Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Bencisayang 4
Posted on Sunday 25 September 2011
@ September 25, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah masuk rumah Opah dengan hati sebal. Sungguh dia sebal, mana ada orang berani tengking-tengking dia macam tu. Asal tak tahu, nama entah papa tiba-tiba ada lesen nak buat orang macam ni. Mama dengan papa sendiri pun tak pernah nak naik suara tinggi macam tu, paling tinggi pun tak adalah tinggi macam ni.. tak da la sampai dia rasa jantung dia berhenti seminit dua tadi. Nightmare! Pastu boleh pulak Opah marah kata kenapa kacau pak cik tu.

Come on, disturbing and asking for help is a different thing.

DIFFERENT! Mass gap kut!

Kacau = dia duduk diam-diam, aku tak ada ribut tup tup pergi cabut kepala dia.
Asking for help = just the way I did just now.. kan? I dont go plucking his head tiba-tiba..

Suara tengkingan pak cik tu buat ulang tayang di kepala. Demit. Geramnya!

Kedebaammm. Pintu bilik dihempasnya.

Hampir terbangun Ezzaq dari sofa yang didudukinya. Apahal pulak dengan angin puting beliung adik manja seorang ni? Hadhira di sebelah dah naik kening, mungkin memikirkan benda yang sama.

"Awat tu Opah?" tanya Ezzaq bila Opah duduk saing sekali di ruang tamu tu.

"Dia kena tengking tadi kat kenduri, depan orang ramai.. pastu Opah pulak tambah api, berleter pulak. Lagi maraklah api yang kecik tu.."

"Siapa yang berani nak tengking dia Opah?" Ezzaq dah tak duduk diam. Geram jugak la bila Opah cakap adik sendiri kena tengking.. tapi nasib baik jenis reti bersabar. Kalau tak sekarang juga bawak parang pergi rumah kawan tu. Buat post-mortem, kut-kut ada masalah dekat kepala tu..

Opah hanya diam memandang.

Ezzaq pandang Hadhira. Hadhira pandang Ezzaq.

Nice = sesi pandang memandang.

"Hariz." akhirnya keluar juga nama dari mulut Opah. Opah mengeluh, bala sungguh!

Kedebukkk.. jantung macam nak luruh.

"No wonder." perlahan Ezzaq mengucapkannya. Hadhira dah memegang tangan kirinya, isyarat supaya lebih bersabar kut.. tak pun sebagai tanda sokongan. Hadhira memang dah sedia maklum pasal krisis dia dengan Hariz. Tak betah dia nak simpan rahsia ni lama-lama, penat.. dan nasib baik Hadhira paham.

Sah-sah Hariz naik angin kat Ezzah disebabkan Ezzah ni adiknya. Hariz yang dia kenal tak akan-akan sekali pun tengking manusia lain. Never!

Dan Ezzah pulak jenis anak manja, ya Allah adik sorang ni!

Ezzzaq bangun dari tempat duduknya. Tangannya automatik mengajak Hadhira untuk bangun sekali.

"Jom yang, kita pergi pujuk tuan puteri seorang tu."

Hadhira tersenyum. Inche smiling eyes ni, kartun sungguh. Yang tu pon nak ajak berteman ke.

"Awak pergi dulu. Ada benda Dhir nak buat kejap." Nak pujuk orang ni kena ada skill la, inche Ezzaq. Mana boleh simply masuk bilik tak bawak apa!

Ezzaq buat isyarat 'okay' dan lagi elok kalau dia yang pujuk Ezzah dulu, secara individual. Kalau Ezzah tak makan saman sangat biar Hadhira yang memujuk.. Dhir cukup pandai nak memujuk dan Dhir sendiri tu perempuan, tak banyak bezanya dengan Ezzah. Sama-sama anak manja, sorang anak tunggal dan sorang lagi anak tunggal perempuan. Tak da la besar sangat gap tu.

Tok tok tok. Tiada jawapan.

Tok tok tok Tiada jawapan.

Tok tok tok Tiada jawapan.

Cukup tiga kali. Ezzaq terus membuka pintu. Ezzah sedang duduk di atas katil bermain dengan iPhonenya. Muka cemberut semacam.. masam, dah tak ada perisa manis macam selalu tu. Ezzaq duduk di bucu katil. Ezzah buat tidak peduli. Datang tu nak memujuk la tu.

Ezzaq tersenyum. Dapat idea baru nak mengena tuan puteri manja ni. Bantal kecik yang terletak di hujung katil diambilnya dan dibalingkan kepada Ezzah.

"Apa ni." marah Ezzah. Abang sorang ni tak sedar ke yang adik dia ni tengah bad mood? Tak cukup kuat lagi ke dia hempas pintu bilik tu tadi.

"Merajuk!"

Ezzah menjeling. Obviously. You didnt have to point that out, brader!

"Manja sangatlah adik abang ni."

"Manja? Ezzah ni manja?"

Ezzaq tersenyum, taufan dah nak mai dah!

"Abang cuba abang bayangkan bila kena tengking depan orang ramai, more than hundreds people to be precise. Pastu pulak kena tinggal terkapai-kapai kat situ.. macam mana abang nak handle? Macam mana? Just bayangkan abang kena marah dengan MO dekat depan patients abang kat ward. Malu kan? Kredibiliti abang sebagai doktor mesti tercalar, of course. Macam tu jugak dengan Ezzah! Mahu je Ezzah saman malu kat dia. Bukannya Ezzah mintak duit ke apa ke, Ezzah just nak minta ride balik rumah Opah je ni tak sempat apa-apa dia terus fire.. you know how hurt my heart is? Maruah Ezzah ni macam dia pijak-pijak je.. and he dont have, even a tiny bit, right to do that to me. At all. Not at all." tengking Ezzah.

Diam.

Satu minit.

Lima minit...

Sepuluh minit...

"You're right, absolutely right. Dia tak ada hak nak buat macam tu kat Ezzah." Only to me, myself, Ahmad Firas Ezzaq.

Ezzah diam. Suara abangnya dah tukar rentak..

"I'm so..."

Pintu bilik dikuak, kak Dhir masuk dengan senyuman... dan aiskrim di tangannya.

"Nahhhh, ice cream untuk adik kak Dhir sorang ni." suara Hadhira memecahkan suasana awkward di antara mereka. Ezzaq bersyukur, kalau Hadhira tak sampai tadi sah-sah diorang tengah mati ayat kat sini. Mana pernah Ezzah marah-marah macam ni. Selalunya pun Ezzah-Ezzaq suka bergaduh manja saja..

"Kak Dhir ingat Ezzah ni budak kecik ke apa?" tangannya menyambut juga aiskrim yang dihulurkan Hadhira. Aiskrim Cornetto tu favorite tahu!

Hadhira menjulingkan mata. "Budak kecik ja yang selalu akan slammed the door bila merajuk, adults tak buat macam tu."

Szraaappppp. Sarkatikus Hadhira dah keluar. Boleh buat main tengking-tengking hubby aku tadi. HAKHAK.

Ezzaq dah tergelak. Si hoodies pink, si hoodies pink. Tak kira masa, siapa. Semua dia men tembak sedas dengan ayat sinis dia tu.

Ezzah buat muka tak ada riak. Bukan dia tak kenal kak Dhir ni, kenal. Dan dia memang suka tengok kak Dhir, jenis easy going.. dan apa yang dia cakap tadi betul. Mana ada orang dewasa merajuk perangai macam ni..

"Where's mine?" tanya Ezzaq. Mana aci adik sendiri dapat, dia tak dapat.

"Dalam fridge la bro." Hadhira menjawab. Macam dia pulak yang merajuk. Aiyoooo..

"I'm gonna get one for myself. Awak nak tak?" Ezzaq dah bangun bergerak ke pintu. Tengah hari macam ni layan aiskrim best jugak.. dan sebenarnya dia mahu Hadhira yang memujuk adik terchentanya ni.

"Nope," kata Hadhira sambil tersenyum.. Ezzaq mengangguk, dia mengisyaratkan supaya Hadhira yang ambil alih rolenya sebagai kaunselor..

"Nak?" tanya Ezzah bila Ezzaq dah keluar dari bilik. Hadhira menggeleng.

"Kenapa buat macam tu?" tanya Hadhira. Sungguh dia tak tahu nak handle manusia lain, seumur hidup dia dah biasa dengan gelaran anak tunggal. Sekaligus ambik role suka merajuk dari ambik role memujuk tu..

"Kenapa slammed the door?" tanya Ezzah balik.

"Kenapa marah-marah.."

"Kak Dhir dengar?" Ezzah dah rasa bersalah. Mesti suara dia tadi dah terdengar merentasi bilik kecik ni.

"Suara Ezzah tu boleh dengar sampai ke dapur, of course kak Dhir dengar."

"You cant blame me, abang provok dulu."

"But he loves you. Dia tak nak tengok adik dia yang cantik ni menangis seorang-seorang dalam bilik."

'I know he loves me tapi pakcik heartless tu yang start dulu, why everyone has to told her to let it go?' bentak Ezzah dalam hati. Nak bentak secara lisan tak berani, kak Dhir ni lembut orangnya. Tak sampai hati. Kang menangis nanti, sah-sah kena pancung dengan Abang Ezzaq!

"Kak Dhir cakap senang la, kak Dhir tak pernah rasa macam ni.." gumamnya perlahan.

"Who said?"

Ezzah angkat muka dari bantal, biar benar kak Dhir penah kena tengking juga?

"Tak adala tengking teruk sangat.. tapi kak Dhir pernah kena degraded dengan lecturer dalam kelas, in front of my classmates and he said to me to stop studying and go kerja kilang."

"He's sick," komen Ezzah. Ada lecturer macam tu dalam dunia ni?

"Yeap he degraded me, and the orang kerja kilang jugak. Padahal setiap pekerjaan tu mulia. He's sick, may be but I dont hold grudges over him."

"Why?"

"Kalau tak I wouldnt never met your brother, that's one of the beautiful things dalam case ni tapi kan Ezzah kadang-kadang ni manusia perlu kena ketuk dulu baru dia sedar, so yeahh bila dia buat macam tu, terus kita ada rasa berkobar-kobar nak buat yang terbaik, tunjukkan dia yang kita ni lain, strong.." Hadhira dah masuk role kaunselor dah ni, tak pun Oprah. Inspiring, sah-sah boleh terbitkan buku nanti. Heh?

Ezzah mengangguk. Betul.

"Dia jatuhkan maruah Ezzah, you can do otherwise. Stand strong, tunjukkan dia tak senang nak jatuhkan Ezzah Hani, not even a tiny bits.. dont go red and yelling over someone who loves you. Tak adil la Ezzah bila orang lain yang Ezzah marah, orang lain yang Ezzah hamburkan rasa marah. Tak adil. Lagi tak adil kalau orang yang Ezzah marah tu adalah dari famili sendiri.. kan?"

"Geram la kak. Ezzah tak buat salah pun, dia tu yang serious sangat!"

"May be dia ada reason?"

"Reason apa kak untuk jadi orang tak ada manner macam tu?"

