sweetest thing.. dear, you ni memang la hopeless romantic."

Hadhira membulatkan matanya lagi. Ada hati lagi nak kenakan orang. "Sue me, then." jawabnya. Biarlah orang nak hopeless romantic ka apa ka, dah memang betul.. saya ni hopelessly in love. Dengan awak juga, bukan dengan orang lain..

"Main-main je la tapi I'm pretty like it.. tak pernah lagi ada orang bagi lines macam tu kat saya.. but.. hurmm.. dear, I have a confession to make."

"Hurmmm.." malas nak layan. Mesti nak sakat lagi tu.. Kalau bukan mahu sakat orang tu bukan Ezzaq la namanya..

"About your blog post tu, saya dah baca. Actually, masa awak post tu, terus saya baca.."

Hadhira membulatkan mata. Like seriously, he did what?!

"And you said nothing.." kata Hadhira.

"I need a real thing. Real confession.. things in blog macam it can be directed to someone else. Not me. It could be anyone else,.."

"There is no one else." perkataan NO ONE tu dia tekankan..

"I know.. but for me, in things we called love we need both, the words and the actions. It works perfectly together. Of course, awak dah try tunjukkan. Awak masak untuk saya, iron my shirt, tieing my ties, everything tapi when you said nothing that you love me, you kept me in the dark. Macam.. hurm.. saya ni tertanya-tanya.. whether she likes me, or not."

"You should have told me, things could be easier." kata Hadhira. 

"Saja.. I enjoyed teasing you. Gelabah jugak kan, suruh main internet semua. It's funny."

"Yeahh you love that kinda things." kata Hadhira. Matanya dijulingkan. Ezzaq memang tahu nak sakat orang.

"Of course.." kata Ezzaq sambil tersenyum dengan smiling eyes dia tu. Sungguh la, jantung ni dah berdengup lagi hebat dari biasa. ;)

Mereka berdua sama-sama memandang di antara satu sama lain. Kalau anak mata boleh tukar bentuk, sah-sah dah keluar jadi bentuk hati dari bentuk bulat. Heee. Love is in the air, whatdaya expect?

"Dhir.." belum sempat Hadhira menjawab suara Jo dah sambung dahulu.

Hadhira terus bangun ke arah Jo dan Ajip yang sedang mendekati mereka.. wartawan-wartawan tadi dah hilang entah ke mana. Punyalah syok bersembang dengan Ezzaq tadi sampaikan tak sedar yang Jo dengan Ajip dah habis ditemuramah.

Ezzaq dah bersalaman dan memeluk Ajip. 

"Thank you, Dhir, Ezzaq sebab jaga Jo." kata Ajip.

"No big deal la. Jo bukannya budak kecik.." kata Hadhira. Memang betul pun Jo bukan budak kecik yang kena suapkan makan, mandikan, tidurkan semua.. dia hanya temankan saja. Bukannya kerja susah pun.

Ajip tersenyum. Gembira rasanya boleh balik rumah sendiri, jumpa isteri yang dia sayang sangat-sangat ni. 

"Kau macam mana, Ajip?" tanya Ezzaq bila Hadhira dan Jo dah bergerak ke arah ahli keluarga lain yang sedang menunggu tak jauh dari tempat mereka.

"Aku okay, tuan doktor. Kau ni macam mana? Happy je aku tengok dari tadi. Dah baik?"

"Of course.. tengok kaki la bro.. but I should thanks to both of you, suami isteri.. big thanks to your wife sebab pandai psiko dia."

"Jo? Dia memang, kadang-kadang aku pun kena psiko."

"Thanks."

"No thanks.."

"And sorry in friendship, kan? Trademark kau tu ubah la wei.." sambung Ajip. Ezzaq ni jenis yang cukup susah nak terima perkataan 'Terima Kasih' dari orang..

"Tak boleh. Dah sebati dengan jiwa aku kut.. eh jom. Kita nak kena balik ni, kau punya in-laws dah tunggu baik punya kat rumah. Jom." kata Ezzaq sambil berjalan ke arah kelompok manusia di sebelah mereka.

Tangan Hadhira dicapainya.. dan sama-sama mereka berjalan ke tempat parking.

"Alhamdulilah.." kata Hadhira. Dia suka tengok pemandangan Ajip dan Jo yang sedang berjalan di hadapan mereka, berpimpinan tangan. Syukur Alhamdulilah..

"Dear, nak request something boleh?" tanya Ezzaq tiba-tiba. Tangannya menggenggam erat tangan Hadhira..

Hadhira memberhentikan langkah. Matanya memandang Ezzaq yang turut sama berhenti. Nak request apa? Ingat dia DJ ke boleh request request lagu?

"So kita punya pre-marriage agreement tu dah tamat la kan? Sekarang ni dah masuk fasa post-marriage kan?.. early marriage = honeymoon. So.. saya nak demand honeymoon baby boleh?" kata Ezzaq. Matanya dikelip-kelipkan sikit.. kasi tambah efek comel. HAHAHA.

Hadhira membulatkan mata. Amboi...

"Come on, Ajip dengan Jo is one step ahead of us. Mana boleh kalah dengan Ajip.." kelip-kelip mata lagi. 

Hadhira membulatkan mata lagi. Ada ke? Malunyaaaa.

Terus dia jalan meninggalkan Ezzaq. Tak kuasa nak layan penyakit suka menyakat pak cik ni..

Ezzaq tersenyum. Hahaha. Muka blushing gila.. pink!

Cepat-cepat Ezzaq berlari anak mengejar Hadhira yang dah laju semacam berjalan di hadapannya. Malu la tu.. Sampai saja di sisi si hoodies pink tu, Ezzaq terus memeluk bahu isterinya.. I like it to be this way. 

"I've got another confession.."

Hadhira berpaling. Confession lagi? Ya ALLAH, Ezzaq berapa banyak awak nak confess ni. Matanya memandang anak mata Ezzaq yang dah tersenyum.. mata smiling eyes tu. Ish, memang boleh mencairkan saya yang dah tercair-cair ni.

"I love you." bisik Ezzaq di telinga Hadhira. 

Hadhira tersenyum. Mahu runtuh jantung ni bila dengar.. dup dap dup dap. Dengupan jantung saya ni memang untuk awak seorang saja, Ezzaq.

....

Enam bulan kemudian...

"Ezzaq, bangunlah!" jerit Hadhira. Geram sungguh tengok Ezzaq yang buat-buat tak dengar.. dari tadi dia cuba kejutkan pak cik ni seorang tapi hampehhh tak bangun-bangun sebaliknya lagi kejap dia tarik selimut.

"Awak..." suara Hadhira dah perlahan. Merajuk.

"Sampai hati.." ingat Jo je pandai psiko. Hadhira pun pandai jugak. Telekung yang dipakainya dibuang dari kepala dan dilipatnya.

Ezzaq yang tadi masih mengantuk tu terus terjaga. Tak sampai hati mendengar suara si isteri yang dah lemah semacam tu. Tangan mencapai Blackberry di bawah bantal, baru pukul 5.45 pagi. Awal lagi ni. Subuh pun baru masuk.. ya Allah apa pulak si hoodies pink nak pagi-pagi ni. Mengidam apa-apa ke? Tapi selama tiga bulan Hadhira mengandung ni jarang sekali dia nak yang bukan-bukan. Mengidam pon macam tak mengidam. Kalau dapat, dia gembira.. kalau tak dapat pun, dia survived. Senang je jaga..

"Kenapa ni? Nak makan apa-apa ke?" tanya Ezzaq. Dia dah bangun.. Hadhira yang duduk di birai katilnya hanya mendiam.. dah merajuk la tu.

"Kenapa ni yang?" tangannya dah mencapai tangan Hadhira.

"Cepatlah siap. Pergi basuh muka.. solat subuh.. kita keluar."

"Keluar pergi mana?"

Hadhira dah menjeling. Ezzaq menunjukkan isyarat okay-saya-diam. Kang nanti kalau dok sibuk tanya, boleh panjang lagi rajuknnya.. lagipun Opah kata kalau isteri mengandung kena layan baik-baik, emosi dia tu kadang-kadang macam roller-coster.

Mereka sekarang tengah berhoneymoon di Kedah, di rumah Opah. Kunun-kununnya la honeymoon. Hari tu bila Ezzaq bertanyakan pada Hadhira ke mana dia mahu pergi bercuti.. terus-terus Hadhira menjawab mahu ke balik kampung bercuti. Maka seminggu mereka di Langkawi, di kampung Hadhira dan seminggu sekarang di kampung Opah. Memang pelik sungguh Hadhira ni.. kalau dulu masa mula-mula kahwin, diorang 'honeymoon' cat rumah mereka, sekarang 'honeymoon' duduk rumah Opah.. tapi Alhamdulilah.. Opah pon dah tak dingin dah dengan Hadhira.. dah siap boleh kamceng.. Kalau orang luar yang tengok, sah-sah orang cakap Hadhira yang cucu Opah sebenarnya.. hari-hari asyik melekat je.. teeheee. Tapi itulah sebenarnya agenda utama Hadhira.. dia mahu ambik hati Opah balik. =D

"Ni berangan apa?" suara Ezzaq membantutkan fikirannya. Ezzaq sudah pun menukar pakaian.. dari kain pelikat dah pakai seluar..

"Dah solat?"

Ezzaq mengangguk. Apa kena dengan wife dia seorang ni.

Hadhira cepat-cepat bangun.. mengambil hoodies di dalam bagnya. Pashmina yang digantungkan di dinding bilik dicapai.. takut satgi kena marah sebab siap lambat. Heee.

"Hoodies pink?" tanya Ezzaq bila Hadhira menyarungkan hoodies pink itu ke badannya. Tangannya lincah memakai pashmina hitam di kepala.

"Kenapa? Ketat ke?" tanya Hadhira.. yellah hoodies tu dah setia dengan dia sejak dia habis SPM, sekarang dah nak masuk enam tahun dah pun.. dan dengan figura dia yang dah 'chubby' sejak mengandung ni.. nampak sangat dia kena say bye bye kat hoodies tu..

Ezzaq menggelengkan kepala. Memori first time jumpa Hadhira bermain di mata..

"Tak nampak serupa bini orang je.. nampak gaya budak habis SPM. Macam first time jumpa awak dulu.. main PSP."

"This is my favorite. Kawan baik tahu, kalau nak cepat je kita sambar je pakai.."

"The moment I fall in love for the first time.. love at first sight did happen.. dengan Si Hoodies Pink.,"

"Si Hoodies Pink?"

"Yeap Si Hoodies Pink a.k.a Nur'iz Hadhira a.k.a isteri kesayangan Ahmad Firas Ezzaq."

"So you addressed me as Si Hoodies Pink for all these time?" kata Hadhira. Tangannya sibuk mahu mengetam Ezzaq, tapi macam biasa Ezzaq memang dah pandai agak apa yang Hadhira cuba buat.. cepat-cepat dia peluk Hadhira dari belakang.

"I love you..." kata Ezzaq. Selama duduk dengan Hadhira.. memang senang sekali nak pujuk. Three simple words, eight alphabets, I love you. :)

Heeee. Hadhira senyum. Suka betul.

"Lagipun.. awak pun sama.. panggil saya inche smiling eyes. Fair and square la kan."

"Heeee. Fair and Square but I love you too, hubby."

Hadhira dan Ezzaq tersenyum. Bahagia sungguh!

"So jom.. awak mengidam nak makan apa pagi-pagi ni?" kata Ezzaq. Tadi bukan main lagi Hadhira kejutkan dia tadi.

Hadhira tersenyum.

"Jom ikut saya," kata Hadhira. Tangannya menarik tangan Ezzaq ke pintu. Tadi dia dah cakap dengan Opah yang dia nak bawak Ezzaq ni keluar sebentar selepas Subuh. Heee.

....

"Sini.. sini.. stop." jerit Hadhira bila dia ternampak tiang lampu di tepi sawah itu.

Ezzaq memberhentikan keretanya. Pelik. Mana ada orang jual makanan di sini.. apa yang Si Hoodies Pink cuba buat pagi-pagi ni. Mana ada apa pun..