"Kut-kut mak dia marah cakap dengan perempuan, atau pun dia tengok Ezzah ni cantik sangat, atau anything else yang bagi dia behave macam tu. Setiap benda tu ada rationalnya, Ezzah."

"Kak Dhir ni positif sangat."

"Positif tak positif, Ezzah dah buat salah tau. Buat muka dengan Opah, slammed the door and yelling to my hubby. Apa ni, nanti baby lahir dia tengok Mak Su dia suka-suka marah abah dia macam mana? Dont ya ever dared to do that to the father of my baby tahu?"

Hadhira sengih. Father of my baby, she loves it.

Ezzah tersengih. Kakak dan abang dia sumpah the most loving couple dia pernah jumpa. HAHA. Abang ni memang spoiled, kena marah sikit dah hantar wife suruh backfire balik!

"I'm sorry," sesungguhnya dia memang rasa bersalah bila buat muka sebal dengan Opah tadi, dan juga bila dia naik suara dengan Ezzaq tadi.

"Not to me, I guess."

"To my abang of course, and Opah. And to baby, Mak Su say sorry. Biasalah Mak Su kan drama queen." kata Ezzah sambil bercakap dengan perut Hadhira. Perut kak Dhir yang tak nampak lagi tu diusap-usapnya. Selama ni dia hidup dengan dua abang saja, tapi sekarang dia dah ada kakak yang boleh manja-manja macam ni. Kalau dengan abang, sah-sah kena perli dan usik!

"Yeapp that's my lil sister. Sini, hugssss." kata Hadhira sambil memeluk Ezzah.

"Kak Dhir ni awesome la, dengan abang mesti dia usik tak habis-habis."

"Aiskrim. Anyone?" suara Ezzaq di sebalik muka pintu.

"Owwhh this is sweet.. group hug?" kata Ezzaq bila melihat Hadhira dan Ezzah yang berpelukan sesama sendiri itu. Terus cawan aiskrim itu diletakkan di atas meja solek dan berjalan ke arah Ezzah dan Hadhira yang dah buka tangan menunggunya.

Group hug, everyone!

Labels:


10 Surat Chenta ♥


Bencisayang 3
Posted on Sunday 18 September 2011
@ September 18, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Kan aku dah cakap, mesti bosan punya duduk rumah kenduri ni." bentak Ezzah dalam hati. Mahu disuarakan secara lisan, tak berani. Kang nanti tak pasal-pasal kena cili mulut dengan Opah. Tapi sebut pasal Opah ni kan, Opah pun satu tadi punyalah dia beria-ia suruh temankan ke kenduri tapi sekarang dia tinggalkan aku terkontang-kanting dekat dalam rumah Mak Tom ni.. dah la Ezzah sendiri tak kenal sesiapapun kat kampung ni.

Alahai.. rasa nak lari balik rumah ja, aci tak?

Dah la baju kurung ni rasa tak selesa benar. Huihui Ezzah Hani pakai baju kurung tue, kalau Shen nampak sah-sah dia gelak guling-guling ni. HUAHUAHUA.

Ezzah pandang manusia-manusia lain yang tengah sibuk siapkan persiapan kenduri ni. Ada yang tengah memasak, ada yang masukkan barang-barang dalam goodies bag, ada yang tengah tersenyum bersembang/bergossip, ada yang tengah pasang khemah di luar sana, adjust kerusi meja..

Gotong-royong..

Ezzah sengih. Kalau kat KL sana, Mama bayar ja orang lain suruh buatkan.. dari khemah sampailah ke benda-benda kecik macam isi barang dalam goodies bag ni.. semuanya dah siap. Tak payah pikir apa-apa dah. Yang tinggal hanyalah kaching kaching.. cash-out. 

Ezzah menghalakan pandangannya ke arah luar. Pak cik-pak cik tengah riuh rendah berborak sambil-sambil buat kerja.

Beauty. 

Kalau Miss Shereen, cikgu seni dia, suruh dia lukis 'Pemandangan di Kampung'. Sah-sah ini yang akan dilukisnya.

Ini barulah kampung.

Tiba-tiba satu kelibat berjalan di hadapannya. Straight berjalan, tak pandang kanan kiri.. macam dah orang buat perbarisan lintas hormat je gamaknya.

Pak cik semalam! Getus Ezzah. Pak cik semalam, dia pasti. Pasti sepasti pastinya! Lagipun bukan susah nak buat proses pengecaman kat pak cik tu sebabnya:

  1. Warna baju yang dipakainya. Hitam. Yang spesies orang pakai bila nak pergi berkabung ja gamaknya.
  2. Ketinggiannya. Come on, ada ka manusia kat kampung ni yang berketinggian 180 (tambah tolak) cm macam dia..
  3. Aura negatif. Enough said..hatred are over his soul, remember?

Ezzah cepat-cepat berlari ke muka pintu.. sebelum jauh pak cik tu berjalan.

"Pak cik! Pak cik!" kain diselak ke atas, biar dapat menyaingi langkah pak cik berbaju melayu hitam itu.

Hariz yang sedang berjalan ke arah motornya mendengar sayup-sayup orang memanggil 'Pak cik, pak cik' tapi langkah tetap diteruskan tanpa berpaling ke belakang. Yella yang orang tu panggil 'Pak cik' bukannya 'Hariz. Sah-sah la bukan dirinya, mungkin Pak Cik Mail, Pak Cik Lang atau pun Pak Cik Aq.

"Huh? Dia ni pekak ke atau  pakai earphone?" Ezzah menambahkan lagi had laju langkahnya..

Sampai saja di belakang Hariz, terus bahu itu ditepuknya dari belakang.

Ezzah termengah-mengah dari belakang. Dah lama tak masuk track, kan dah semput. Heeee.

Hariz memberhentikan langkahnya.. dan berpaling ke belakang.

"Kau.." satu saja perkataan keluar dari bibirnya.

"Pak cik ni sound trouble ke apa?"

Hariz mengangguk.. so akulah 'pak cik' tu..

"Apahal?" tanya Hariz kepada gadik di depannya ni. Berbaju kurung hijau, dan selendang yang dah terlucut di bahu.. nampak sangat style pakai tudung ala-ala mak datin ni.

"Ni pak cik laju-laju ni nak pergi mana? Emergency case lagi ke?" Ezzah tersengih.

Hariz buat kening ala The Rock, hah? Emergency case?

"Semalam tu.. pak cik lari sebab emergency kan? Dah jumpa tandas?"

Hariz mengangguk.. tanda faham. Nampak sangat To'kie dah menganjingkan perempuan ni semalam. Emergency case kau kata aku To'kie. Siap kau.

"Pak cik.." Ezzah bersuara. Apasal dia ni diam pulak..

"It's none of your business." Noktah. Dia malas nak ikut bermain dengan rentak perempuan ni. Apa yang budak ni mahukan pun dia tak tahu. Hariz dah berjalan ke arah motornya. Dia mahu balik ke rumah, nak tukar baju yang dah basah dengan peluh ni.

"Pak cik nak pergi mana ni?"

Hariz memakai helmet. Buat-buat tak perasan kehadiran perempuan ni. Tak faham sungguh dia dengan spesies perempuan ni, kenal tak apa tak, suka-suka je peramah nak bersembang dengan orang. Gamaknya dia ni tak pernah dengar ayat "Don't talk to stranger" kut.. especially to your brother's enemy. Tu dah tahap worst case dah tu, kut-kut aku ni jahat gila, kidnap dia pergi jual kat Thailand macam mana?

Enjin motor dihidupkannya.

"Pak cik.. STOP!" Pak cik ni tak nampak aku ke apa? Terus dia berdiri depan-depan motor Hariz yang dah mula bergerak. Tangannya didepakan.. tak bagi lalu! Geram sungguh orang yang tak ada manners ni.. bukan orang ada kacau dia pun, orang saja nak minta tolong hantarkan balik ke rumah Opah je.. tu pun susah ke? Budi bahasa kan budaya kita..

Hariz membulatkan mata, dammit. Dia ni nak bunuh diri ke apa? Tak da angin terus berdiri depan motor orang. Kut gaya nak matikan diri tu, sekurang-kurangnya tambah amal pahala sikit..

"Kau ke tepi boleh? Aku nak balik ni." bentak Hariz. Suaranya dah sah-sah meninggi. Terkejut+marah+sakit hati+dendam semua campur jadi satu rasa. Tak kuasa nak layan budak-budak bawah umur ni.

Ezzah terkejut. Tak sekali pun dalam hidupnya, ada manusia berani tengking dia depan-depan macam ni. Depan orang kampung yang lain pulak tu. Ezzah sedar mesti banyak mata yang tengah memandang ke arah mereka sekarang ni.. dia pasti.

Ezzah bergerak ke tepi sedikit.. memberi laluan.

Hariz tanpa banyak soal terus bergerak meninggalkan Ezzah yang termangu di situ. Padan muka. Dia dengan abang dia sama ja, tak mendengar kata.

Labels:


3 Surat Chenta ♥


Bencisayang 2
Posted on Wednesday 14 September 2011
@ September 14, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzah membulatkan mata. Serious apa hal laki ni? Emo semacam ja.. tak da ribut, taufan tak da, tup-tup "Aku balik dulu." Masalah dunia sungguh.. muka tu dahla kelat semacam. Tak ada perasaan.. segaris senyuman pun tak ada! Macam kereta dia plak yang aku langgar tadi. Pastu boleh pulak buat perangai pandang aku atas bawah tadi.. Apa dia ingat aku ni mannequin kat Mall ka nak pandang-pandang atas bawah. Kalau pandang tu, beli tak pa.. ni dia blah macam aku ni stok perosak je.. ni buat aku hangat tak ingat dunia ni.

No manners.. and I thought Kampong guy selalunya peramah? Ah naif lagi aku ni rupanya..

"Apahal dengan pak cik tu?" tanya Ezzah kepada lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Zaki tadi.

To'kie garu kepala. Macam mana nak jawab ni.

"Seriously, saya pon tatao awat dia jadi lagu tu. Lari balik rumah kut.. ya know emergency case.." kata To'kie. Pelik jugak dengan perangai Hariz ni.. apa dia allergik dengan perempuan?

Ezzah mengangguk. Ye ke?

"Kelat je muka dia." komen Ezzah. Tak puas hati.. selalunya orang bila tengok Ezzah Hani mesti akan terus cair, terus senyum.. tapi dia kelat dohh.

"Macam saya habaq tadi, 'emergency'.." Tangannya menunjukkan isyarat quote-unquote ayat.

"Macam tak suka saya je?" sumpah dia rasa tak puas hati.

To'kie sengih plastik. Alahai perempuan ni.. drop the subject boleh tak? Sama spesies la dengan Hariz betul. Degil. Stubborn. Ketegaq. Haa amek hang.. tiga aku bagi.

"He hates almost everyone.." To'kie angkat kening.. kepalanya dianggukkan. Moga-moga cik ni percayalah..

Ezzah mengangguk.. no wonder muka kelat semacam. Hatred are all over his soul. Kesian..

"Hani.. call me Hani. Nanti abang Zaki repair la kereta ni, saya tanggung semuanya."

Ezzah pandang 'artwork' yang dia dah buat kat Proton Persona tu.. nasib baik sikit ja. Kalau tak, nampak gayanya kena tadah telinga dengar 'kata-kata mutiara' dari Mama dengan Papa. Entah-entah silap hari bulan Mama buat horror tarik balik Swift putih kesayangannya tu macam mana dia banned Abang Ngah dari naik motor dulu.. nightmare tu!

"Ohhhh Hani.. sedap nama.. errr.. nombor fon?" To'kie sengih monkey. Once in a lifetime ni nak dapat contact number dengan perempuan cantik ni. On, gua tak tolak rezeki..

"012-3457890"

"Okay, nanti apa-apa abang call. Rasanya tak da apa-apa kut, calar sikit je ni." Abang? Berbunga-bunga pulak rasanya.. heeee.

"Call ja, saya tanggung semua." Shades Gucci itu disangkutkan kembali di pangkal hidung. Dah pukul 5.30 petang.. alamak I'm dead. Abang Ngah pasti naik gorilla nanti.. mana taknya tadi janji nak balik Kedah awal-awal pagi tapi tup-tup Shen called ajak photoshoot.. long story cut short, dia bertolak dari KL lebih kurang pukul 2 petang.. apa lagi racing la dekat Lebuhraya Utara-Selatan tadi. Dan sampai ja jalan rumah nak masuk rumah Opah ni, accident pulak.. drama betul!

5.31 pm. Time is ticking. Wajah gorilla Abang Ngah dah terbayang di mata. Huiihh nightmare! Ezzah cepat-cepat menghidupkan enjin..

"Abang, saya balik dulu ya." tangannya diangkat.. kunun-kunun manner of conduct la kut.

5.33 pm.

Abang Ngah....

Gorillaa..

Nightmare...

Pedal minyak ditekannya. Laju ja Swift putih itu meninggalkan To'kie yang dah tinggal sorang-sorang kat tepi jalan tu.

To'kie ternganga .

"Huh?" Ni kes emergency jugak ka?

To'kie garu kepala yang tak gatal.. nasib hang lah To'kie..

....

"Hang kat sini rupanya." suara To'kie memberhentikan langkah Hariz. Hariz berpaling ke belakang menghadap To'kie yang tengah sengih monkey tu.

Hariz angkat kening. Mana lagi Hariz nak pergi, kalau tak ke ladang kelapa sawit dia ni.. kalau tak da kat ladang, sah-sah ada kat kandang kerbau ni.. tupun sebelah je ladang ni.

Hariz geleng kepala..

"Dah tu hang ingat aku tang mana? Kat sini la.. apa daaa," jawab Hariz. Nak kata tak cerdik, cerdik. Siap jadi cekgu lagi tapi benda common ni pun tak lepas.

"Aku ingat hang putus fius lari naik kapal teruih.."

Hariz angkat kening.

"Yala tak da tsunami apa, teruih hang lintang pukang tinggai aku kat situ."

"Oh." yang tu je dia mampu jawab. Nak jawab apa lagi kan.. takkan nak kata dia tak suka duduk situ kut.

"Awat jadi lagu tu?" To'kie bukak role jadi kaunselor tak bertauliah.

"Tak ada papa. Aku ada gheja sikit.."

"Gheja apa yang hang ada.. woi ingat diri la.. hang tu tengah cuti. Piirah.."

Terus Hariz memulakan langkah.. Dia geleng kepala.. dari layan kaunselor tak bertauliah ni baik aku tengok pokok ni lagi bagus. Dapat juga pahala.

"Kelat lagi muka tu? Macam mana Rahah tu boleh minat kat hang.. kelat 24/7." To'kie mengikut Hariz yang dah mula meninggalkannya.. tapi sebenarnya bukan Rahah saja yang jatuh hati dekat laki di hadapannya ni. Ramai lagi gadis-gadis kampung ni dah tertangkap leleh dengan Hariz ni. Yella orang tu pemuda harapan kampung kan? Mestila jadi calon pilihan mak-mak dan anak dara mak-mak.. tapi satu je masalahnya Hariz ni je yang tak da perasaan, seorang perempuan pun dia tak kehingin..

"Kelat? Dah tu hang nak suruh aku senyum 24/7 la macam ni.." Hariz buat-buat senyum. Awkward. 

"Plastik!" To'kie menjulingkan mata.

"Okay apa,, banyak kegunaan tu." Plastik boleh buat tempat buang sampah, boleh isi barang, boleh buat bekal.. banyaklah kegunaannya!

"Aku serious la.. hang boleh buat main plak." To'kie buat muka serius. Macam dia selalu buat depan anak murid. Ye lla kalau tak serius, boleh kena pijak kepala dengan anak murid sendiri woii.

Hariz memberhentikan langkah. Dia mengadap To'kie yang setengah meter dari jaraknya.

"Fire."

"Aku tau sebab apa hang lari semalam.. sebab mata tu kan?"

Hariz melepaskan keluhan. To'kie dah mula bukak hikayat dulu-dulu.. patut lari ke tak ni? Dia sebolehnya tak nak fikirkan apa pun pasal ni sekarang.

Tapi memang ya, memang pun disebabkan mata tu dia jalan laju-laju meninggalkan To'kie semalam. Apa taknya mata tu sebijik dengan mata Ezzaq, dan sekali gus mata tu mengingatnya pada arwah Hazirah..

To'kie melepaskan keluhan. See, I knew it!

"Hang sampai bila nak lari? nak marahkan budak tu.. for God's sake, it has been 10 years. 10 freakin years.. hang nak dok macam ni sampai bila. ALLAH dah tetapkan apa yang terbaik untuk umat-NYA.. dah ajal Hazirah stop sampai waktu tu, dan caranya macam tu.." To'kie dah bukak role jadi ustaz.

"Drop the subject. Aku nak pi kandang."

"Dah sampai masanya kelat muka kau tu di gantikan dengan honey.. biaq manis sikit, Riz oii."

"Drop it. Please." Suara Hariz dah tinggi. Matanya mencerun ke arah To'kie. Kenapa semua orang suka sangat ambik role jadi penasihat tak rasmi Iman Hariz ni? Tak bolehkah diorang biarkan aku yang atur hidup aku sendiri? And for God's sake, I am 29 years old.. already.

To'kie angkat tangan. Surrender. 

Hariz = A is A and never B, remember?

Kau cakaplah apa kat dia pun, dia akan stick dengan apa dia kata dari mula tu sampailah habih. To the end. Period. Fullstop. Noktah. Titik.

Hariz meninggalkan To'kie dan berjalan ke arah kandang kerbau yang terletak di hujung ladangnya ini.. dia paling tak suka bila orang bukak hikayat dulu-dulu ni. Dah penat dah dia dengar orang sana sini cakap, SUDAHlah tapi macam mana dia nak SUDAH kalau dia sendiri rasa yang dia TAK BERMULA pun lagi.

To'kie geleng kepala.

Hariz = ketegaq.

Ketegaq? Dia tiba-tiba teringatkan gadis semalam tu. Hani..

"Hariz! Woiiii.. hang tau dak budak perempuan semalam tu namanya Hani.. who knows, she could be the 'Honey' you're looking for..." To'kie menjerit dengan harapan Hariz mendengar..

Dan To'kie tahu Hariz mendengar apa yang dia katakan tadi bila Hariz memberhentikan langkah dan menunjukkan penumbuk ke arahnya.

To'kie cepat-cepat naik ke motornya bila dia melihat Hariz dah menukar laluannya dari ke kandang tadi  ke arahnya pula.. enjin motor pantas dihidupkan dan dia pantas merempit meninggalkan Hariz.. huii takut woo pak cik tu ada tali pinggang hitam dalam taekwondo kut!

Hariz tergelak.. tahu pulak takut hang noh To'kie.

....

Ezzah senyap-senyap masuk ke dapur, takut Opah sedar kehadirannya. Mana tak takut bila dah TERbangun lewat di rumah Opah ni.. tapi kalau ikut kan selalunya, ni kira awal la dia bangun ni. Pukul 9 pagi.. boleh masuk Hari Ini Dalam Sejarah kut.. Yella kalau kat rumah, jangan haraplah nak bangun awal macam ni. Tak ada maknanya.. tidur itu lagi penting. Ngeee.

"Baru bangun, Ezzah Hani?" suara Opah menyapa. Tak sempat pun Ezzah duduk di kerusi meja makan.

Ezzah tepuk dahi. Sia-sia plan.. ingatkan Opah duduk kat luar. Heee.

Ezzah pandang belakang.. mengadap opah sambil buat gesture tayang gigi. Tangan diangkat. Bendera putih!

"Sorry."

"Padan muka!" Ezzaq mencelah tiba-tiba.

Ezzah menunjukkan penumbuk ke arah Ezzaq yang sedang makan karipap di muka pintu.

"Yang si abang tu, awat dok tecegat makan kat situ.. awat rumah ni dah habih kerusi ka sampai dok buat perangai tak tentu arah makan berdiri ni."

Tudiaa, Opah dah bukak morning lecture dah..

HAHAHAHA. Serve you right, brader!

Ezzaq buat muka tader perasaan. Dia berjalan ke kerusi, kan nanti Opah sambung lecture sampai ke petang, susah.

"Ha yang dok buat muka tu apahal. Duduk, makan.."

Ezzah cepat-cepat duduk.. mee goreng disenduk ke dalam pinggan. Lapaq wooo pagi-pagi macam ni.. semalam mana sempat nak makan, dia tewas sebelum masanya. Tertidur sampai ke pagi ni.. heeee.

"Dhir mana?" Opah pelik. Selalunya di mana ada Ezzaq, di situ ada Dhir.. ni awat tiba-tiba Ezzaq saja yang  terpacak kat dapur pagi-pagi ni. Mana pulak perginya the other half tu?

"Sakit kepala katanya.. tadi dia muntah." Morning sickness, biasalah tu. Karipap di ambik lagi satu masuk ke mulut. Sedap la pulak karipap ni hari ni.. yummy. Sebelum sempat habis di mulut, tangannya rancak mengambil satu lagi.

Paaapppp.

Opah menjegilkan matanya. Cucu dia sorang ni selera apa? Makan tak berhenti!

"Auch awat?" kata Ezzaq bila Opah tiba-tiba memukul tangannya. Tangannya menggosokkan tangan sebelah yang dipukul Opah tadi..

"Sudah-sudah la tu makan. Pi tengok Dhir tu.. tolong yang mana patut.. picitkan kepala ke, urutkan kaki ke, apa-apalah.. Ni ada ka dia pulak elok makan kat sini.. kesian Hadhira tahu? Ish budak bertuah ni... ni karipap ni Opah buatkan untuk Dhir, dia yang nak makan semalam.. alih-alih kamu yang nak perabih kan.."

Ezzah pecah perut melihat muka semberut abangnya. Baru dia tahu langit tinggi ka rendah, dulu sikit punya eksyen kata Opah sayangkan dia sorang. HAHAHA.

"Nasib la abang.. Opah dah tak sayang abang dah."

Ezzaq menarik hujung rambut Ezzah yang diikat ekor kuda itu. Geram sungguh dengan adik seorang ni. Heeeee.

"Kak Dhir sayang abang pun dah cukup.."