"Matikanlah enjin tu." kata Hadhira lalu membuka pintu kereta dan keluar. Nyaman.. bau kampung. Bau udara bersih.. terus dia panjat duduk atas bahagian depan kereta.

Hampir terkeluar mata Ezzaq bila melihat telatah Hadhira yang panjat duduk atas keretanya. Dia pantas duduk sekali di sebelah Hadhira.. risau.

Hadhira tersenyum.

"Sunrise?" tanya Ezzaq. Dia macam dah mula faham apa yang Hadhira nak buatkan.

Hadhira buat gesture tayang gigi dia. Heeee.

Ezzaq menggelengkan kepala. Ingatkan mengidam nak makan apa ke.. alih-alih nak tengok sunrise.

"Yang, definitely. Awak memang hopeless romantic." kata Ezzaq. Ajak tengok sunrise.. hakhakhak.

Hadhira menjeling.. dah nak mula nak sakat la tu. Tapi apa dia kisah.. dia bukan buat salah pun.

"Saya dah tengok sunset dengan awak, saya nak jugak tengok sunrise.."

Hari tu bila masuk ja kampung Opah ni, terus dia ingatkan memori dia balik dengan Ezzaq, tengok matahari terbenam dekat sini.. dan terus masa tu dia rasa dia nak tengok sunrise juga dengan Ezzaq. At least, sekarang ni diorang datang dengan perasaan bahagia sesama sendiri.. sebaliknya dulu diorang datang ketika dua-dua hati yang remuk. Sunrise should be a good and perfect start. For the both of us, and the baby too. InsyaALLAH.

"Bosan?" tanya Hadhira. Ralit betul dia tengok Ezzaq pandang sawah di hadapannya.

Ezzaq mengangkat kening.

"Tadaaaaa." kata Hadhira.. dia keluarkan iTouch dari poket hoodies nya.

"I told ya, I planned everything perfectly." kata Hadhira. Hadhira = planning. Dia bukan jenis go with the flow, spontaneous macam Ezzaq.

"Mari kita dengar lagu.." kata Hadhira. Earbuds dimasukkan ke telinga kirinya.. dan sebelah lagi dimasukkan ke sebelah kanan telinga Ezzaq.

Ezzaq tersenyum. Sungguh la Hadhira ni memang boleh amik title Don Juan.. pandai betul nak menggoda. Dan dia, macam selalu, memang akan tergoda.

Hadhira bermain-main dengan iTouch mencari playlist yang dia dah buat sejak berbulan-bulan lepas. ToEzzaqWithLove. Finally.

"Dengar tau.. ini special ditujukan untuk awak."

Ezzaq dah tergelak dah. Kenapa dia rasa sekarang ni Hadhira memang terror gila flirting?

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone


"Chris Medina - What Are Words.." Ezzaq ingat lagu ni. Lagu ni dia pernah tujukan kepada Hadhira.. masa diorang dalam perjalanan pulang dari Kedah - Kuala Lumpur.

"I love this song. Lagu ni buat saya terbuka hati nak terima awak.. awak selalu ada.. walaupun banyak kali saya lukakan hati awak.."

Ezzaq memeluk Hadhira.

"Through thick and thin?"

Ezzaq mengangguk.. itu janji dia pada Hadhira. InsyaALLAH dia akan pegang janji dia sampai bila-bila.

Lagu What Are Words itu tamat dan digantikan dengan lagu baru.. sama-sama diorang diam dan memahami bait-bait lirik pada lagu-lagu yang di dalam playlist itu.

The weightlessness and the lack of rest
away from you, im in over my head
Even when it's dark before the dawn
I will feel your grace and carry on
And with every breath of me, you'll be the only light I see

When I needed a place to hang my heart
You were there to wear it from the start
And with every breath of me, you'll be the only light I see

"Haaaa.. this one from me to you. Saya pun nak dedicate lagu jugak macam awak." kata Hadhira. Apa ingat Ezzaq je tahu dedicate lagu.. saya pon tahu tau.

"Siapa ni?" tanya Ezzaq. Dia bukannya music junkies macam Hadhira.. kalau ya pun masa zaman belajar dulu. Muzik digunakan untuk menghilangkan stress tapi bila dah kerja, dia jadi katak bawah tempurung.. tak tahu dah lagu-lagu baru.

"Boyce Avenue - Every Breath." kata Hadhira.

"Nice.." kata Ezzaq.

"Kan? I have a good taste in music kan?" perasan sungguh kamu ya Hadhira.

Ezzaq dah menjelirkan lidahnya.

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

"Is this Maher Zain, singing in Malay?" kata Ezzaq. Dia ada la juga layan lagu dari Maher Zain dulu.. ramai jugak peminatnya di Malaysia.. tapi bahasa Melayu? Baguslah.. lagi la senang nak fahami.

"Yeap. Sepanjang Hidup.."

Ezzaq mengangguk. Lirik lagu itu menyentuh hatinya.. lama diorang sama-sama mendengar lagu sambil-sambil menunggu kemunculan sang matahari.

"There it is.." jerit Hadhira. Dah mula nampak cahaya yang keluar di langit. MasyaALLAH, cantiknya.. ciptaan Dia, sang Maha Mencipta.

Ezzaq pun turut sama terpukau.. cantik. Dia pandang Hadhira yang dah excited di sebelahnya.. Gembira benar. Macam kanak-kanak dapat cokelat. Heee. Moga detik ni kekal sampai ke hujung hayat mereka..

And I thank Him for this moment. 

...

"Tahu tak yang Nicholas Tse dengan Cecilia Cheung dah bercerai?" tanya Hadhira bila diorang duduk di pangkin selepas balik dari tengok matahari terbit tadi.

Ezzaq menarik naik keningnya. Apa kena kes diorang dengan dia dan Hadhira?

"People all the time cakap saya macam Nicholas Tse.."

"Ahhh pasal tu." dia dah mula ingat kisah kolej diorang tu. Padahal masa tu yang tu je keluar kepala otak dia.. haha. Sebab tengok cerita Gen-X-Cops sebelum pergi ke kelas.

"So?"

"Terkejut saya dengar. It was all over the net. Tak naklah jadi Nicholas Tse - Cecilia Cheung." kata Hadhira.

"Then nak pasangan mana plak?" tanya Ezzaq. Tak faham sungguh dengan perangai budak-budak Hadhira ni. Bukannya betul pun..

"Kate Middleton dengan Prince William nak tak? Every girls nak kahwin dengan prince charming.." kata Hadhira. Heehehe. Fairytale la pulak kan..

"Tak nak la. Prince William tu botak.. saya banyak rambut ni. Tak nak tak nak. No. No."

Hadhira menarik muncung. Sampai hati kutuk Prince William.. padahal dulu masa muda remaja. William tu handsome tahu tak?! Berebut dia dengan kawan-kawan.. macam ye ye ja kawan tu nak kawin dengan salah seorang dari diorang..

"Alla merajuk ke?" kata Ezzaq. Dah sepuluh minit, Hadhira mendiamkan diri.. padahal sejak dah baik-baik ni, mulut Hadhira tu tak pernah diam. Becok sentiasa.. maka sekarang dia dah tak pandai nak handle bila Hadhira tiba-tiba diam.

"Alla bucuk bucuk sayang..." kata Ezzaq. Tangan Hadhira diambilnya dan dibawa ke mulut. Hadhira buat muka toya. Malas nak layan.. sampai hati kata Prince William saya.. botak?! bukan botak licin sangat pon, botak sikit je.. tupun entah-entah sebab banyak sangat fikir hal rakyat jelata.. sampai hati..

Ezzaq menggelengkan kepala. Hadhira dah tak nak layan.. baik diam je. Pandang sawah padi yang terbentang depan rumah Opah ni.. lagi best. Hehehe. Keindahan cipataan-Nya.

"Tak payahla.." kata Hadhira tiba-tiba.

'Tak payah apa?' Ezzaq angkat kening. Matanya tak lagi fokus ke arah sawah sebaliknya ke muka merah isterinya itu.

"Tak nakla jadi orang lain.. saya nak jadi Hadhira je. so what, I dont care.. saya dah ada Ezzaq saya." kata Hadhira. Tak heran la.. Nicholas Tse ke, Brad Pitt-Angelina ke, William-Kate ke, Siti-Dato' K ke.. tak nak. Nak Hadhira-Ezzaq je.

Ezzaq tergelak. Ada-ada ja si hoodies pink seorang ni.

"Yeahh that's right. Absolutely right. I'll be your Inche Smiling Eyes and you'll be my .."

"Si Hoodies Pink awak seorang.." kata Hadhira sambil tersenyum gembira.

Ezzaq terus memeluk bahu Hadhira. Senang sungguh si hoodies pink ni terpujuk. Hadhira pulak melentokkan kepalanya di bahu Ezzaq. Dia tersenyum.. kat dunia ni hanyalah ada seorang inche smiling eyes untuk seorang si hoodies pink. That's it. InsyaALLAH.

The End.

...........

p.s: Saya browsing web.. tup tup nampak gambar atas tu. First time nampak terus teringat Dhir-Ezzaq. Hhaha. Sebabnya gambar lelaki tu macam tengah buang air mata kat perempuan tu.. dan Ezzaq kan crying shoulder Hadhira.. so I was like... huaaahhh this is nice. Terus click kanan, dan save as. Trimas kepada sesiapa yang sweet sangat buat piece yang cantik ni. =D

p.p.s: Dah habis si hoodies pink! Terima kasih kepada yang membaca. Thank you thank you thank you banyak banyak banyak banyak. Tanpa korang, yang dok push saya suruh update.. thank you! Sayang korang.. hugssss.

p.p.p.s: Ingat lagi first time nak tulis saya tanya my bro. "I think I'm gonna write some cerita." dan cuba teka apa dia balas "Whos gonna read that? Your BM is kind of worst tahu?" and my english too! tapi korang dah berjaya tunjukkan yang dia salah. HAHAHA. Thank you!!!! Serve you right, bro! At least I'm trying.. kita boleh betulkan yang mana salah kan?

p.p.p.p.s: Thank you! How's the ending?

[i] Chris Medina - What Are Words
[ii] Boyce Avenue - Every Breath
[iii] Maher Zain - Sepanjang Hidup


Labels:


58 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink (Edisi Wrap Up: Part i)
Posted on Sunday, 4 September 2011
@ September 04, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Hadhira menjeling tingkap dapur. Jam dah pukul 7.15 malam, lagi berapa minit masuklah waktu berbuka tapi kelibat Ezzaq masih tak pulang-pulang. Tadi masa dia sampai ke rumah pun, kosong saja porch rumah berkembar dua tingkat tu. Tapi Hadhira cuba berfikiran positif, katanya Ezzaq mungkin balik lambat sikit hari ni disebabkan hujan lebat petang ni tapi bila dah nak masuk waktu berbuka, bayangan Ezzaq masih tak nampak-nampak. Harapan dia yang menggunung tadi dah tinggal harapan sajalah. Sah-sah Ezzaq on-call hari ni. Nasib la awak, Hadhira.

Hachhhuuuuummmm.

Dia terbersin. Efek terkena hujan tadi dah mula tunjuk taring. Tullah hujan lebat, tapi otak cerdik tak nak guna payung bila bukak pintu gate tadi bila sampai. Kan habis lencun satu badan.

Hachhuummmmm..

Azan dah berkumandang. Cepat-cepat Hadhira duduk di meja makan dan mengambil tiga biji kurma dan air kosong segelas. Yang tu je pun yang dia sediakan, kunun-kununnya lepas makan ni nak ajak inche smiling eyes makan di luar la (all on her, murni tak murni punya niat?) tapi ye lla harapan hanya tinggal harapan saja. 

Kurma di telannya perlahan-perlahan. Mana ada mood.. 

Selepas menghabiskan 'makanan' berbukanya itu, lambat-lambat dia bergerak ke tingkat atas untuk solat Maghrib.. sambil-sambil menjeling ke arah luar rumah untuk melihat kut-kut ada magik yang menghantar inche smiling eyes pulang ke rumah.