"Uweeeeeeekkkkkk." sungguh la sejak kawen ni Abang dia seorang ni dah jadi mat bunga.. berbunga-bunga ayat dia. Meremang anak tekak!

"Sudah.. gaduh je kerja kamu berdua ni. Tak larat Opah dengaq tau dak! Ezzaq, nanti tak payah la kamu pergi rumah Mak Tom tu. Jaga ja Dhir kat rumah.."

"Ezzah, makan laju sikit.. sat gi siap. Teman Opah pi rumah Mak Tom.. pakai baju sopan-sopan. Baju kurung ka jubah ka. Tak mahu Opah tengok pakai baju style semalam.. gerun! Apa orang kata tengok pakai macam tu, serupa tak cukup kain ja.."

Ezzah tepuk dahi. Allaaaaa.. baru ja nak duduk main-main kat belakang rumah Opah hari ni. Kenduri? Nightmare.. Tak sukalah! Baju kurung? Ah, tu disaster namanya!!

Ezzaq ketawa berdekah-dekah. HAHAHAHA. Bukan dia tak tahu yang adiknya ni ialah manusia yang paling liat nak pergi kenduri.. punyalah seksa Mama dengan Papa kalau nak paksa dia ikut ke kenduri..

Sorry la adik sayang, bila puan besaq dah bagi command, I can do nothing.

But wait, Ezzah Hani in Baju Kurung? Di kampung? Sounds interesting,.

Sekali lagi Ezzaq ketawa.. muka cemberut Ezzah di hadapannya dia tak ambil peduli. HAHAHA.

..............

p/s: Yeaaah the girl. Finally. Adik Ezzaq sebenarnya.. ramai jugak yang teka tapi seorang je teka adik Ezzaq kan? Sweetstalker, memang terror ah! Hint tu kat mata kan? Saya letak tu sebab nak kunun-kununya tunjuk similarity adik beradek la.. Ezzaq kan ada smiling eyes, maka kiranya itu adalah gene in the family la. Heee..

Labels:


5 Surat Chenta ♥


Bencisayang 1
Posted on Sunday 11 September 2011
@ September 11, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


"Betul ni kamu tak nak pergi?" tanya Puan Awa kepada Hariz yang sedang duduk elok mengadap TV. Tangannya sibuk membetulkan brooch di tudungnya. Opah Cik ada buat kenduri doa selamat sikit.. dan dijemputnya mereka sekeluarga tapi yang masalahnya sekarang ni ialah si anak terunanya yang degil ni.. berdendam tak pernah habis.

"Betul ni?" tanyanya lagi.

Hariz menggelengkan kepala, tangannya rancak menukar channel di TV.  Dari TV1 ke TV2 ke TV3 dan seterusnya sampailah ibu stop tanya soalan luar skema jawapan tu. Dah terang lagi bersuluh yang Iman Hariz Ahmad Danial ni tak akan sekali-kali ke rumah hujung kampung itu. Tak akan. Tak kehingin pun dia nak jejak kaki ke rumah yang dia dah blacklist 10 tahun lepas tu.

Haikal menggelengkan kepala. Tak faham dengan perangai abang sendiri. Dia sendiri tak tahu kenapa abang dia ni tak suka sangat dengan keluarga Opah Cik.. dia tengok Opah tu sikit punya baik. Kadang-kadang tu, rajin jugak dia menayang muka di rumah Opah, alasannya dapat makanan free. HAHAHA. Opah ni memang terror la bab-bab memasak. Terkenal, champion seluruh kampung.. semua makanan Opah pandai masakkan. Ibu sendiri cakap, dia salute dengan Opah bila bab-bab makanan ni. Surrender. *angkat tangan* tapi entah mana silap Opah, Hariz tak pernah suka bila bab keluarga Opah masuk dalam perbualan mereka sekeluarga.

"Dah la ibu.. macam cakap dengan batu je bila cakap dengan abang ni. Jom ibu.. biar Carl je yang bawak ibu pergi." kata Haikal. Tangannya mengambil kunci motosikal di tempat gantung kunci itu lalu bergerak ke muka pintu.. tak kuasa nak melayan perangai-ntah-apa-apa Hariz ni.

Puan Awa menggelengkan kepala. Keras sungguh hati Hariz ni.

"Ibu dah buatkan kari kepala ikan.. nanti panaskan sendiri."

Hariz mengangguk. Remote ditekan-tekan lagi.. main tukar-tukar channel pun best apa. Sebenarnya tak da rancangan menarik pun di TV, ini semuanya kunun-kunun nak mengaburi mata ibu la. Kalau dia duduk berhadapan dengan ibu, pandang dalam-dalam mata ibu tu, sah-sah hati yang keras ni boleh jadi lembut jugak..

"Ibu pergi dulu."

Pintu rumah ditutup dan tak lama kemudian dia mendengar bunyi deruman enjin... dan hilang selepas beberapa ketika.

"Maafkan Hariz, ibu."

....

"Hariz mana? Tak nampak pun? Tak datang?" tanya Opah kepada Puan Awa yang sedang membantunya mengangkat pinggan-pinggan kotor ke sinki. Dari tadi dia cuba mencari bayang anak lelaki sulung Awa itu tapi harapan la.. tak pernah nampak batang hidung. Tapi lain pulak kalau kenduri di rumah orang lain, rajin je anak muda itu menolong.

Puan Awa buat gesture tayang gigi. Senyum plastik.. malu dengan sikap anak sendiri.

"Bukan dia cuti ke sekarang ni?" tanya Opah lagi., baru semalam dia dengar dari Mail yang Hariz yang bekerja sebagai Jurutera Perkapalan itu dah balik ke kampung sejak seminggu yang lalu..

"Dia marah lagi ye Awa?" tembak Opah. Kisah sepuluh tahun datang membuka kotak ingatan kembali.. muka Hariz memarahi Ezzaq yang ketika itu baru saja sedar dari koma bermain kembali. Marah lagi dia ya.. desis hati Opah.

"Hariz.. Irah mana?" soalan itu yang keluar dari mulut Ezzaq bila dia sedar 10 tahun lepas. Opah memeluk cucunya itu.. dia tak tahu apa yang dia nak lakukan masa tu. Sedihnya bertimpa-timpa.. 

"She's gone.. sebab kau. Lepas ni hubungan kita putus.. sampai bila-bila." 

Itulah kata-kata terakhir daripada Hariz.. dan siapa sangka yang Hariz benar-benar maksudkan apa yang dia katakan 10 tahun dahulu. Sampai bila-bila...

"Kan Awa?"

Puan Awa senyum plastik lagi. Nak berdalih, tak mungkin. Dah terang-terang Hariz tunjukkan.. dan mengiyakan pulak, dia tak boleh menipu wanita yang jauh lebih berpengalaman daripadanya ni.

"Cik mintak maaf sangat kat hampa sekeluarga. Pasal Ezzaq, Hazirah meninggal dalam accident tu." kata Opah. Sungguh kalau dia ada kuasa, dia sendiri boleh gantikan tempat Hazirah malam tu tapi itu semuanya ketentuan-Nya. Dia yang lemah ni tak mampu nak menghalang takdir..

"Cik, Ezzaq ka, Hariz ka tak bersalah.. tak ada sapa pon yang bersalah. Itu semuanya Qada' dan Qadar, kita ni yang kena kuat tapi Cik, Awa sendiri dah banyak kali nasihatkan Hariz tapi satu hapa pun dia tak nak dengar. Dia butakan hati dia Cik.. Cik tunggulah.. insyaALLAH nanti dia bukak hati. Doakan dia ya Cik.."

Opah mengangguk. Dia sayangkan Hariz macam dia sayangkan Ezzaq... dan bila melihat kedua-duanya yang dulu rapat kini berpaling bila berjumpa, dia jadi sedih.

"Sama-samalah kita ya Awa.." kata Opah. Air mata disekanya.. sedih bila cerita lama dibuka kembali.

Puan Awa mengangguk. Dah lama dia berdoa kepada Dia supaya melembutkan hati Hariz dan dia tak akan berhenti berdoa. Tak akan. Never.

Kedua wanita itu tenggelam dalam dunia masing-masing. Sama-sama kesal dengan apa yang berlaku dulu..

"Opah, Acik Ros dah nak balik dah.." suara lelaki datang menghampiri mereka. Cepat-cepat Opah menyeka air mata yang dah gugur tadi..

Ezzaq datang dengan senyumannya (macam selalu). Hatinya berdetak, kenapa Opah macam baru saja menangis? Dia memandang wanita di sebelah Opah yang memakai tudung bewarna biru muda itu..

"Mak Cik Awa.." kata Ezzaq. Dah lama dia tak berjumpa dengan perempuan itu. Masih cantik, macam selalu. Desis hati Ezzaq.

"Ezzaq." Puan Awa mengangguk.

Ezzaq telan air liur. Awkward. Kalau dulu dia akan petah berbicara dengan Mak Cik Awa sekarang dia jadi janggal. Rasa bersalah pada seluruh keluarga itu menyesakkan dada. Bersalah pada Mak Cik Awa, pada kak Hanisah.. dan pada Hariz lagi la bertimpal-timpal rasa bersalahnya.

“Bawak motor jangan laju-laju sangat.. kau ni bawak macam pelesit tahu?!” kata Hariz. 

“Macam la lu tak besa dengan gue.” kata Ezzaq.

Ezzaq ingat lagi kata-katanya pada Hariz petang sebelum peristiwa itu. YA ALLAH. Dia meraup wajah. Kepercayaan yang Hariz sandarkan padanya itu dia hilangkan dalam sekelip mata. Dia bukan saja matikan kepercayaan Hariz kepadanya, dia juga dah menyebabkan kematian adik kesayangan Hariz.. dan jugak anak perempuan di hadapannya ini..

"Opah cakap orang rumah Ezzaq dah berisi. Tahniah." kata-kata Puan Awa itu menganggu lamunan Ezzaq.

Ezzaq mengangguk.

"Hariz je la tak ke mana-mana. Macam tu je dia.." kata Puan Awa bila melihat Ezzaq berdiam diri.. bukan saja Hariz yang berubah, kiranya Ezzaq pun sama. Diam.. kalau dulu ada saja petahnya bercakap.

"Hariz macam mana mak cik?" akhirnya soalan sekian lama dalam fikirannya terkeluar juga. Itupun setelah Mak Cik Awa menyebut nama 'Hariz' dalam perbualan mereka.

"Dia okay. Sihat Alhamdulilah.. tapi workaholic sangat. Fikir kerja saja.. atas kapal tak pa la jugak nak fikir kerja, ni bila dah turun darat pun dia pikir pasal kerja jugak." kata Puan Awa. Itulah anak lelaki dia, tak betah duduk kalau tak buat kerja. Apa taknya turun saja Hariz dari kapal, terus dia akan bertanyakan pasal bisnes yang dia lakukan dengan To'kie sekarang ni..

"Biasalah tu mak cik. Lelaki kena cari duit lebih, nak jaga anak bini."

"Tapi kawinnya tidak. Ezzaq yang muda dari dia ni dah nak masuk sorang anak..dia entah bila. Hidup atas kapal je kan.. mana nak jumpa perempuan."

Ezzaq tersenyum. Macam biasa, dah selalu dia dengar ayat rasmi emak-emak bila anak masih belum kahwin bila dah menjangkau umur-patut-kawen ni. Seriously, dah selalu dengar bila mama dok bising kat Along sebab tak kawen-kawen sampai sekarang. Dia yang dengar ni pun kadang-kadang tu dah naik kesian dengan Along.. bukan salah diorang (dan Along juga) bila tak kawen-kawen ni tapi nak buat macam mana kalau jodoh tu tak sampai lagi. Kan?

"Kalau dah ada jodoh nanti, kahwin la dia mak cik. Ajal dan jodoh ni semuanya ketentuan Allah." dia berhenti sekejap (menelan air liur) bila perkataan 'ajal' itu keluar dari mulutnya. Awkward. 

Puan Awa mengangguk. Betul kata Ezzaq, ajal maut dan jodoh itu semuanya di tangan Dia. Tugas manusia ni ialah berdoa kepada-Nya supaya Allah sampaikan apa yang terbaik untuk mereka.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.. dan mungkin kematian Hazirah itu terbaik buat mereka. Who knows? Untuk menguji kekuatan iman di dada mereka, mungkin?

....

"Woii bawak kereta tu leklok sikit.. ni asyik dok pandang anak dara Che Temah buat apa. Pandang depan la.  Hishh sakit hati aku tengok perangai miang hang ni.. ingat la tunang hang sikit, malang sungguh Fiza dapat hang," straight Hariz terus fire To'kie yang bawak kereta pada jasadnya tapi mata tu menggatal tempat lain. Ingat aku tak nampak la sikit punya menjeling tengok Saripah, anak dara Che Temah yang bongsu tu. Penyakit gatal dia ni dari sekolah dulu tak pernah baik.. aiiyyy.

"Hang cool la sikit.. bagilah aku cuci mata sikit. Takkan nak tengok Fiza ja hari-hari.. sekali-sekala mau jugak aku tukaq selera. Fiza setia dalam hati aku, tadak aih cari lain.. hang jangan dok risau.. yang hang dok berleter ni apa hal? Bukannya Fiza tu adik hang pon.." kata To'kie.

"Sayang? Setia dalam hati?" KAHKAHKAH. Hariz tergelak. Tak faham sungguh. Apa yang setia? Apa yang sayang?

"Hang ni.. hati dah keras hang tau dak. Aku kena bawak hang pi satu tempat ni.. biaq bagi lembut balik hati hang yang dah kena lapih concrete grade A tu.. aku rasa bukan setakat selapih ja hati hang tu kena concrete, dah berlapih-lapih.. Tebai, sampai susah nak tebus masuk dalam."

"Hang tok sah dok merepek, concrete grade A ka, grade B ka. aku tak heran. Hang buat main ja tau, pandangan tak jaga. Habaq mak hang baru tau."

To'kie sengih tayang gigi. Hariz tak akan pernah kalah. Kalau A dia cakap, A lah benda tu. Kalau dia cakap 1+1=11, 11 la jawapannya.. walaupun sebenarnya jawapan yang betul tu ada 2, Hariz akan pusing-pusing biaq bagi jawapan dia 11 jugak. Itu Hariz.

"Nanti hang kalau dah ada tukang hebat yang boleh robohkan konkrit hati hang tu baru hang tau pasal hati, sayang, setia. Sekarang hang boleh gelak KAHKAHKAH la tapi nanti bila Tuhan tunjukkan, biaq aku plak gelak kat hang. KAHKAHKAHKAH. Karma happens ya know." kata To'kie. Apa? Ingat aku yang dok Malaysia 24/7 ni tak reti speaking ka? Dunia dah maju..

Sebelum sempat Hariz menjawap, lagu Zivilia - Aishiteru bermain. To'kie cepat-cepat mengambil handphonenya dari kocek seluar.

"Assalamualaikum sayaaang.. sayang dah makan??... rindu? mestilah rindu.. awat tak rindu pulak.."

Hariz menggelengkan kepala. Kalau inilah ertinya berkasih sayang.. tak kehingin aku. Baik aku layan kerbau yang aku jaga tu lagi baik..

Yang To'kie ni pun satu, tak menyempat-nyempat, bukannya jauh lagi pun rumah dia.. tapi nak berkasih sayang dalam kereta pulak. Dah la dia driver.. kan nanti kalau ada apa-apa kat depan tu. Macam mana nak fokus? Kepala dok berkasih sayang.. jalan kat depan ni, sapa nak jaga, nak fokus? Tahulah ini kampung, tapi ingat dalam kampung tak dak accident ka. Ada ja, hari tu Qushairi, cucu ketua kampung accident dengan lori sayur Ah Sam.. nasib baik patah kaki ja, kalau macam kes Hazirah macam mana? Siapa mau tanggung? Desis hati Hariz.. geram sungguh bila tengok orang yang memandu sambil lewa ni. Ingat orang buat peraturan jalan raya tu simply suka-suka ja ka gubal peraturan kalau tak untuk kebaikan manusia sejagat?

Dan entah macam mana, masin sungguh mulut Hariz petang tu.. dalam jarak kurang dua meter dari kereta mereka, ada sebuah lagi kereta Swift putih yang sedang keluar dari simpang. Hariz memandang To'kie yang tengah berkasih sayang di sebelahnya.. lepas ke kereta ni?

"Aku rasa kan..." sebelum sempat Hariz sambung ayatnya..

Sebelum sempat To'kie pandang Hariz..

Sebelum sempat To'kie respon..

Kedebaaaammmm!

Astagfirullah 'alazim. Istighfar Hariz..

Dia pandang To'kie yang dah lepas handphone masuk ke kocek. Perkataan 'damn' keluar dari bibir lelaki yang memakai kaca mata itu. Mana taknya kereta Persona tu baru saja dia beli dua bulan yang lepas.. bayar pun tak habis lagi.

To'kie melepaskan geramnya ke stereng kereta. Hariz lega.. at  least kawannya ni selamat.

Dia pandang ke arah pemandu kereta Swift tu. Kurang jelas, kerana cermin di-tinted-kan tapi patutnya sihat walafiat.. langgar side je kut.

To'kie dah keluar dari kereta.. Hariz pun turut sama keluar. Kut-kut nanti kalau nak bergaduh, To'kie tak berseorangan..

Tak lama selepas tu keluar seorang gadis berkaca mata hitam dari kereta Swift putih itu. Gadis kota, desis hati Hariz melihatkan susut tubuh tinggi yang memakai dress sampai lutut bewarna putih bercorak floral hues orange.. hairband di rambutnya yang separas leher nampak cantik dengan gayanya.. Sah bukan budak kampung ni. Mana ada budak kampung dia yang free hair macam ni? Kalau ada pun, di bandar yang on-off tapi mana mungkin berani balik ke kampung pakai macam ni? Nak kena ligan satu kampung, cubalah..

"Sorry.. I'm sorry.." kata gadis itu.

Hariz mendiamkan diri. Biar To'kie yang handle..

Dia memandang gadis di hadapannya.. macam pernah tengok. Tapi seumur hidupnya, tak pernah dia berkawan dengan perempuan macam nie.. dan sesungguhnya Hariz jarang masuk dengan kawan perempuan sebenarnya.. dia memandang lagi gadis dihadapannya ini.. di mana ya?

To'kie tersengih tayang gigi.. ulat bulu dah naik miang. Tak boleh jumpa perempuan sikit.. terus naik gatal. Patutnya aku bawak dia pergi farmasi cari ubat ni..

Gadis di hadapannya tersenyum.. entah apa yang To'kie katakan dia tak ambil peduli. Matanya memadang lagi gadis itu.. siapa ya?

Dan saat gadis itu membuka kaca mata hitamnya, darah Hariz tersirap.

Mata tu..

Ma.. ta.. tu..

Fikirannya mencerna satu nama.. yang dia tak mungkin lupa sampai bila-bila..

"Aku balik dulu." hanya itu yang mampu Hariz katakan dan selepas habis saja ayatnya Hariz terus berjalan meninggalkan tempat kejadian itu.. tidak pedulikan pekikan To'kie yang memanggilnya dari belakang.

..............................

p/s: korang faham kut kan loghat utara atas tu?

p/s: quiz hari ni.. who's the gadis? Hehehe. =D Have fun reading.

Labels:


7 Surat Chenta ♥


Bencisayang (Prolog)
Posted on Friday 9 September 2011
@ September 09, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Tongkat motor diturunkan ke bawah, helmet di kepala dicabut keluar. Kedua kakinya ni dah rasa boleh terkulai layu bila-bila masa saja tapi dipaksakan jugak diri bergerak mengikut signage Rumah Mayat di Hospital Besar Alor Setar itu. Telefon dari ibu tadi menyayat hatinya.. hampir terjatuh dari bangku dia yang tengah elok minum kopi di Warung Che' Mat dengan Apis dan To'kie. Rasanya masa tu macam dah lumpuh satu badan, lembik.. lemah.. nasib baiklah Apis sempat menahannya dari jatuh. Kalau tak boleh haru biru Warung Che' Mat..

Dia mengikut saja signage bilik mayat itu.. Bilik mayat? Dia telan air liur. Seumur hidupnya tak pernah langsung dia terfikir yang dia akan masuk sini. Tak pernah, sekali pun.. lagilah nak terfikir nak ke sini melihat/menuntut jenazah orang yang disayangi. Sumpah tak pernah.. dan dia sendiri tak ingin pun.. tapi.. siapalah dia kalau nak dibandingkan dengan Esa itu. Qada' dan Qadar itu ditangan-Nya. Kita merancang, Dia yang menentukan.

Tangannya digenggam erat. Dia mahukan kekuatan, kekuatan untuk menerima berita buruk yang bakal disampaikan oleh pihak hospital/ pihak polis nanti. Kekuatan untuk melihat sekujur tubuh terkulai layu di dalam bilik menyayat hati itu..

Sampai saja di hadapan bilik mayat itu, dia nampak ibu yang sedang menangis di bahu kak Hanisah, Opah Cik yang dah jatuh terduduk di tepi bangku ibu, Pak Mail yang berwajah suram dan Haikal yang terpinga-pinga. Mungkin adiknya yang bongsu itu masih tak faham situasi yang terjadi..

“Hariz?” kata Pak Mail yang entah bila datang menghampiri. Mungkin melihat Hariz yang terdiam, tak bergerak di situ menyebabkan dia yang datang kepada Hariz.

“Mana Ir.. dia?” Hariz menelan air liur. Pahit. Ya Allah, kau berikan hamba-Mu ini kekuatan.

Pak Mail menunjukkan tangannya ke dalam bilik itu.

“Hariz masuklah. Depa habaq kita dah boleh bawak balik jenazah,” kata Pak Mail. Kesian sungguh dia melihat Hariz yang dah macam hilang separuh nyawanya itu. Kusut sungguh muka anak muda yang berusia 19 tahun ni. Kalau selalu, muka itu akan penuh dengan kemanisan, senyuman tapi malam ni raut wajahnya penuh dengan kesayuan.. kesakitan..