Hampeh.

Kosong. 

Hanya bunyi titisan hujan saja sebagai background music masa tu.

....

Ezzaq yang baru sampai hadapan rumah pelik melihat Peugeot 308 warna merah itu elok parkir di hadapan rumah mereka. Terkejut pun ada, kenapa tiba-tiba saja kereta Hadhira tu ada di hadapan rumah. Bukankah sepatutnya kereta merah itu ada di rumah Jo ke? 

Cepat-cepat dia masukkan anak kunci di pintu rumah. Tempat pertama yang ditujunya ialah dapur.. dapur gelap gelita. Kosong. Hanya ada gelas kosong di dalam sinki. She's here? 

Kakinya melangkah laju menaiki anak-anak tangga ke bilik utama. Kalau di bawah tak ada, for sure si hoodies pink dia seorang tu akan berada di dalam bilik utama. 

Pintu bilik di buka. Hati dah dup dap dup dap, dah nampak gaya macam masa first time nak start housemanship dulu. Tapi rasa dup dap dup dap kali ni lagi teruk.. dia rindukan si hoodies pink sebenarnya. Dah tiga hari dia tak nampak muka merah jambu tu.. 

Katil kosong. Lampu bilik air gelap. Dia pandang ke arah kanan bilik.. so there she is. Hadhira sedang terlena dengan telekung di atas sofa di sisi kanan bilik. Awalnya terlentok, baru 8.30 malam..

Ezzaq berjalan ke arah sofa. Muka pink itu bertambah pink, especially hidungnya. Running nose? Dia nampak kotak tisu yang terjatuh di bawah sofa itu.

"Hadhira.." geraknya. Tangannya memegang bahu Hadhira. Tak bergerak. Nyenyak tidur ya.. tangannya menggoncang lagi bahu Hadhira. 

Hadhira menggerakkan badannya.. dia rasa ada seseorang yang sedang memanggil namanya. Matanya dibuka sedikit.. silau lampu menyebabkan matanya yang masih belum fokus itu kurang nampak wajah manusia di hadapannya. Pantas tangannya menggosokkan mata.. 

"Awak? Ezzaq? Awak tak on-call?" 

Ezzaq menggeleng. 

"Nope. Last monday, yes but not today. Lagipun malam ni, saya dah start my Eid holiday." Ezzaq tersenyum. Finally boleh cuti, after six months of struggling life as a career man.

"Saya ingat awak kerja. Selalunya sharp ada kat rumah 5.30 petang tapi tadi sampai Maghrib pun tak nampak batang hidung,"

"Saya bukak puasa kat masjid. I was alone these days, so lagi layan bukak puasa kat masjid dari bukak puasa sorang-sorang kat rumah ni.."

"Sorry, never meant to do that. Seriously." dia terasa. Sungguh la buat perangai single lagi.. memang tak boleh jadi teladan kat adik-adik.

"It's okay, dah dapat permission kan. So let it be but why are you here?"

"Ahhhh.." Hadhira baru sedar alasan dia untuk pulang. Dia mahu bersemuka, muka ke muka bercakap dengan Ezzaq tentang perasaannya. That's it. 

"Aahhhh what, Hadhira? How's Jo? Macam mana boleh balik sini pulak?"

"Jo is okay. Kak Nia and Auntie Sarina ada jaga dia. So saya balik.." sini macam nak cakap saya suka awak. Tapi saya maluuuuu.. dan tak berani.

Ezzaq tersenyum. Macam tak percaya je si hoodies pink dah duduk depannya sekarang ni. Rasa nak peluk je..

"Tak ada reason lain?"

"Huh?" Hadhira membulatkan mata. Apa lelaki hadapan ni tahu agenda utama dia balik ke rumah ni? Hadhira dah mula gelabah. Otaknya dah mula fikir, apa yang perlu dia lakukan..

"Kut-kut orang tu rindukan saya ke?" tanya Ezzaq sambil tersenyum. 

Hadhira da tunjuk muka gelabah. Aiyooo..

"Awak.." kata Hadhira. Tangannya memintal hujung telekung tu.. punyalah takut nak luahkan perasaan. Kalaulah, benda tu se-simple A,B,C dan 1,2,3.. 

Ezzaq mendekatkan dirinya dengan Hadhira. Perlahan sangat..

"Senang je. Three simple words. 8 alphabets. I. LOVE. YOU."

"I..love.. you" kata Hadhira perlahan.

Ezzaq menaikkan kening, yang dia dengar hanyalah I dan You.. yang tengah tu dia macam nak dengar tak dengar. Tapi kalau ikutkan otak geliganya, dia tahu apa yang Hadhira cuba sampaikan ni. Ezzaq tersenyum.. 

"Dear, seriously, saya tak dengar apa yang awak cakap."

"Tadi petang saya dapat tazkirah. Dari seorang ustazah ni.."

"Hurm.."

"Dia cakap pasal tanggungjawab saya sebagai isteri yang selama ni saya tak jaga betul-betul. Papp betul kena batang hidung sendiri.. I was wrong, I did badly to you.. sorry. My bad, my mistake. Pastu dia bagi contoh, kalau satu hari tu saya bangun dan realise you wasn't here with me anymore, how will I react?"

"How?" tanya Ezzaq. Semangat dia nak tahu reaksi Hadhira.. 

"IDK, I cried walaupun masa tu dia kasi contoh ja. I couldn't imagine how will I behave if wasn't here with me, you're my crying shoulder.. my shining armor.. my companion for a lifetime." memang masa dia bangun ja dari kerusi petang tadi, dia masuk ke bilik air. Menangis. Menangis sorok-sorok.. dia tak biasa menangis depan orang lain, hanyalah lelaki di hadapan ni seorang ja yang ada mandat nak tengok seorang Hadhira berair mata.

Ezzaq ternganga. Tak percaya sampai macam tu sekali, wasn't it only an.. example?

"I love you.. I'm sorry for keep you hang in the dark for these couple of months. Bila tengok apa jadi kat Ajip-Jo baru sedar, life is short. Kalau asyik dok tertunggu-tunggu, things wouldn't change. I love you, Ahmad Firas Ezzaq. Really am.."

Ezzaq terpaku. She said what?? Ya ALLAH! She did. Ezzaq terus memeluk Hadhira. Tiga perkataan tu yang dia tunggu-tunggu sejak lima tahun lepas and finally she did. After a couple of rejections, she finally... did!

"I love you, too. Dari zaman awak pakai baju hoodies pink.. main PSP dekat cafe college. Since that and always be."

Hadhira membalas pelukan Ezzaq. First time.. air mata dah mencurah-curah. She cant help it. 

"Thank you for not giving up, for being with me all the time."

"Allah mudahkan jalan. I put my trust in Him, make du'a dan Alhamdulilah Nur'iz Hadhira adalah jodoh yang ditetapkan untuk Ahmad Firas Ezzaq. So sayang, please don't cry.."

"I cant help myself.. it keep flowing but this is good, I think. A good reason, I must say."

"It is." Ezzaq mengangguk.

Hachuuummmmmm. Hadhira terbersin sekali lagi. 

"What's wrong?" tanya Ezzaq. 

Hadhira menggeleng. 

"Selsema?" tanya Ezzaq. Hadhira mengangguk. Ezzaq dah ambik role doktor peribadi keluarga dia.

"Awak makan tak lagi ni?"

Hadhira menggeleng. 

"Ingat nak ajak awak candle light dinner tapi awak tak balik.."

"Wait.. patutnya tadi cadangan awak nak bawak saya pergi candle-light dinner and propose to me? Oh dear, seriously, awak ni so sweeeet." kata Ezzaq. Dia dah tersenyum di hadapan Hadhira. Tak percaya sungguh, hati kepal ni ada hati nak bawak anak teruna orang candle light dinner!

"Yeahhh I. Am. A. Hopeless. Romantic. Sue me."

"Jangalah marah but it's a sweet thing, la yang. Esok, boleh? but for now, awak solat Isya' dan kita pergi masjid, terawikh dan lepas tu kita layan dekat any restaurant makan.. tapi yang would you make it for terawikh dengan perut kosong macam ni?"

Hadhira tersenyum. Dengan Ezzaq, memang dia tak akan missed terawikh dekat masjid.. and that makes me love him even more.

"It will do, hubby." kata Hadhira.

Ezzaq menaikkan kening. Hubby? Arghh why it sounds so good when it is coming from Si Hoodies Pink?

"Auchh." jerit Ezzaq bila Hadhira sudah mencubit lengan kirinya. Ketam rupanya..

"Dont make that kind of face."

"What face?"

"The auwww-so-sweet-but-it-looks-more-like-you-try-to-annoys-me." jawab Hadhira. Memang betul pun, janganla buat muka macam tu.. dia jadi lagi bertambah-tambah malunya. Sekarang ni pun dah rasa-rasanya muka dia dah merah semacam.

"You too. Dont do that kind of face jugak."

"Huh?"

"Muka comel-merajuk macam tu, rasa nak cium tahu tak?" kata Ezzaq. 

Hadhira dah bangun dari sofa dan bergerak ke arah Ezzaq. Lelaki sorang ni, memang sah nak kena cubit. Cepat-cepat tangannya mahu mengetam tangan Ezzaq tapi belum sempat dia berbuat demikian, Ezzaq dah tarik tangannya.

"Not like that, wife. Macam ni." terus dia letakkan tangan Hadhira di bahunya. Dan cepat-cepat, kurang dalam sesaat, chuppppp, terus bibir pink merekah itu diciumnya. 

"It feels good. Kalau tahu, dah lama buat." kata Ezzaq bila dia melepas rangkulan.

Hadhira dah merah di hadapannya. Serentak tangan Hadhira mengetam tangan kanan Ezzaq. 

"Aucch. Apa ni cuit-cuit anak teruna orang.. dah. I'm going into bathroom, nak ambik wudhu' and kita solat Isya' sama-sama. But seriously, it feels goooooood." kata Ezzaq terus berlari ke bilik air. Takut tangan ketam Hadhira mengetam tangannya lagi.

'Tahu takut!' kata Hadhira dalam hati. Suka hati je nak kiss orang.. kiss? Serentak tangannya memegang bibirnya.. oh yes, it feels good.

....

Malam tu lepas saja habis terawikh Ezzaq bawak di ke Shah Alam, layan makanan Arab di Restoran Zam Zam tapi bila sampai Ezzaq hanya memesan air dan hanya Hadhira seorang saja yang memesan makanan. Naik malu pun ada, ada ke kita seorang yang makan dan yang lagi seorang hanya minum air. Mesti pak-pak Arab ni cakap yang si isteri jenis melantak, aiyooo mana mahu letak muka ni.

Tapi bila sampai saja makanan di atas meja, baru Hadhira faham. Nasi Mandy tu masyaALLAH sikit punya banyak.. memang kalau ikut dia yang jenis makan sikit ni, agak-agaknya dua tiga kali meals dalam sehari. Huh.. pulunlah malam ni habiskan Nasi Mandy tu..

"Banyaknya.." bisik Hadhira. First time dia makan di Restoran Arab.. selalu layan Western je kan. Ambik kau!

Ezzaq buat muka I-TELL-YOU-SO. Punyalah tadi Hadhira paksa dia suruh order sekali..

"Mana tahu. You wanna some?"

Ezzaq geleng kepala. Dia masih kenyang lagi.. kenyang dengan tatap wajah si hoodies pink ni kut. Padahal tadi dia jamah kuih saja di masjid.

"So who's the ustazah? Mesti hebat gila boleh psiko awak ni?"

"Awak kenal dia."

"Siapa? Jo?"

Hadhira angguk. Sudu dimasukkan ke dalam mulut. Sedap jugak ya Nasi Mandy ni.

"Dia patut ambik psikologi la masa belajar dulu. Konpem berguna untuk masa hadapan."

"We should thanks her."

Ezzaq mengangguk. Melihat Hadhira yang sedang melahap Nasi Mandy di hadapannya itu membuatkan dia teringin nak merasa sekali. Nampak sedap.. terus dia menyuakan mukanya di hadapan Hadhira.