Perlahan-perlahan kakinya mengorak langkah menuju ke dalam bilik itu.. Petugas yang menjaga ketika itu membawanya ke satu tempat.. pintu di buka dan tubuh Hazirah terkulai layu..

Ya ALLAH! Hariz menutup mata.. tak sanggup melihat adik kesayangannya terkulai macam tu. Mana muka comelnya? Mana senyuman yang selalu ada di bibir itu? Mana mata yang glowing setiap kali berbicara tu? Mana?!

“Abang sayang Irah tak?” Hazirah bertanya ketika mereka mandi-manda di sungai hujung kampong petang tadi.

“Tak kehingin.. comot macam ni, tak akan adanya orang nak sayang.” Hariz menjelirkan lidah.. mana mungkin dia tak sayangkan adik dia yang comel ni. Sayang sangat-sangat.. tambah lagi dengan sikap manjanya itu. Bertambah-tambah sayangnya..

Hazirah menjelirkan lidah.

“Tak pa.. Ezzaq sayang Irah. Kan Ezzaq kan?” kata Hazirah sambil menunjukkan muka eksyennya.. Ezzaq mengangkat tangan, surrender, dia tak nak main dalam permainan ‘sayang-menyayang’ antara adik beradik ni.

“Eh ya ALLAH. Abang lupa ibu suruh ambikkan baju dekat rumah Cik Ngah. Lupa sungguh.. boleh pulak ikut hampa dua orang ni. Mampus la ibu bising nanti..” kata Hariz. Dia betul-betul terlupa.

“Salahkan kami plak.. padahal dia yang salah. Alla Irah tak habis makan lagi ni?” Hazirah menunjukkan nasi lemak yang dibekalkan oleh Opah.

“Ezzaq kau bawak Irah balik eh. Aku nak chow dulu..” kata Hariz.

Ezzaq mengangguk.

“Bawak motor jangan laju-laju sangat.. kau ni bawak macam pelesit tahu?!” kata Hariz. Betul la Ezzaq ni bawak motor macam jalan raya tu dia yang punya.

“Macam la lu tak besa dengan gue.” kata Ezzaq.

“Alla rilex aa abang. Selalu dia bawak selamat je..” kata Hazirah. Ezzaq buat gesture tayang gigi dia. Bangga la tu Irah support, Hariz geleng kepala.. tak faham sungguh dengan kawan baik berdua tu..

‘Selalu selamat je dia bawak..”

‘Selalu selamat je dia bawak..”

‘Selalu..’

Arghhhhhhhh. Hariz memukul dinding di sebelah kanannya. Air mata yang ditahan tadi terjatuh juga. Katalah dia tak macho, lemah, lembut, apa pun dia tak kisah.. dia hanya mahukan Hazirah kembali dalam hidup mereka sekeluarga..

“Abang, Irah sayaaaaang abang!” Imej Hazirah yang sedang tersenyum ketika mereka duduk di atas para di hadapan rumah bermain kembali di layar mindanya. 

Ayat itu terus bermain difikirannya.. macam kaset lama yang dah rosak.

"Abang, Irah sayaaaaang abang!" 

"Abang, Irah sayaaaaang abang!"

“IRAHHHH.” jerit Hariz. Dia terus terbangun.. imej Irah yang sedang tersenyum itu terus hilang dan digantikan dengan imej biliknya yang diterangi lampu yang sememangnya di pasang oleh Hariz pada setiap malam. Tak betah dia tidur dengan lampu yang tertutup..

Nafas yang tadi tercungap-cungap dah mula sekata.. Astagfirullahal'azim.. mimpi lagi.

Dia memandang jam di dinding. Pukul 4 pagi..

Comforter ditarik ke tepi.. Hariz berjalan ke pintu bilik. Dia mahu ke tandas.. berpeluh satu badan.

....

"Ya ALLAH, Hariz!" hampir terloncat Puan Awa bila melihat Hariz yang duduk di meja makan sorang-sorang di dapur rumah mereka. Dalam keadaan gelap gelita pulak tu.. nasiblah jantung ni dalam keadaan sihat walafiat, kalau jenis yang ada penyakit jantung, alamatnya say bye-bye la dia hari ni.

Hariz tak bergerak walaupun seinci..

Puan Awa menggelengkan kepala melihat Hariz yang seakan-akan hilang dalam lamunan tu.. tangannya menekan suis lampu.

Taaappp.

Seluruh dapur rumah separa kayu, separa batu itu terang dengan cahaya lampu. Hariz yang tadinya tak perasan ibunya terus kembali ke alam realiti..

"Ibu.." kata Hariz lemah.. kantoi layan perasaan.

Puan Awa mengambil segelas air masak dan dibawa kepada Hariz.

"Mimpi lagi?" tanya Puan Awa lalu duduk di hadapan Hariz.

Hariz mengangguk. Mana mungkin dia boleh menipu dengan ibu yang melahirkan dan membesarkannya selama 29 tahun ini?

Puan Awa menggelengkan kepala. Kasihan Hariz.. Sejak Hazirah meninggal dunia akibat kemalangan, sejak itulah tidur Hariz tak pernahnya aman, tak pernahnya tenang.. dia yang ibu ni tak mampu nak berbuat apa.

"Sudah la Hariz.. lupakan pasal Irah. Dah bertahun dah arwah pergi.." nasihat Puan Awa. Dia tahu yang anaknya ini masih berdendam dengan Ezzaq disebabkan peristiwa hitam itu..

"Hariz tak boleh lupa ibu.. Tak mungkin."

"Sampai bila Hariz?"

"Sampai Hariz boleh lupa keadaan Irah malam tu, ibu. Dia yang buat Irah macam ni. Sebab dia la Irah mati ibu.. Irah baru 15 tahun ibu masa tu.." rintih Hariz. Imej Irah yang ditunjukkan petugas hospital malam tu kembali menghantuinya..

"Hariz.." lemah Puan Awa bersuara. Apa yang Hariz tengah buat sekarang ni akan memakan dirinya pada suatu hari nanti..

"Ibu, please. Jangan.. Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!" kata Hariz. Dia nekad. Itu janji dia pada Hazirah.

.....................

p.s: Noticed something? Yeapp, it is our inche smiling eyes. Watak Hariz dah lama muncul dalam Si Hoodies Pink (and supposedly saya nak buat dia watak jahat dulu) tapi tak jadi.. :D

p.p.s: Bencisayang? Hhahah. Macam biasa, selalu fail buat tajuk.. Clueless gila.. Ahhh how's the title? Like it? No? Ada cadangan?

Labels:


8 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink (Edisi Wrap Up: Part ii)
Posted on Tuesday 6 September 2011
@ September 06, 2011 by Ednin Kesukma Dewi



"Berseri muka Jo kan?" tanya Hadhira kepada Ezzaq yang duduk disebelahnya itu. Ezzaq mengangkat kepala dari Blackberrynya dan menghalakan ke arah Jo dengan Ajip yang dikelilingi wartawan-wartawan yang sedang membuat liputan pasal Ajip itu.

"Kena la berseri-seri, masuk paper kut nanti." Ezzaq tersenyum. Kedua-dua muka Ajip dengan Jo sama-sama gembira. Dia yang tengok dari jauh pun turut sama gembira.

"Ada ka macam tu." 

"Ye ye, I know, satu sebab je muka Jo boleh sparkling macam tu. Ajip is the reason kan?"

"Tahu pun. I'm happy for her."

"I told ya, Ajip punya surviving skill memang tahap hebat punya.." Ezzaq memandang Ajip yang sedang menjawab soalan-soalan dari wakil media. Memang famous la Ajip lepas ni.

"Kalau saya yang ditempat Ajip, and awak di tempat Jo.. sah-sah kita famous macam ni kan?" gurau Ezzaq.

Hadhira pandang ke arah Ezzaq. Tangannya automatik mengetam Ezzaq, mulut dia ni tak ada insurans langsung. Ada ke doa yang bukan-bukan. Orang sikit punya takut walapun hanya bayangkan saja.. tapi dia boleh main kalau-kalau pulak. Ish.

"Tak boleh." kata Hadhira.

"Cemburu la tu kan? Nanti bila saya popular, ramai perempuan-perempuan ikut saya.... hurm, handsome kan hubby awak ni?" tanya Ezzaq. 

"Handsome? Brad Pitt berpuluh puluh puluh kali lagi handsome.. tapi kan.. dia tak ada smiling eyes macam awak."

"Smiling eyes?"

"Yeapp you're my inche smiling eyes." kata Hadhira sambil tersenyum. Nak juga mata smiling eyes macam tu.

"So the last few weeks yang awak cakap tu, inche smiling eyes tu sayalah?"

Hadhira angguk. Apa kes? Ada orang lain lagi ke yang smiling eyes kat dunia dia ni kalau tak bukan Ezzaq seorang. 

"But why my eyes? it's not my best feature.." amboi Ezzaq. Not best feature kunun..

"I dont know.. your eyes,, when you smile, mata awak pon turut sama smiling.. ya know.. macam sparkling.. shining... and..." kata Hadhira. Macam first time dia nampak Ezzaq tersenyum masa diorang duduk belakang koridor dulu tu, sparkling. Nak sedih pun rasa tak sedih..

Ezzaq tersenyum.. "..lighting up your world?" sambung Ezzaq sebelum sempat Hadhira habiskan ayatnya.

"Tu pick-up line ke apa tu?" gurau Ezzaq.

Hadhira membulatkan mata. Sampai hati! Orang cakap betul-betul, dia kata pick-up line..

"But it's the sweetest thing.. dear, you ni memang la hopeless romantic."

Hadhira membulatkan matanya lagi. Ada hati lagi nak kenakan orang. "Sue me, then." jawabnya. Biarlah orang nak hopeless romantic ka apa ka, dah memang betul.. saya ni hopelessly in love. Dengan awak juga, bukan dengan orang lain..

"Main-main je la tapi I'm pretty like it.. tak pernah lagi ada orang bagi lines macam tu kat saya.. but.. hurmm.. dear, I have a confession to make."

"Hurmmm.." malas nak layan. Mesti nak sakat lagi tu.. Kalau bukan mahu sakat orang tu bukan Ezzaq la namanya..

"About your blog post tu, saya dah baca. Actually, masa awak post tu, terus saya baca.."

Hadhira membulatkan mata. Like seriously, he did what?!

"And you said nothing.." kata Hadhira.

"I need a real thing. Real confession.. things in blog macam it can be directed to someone else. Not me. It could be anyone else,.."

"There is no one else." perkataan NO ONE tu dia tekankan..

"I know.. but for me, in things we called love we need both, the words and the actions. It works perfectly together. Of course, awak dah try tunjukkan. Awak masak untuk saya, iron my shirt, tieing my ties, everything tapi when you said nothing that you love me, you kept me in the dark. Macam.. hurm.. saya ni tertanya-tanya.. whether she likes me, or not."

"You should have told me, things could be easier." kata Hadhira. 

"Saja.. I enjoyed teasing you. Gelabah jugak kan, suruh main internet semua. It's funny."

"Yeahh you love that kinda things." kata Hadhira. Matanya dijulingkan. Ezzaq memang tahu nak sakat orang.

"Of course.." kata Ezzaq sambil tersenyum dengan smiling eyes dia tu. Sungguh la, jantung ni dah berdengup lagi hebat dari biasa. ;)

Mereka berdua sama-sama memandang di antara satu sama lain. Kalau anak mata boleh tukar bentuk, sah-sah dah keluar jadi bentuk hati dari bentuk bulat. Heee. Love is in the air, whatdaya expect?

"Dhir.." belum sempat Hadhira menjawab suara Jo dah sambung dahulu.

Hadhira terus bangun ke arah Jo dan Ajip yang sedang mendekati mereka.. wartawan-wartawan tadi dah hilang entah ke mana. Punyalah syok bersembang dengan Ezzaq tadi sampaikan tak sedar yang Jo dengan Ajip dah habis ditemuramah.

Ezzaq dah bersalaman dan memeluk Ajip. 

"Thank you, Dhir, Ezzaq sebab jaga Jo." kata Ajip.

"No big deal la. Jo bukannya budak kecik.." kata Hadhira. Memang betul pun Jo bukan budak kecik yang kena suapkan makan, mandikan, tidurkan semua.. dia hanya temankan saja. Bukannya kerja susah pun.

Ajip tersenyum. Gembira rasanya boleh balik rumah sendiri, jumpa isteri yang dia sayang sangat-sangat ni. 

"Kau macam mana, Ajip?" tanya Ezzaq bila Hadhira dan Jo dah bergerak ke arah ahli keluarga lain yang sedang menunggu tak jauh dari tempat mereka.

"Aku okay, tuan doktor. Kau ni macam mana? Happy je aku tengok dari tadi. Dah baik?"

"Of course.. tengok kaki la bro.. but I should thanks to both of you, suami isteri.. big thanks to your wife sebab pandai psiko dia."

"Jo? Dia memang, kadang-kadang aku pun kena psiko."

"Thanks."

"No thanks.."

"And sorry in friendship, kan? Trademark kau tu ubah la wei.." sambung Ajip. Ezzaq ni jenis yang cukup susah nak terima perkataan 'Terima Kasih' dari orang..

"Tak boleh. Dah sebati dengan jiwa aku kut.. eh jom. Kita nak kena balik ni, kau punya in-laws dah tunggu baik punya kat rumah. Jom." kata Ezzaq sambil berjalan ke arah kelompok manusia di sebelah mereka.

Tangan Hadhira dicapainya.. dan sama-sama mereka berjalan ke tempat parking.

"Alhamdulilah.." kata Hadhira. Dia suka tengok pemandangan Ajip dan Jo yang sedang berjalan di hadapan mereka, berpimpinan tangan. Syukur Alhamdulilah..

"Dear, nak request something boleh?" tanya Ezzaq tiba-tiba. Tangannya menggenggam erat tangan Hadhira..

Hadhira memberhentikan langkah. Matanya memandang Ezzaq yang turut sama berhenti. Nak request apa? Ingat dia DJ ke boleh request request lagu?

"So kita punya pre-marriage agreement tu dah tamat la kan? Sekarang ni dah masuk fasa post-marriage kan?.. early marriage = honeymoon. So.. saya nak demand honeymoon baby boleh?" kata Ezzaq. Matanya dikelip-kelipkan sikit.. kasi tambah efek comel. HAHAHA.

Hadhira membulatkan mata. Amboi...

"Come on, Ajip dengan Jo is one step ahead of us. Mana boleh kalah dengan Ajip.." kelip-kelip mata lagi. 

Hadhira membulatkan mata lagi. Ada ke? Malunyaaaa.

Terus dia jalan meninggalkan Ezzaq. Tak kuasa nak layan penyakit suka menyakat pak cik ni..

Ezzaq tersenyum. Hahaha. Muka blushing gila.. pink!

Cepat-cepat Ezzaq berlari anak mengejar Hadhira yang dah laju semacam berjalan di hadapannya. Malu la tu.. Sampai saja di sisi si hoodies pink tu, Ezzaq terus memeluk bahu isterinya.. I like it to be this way. 

"I've got another confession.."

Hadhira berpaling. Confession lagi? Ya ALLAH, Ezzaq berapa banyak awak nak confess ni. Matanya memandang anak mata Ezzaq yang dah tersenyum.. mata smiling eyes tu. Ish, memang boleh mencairkan saya yang dah tercair-cair ni.

"I love you." bisik Ezzaq di telinga Hadhira. 

Hadhira tersenyum. Mahu runtuh jantung ni bila dengar.. dup dap dup dap. Dengupan jantung saya ni memang untuk awak seorang saja, Ezzaq.

....

Enam bulan kemudian...

"Ezzaq, bangunlah!" jerit Hadhira. Geram sungguh tengok Ezzaq yang buat-buat tak dengar.. dari tadi dia cuba kejutkan pak cik ni seorang tapi hampehhh tak bangun-bangun sebaliknya lagi kejap dia tarik selimut.

"Awak..." suara Hadhira dah perlahan. Merajuk.

"Sampai hati.." ingat Jo je pandai psiko. Hadhira pun pandai jugak. Telekung yang dipakainya dibuang dari kepala dan dilipatnya.

Ezzaq yang tadi masih mengantuk tu terus terjaga. Tak sampai hati mendengar suara si isteri yang dah lemah semacam tu. Tangan mencapai Blackberry di bawah bantal, baru pukul 5.45 pagi. Awal lagi ni. Subuh pun baru masuk.. ya Allah apa pulak si hoodies pink nak pagi-pagi ni. Mengidam apa-apa ke? Tapi selama tiga bulan Hadhira mengandung ni jarang sekali dia nak yang bukan-bukan. Mengidam pon macam tak mengidam. Kalau dapat, dia gembira.. kalau tak dapat pun, dia survived. Senang je jaga..

"Kenapa ni? Nak makan apa-apa ke?" tanya Ezzaq. Dia dah bangun.. Hadhira yang duduk di birai katilnya hanya mendiam.. dah merajuk la tu.

"Kenapa ni yang?" tangannya dah mencapai tangan Hadhira.

"Cepatlah siap. Pergi basuh muka.. solat subuh.. kita keluar."

"Keluar pergi mana?"

Hadhira dah menjeling. Ezzaq menunjukkan isyarat okay-saya-diam. Kang nanti kalau dok sibuk tanya, boleh panjang lagi rajuknnya.. lagipun Opah kata kalau isteri mengandung kena layan baik-baik, emosi dia tu kadang-kadang macam roller-coster.

Mereka sekarang tengah berhoneymoon di Kedah, di rumah Opah. Kunun-kununnya la honeymoon. Hari tu bila Ezzaq bertanyakan pada Hadhira ke mana dia mahu pergi bercuti.. terus-terus Hadhira menjawab mahu ke balik kampung bercuti. Maka seminggu mereka di Langkawi, di kampung Hadhira dan seminggu sekarang di kampung Opah. Memang pelik sungguh Hadhira ni.. kalau dulu masa mula-mula kahwin, diorang 'honeymoon' cat rumah mereka, sekarang 'honeymoon' duduk rumah Opah.. tapi Alhamdulilah.. Opah pon dah tak dingin dah dengan Hadhira.. dah siap boleh kamceng.. Kalau orang luar yang tengok, sah-sah orang cakap Hadhira yang cucu Opah sebenarnya.. hari-hari asyik melekat je.. teeheee. Tapi itulah sebenarnya agenda utama Hadhira.. dia mahu ambik hati Opah balik. =D

"Ni berangan apa?" suara Ezzaq membantutkan fikirannya. Ezzaq sudah pun menukar pakaian.. dari kain pelikat dah pakai seluar..

"Dah solat?"

Ezzaq mengangguk. Apa kena dengan wife dia seorang ni.

Hadhira cepat-cepat bangun.. mengambil hoodies di dalam bagnya. Pashmina yang digantungkan di dinding bilik dicapai.. takut satgi kena marah sebab siap lambat. Heee.

"Hoodies pink?" tanya Ezzaq bila Hadhira menyarungkan hoodies pink itu ke badannya. Tangannya lincah memakai pashmina hitam di kepala.

"Kenapa? Ketat ke?" tanya Hadhira.. yellah hoodies tu dah setia dengan dia sejak dia habis SPM, sekarang dah nak masuk enam tahun dah pun.. dan dengan figura dia yang dah 'chubby' sejak mengandung ni.. nampak sangat dia kena say bye bye kat hoodies tu..

Ezzaq menggelengkan kepala. Memori first time jumpa Hadhira bermain di mata..

"Tak nampak serupa bini orang je.. nampak gaya budak habis SPM. Macam first time jumpa awak dulu.. main PSP."

"This is my favorite. Kawan baik tahu, kalau nak cepat je kita sambar je pakai.."

"The moment I fall in love for the first time.. love at first sight did happen.. dengan Si Hoodies Pink.,"

"Si Hoodies Pink?"

"Yeap Si Hoodies Pink a.k.a Nur'iz Hadhira a.k.a isteri kesayangan Ahmad Firas Ezzaq."

"So you addressed me as Si Hoodies Pink for all these time?" kata Hadhira. Tangannya sibuk mahu mengetam Ezzaq, tapi macam biasa Ezzaq memang dah pandai agak apa yang Hadhira cuba buat.. cepat-cepat dia peluk Hadhira dari belakang.

"I love you..." kata Ezzaq. Selama duduk dengan Hadhira.. memang senang sekali nak pujuk. Three simple words, eight alphabets, I love you. :)

Heeee. Hadhira senyum. Suka betul.

"Lagipun.. awak pun sama.. panggil saya inche smiling eyes. Fair and square la kan."

"Heeee. Fair and Square but I love you too, hubby."

Hadhira dan Ezzaq tersenyum. Bahagia sungguh!

"So jom.. awak mengidam nak makan apa pagi-pagi ni?" kata Ezzaq. Tadi bukan main lagi Hadhira kejutkan dia tadi.

Hadhira tersenyum.

"Jom ikut saya," kata Hadhira. Tangannya menarik tangan Ezzaq ke pintu. Tadi dia dah cakap dengan Opah yang dia nak bawak Ezzaq ni keluar sebentar selepas Subuh. Heee.

....

"Sini.. sini.. stop." jerit Hadhira bila dia ternampak tiang lampu di tepi sawah itu.

Ezzaq memberhentikan keretanya. Pelik. Mana ada orang jual makanan di sini.. apa yang Si Hoodies Pink cuba buat pagi-pagi ni. Mana ada apa pun..

"Matikanlah enjin tu." kata Hadhira lalu membuka pintu kereta dan keluar. Nyaman.. bau kampung. Bau udara bersih.. terus dia panjat duduk atas bahagian depan kereta.

Hampir terkeluar mata Ezzaq bila melihat telatah Hadhira yang panjat duduk atas keretanya. Dia pantas duduk sekali di sebelah Hadhira.. risau.

Hadhira tersenyum.

"Sunrise?" tanya Ezzaq. Dia macam dah mula faham apa yang Hadhira nak buatkan.

Hadhira buat gesture tayang gigi dia. Heeee.