Hadhira membulatkan mata. Apahal pak cik ni?

"Suapkan. Rasa lapar pulak?"

"Here?" tanya Hadhira. Tadi dia tanya, sombong kata kenyang..

"Sini lah. Mana lagi?"

"Malu lah."

"Dah nikah. Orang tak marah. Cepatlah.." kata Ezzaq. Lagi didekatkannya dirinya dengan Hadhira.

Hadhira pun malu tak malu menyuakan sudu kepada 'baby' besar ni. Haiii...

Ezzaq tersenyum.. memang tu pun agendanya. HAHA.

"Comel la buat muka merajuk macam tu? Buat lagi sekali macam tu, memang kena kiss la."

Hadhira pandang kanan kiri. Harap-harap orang lain tak dengar apa yang Ezzaq cakapkan tadi tu.. apa la jenis cakap  kiss kiss ni depan orang.

"Relax la. Awak ni serupa orang tak pernah belajar oversea je.. bukan normal ke?"

"Normal tak normal. We're in Malaysia.. outdoor."

"Kalau tak outdoor, boleh la?"

Hadhira membulatkan mata. Pak cik ni memang satu hari kena juga sekeh dengan aku.. eh eh Dhir.. derhaka tahu pukul suami.

"Just joking.. another bite?" tanya Ezzaq. Serentak dia hulurkan kepala. Sukanya kena suap..

Hadhira hanya menggelengkan kepala. Tak makan saman juga inche smiling eyes saya ni.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.. Panggilan dari Jo. Dia terus meletakkan sudu di pinggan dan terus Ezzaq mengambil pinggannya dan menyambung makan Nasi Mandy tersebut. Hadhira geleng kepala, kata tak lapar tadi tu..

"Assalamualaikum, Jo. Kenapa call malam-malam ni?"

"Waalaikumussalam.. Dhir.. kedutaan call aku... they said.. they found him.."

"Ya Allah.. they did. So how's him?" is he alive? Mahu je dia tanya tu tapi dia takut.. takut akan jawapan yang dia bakal terima nanti. Macam mana kalau he's dead. Macam mana? Hadhira pandang Ezzaq yang dah memberhentikan suapannya itu. Mesti dia dengar perbualannya tadi. Mata Ezzaq tajam memandangnya, mahukan jawapan.

"He's okay. Cuma patah tangan.. I think. Diorang dah hantar dia ke hospital for full check up.. and InsyaALLAH dia akan dihantar pulang malam esok. Dhir, aku boleh Raya dengan dia lagi Dhir. He's alive Dhir.. ALLAH kabulkan doa aku Dhir.." Suara Jo di telinga Hadhira nampak begitu gembira dan sayu sekali..

"Alhamdulilah Jo.. Dia nak uji iman kau macam mana tu.. berapa yang kau boleh dapat. 100% ke, 90% ke atau fail.."

Jo dah tergelak.

"Aku pun rasa macam tu. Bersyukur sangat-sangat.."

"Aku pun. Best friend aku dah dapat balik Adam dia yang dah hilang tu."

"Thanks, for being here dengan aku, through thick and thin."

"No big deal, Jo."

"Okaylah. Aku nak inform orang lain pulak. Jumpa kau nanti.. InsyaALLAH. Assalamualaikum."

Klik.

Waalaikumussalam. Jawab Hadhira dalam hati.

"Pasal Ajip?"

Hadhira angguk. Dia tersenyum. "He's safe. Alhamdulilah. Thanks to Him. Esok InsyaALLAH diorang akan hantar dia pulang."

"Alhamdulilah.." kata Ezzaq. Tangannya di angkat ke udara ala-ala memohon doa tu. Dan mengaminkannya.. Allah kabulkan doa-doa hamba-NYA..

"Esok kita jemput Ajip di KLIA.."

Ezzaq angguk. Kalau Hadhira tak ajak, dia sendiri yang akan bawak Hadhira ke KLIA esok.

......

p.s: Ingat boleh satu post je tapi bila taip, dia jadi panjang pulak.. jumpa lagi nanti di part ii. Haha. Tapi tak karang lagi.. harap sabarlah menunggu.. sebab ramai lagi yang datang rumah tahun ni. :)

Labels:


12 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 42
Posted on Saturday, 3 September 2011
@ September 03, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Malam tu mereka duduk di ruang tamu rumah Jo menonton berita. Sejak Jo keluar dari hospital petang tadi, kerjanya hanyalah menunggu di ruang tamu menonton berita dan memegang telefon 24/7. Kut-kut ada berita baru di TV, Hadhira yang tengok pon dah naik sebak. Kalau seboleh-bolehnya dia nak sangat Jo jadi tak pesimis macam ni tapi macam mana nak buat, dia takkan faham kecuali kalau dia yang duduk di tempat Jo sekarang ni tapi seboleh-bolehnya dia tak nak dugaan seberat ni sebab dia sendiri pasti dia tak kuat untuk menghadapi semua tu...

Ting tong. 

Lamunan Hadhira terus terbantut.

Loceng rumah berbunyi. 

Dia dengan Jo berpandangan sesama sendiri. Cepat-cepat Hadhira dan Jo capai tudung mereka. Sekarang ni memang mereka duduk dalam keadaan bersedia, kut-kut ada orang datang menziarah tak pun datang memberi berita.. tapi yang terkejut mereka bila melihat kak Nia datang dengan bag galasnya. Sambil tersenyum lebar.

"Assalamualaikum, auntie" kata kak Nia. 

Jo dan Hadhira memandang sesama sendiri. Dalam fikiran mereka bermain soalan apa yang kak Nia cuba buat dengan datang rumah mereka malam-malam dengan beg galas bagai ni.

"Jo, I'm gonna stay here with you. Boleh kan?" tanya kak Nia sekaligus meletakkan titik noktah dalam fikiran Jo dan Hadhira.

Jo tepuk dahi. Dah agak dah. Tapi another one.. come on, aku bukannya sakit teruk pun.

"Jo dah okay la, kak Nia."

"Kak Nia boleh main-main, teman Jo. Auntie kan sakit." kata kak Nia. Memang betul la. Lagipun dari dia duduk rumah seorang diri, baik duduk dengan Jo.

"Whatever. Ikut korang la. Jo dah rasa Jo ni dah balik zaman duduk rumah sewa dah, umi." kata Jo kepada Auntie Sarina.

"You should be grateful to have this type of girl in your circle." kata Auntie Sarina.

"I'm blessed. Syukur Alhamdulilah!" kata Jo.

Hadhira dan Rania tersenyum monkey dipuji sedemikian. Sapa tak suka weiiii. Tapi bukan pujian yang diorang harapkan sekarang ni, yang penting sekali segaris senyuman di raut wajah seorang Nur Jannah Amani.

...

Petang hari Khamis tu Hadhira dan Jo sama-sama duduk di luar rumah, menghirup udara segar sambil-sambil mencuci mata memandang garden buatan Jo tu. Lama-lama duduk dalam rumah pun boleh benak juga, maka bila Jo cakap nak duduk luar, cepat-cepat Hadhira angguk-anguk setuju.

Hanya mereka berdua saja yang ada dalam rumah sekarang ni. Auntie Sarina dan kak Nia dah keluar ke bazaar, mencari lauk pauk untuk berbuka dan dia diberi kepercayaan untuk 'menjaga' Jo yang dah nampak okay tu. Dah tiga hari sejak Jo collapse hari tu, tapi dalam tiga hari ni satu berita pasal Ajip pun diorang tak dapat..

"Garden kau ni cantik. Sejak bila rajin gardening ni?" tanya Hadhira. Garden berkonsepkan English Garden itu menarik minatnya. Dulu masa mula-mula Jo mendiami rumah ni, garden sebelah ni kosong betul dan sekarang dah cantik. Sejuk mata memandang..

"Thank you. Credit goes to Ajip. " kata Jo. Ajip memang suka gardening, dan gardening adalah salah satu cara dia dan Ajip meluangkan masa bersama di hujung minggu.

Hadhira mengangguk. Dalam kepalanya berkali-kali dah dia warning kepada diri dia sendiri supaya jangan sebut 'Ajip' atau benda yang mengingatkan Jo kepada Ajip.. dia tak mahu Jo sedih-sedih.

"Kau ni bila nak balik?" sambung Jo. Dia sebenarnya rasa bersalah kepada Ezzaq bila Hadhira ni boleh pulak buat niat murni nak temankan dia, walaupun dia dah baik macam ni, dah boleh balik rumah dah pun. Nak kata risau pun agak-agak la juga, dia di rumah bukan seorang. Ada mak yang menjaga tapi Hadhira tetap dengan keputusannya. Jenuh dia bertekak di hospital kelmarin, dan macam biasa Hadhira ialah Hadhira. Dia tak akan kalah kalau dia dah buat keputusan.

"Kau ni tak habis-habis nak halau aku."

"Memang la. Kau ada tanggungjawab."

"Ezzaq kata okay, so kau okay la sikit. Aku ingat lagi, kau pernah jaga aku sakit dulu."

"Kau demam je masa tu, Dhir. Tak susah. Dan memang tanggungjawab aku sebagai kawan, sebagai umat Islam nak membantu. Bukan kalau kau saja sakit, orang lain sakit pun aku akan tolong."

"Macam tu jugak aku.."

"Hadhira.."

"Aku balik la bila kau dah betul-betul okay. Betul-betul sihat."

"Aku okay."

"Okay? Come on, kalau kau okay kau tak menangis senyap-senyap dalam bilik tadi pagi." kata Hadhira. Betul. Memang dia nampak Jo menangis tadi, sorok-sorok.

"Aku okay. Aku dah cakap kat diri, kalau Allah betul nak uji aku sekarang ni, aku terima. Aku yakin dengan qada' dan qadar. Lagipun Allah sendiri dah banyak kali cakap dalam Qur'an yang dia akan datangkan ujian kepada hambanya selagi mana yang kita mampu dan aku bersyukur yang aku terpilih nak dapat ujian ni daripada-NYA..Apa pun ketentuan-Nya aku terima cuma kau tak boleh expect aku nak beku, tak nangis semua.. kan. Kau sendiri cakap, cry, if that sooth us. " kata Jo panjang lebar. Mula-mula dulu selalu dia dok suudzon (berprasangka jahat) saja, tapi bila tengok Halaqah di TV tadi dan topiknya pulak betul-betul terkena batang hidung sendiri, dia jadi malu sungguh dengan Allah. Selama ni Allah dan datangkan nikmat pada dia, jarang sekali dia bersyukur tapi bila dah 'terjatuh' macam ni, mahu pulak berprasangka jahat pulak. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.. dan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Cuba husnuzon (berprasangka baik) sikit dengan Allah, InsyaALLAH everything will be alright. Dia selalu ada.. kita je yang selalu kufur nikmat. Tak tahu bersyukur..

"Sorry.." kata Hadhira lemah. Apa yang Jo cakap tu semua betul.. dan bukan sekali dia dengar, malahan dah berkali-kali masa berhalaqah dulu masa zaman belajar..

"It's okay tapi aku nak ingatkan. Kau ada tanggungjawab sekarang ni.."

"Kak Nia kau tak halau pulak. Terasa aku.." gumam Hadhira. Dia jadi serba salah dah sekarang ni, Jo kawan baiknya dan Ezzaq pulak hubby terchenta..

"Kak Nia is different. Dia single, kau tak. Kau ada tanggungjawab yang perlu kau pegang. Dekat Ezzaq. Lusa dah nak raya, aku tak nak kau stick sebelah aku tapi kau abaikan tanggungjawab kau. Aku tak nak ada share eh dengan dosa kau ni." kata Jo sedas. Jo macam biasa memang outspoken.

Hadhira mengangguk. Apa yang Jo tu semuanya betul.

"Ezzaq dah bagi permission.." kata Hadhira. Dah entah berapa kali dia bagitahu Jo pasal ni, tapi Jo bukannya nak terima malah sebaliknya dia asyik halau je kalau ada peluang.

"Dia bagi kebenaran atau tak tu belakang kira. Tanggungjawab comes first.. dan bila kau tak laksanakan tangggungjawab kau maknanya kau tak amanah. Dan tak amanah itu adalah antara sifat-sifat orang munafik, Dhir.. kau tahukan tu?" kata Jo. Bukannya dia tak tahu yang Ezzaq dah bagi kebenaran, dan sebetulnya tadi malam dia dah telefon Ezzaq suruh datang menjemput (sebabnya si hoodies pink ni seorang liat betul nak pulang sendiri) tapi Ezzaq hanya tergelak.. dan cakap it's okay. Sungguh betul la lelaki tu spesies luar alam macam Hadhira.

"Tapi.."

"Aku? Aku ada umi, ada kak Nia, ada Angah, ada kak Amnah.. semua orang yang sayangkan aku. So kau tak payah risau. Kalau kau sayangkan aku, kau balik do your role perfectly as a wife. Ni main redah je buat perangai zaman single. Mana boleh, Dhir!"

Hadhira diam. Dia dah tak ada dalil dah nak dikeluarkan bila Jo dah buka role jadi ustazah. Bukan dia tak tahu, dia tahu. Bahkan setiap malam Jumaat memang mereka rajin berhalaqah. Mengingat di antara satu sama lain.. tapi dia mahu ada sama-sama dengan Jo masa susah juga.. bukannya bila senang datang menempel, bila susah lari menjauh. Dia tak nak jadi kawan spesies macam tu.. pantang!

Jo menggelengkan kepala. Ketegaq sungguh! Hadhira bila dah ada keputusan, macam tu lah keputusannya. Susah sungguh nak ubah..

"Masa kat Kinokuniya hari tu kan? Kau ada tanya macam mana nak luahkan perasaan kan? Kau dah buat ke belum?" tanya Jo. Dia baru teringat, kisah minggu lepas tu.

"Dah.. dalam blog." kata Hadhira. Muncung. Ada ke tiba-tiba buka topik luahkan perasaan pula, tadi bukan main dia nag aku. Sekarang tukar pulak, memang Jo Jambul betul la dia ni.

Jo yang terduduk tu terus tergelak. Sampai berair mata. Itu sifat Jo, dia gelak memang sampai puas hati. Kalau Jo gelak tak menangis, memang bukan Jo la namanya.

"Kau apahal?" tanya Hadhira. Geram! Salah ke luahkan perasaan dalam blog. Ramai je aku tengok.. siap berabang bersayang.. padahal belum ada ikatan pon lagi.

"Dalam blog? apa kau ingat Ezzaq tu blog kau ke dok luahkan kat situ. Come on missy, real la sikit."

"Dia cakap dia baca blog aku."

"He's busy man.. expect dia baca blog kau tiap-tiap hari la ey?"

Hadhira memancungkan mulutnya. Jo memang suka perli, sarkastik dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Kalau orang tak kenal, memang rasa Jo ni rather mulut laser dari yang baik-baik.

"Takdala tapi mesti dia akan baca suatu hari nanti.. kut?"

"Hadhira oh Hadhira.. agak-agaknya kan.. menyesal tak kau bila apa jadi kat aku ni jadi kat kau. God forbid tapi kalau lah.. kalau lah okay.. kalaulah sat gi Ezzaq on the way balik dari hospital dan accident, Allah tarik balik nyawa dia.. kau menyesal tak atas selama ni masa yang Dia bagi kat kau tapi kau sia-siakan? Aku, at least, dah.. InsyaALLAH, jalankan tanggunjawab aku.. dan aku sempat bagitahu Ajip yang aku sayangkan dia.. tapi kau? Menyesal tak ada gunanya Dhir masa tu.." kata Jo. Kalau Dhir tak makan saman bila kena paksa, baik kita guna reverse pyschiology.. sebab selama dia kenal Nur'iz Hadhira ni.. dia tahu Hadhira ni jenis cepat tersentuh, cepat kena psiko..

Hadhira masih lagi membatu.

Jo hanya membiarkan saja.. kalau still perempuan hati ais kepal ni masih lagi tak cair-cair, apa dia boleh buat. Dia dan jalankan tugas dia. 

Tiba-tiba tak lama selepas tu Hadhira tiba-tiba bangkit dari kerusinya dan masuk ke dalam rumah. Jo menggelengkan kepala.. merajuk la tu. Bukan la sehari dua dia kenal Hadhira, dah bertahun-tahun. Hadhira tu anak manja, sensitif. 

Dan tak sampai seminit Hadhira masuk ke rumah, kereta biru masuk ke porch.. umi dan kak Nia dah balik..

"Mana Dhir?" tanya kak Nia bila dia sampai di sisi Jo. 

Jo memuncungkan mulut ke arah dalam rumah.

"Merajuk kut. Jo kasi tazkirah tadi.."

Kak Nia geleng kepala. Kenal sangat, yang sorang ni outspoken dan yang lagi seorang pulak kaki sensitif.

"So? Dia makan saman tak?"

"Dia? Dia mana kisah saman-saman ni.. dia kata kalau kena saman, dia bayar ja."

Kak Nia geleng kepala. Conclusionnya Hadhira = sensitif, tak makan saman.

"Ezzaq tak marah pulak?"

"Tu lagi seorang.. tak makan saman jugak. Dia offer sekali nak share." gumam Jo. Geram. Kalau Hadhira ni masih lagi single macam kak Nia, dia tak kisah. Nak duduk sekali pon boleh..

"Apa kutuk-kutuk husband orang?" sambung Hadhira.. 

Jo dengan Kak Nia pandang ke arah pintu sliding door tepi tu. Hadhira datang dengan beg bajunya, dan siap berjubah seluar. Macam orang nak lari rumah je.

"Mana nak pergi ni?" tanya Auntie Sarina.

"Auntie, Dhir nak balik dulu. Nanti Dhir datang lagi.." kata Hadhira sambil bersalaman dengan Auntie Sarina.

Jo dah tersenyum. Taktiknya berjaya. 

"Aku balik dulu.. lagipun kak Nia dengan auntie ada jaga kau. Thanks." kata Hadhira sambil memeluk Jo. 

"No worries, dear." kata Jo.

"Kak Nia, jagakan Jo untuk Dhir.."

"Always.." kata kak Nia.

Hadhira bersalaman dan bergerak ke arah keretanya. Dia mahu cepat sampai ke rumah dan harap-harap inche smiling eyes kesayangan Hadhira tu tak kerja malam hari ni. Ada misi terpenting dia nak laksanakan hari ni.. 

YA ALLAH, kau permudahkanlah urusan hamba-Mu ini. 

Amin yarabbal 'ala min.

.......
p.s: Love is a precious things, dont ya think so?

Labels:


7 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 41
Posted on Monday, 29 August 2011
@ August 29, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Hadhira menyelak helaian novel yang dibacanya sejak tadi tu. Dah naik bosan, tak ada benda nak buat. Nak tidur kat sini, mana dia pandai. Dia bukan jenis yang boleh kat mana-mana tidur, melainkan kat atas katil. Spoil gila badan ni tapi memang itulah hakikatnya. Dia memang tak akan terlena langsung tanpa bantal dan katil. Sanggup tahan tidur daripada kena tidur di tempat lain. Huhuhu.Nampak gayanya kena masuk balik zaman belajar la, stay up mata sampai esok. HAHA. No big deal, sebab dia dah biasa. Jadi QS ni pun, memang selalu kerja sampai lewat malam tak pun yang paling disaster sekali, sampai lewat pagi.  

Matanya dihalakan ke arah Jo yang masih dalam pengaruh ubat bius tu. Tenang. Cuma tadi ja dia ada panggil nama Ajip dalam tidur dia. Sebak sekali orang yang mendengar ni. Dia sendiri pun kalau tiba-tiba jadi sesuatu benda buruk kat Ezzaq pasti jadi macam tu jugak.. atau entah-entah lagi teruk dari Jo. Yella sebabnya Hadhira ni kan mana pandai kawal emosi.. dan macam mana dia nak be strong kalau selama ni Ezzaq la yang jadi crying shoulder dia..

Bahunya ditepuk dari belakang.. hampir terloncat Hadhira di kerusi. Dah la duduk ward malam-malam ni.

"Hey.. sayalah." kata Ezzaq. Lawak sungguh tengok ekspresi muka terkejut terloncat si hoodies pink ni.

"Ya Allah awak. Terkejut saya.. lain kali bagi lah salam ke, say hello ke.." kata Hadhira sambil menutup novel di ribanya. Hehehe. Dah ada teman berbual, novel kita buang tepi.

"Saya bagi okay. Siap ketuk pintu, mana ada orang ketuk pintu kat hospital ni.. tapi orang tu la yang dok busy tatap muka kawan baik dia.. errr atau.. awak berangan? Miss me already ey?" kata Ezzaq. 

"Inche Ezzaq dan perasannya.." kata Hadhira. Sarkastik, sure it is. Tapi dalam telahan Ezzaq tu ada betulnya jugak, memang dia ada fikir pasal Ezzaq pun tadi.

"Haruslah.. kalau tak sampai bila pun tak dapat nak tunggu awak sayang oii.." kata Ezzaq.

"Ni macam mana boleh lepas sekuriti?" tanya Hadhira. Pelik. Bukan seorang je ka per patient? Kalau tahu tadi boleh berdua, tak payah tadi dia berebut nak jaga Jo dengan Auntie Sarina. Baik berdua je, ada kawan nak bersembang.

"I have my own style, see the leg la sis."

Hadhira mencebir. Penyakit perasan doktor sorang ni makin teruk gamaknya.

"Hey.. I'm not your sis." 

"I know. You're my wife."

"Nasib baik sedar. Kalau tak saya halau balik rumah sekarang! By the way, kenapa tiba-tiba terpacak kat sini ni?" tanya Hadhira. Pelik. Nak kata datang kerja, musykil pulak dengan T-Shirt dengan jeans dia tu. So not doktor-like. Dan kalau kata datang melawat pulak, lagi musykil. Mana ada orang terpacak dalam ward pukul 4.35 pagi ni. Itu bukan orang namanya.. eh eh Dhir..

Ezzaq buat gesture tayang gigi dia lagi. Tangan kanannya mengangkat beg kertas yang disoroknya dari tadi. Suprise, si hoodies pink!

Hadhira buat muka blur, apa inche Ezzaq ingat dia Dumbledore ke apa, tahu magik boleh tahu apa ada dalam beg kertas tu. Haishhh.

"Our sahur." beritahu Ezzaq bila Hadhira buat muka blur dia tu.

"Sahur?"

Ezzaq mengangguk. Yella apa lagi kan. Penat tadi dia memasak (bukan senang Ezzaq nak memasak!), bangun pukul 2 pagi. Bukak lampu dapur dan masak, pastu pukul 3.15 pagi tepat dia bertolak dari rumah ke HKL. Demi si hoodies pink ku seorang ni.. sanggup dia korbankan masa tidur.

"Mana beli?" tanya Hadhira. Kesian pulak bila Ezzaq datang ke sini bawakkan makanan. Tugas sediakan makanan tu kan secara rationalnya tugas seorang isteri..

"Ingat saya kaki beli macam awak ke? See the leg la, wife. Err dah betul kan ni, maka tak payahlah halau balik rumah. Dah-dah jom makan sama-sama jom,"

Hadhira termangu. Serious awak masak, Ezzaq? Ini lagi terpaku, rasa bersalahnya ya ALLAH.. tanggungjawab seorang isteri dia tak betul-betul jaga.

"Jom kita duduk sana, selesa sikit." kata Ezzaq sambil menunjukkan meja yang diletakkan di sebelah hujung katil itu. Tangannya menarik tangan Hadhira yang diam terpaku tu dan dibawanya ke tempat sana. Diam sangat la orang sebelah ni.. terharu la kut..

Hadhira duduk di bangku sementara Ezzaq mengeluarkan bekas-bekas di dalam beg kertas itu keluar. Tangannya mencapai bekas bewarna biru itu dan membukanya.. Masak lemak! Tangannya terus mencapai bekas yang satu lagi.. telur dadar.

"So yang.. awak dah boleh tutup mulut. Terharu much ey? It's okay.. lepas ni calonkan saya dalam kategori husband paling romantik dan caring. Mesti boleh menang." kata Ezzaq bila melihat si hoodies pink ni dok leka sangat pandang lauk dalam bekas tu. Bangga pula bila tengok.

"Thank you." kata Hadhira. Sungguh betul dia memang terharu sangat-sangat. Tadi memang dia ingat nak makan roti ja.. tapi sekarang bila tengok makanan yang lengkap macam ni, sungguh rasa nak peluk Ezzaq sekarang ni.

"Hurmm.. meh kita try rasa macam mana dulu." kata Ezzaq sambil memberikan sudu dan garfu kepada Hadhira.

Selepas mengaminkan doa, terus Hadhira makan kerana sebenarnya dia memang pun dah start lapar. Semalam berbuka pun dia makan sejemput saja..

"Macam mana m'am?"

"Stunning!"

"Auchhh, such a sweet talker but I'm flattered. Thank you." kata Ezzaq. Lega..

"By the way, thanks sebab kasi saya duduk sini jaga Jo.. dan terpaksa suruh awak masak sahur sorang-sorang. Pastu rajin pulak datang sini.. thank you sangat-sangat."

"Naaa. Not big deal.. lagipun mana syok makan sahur sorang-sorang."

Hadhira menjelir. Dah tu bila dia dok on-call tu, sahur dengan sapa? Bukan sorang-sorang jugak ke? Tak pun sahur dengan nurse jelita..

"Jo macam mana?"

"Macam tulla. Tadi dia dah sedar.. muntah-muntah, pening. Pastu dia lena balik.."

"Biasa la tu. Memang macam tu pun.. normal."

Hadhira mengangguk. Nasi dikuis-kuis lagi.. ada benda dia nak cakap kat Ezzaq. Dia mahu jaga Jo sampai Jo kuat kembali.. boleh?

"Saya nak minta permission.."

Ezzaq mengangguk. Rasa best pulak, first time Hadhira ni nak minta kebenaran. Macam jadi cikgu pulak..

"Saya nak jaga Jo sampai dia betul-betul sihat."

"Okay." kata Ezzaq dan kalau Hadhira tak minta pun, dia memang nak suruh. Yella kak Amna ada cakap semalam, yang Auntie Sarina tu tengah sakit.. kesian pulak kalau dia seorang nak jagakan Jo. Dan kalau kak Amnah, susah pula nak jaga family dan anak-anak dia.. Maka yang last option Ezzaq nampak sesuai jaga Jo ialah Hadhira. Lagipun Ajip dah selalu cakap suruh jagakan Jo bila dia outstation ke mana-mana.

"Serious? Tak kisah kalau saya tak bersahur, berbuka dengan awak?"

"Kalau kisah pun, awak mesti buat tak kisah ye dak? But nope.. saya kenal macam mana rapatnya awak dengan Jo. Tak kisahlah.. kut-kut nanti kalau kita yang duduk tempat dia. Harapnya dia akan jaga awak, kalau (God forbid) anything bad happen to me."

"Thank you." kata Hadhira. Tak sangka Ezzaq begitu terbuka..

"You're welcome. Done?"

Hadhira mengangguk. Sungguh la memang dia sayang Ahmad Firas Ezzaq kat depan dia ni. Bagilah orang lain lepas ni, dia sorang saja yang Nur'iz Hadhira nak!

...

"Dhir?" kata Jo lemah. Dah lama dah dia sedar.. dan sebaik saja dia sedar, dia akan ingat Ajip, terus dia rasa nak menangis balik. Dia takut sangat, kalau betul mimpi buruk yang minggu-minggu lepas dia alami ni betul-betul terjadi.

Hadhira yang sedang membaca terus bangun dari tempat duduknya.

"Kau nak minum?"

Jo mengangguk... dan dia mahu tanya berita pasal Ajip jugak.

"Nah.." kata Hadhira lalu duduk disebelah Jo.

"Any news?"

"Nope.. tapi diorang akan bagitahu tahu kita kalau ada apa-apa." kata Hadhira. Yang tulla apa yang dikatakan Uncle Razak tadi bila datang ke sini menghantar makanan kepada Jo.

Jo mengangguk tanda faham. Jawapan yang sama yang dia dengar dia betul-betul sedar pagi tadi.

"What're you doing here?"

"Soalan apa kau tanya ni?"

"Esok kan nak kerja. Balik rehat. Kau dah teman aku dari semalam.."

"Aku dah tanya bos, dia cakap okay. So yeahh.."

"Ezzaq?"

"Dia okay. Dont worry.. sekarang kau kena kuat ja. Lepas tu aku janji tak kacau kau dah." kata Hadhira. Dia ingat masa dulu dia demam, Jo la yang jaga dia kat hospital bila dia kena admit. Nak suruh Ma yang jauh beribu batu kat Malaysia.. jangan la. Even peristiwa dia duduk hospital tu pun dia tak bagitahu Ma, kerana takutkan Ma risau.

"Degil."

Hadhira tayang gigi. Tahupun.

"Thank you.."

"Say that to Allah. Sebab dia selamatkan kau dengan baby.. oh yeah and the doc too."

"Tahula.. everyone have their share." kata Jo. Sungguh dia rasa bahagia sangat bila sedar ada ramai yang sayangkan dia, risaukan dia bila dia collapse semalam dan thanks to Him sebab bagi la peluang kat dia untuk jaga baby yang ada dalam kandungan ni. Dia sendiri tak tahu macam mana dia nak behave kalau baby kat dalam ni tinggalkan dia.

"Assalamualaikum.. Dhir.. Jo.." kata seorang perempuan yang baru masuk.

Hadhira memandang perempuan yang bertudung hitam yang dah lama dia tak jumpa tu. Masih ayu macam kali terakhir yang dia jumpa.

"Kak Nia.." kata Hadhira sambil membalas salaman dari kak Nia. Entah kenapa dia masih rasa kekok.

"Kak Nia baru tahu dari Arul.. baru sampai dari Kuching." terang kak Nia. Bakul berisi bunga itu diletakkan di atas laci sebelah katil.

"Hurmm.. korang bersembangla. Aku keluar ambik angin kejap.." kata Hadhira. Dia tak tahu apa nak buat, dia rasa kekok bila Kak Nia ada sekali. Dia malu bila ingat balik betapa emosinya dia dulu, seriously, benda tu bukannya salah Kak Nia pun..

....

Tinggggg!

Hadhira keluar sekali bersama-sama rakyat manusia dari lift yang padat itu. Tadi bila dia keluar saja dari bilik Jo, untuk mengelak dari berbual-bual bersama kak Nia, terus dia berjalan turun ke kiosk di tingkat bawah. Mahu mencari 'bekalan' untuk mengubat masa bosannya di ward.

"Dhir!" panggil seorang perempuan ketika Hadhira keluar saja dari lift tadi.

Dia bergerak ke arah kak Nia. Sungguh tak perasan. Mungkin umat manusia yang ramai berpusu keluar dari lift tadi menyebabkan dia tak perasan kak Nia yang berdiri di hadapan lift itu.

"Dah nak balik?" tanya Hadhira. Berbasa-basi.. tapi sungguh nada yang keluar nampak sangat kekok..

"Yeap.. thanks sebab jagakan Jo."

"My duties, as a friend." kata Hadhira. Memang la Jo tu kawan baiknya.. sampai bila-bila.

"Kak Nia pun rasa nak temankan korang sekali.. baru la girl's night kan?"

Hadhira tersenyum.. kekok. Dia rasa bersalah sangat dekat kak Nia. Disebabkan dia gagal kawal emosi, kak Nia yang dihambur marahnya.

"Okaylah. Kak Nia balik dulu.." kata kak Nia. Dia perasan yang Hadhira masih lagi tak sepenuhnya maafkan dia. Dia terus memeluk Hadhira yang hanya mendiamkan diri itu.

"Kak Nia! Kejap.." kata Hadhira. Dia nekad, macam mana pun tingginya ego seorang Hadhira, dia mahu meminta maaf..

"Dhir nak minta maaf banyak-banyak untuk apa yang Dhir buat untuk beberapa bulan lepas. Dhir ikut perasaan sangat.. padahal benda tu bukan besar sangat pun dan Arul pun bukannya ada perasaan apa pun kat Dhir but Dhir emosi. Sorry.."

"Dhir..."

"I'm so sorry. My mistake. My bad."

"Everyone makes mistakes. No exception. We're not perfect. Dan kak Nia pun sama. Buat salah jugak. Boleh pulak nak rahsiakan dari korang.. tapi yang sebenarnya kak Nia malu nak bagitahu. Nikan first time kak Nia ya know in relationship. I dont know how to share the good news.. and that's why. It gets complicated bila kak Nia sedar yang Dhir pun sama-sama suka dia.."

"Yeah tapi itu semuanya crush je kak. I'm so over him, you can get him now. Dhir doakan.. but firstly kak Nia kena maafkan Dhir. Dhir dah banyak dosa layan kak Nia macam tu. Malu Dhir dengan Allah, dengan semua orang.." kata Hadhira lalu memeluk kak Nia. Dia sayangkan kak Nia.. dan dia anggap kak Nia ni dah macam kakak kandungnya sendiri.

"Dah. Kak Nia dah maafkan dari dulu lagi,dan Dhir pun sama tahu. Maafkan kak Nia. I'm sorry." kata kak Nia sambil tersenyum. Lega bila persahabatan mereka ni dah bertaut kembali.

"Thank you, kak."

"Back to you, Dhir" kata kak Nia sambil membalas pelukannya. Mereka dah tak endah orang yang keluar masuk lift itu. Yang penting sekarang ni ukhuwah yang mereka bina sejak lima tahun dulu dah bertaut kembali.

......

p.s: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. I guess everyone is busy with their preparation for Eid, isnt it? Believe me, me too!
p.p.s: Last scene tu, marilah kita bermaaf-maafan. Heee. Saya, dengan ini mahu memohon ampun dan maaf daripada pembaca-pembaca sekalian.. kut-kut ada entry ni mengguris hati mana-mana pihak. Ampun ya. Sekian.




Labels:


7 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 40
Posted on Friday, 26 August 2011
@ August 26, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Hadhira mengikut saja Ezzaq membawanya. Tak tahu ke mana tapi macam Ezzaq cakap tadi, 'believe me' dan memang betul, dia dah letak sepenuh kepercayaan dia dekat lelaki yang sedang memegang tangan kirinya ini. Tangannya serentak menguatkan genggaman tangannya. He always there when I need him the most. 

Bilik staff. Hadhira membaca tulisan yang tertulis di pintu bilik itu.

Masuk je dia nampak seorang nurse yang baru mahu keluar dari bilik itu.. 

"Doktor," tegur seorang nurse itu sambil tersenyum. Dan bila saja dia nampak Hadhira di sebelah Ezzaq, terus senyuman itu mati. Mungkin tak pernah tengok perempuan ber-abaya dan pashmina kut.. yang nampak sangat kusut ni.

"Isteri saya. Pinjam kejap eh," kata Ezzaq sambil membalas senyuman.

Nurse itu mengangguk dan tersenyum ke arah Hadhira. Tak lama selepas itu dia keluar dan meninggalkan Hadhira dan Ezzaq di bilik staff itu.

"Sit," kata Ezzaq lalu mendudukkan Hadhira di atas sofa bewarna maroon itu. Dia berjalan ke arah meja dan mengambil bangku dan duduk di hadapan Hadhira.. kedua-dua tangan si hoodies pink digenggamnya. 

"Let it go. No one's here." kata Ezzaq. Dia kenal Hadhira, Hadhira tak akan sekali-kali menangis di depan orang ramai. Buktinya masa dia jumpa Hadhira tengah menangis belakang blok lab masa kolej dulu.. Sanggup tahan menangis kat studio dan lepaskan di belakang blok yang jarang orang lalu tu.. 

"Jo.. takut.. she's gone.."

"Nope, she's gonna be fine. She's strong.." kata Ezzaq. Kalau ikutkan sebenarnya, dia yang doktor ni pun tak tahu macam mana kondisi Jo sekarang tapi dari keluarkan benda-benda tak elok, baik husnozon je.

"Ajip.." 

"That man pun will survive. Ajip punya surviving skill memang hebat.. InshaALLAH, dia selamat. Cuma sekarang Japan tengah ribut pasal earthquake, so you know, kita tunggu kat sini, doakan dua-dua, Ajip dengan Jo and the baby too akan selamat."

"Takut.."

"I'm all here. You're not alone. We will fight this together." kata Ezzaq. Tangannya didepangkan, kunun-kununnya gesture 'I-am-all-here' la tu.

Hadhira hanya terus dengan esakannya. Dia takut kalau Jo tinggalkan dia..

Ezzaq hanya memerhati. Kalau dia cakap Jo is strong, Hadhira ni pulak the opposite. Memang cepat sangat tersentuh.. cepat takut.. Ezzaq hanya membiarkan saja.. nak menegah, tak sanggup. Lagipun dia dah biasa tengok si hoodies pink ni menangis. 

Tak lama selepas tu esakan Hadhira terhenti.

Hadhira di hadapannya sudah ketawa di hadapannya..

Ezzaq musykil. Amboi cepat benar dah terpujuk..

"Nasib awak la bro.."

Ezzaq menaikkan kening. Huh?

"Dari awal kita jumpa, awak selalu nampak saya buat drama air mata kan? From college, rumah Jo and now is here.."

Ezzaq tersenyum. My si hoodies pink is back!

"You're right but dont worry macam saya cakap dulu, I'll be your crying shoulder. Good and steady," kata Ezzaq sambil menujukkan bahunya.

"Tapikan yang.."

"Hurm.."

"Dari tiga-tiga case awak nangis ni, this is the ugliest one," kata Ezzaq. 

First time jumpa Hadhira yang menangis masa dia jalan-jalan ke belakang blok ambil angin. Masa tu dia nampak seorang budak berbaju blouse biru, bertudung bawal hitam sedang menangis tersedu-sedu dengan bazooka, T-square berselerak di atas rumput.. dan dia yang memang tak pernah rasa nak 'busy body' atau ter-over ambik berat kat orang ni, boleh pulak tergerak hati nak jalan ke depan tengok apa jadi kat budak baju biru tu.. dan masa first time je nampak yang budak si baju biru tu yang sebenarnya si hoodies pink, memang dia rasa nak buat sujud syukur kat situ. Gembira.. at least dia dapat kenal si hoodies pink tu melalui perspektif yang berbeza.. walaupun si hoodies pink dah reject dia awal-awal lagi. 

Second time pulak masa kat rumah Jo. First time jumpa Hadhira selepas Hadhira reject pinangan dia.. sumpah masa tu hati ni macam dah kena toreh berkali-kali, tapi bila nampak Hadhira yang tengah tahan menangis kutip kaca yang jatuh tu. Sekali lagi, dia rasa dia macam dia jatuh hati balik kat Hadhira, hati yang tertoreh-toreh sebelum itu rasa macam tiba-tiba ada magic dan pulihkan dia. Dia kadang-kadang tu sendiri rasa yang lahirnya Ezzaq adalah untuk protect Hadhira. 

Dan yang ketiga di sini.. yang berlaku beberapa minit yang lepas.

"Hellooo.." kata Hadhira. Tangannya dilambai-lambai ke arah Ezzaq. Hel-looo.

"Come," kata Ezzaq. Ezzaq bangun dari kerusinya. Bahu Hadhira diraih dan dibawanya ke cermin kaca yang memang ada dalam bilik staff itu.

Sekarang mereka berdua berdiri di hadapan cermin kaca. Betapa terkejutnya Hadhira bila melihat wajahnya yang sememeh itu. Tudung senget, lilitan tak betul,..

"Ya ALLAH.. apa ni?" kata Hadhira.

Ezzaq hanya tersenyum. It's you, obviously, wife.

"Ma tak cakap apa pun tadi. She should tell me, at least. Tengok ni, gila miserable." kata Hadhira. 

"May be she is miserable as much as you are, sayang." kata Ezzaq. Ma tadi pun senyum tak senyum bila dia salam.

"May be. Awak rasa orang masuk tak bilik ni?" tanya Hadhira. Dia mahu membuka pashminanya. Betulkan apa yang patut.

"Okay kut. Ramai dah balik ni, dan ward round sekarang. So InshaALLAH tak." kata Ezzaq. Padahal dia sendiri tak pasti. 

Terus Hadhira bukak pashminanya. Ezzaq terus duduk di sofa. Dia sebenarnya dah habis shift.

"Tengok ni abaya pun tak betul-betul ikat." kata Hadhira.

Ezzaq tergelak. Memang kuat nagging la si hoodies pink ni. 

"Cantik rambut," kata Ezzaq bila melihat Hadhira mengikat kembali rambutnya.. memang first time masa tengok Hadhira tanpa hijab pun dia dah terpegun. Rambut si hoodies pink ikal, wavy, lepas tu keperangan-perangan sedikit.. dark brown.. sapa tak terjatuh hati.

"Thank you, you're not the first one." kata Hadhira. Memang betul la, dah ramai yang admire dengan rambut ikalnya yang separa pinganggnya itu. Entah apa yang diorang nampak pun dia tak tahu. Kadang-kadang tu, masa kat asrama boleh pulak kawan-kawan dia ni, datang bawak sikat dan getah rambut, main-main ikat rambut dengan rambut dia.. ingat Dhir ni anak patung ke apa? 

"But I'm glad that you kept it hidden but only to your husband," kata Ezzaq. Betul la.. cuba kalau Hadhira ni free hair, she obviously looks far much prettier, and stunning of course.. dan nampak sangat peluang dia tipis, nak rebut si hoodies pink ni sorang. Like everyone always said, rambut tu makhota seorang perempuan..

"Done. Dah cantik ke saya?" kata Hadhira. Dia berpusing-pusing depan cermin.. dah puas hati sikit. Mata tu je sembab.. tapi dia boleh hilang.

"Cantik, lepas ni boleh la saya buat round satu hospital kenalkan isteri saya seorang ni. Tadi malu la bila nurse tu tengok muka toya awak ni. Mesti dia cakap Dr Firas ni rabun apa, pilih wife macam ni. Sememeh." kata Ezzaq.

Hadhira menjengilkan matanya.. amboi-amboi!

"Tulla apasal la tak pilih je orang lain, tak da la asyik kacau saya aja.. but yeahh why you didnt tell me earlier?" tanya Hadhira. Kepala dia dah pikir berapa orang dia dah jumpa tadi.. 

"Tengah-tengah awak suffer macam tu. Never." 

"So sweet of you. Thank you, doc." kata Hadhira.

Tiba-tiba Blacberrynya berbunyi tanda mesej masuk. Dari Arul.

"Arul, dia cakap Jo dah selamat. Alhamdulilah." kata Hadhira. Terus dia peluk Ezzaq yang sedang berdiri di hadapannya. Alhamdulilah sangat-sangat..

Bau Hugo Boss bermain di hidungnya.. tiba-tiba dia rasa ada tangan yang sedang membalas pelukannya. Terus zappp pelukan dilepaskannya. Masih tak biasa..

"I'm glad," kata Ezzaq. Baru je nak peluk balik, alih-alih dia lepaskan pelukan pulak.

"Jom." kata Hadhira. Terus dia tarik tangan Ezzaq dan keluar dari bilik staff itu. Dia mahu berjumpa Jo dengan kadar segera.

...

Masuk saja single ward itu, Hadhira tengok Jo masih lagi terlena atas katil. Auntie Sarina setia duduk di sebelah. Manakala yang lain ada yang bersembang di penjuru bilik. Hadhira terus berjalan ke arah Ma yang sedang duduk di atas sofa.

"Doktor cakap apa?" tanya Hadhira. Tangan Ma dipegangnya.. sejuk.

"Everything's alright. She's good.." kata Ma.

"Thank God.. baby pulak macam mana?"

"Safe and sound. Alhamdulilah." sambung Ma lagi. Hadhira terus mengangkat tangan bersyukur kepada tuhan. Alhamdulilah.

"How's Ajip? Any news?" tanya Hadhira. Ma menggelengkan kepala. Mungkin berita pasal Ajip tak sampai lagi pada Ma. Dia pandang Arul yang sedang bermain mesej di sebelah kanannya.

"Aku dah call tanya but no news.. but tsunami alert has been lifted. So aku rasa it should be a good news, perhaps?" kata Arul. Dari tadi dia dengan Uncle Razak, tak habis-habis call Jepun tanya perkembangan. Uncle call kedutaan, dan Arul sendiri call kawan-kawan dia yang ada di sana.

Hadhira angguk. Mungkin la kut.. lagipun Jepun kat berteknologi tinggi, InshaALLAH semuanya akan selamat.

"Ma, Dhir, .. Arul. Dah nak dekat waktu berbuka ni. Jom kita ke kafeteria dulu.. kalau ramai sangat, kita boleh pergi restoran kat depan hospital." kata Ezzaq.

Hadhira terus pandang jam di tangan. Dah nak dekat masuk pukul 7 malam.

Uncle Razak pun mengiyakan dengan rancangan Ezzaq tu.

"Auntie stay sini jaga Jo. Korang pergilah.. auntie boleh bukak dengan roti dan air mineral ni." kata Auntie Sarina.

"Tapi.." belum sempat Hadhira habis cakap. Ezzaq dah tarik tangannya dan menegahnya dari menyambung.

"Jom. Biar auntie jaga dia.. nanti kita bekalkan dia makanan sikit. Jo is her daughter.." kata Ezzaq.

Hadhira mengangguk. Betul jugak, dan kalau Ma yang terlantar di situ, dia pasti dia akan buat benda yang sama macam Auntie Sarina buat pada Jo sekarang ni.

........

p.s: Another piece of 'art' dari saya. Heh? How's your Ramadhan?

Labels:


4 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink 39
Posted on Thursday, 25 August 2011
@ August 25, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzaq membuka pintu masuk utama rumah dengan kuncinya. Kereta Civic hitam tu dah terpakir elok dekat porch. Itu bermakna si hoodies pink dah balik dari kerja =). Hoyeaa. Terus bibirnya tersenyum teringatkan entri blog yang dia baca tadi dalam kereta, kalau boleh sekarang juga dia nak naik ke bilik kerja mereka, bukak PC, buat print screen pastu jadikan wallpaper dekstop.

Syurga sungguh! Sampai ke anak cucu cicit nanti dia nak show off, nak cakap punyalah la degil nak tawan hati Hadhira seorang ni. Sumpah tak nak cari lain.

Cari lain? Never, she's the one.

InshaALLAH. Forever, ever, until Jannah. Hendaknya.

Masuk saja rumah berkembar dua tingkat tu, terus matanya terpandang Hadhira yang sedang duduk tengok rancangan memasak di ruang tamu. Ralit sungguh. Ezzaq terus duduk disebelah Hadhira.

"Haippp," kata Ezzaq. Remote Astro diambilnya dari tangan Hadhira. Skinship ey?

Hadhira terus berpaling. Suara macam kenal. Terus mata dia melihat Ezzaq yang sudah menukar channel TV tadi.

Ezzaq! Automatik darah terus serbu naik ke muka, entri post blog hari ni berulang tayang di layar mindanya. Ahhhhh malu.

"Tengok CSI la eh, dah lama tak tengok." kata Ezzaq. Matanya menjeling sikit ke arah kirinya, mahu melihat reaksi si hoodies pink. Alahai diam je, cuba confess sikit. Confession dalam blog tu saya tak kira! Nak yang real punya jugak. Hikhikhik.

Ezzaq senyum lagi, macam tak percaya ja. Si hoodies pink confess perasaan dalam blog. Hakhakhak. Tak pernah buat orang!

Hadhira angguk. Terus dia bangun. Tak selesa la duduk lama-lama kat sini.. tapi.. Ezzaq ni tak baca blog aku ke? Apa ni? Kata pembaca tegar! Hadhira menggeleng, apa la kamu ni Dhir, dia kan baru balik kerja. Mana nak sempat nak baca blog orang! Ish ish ish. Lagipun, kan baru je ni post tadi petang. Pukul tiga. Sekarang baru 5.30ptg. Bagi masa sehari dulu, kalau tak jugak kita guna plan B. Plan B? Plan Biar-masa-menentukan.

Terus Hadhira berjalaan ke dapur. Mahu menyediakan makanan untuk berbuka. Duduk sini lama-lama boleh buatkan dia mati akal pikir idea macam mana nak cakap kat Ezzaq suruh baca blog.

Ezzaq tepuk dahi bila melihat Hadhira berjalan ke dapur. Salah taktik pulak. Aigooo.

....

"Tak nak check emails, FB ke?" tanya Hadhira tiba-tiba bila diorang sampai ke rumah dari masjid.

"Malas. Lagipun rasa macam junkies yang berselerak kat sana. Nanti weekend la.." kata Ezzaq. Acuh tak acuh. Tapi yang sebenarnya dia tahu punca utama kenapa Hadhira tiba-tiba suruh dia guna internet malam tu. Nak suruh saya check blog awak ye, sayang. Hahaha.

"Esok kan dah weekend." kata Hadhira. Apa Ezzaq ni still guna masa Dublin ke, main aci je waktu lambat sehari.

"Saya kerja," kata Ezzaq sambil berlakon sedih. Dalam hati macam nak meloncat je bila si hoodies pink ni tak habis-habis nak suruh dia guna PC.

"You can play games,"kata Hadhira. Betul. Dalam FB banyak games yang best-best. HAKHAKHAK. Ada ke suruh orang main games. Nak kena tarbiah lagi rupanya awak ni Hadhira.

"Yang, awak ada letak apa-apa ke kat PC tu? Ni yang buat saya ragu-ragu ni. Apa ni nak buat prank pulak kat hubby sendiri?" duga Ezzaq. Come on, just say 'Please check my blog' pun saya akan terima sebagai confession awak! tapi ni dia still naik main tarik tali. Gurrrrr.

"Nothing. Saya just bagi idea ja.. okaylah I'm going to bed now. Good night!" kata Hadhira. Susah betul cakap dengan Ezzaq ni, ada je dia nak kenakan orang. Prank? Ingat aku otak suka buat prank macam George dengan Fred dalam Harry Potter tu ke? Hish, orang nak suruh check email pun susah ke?

"Kejap kejap.. esok saya hantar awak pergi rumah Ma tahu. InshaALLAH, kita bukak puasa sana ja. Dah janji kan?" kata Ezzaq. Kang nanti lupa pulak. Kesian pulak bila Ma tanya hari tu bila nak berbuka di rumah Ma.

Hadhira yang baru nak gembira bila Ezzaq cakap 'kejap-kejap' tadi berpaling ke arah tangga. Baru ingat dia nak pinjam laptop, check email ke apa ke? Potong stim betul la inche smiling eyes.

"Good night.." Ezzaq geleng kepala. Just two more days, Ezzaq. Saja ja dia nak bagi peluang kat si hoodies pink untuk sendiri berterus-terang. Tapi kalau tak juga dalam masa dua hari tu, alamatnya biar Ezzaq sendirilah yang terpaksa confess dekat si hoodies pink seorang ni.

...

"Ya ALLAH!" jerit Hadhira. Hampir terlepas Blackberrynya itu ke lantai tapi berjaya ditahan. Ma yang sedang menyusun kuih di dalam balang itu memberhentikan kerjanya bila mendengar Hadhira yang sudah separa terkejut dihadapannya itu.

"Kenapa ni?" tanya Ma. Mata anaknya sudah bertakung, hatinya mula dipagut resah. Benda buruk dah terjadikah?

"Jo, Ma. Jo. Jannah." kata Hadhira. Dia cuba bernafas dengan tenang. Tapi tak boleh, kakinya dah lembik. Nasib baik dia masih elok duduk di kerusi meja makan, kalau tak memang dah terkulai layu bila dengar berita dari Arul tadi.

"Dia jatuh. Dekat HKL,"

Puan Hanim terus beristighfar. Jo jatuh? Masuk hospital? Jo tu dia dah ibaratkan macam anak keduanya. Sakit Jo, sakitlah Hadhira. Sakit Hadhira, sakit juga dia. Ya Allah, Kau berikanlah perlindungan-Mu kepada Jannah.

"Dhir nak pergi," terus Hadhira bangun, abaya hitam yang memang disangkutnya tadi selepas ke The Mall pagi tadi dengan Ma terus dicapainya. Pashmina pink terus dililitkan, kalau selalunya dia amat peka dengan penampilan diri sebelum keluar, sekarang dia tak endah. Jannah Amani lagi penting buat masa ni.

"Ma ikut sekali. Risau Ma tengok kamu kalau nak drive kondisi macam ni. Biar Ma yang drive." kata Puan Hanim. Dia faham sangat yang Hadhira ni lebih kepada ikut emosi, entah-entah kalau dibiarkan memandu sendiri ke HKL, boleh dia pecut sampai 240km/jam apa. Nanti HKL ke mana, Hadhira ke mana. 

Hadhira mengangguk. Memang dia sendiri tak yakin dengan diri sendiri sekarang ni. Terus dia capai kunci keretanya di atas meja. Mahu panaskan enjin sementara menungu Ma bersiap.

Ya Allah, kau lindungilah sahabatku. Ya Allah..

....

Hadhira terus bergegas ke tempat yang Arul cakapkan tadi di talian. Sesekali dia pandang Ma yang berjalan di belakangnya. Takut Ma terlepas pandang dia yang berjalan extra laju dari biasa. Blackberry di tangan kanan dipandang juga. Kut-kut ada panggilan penting dari Arul ke. Tadi sebelum dia ke sini, dia ada cakap yang kalau apa-apa berlaku, Arul kena call sampaikan berita kepadanya. Straightly to her. Maklum sajalah KL, jam sana sini. Tambah-tambah dah nak dekat raya dan hujung minggu macam ni. Kesesakannya dua kali ganda dari biasa.

Sampai saja di situ dia nampak muka-muka yang sedang risau. Muka auntie Sarina, muka uncle Razak, muka kak Amnah, Angah dan si kembar berdua tu. Arul yang duduk di hujung yang sedang bercakap telefon tu pun menunjukkan riak yang sama. Dan dia pasti, muka dia sekarang pun memang dah sama acuan dengan muka diorang yang lain.

"Auntie," kata Hadhira. Tangan Auntie Sarina terus dicapainya. Ma disebelah pun turut bersalaman. Auntie Sarina kelihatan tak berdaya duduk di bangku yang disediakan itu.

"Jo kat dalam lagi, dah nak dekat two hours," kata Auntie Sarina. Macam dah tahu apa yang ada dalam benak fikiran Hadhira. Mata wanita yang seusia Ma itu dah bergenang.

"Dhir.." suara Arul menjengah. Hadhira terus memandang Arul yang dah lebih enam bulan dia tak jumpa. Merajuk punya pasal.

"Kau ok?" tanya Arul.

"Ok." jawab Dhir. Satu patah. Terus dia berjalan jauh sedikit dari ahli keluarga yang lain.

"What happen?" tanya Hadhira. Dia mahu cerita penuh dari Arul. Macam mana lelaki tu boleh ada, boleh cepat dari dia yang lebih rapat dari Jo ni.

"Aku jumpa dia tadi kat KLCC. Jalan sorang-sorang, dia cakap cari barang baby. Dan aku pun apa lagi, teman dia since aku sorang pun jalan sorang-sorang jugak. Tiba-tiba, in a flash, I didnt see what happen, she pick up one call, and suddenly.. tiba-tiba.. dia.. pengsan.. collapsed macam tu. The worst part.. dia.. hitting the bench.. And blood is kept coming.. inside her.." kata Arul. Tersekat-sekat. Peristiwa berapa jam lepas bermain kembali dalam mindanya.

Muka Jo yang sedang happy tengok toys.. glowing gila muka mummy to-be seorang tu.

Imej muka Jo digantikan dengan muka keruh Jo bila bercakap telefon.. dan satu saat kemudian imej Jo terkulai layu, dengan darah yang menderu keluar membasahi baju kelabu yang dipakainya. Sekejap je benda tu berlaku..

One minutes, one simple phone call can simply destroys one happy moments.

Hadhira mengangguk. KLCC? Barang baby? She doing her 'research' once again. Alone. Ya Allah, Jo!

"I'm sorry,"

"Kau tak salah, benda dah berlaku. Kau tahulah Jo, dia clumsy. She tripped over something most of her life. Cuma kali ni teruk just because she's expecting,"

Arul mengangguk. Betul. Jo yang diorang kenal memang clumsy. Ingat lagi, kalau nak terjatuh, nak terlupa benda, nak terlanggar itu ini, Jo lah orangnya.

"But wait? Call? Pengsan? Siapa call?" kata Hadhira. Baru dia sedar cerita sebenarnya. Jo pengsan bila angkat call. Call dari siapa?

"Auntie Sarina cakap tadi major earthquake in Japan. Tsunami warning has been issued.."

Japan? Ya ALLAH, Ajip!

"Aku risau la,"

"Risau apa?"

"Ada benda yang keep playing in my head, something not good, something bad," 

"What happen to Ajip?" tanya Hadhira. Peristiwa seminggu lalu yang menyebabkan Jo gusar itu bermain kembali. Dia tak peka dengan Jo masa tu, ya ALLAH. Wife instinct.

"Nama Ajip is in currently-missing list,"

"Ya Allah!" kata Hadhira. Air mata dah bertakung, kenapa macam ni sekali? Jo, please be well.

"Hadhira,"

Hadhira berpaling ke arah suara yang memanggil namanya. Ezzaq. Dengan lab coatnya. Muka lelaki tu gusar juga. Mungkin baru perasan mesej yang dia sempat hantar tadi sebelum pergi. Ni kan tempat Ezzaq bertugas.

"Why? What happen?" tanya Ezzaq. Dia baru saja keluar dari dewan bedah.. dan tup-tup dapat BBM dari Hadhira pasal Jo.

Arul terus berceritakan benda yang sama dia ceritakan kepada Hadhira tadi. Hadhira dah terduduk bersandarkan dinding. Kakinya dah tak tertahan, lembik. Satu ja fikiran dia sekarang, dia mahu Jo selamat saja.

"Awak.." kata Ezzaq yang sudah turut sama duduk di hadapannya. Arul dah hilang entah ke mana.

"Jo.. Ajip.. Baby.." kata Hadhira. Dia tak tahu apa nak buat sekarang ni.

"Come, ikut saya."

"Tak nak. Saya nak tunggu Jo keluar dari that room," kata Hadhira sambil menunjukkan pintu OT itu.

"Believe me, jom." kata Ezzaq yang sudah bangun. Tangan kanannya dihulurkan kepada Hadhira yang masih sememeh mengikut perasaan tu. Hadhira ni, dia penuh dengan perasaan. Cepat ikut kata hati, cepat tersentuh.  Dan kalau dah dia start ikut perasan tu, susah dia nak come back into reality. Macam sekarang, main aci je jatuh terjelepuk duduk kat dinding.. dengan pashmina yang terabur lilitan.. dengan air mata bertakung..

She needs me the most, masa sekarang ni. I know.

"Come," kata Ezzaq bila Hadhira dah mencapai tangannya itu.

...

p.s: Hee. Finally. Ingat nak post tadi siang but internet tiba-tiba merengs. Bad flu and all the penyakit dah okay dah. Alhamdulilah. May be because of you guys blessing.. kut? Thanks ey! So here we are, the heartbreaking scene tu. Well, heartbreaking jadi ke tak belakang kira. I need to bring back Arul's character.. dengan kak Nia.. hehee. ;)

p.p.s: Masa tulis scene last sekali, all I remembered was lagu Chris Medina - What Are Words. Teheee.. it's their song.. I think. ;)

Labels:


10 Surat Chenta ♥


Kisah Sebelum