Ezzaq menggelengkan kepala. Ingatkan mengidam nak makan apa ke.. alih-alih nak tengok sunrise.

"Yang, definitely. Awak memang hopeless romantic." kata Ezzaq. Ajak tengok sunrise.. hakhakhak.

Hadhira menjeling.. dah nak mula nak sakat la tu. Tapi apa dia kisah.. dia bukan buat salah pun.

"Saya dah tengok sunset dengan awak, saya nak jugak tengok sunrise.."

Hari tu bila masuk ja kampung Opah ni, terus dia ingatkan memori dia balik dengan Ezzaq, tengok matahari terbenam dekat sini.. dan terus masa tu dia rasa dia nak tengok sunrise juga dengan Ezzaq. At least, sekarang ni diorang datang dengan perasaan bahagia sesama sendiri.. sebaliknya dulu diorang datang ketika dua-dua hati yang remuk. Sunrise should be a good and perfect start. For the both of us, and the baby too. InsyaALLAH.

"Bosan?" tanya Hadhira. Ralit betul dia tengok Ezzaq pandang sawah di hadapannya.

Ezzaq mengangkat kening.

"Tadaaaaa." kata Hadhira.. dia keluarkan iTouch dari poket hoodies nya.

"I told ya, I planned everything perfectly." kata Hadhira. Hadhira = planning. Dia bukan jenis go with the flow, spontaneous macam Ezzaq.

"Mari kita dengar lagu.." kata Hadhira. Earbuds dimasukkan ke telinga kirinya.. dan sebelah lagi dimasukkan ke sebelah kanan telinga Ezzaq.

Ezzaq tersenyum. Sungguh la Hadhira ni memang boleh amik title Don Juan.. pandai betul nak menggoda. Dan dia, macam selalu, memang akan tergoda.

Hadhira bermain-main dengan iTouch mencari playlist yang dia dah buat sejak berbulan-bulan lepas. ToEzzaqWithLove. Finally.

"Dengar tau.. ini special ditujukan untuk awak."

Ezzaq dah tergelak dah. Kenapa dia rasa sekarang ni Hadhira memang terror gila flirting?

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone


"Chris Medina - What Are Words.." Ezzaq ingat lagu ni. Lagu ni dia pernah tujukan kepada Hadhira.. masa diorang dalam perjalanan pulang dari Kedah - Kuala Lumpur.

"I love this song. Lagu ni buat saya terbuka hati nak terima awak.. awak selalu ada.. walaupun banyak kali saya lukakan hati awak.."

Ezzaq memeluk Hadhira.

"Through thick and thin?"

Ezzaq mengangguk.. itu janji dia pada Hadhira. InsyaALLAH dia akan pegang janji dia sampai bila-bila.

Lagu What Are Words itu tamat dan digantikan dengan lagu baru.. sama-sama diorang diam dan memahami bait-bait lirik pada lagu-lagu yang di dalam playlist itu.

The weightlessness and the lack of rest
away from you, im in over my head
Even when it's dark before the dawn
I will feel your grace and carry on
And with every breath of me, you'll be the only light I see

When I needed a place to hang my heart
You were there to wear it from the start
And with every breath of me, you'll be the only light I see

"Haaaa.. this one from me to you. Saya pun nak dedicate lagu jugak macam awak." kata Hadhira. Apa ingat Ezzaq je tahu dedicate lagu.. saya pon tahu tau.

"Siapa ni?" tanya Ezzaq. Dia bukannya music junkies macam Hadhira.. kalau ya pun masa zaman belajar dulu. Muzik digunakan untuk menghilangkan stress tapi bila dah kerja, dia jadi katak bawah tempurung.. tak tahu dah lagu-lagu baru.

"Boyce Avenue - Every Breath." kata Hadhira.

"Nice.." kata Ezzaq.

"Kan? I have a good taste in music kan?" perasan sungguh kamu ya Hadhira.

Ezzaq dah menjelirkan lidahnya.

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

"Is this Maher Zain, singing in Malay?" kata Ezzaq. Dia ada la juga layan lagu dari Maher Zain dulu.. ramai jugak peminatnya di Malaysia.. tapi bahasa Melayu? Baguslah.. lagi la senang nak fahami.

"Yeap. Sepanjang Hidup.."

Ezzaq mengangguk. Lirik lagu itu menyentuh hatinya.. lama diorang sama-sama mendengar lagu sambil-sambil menunggu kemunculan sang matahari.

"There it is.." jerit Hadhira. Dah mula nampak cahaya yang keluar di langit. MasyaALLAH, cantiknya.. ciptaan Dia, sang Maha Mencipta.

Ezzaq pun turut sama terpukau.. cantik. Dia pandang Hadhira yang dah excited di sebelahnya.. Gembira benar. Macam kanak-kanak dapat cokelat. Heee. Moga detik ni kekal sampai ke hujung hayat mereka..

And I thank Him for this moment. 

...

"Tahu tak yang Nicholas Tse dengan Cecilia Cheung dah bercerai?" tanya Hadhira bila diorang duduk di pangkin selepas balik dari tengok matahari terbit tadi.

Ezzaq menarik naik keningnya. Apa kena kes diorang dengan dia dan Hadhira?

"People all the time cakap saya macam Nicholas Tse.."

"Ahhh pasal tu." dia dah mula ingat kisah kolej diorang tu. Padahal masa tu yang tu je keluar kepala otak dia.. haha. Sebab tengok cerita Gen-X-Cops sebelum pergi ke kelas.

"So?"

"Terkejut saya dengar. It was all over the net. Tak naklah jadi Nicholas Tse - Cecilia Cheung." kata Hadhira.

"Then nak pasangan mana plak?" tanya Ezzaq. Tak faham sungguh dengan perangai budak-budak Hadhira ni. Bukannya betul pun..

"Kate Middleton dengan Prince William nak tak? Every girls nak kahwin dengan prince charming.." kata Hadhira. Heehehe. Fairytale la pulak kan..

"Tak nak la. Prince William tu botak.. saya banyak rambut ni. Tak nak tak nak. No. No."

Hadhira menarik muncung. Sampai hati kutuk Prince William.. padahal dulu masa muda remaja. William tu handsome tahu tak?! Berebut dia dengan kawan-kawan.. macam ye ye ja kawan tu nak kawin dengan salah seorang dari diorang..

"Alla merajuk ke?" kata Ezzaq. Dah sepuluh minit, Hadhira mendiamkan diri.. padahal sejak dah baik-baik ni, mulut Hadhira tu tak pernah diam. Becok sentiasa.. maka sekarang dia dah tak pandai nak handle bila Hadhira tiba-tiba diam.

"Alla bucuk bucuk sayang..." kata Ezzaq. Tangan Hadhira diambilnya dan dibawa ke mulut. Hadhira buat muka toya. Malas nak layan.. sampai hati kata Prince William saya.. botak?! bukan botak licin sangat pon, botak sikit je.. tupun entah-entah sebab banyak sangat fikir hal rakyat jelata.. sampai hati..

Ezzaq menggelengkan kepala. Hadhira dah tak nak layan.. baik diam je. Pandang sawah padi yang terbentang depan rumah Opah ni.. lagi best. Hehehe. Keindahan cipataan-Nya.

"Tak payahla.." kata Hadhira tiba-tiba.

'Tak payah apa?' Ezzaq angkat kening. Matanya tak lagi fokus ke arah sawah sebaliknya ke muka merah isterinya itu.

"Tak nakla jadi orang lain.. saya nak jadi Hadhira je. so what, I dont care.. saya dah ada Ezzaq saya." kata Hadhira. Tak heran la.. Nicholas Tse ke, Brad Pitt-Angelina ke, William-Kate ke, Siti-Dato' K ke.. tak nak. Nak Hadhira-Ezzaq je.

Ezzaq tergelak. Ada-ada ja si hoodies pink seorang ni.

"Yeahh that's right. Absolutely right. I'll be your Inche Smiling Eyes and you'll be my .."

"Si Hoodies Pink awak seorang.." kata Hadhira sambil tersenyum gembira.

Ezzaq terus memeluk bahu Hadhira. Senang sungguh si hoodies pink ni terpujuk. Hadhira pulak melentokkan kepalanya di bahu Ezzaq. Dia tersenyum.. kat dunia ni hanyalah ada seorang inche smiling eyes untuk seorang si hoodies pink. That's it. InsyaALLAH.

The End.

...........

p.s: Saya browsing web.. tup tup nampak gambar atas tu. First time nampak terus teringat Dhir-Ezzaq. Hhaha. Sebabnya gambar lelaki tu macam tengah buang air mata kat perempuan tu.. dan Ezzaq kan crying shoulder Hadhira.. so I was like... huaaahhh this is nice. Terus click kanan, dan save as. Trimas kepada sesiapa yang sweet sangat buat piece yang cantik ni. =D

p.p.s: Dah habis si hoodies pink! Terima kasih kepada yang membaca. Thank you thank you thank you banyak banyak banyak banyak. Tanpa korang, yang dok push saya suruh update.. thank you! Sayang korang.. hugssss.

p.p.p.s: Ingat lagi first time nak tulis saya tanya my bro. "I think I'm gonna write some cerita." dan cuba teka apa dia balas "Whos gonna read that? Your BM is kind of worst tahu?" and my english too! tapi korang dah berjaya tunjukkan yang dia salah. HAHAHA. Thank you!!!! Serve you right, bro! At least I'm trying.. kita boleh betulkan yang mana salah kan?

p.p.p.p.s: Thank you! How's the ending?

[i] Chris Medina - What Are Words
[ii] Boyce Avenue - Every Breath
[iii] Maher Zain - Sepanjang Hidup


Labels:


58 Surat Chenta ♥


Si Hoodies Pink (Edisi Wrap Up: Part i)
Posted on Sunday 4 September 2011
@ September 04, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Hadhira menjeling tingkap dapur. Jam dah pukul 7.15 malam, lagi berapa minit masuklah waktu berbuka tapi kelibat Ezzaq masih tak pulang-pulang. Tadi masa dia sampai ke rumah pun, kosong saja porch rumah berkembar dua tingkat tu. Tapi Hadhira cuba berfikiran positif, katanya Ezzaq mungkin balik lambat sikit hari ni disebabkan hujan lebat petang ni tapi bila dah nak masuk waktu berbuka, bayangan Ezzaq masih tak nampak-nampak. Harapan dia yang menggunung tadi dah tinggal harapan sajalah. Sah-sah Ezzaq on-call hari ni. Nasib la awak, Hadhira.

Hachhhuuuuummmm.

Dia terbersin. Efek terkena hujan tadi dah mula tunjuk taring. Tullah hujan lebat, tapi otak cerdik tak nak guna payung bila bukak pintu gate tadi bila sampai. Kan habis lencun satu badan.

Hachhuummmmm..

Azan dah berkumandang. Cepat-cepat Hadhira duduk di meja makan dan mengambil tiga biji kurma dan air kosong segelas. Yang tu je pun yang dia sediakan, kunun-kununnya lepas makan ni nak ajak inche smiling eyes makan di luar la (all on her, murni tak murni punya niat?) tapi ye lla harapan hanya tinggal harapan saja. 

Kurma di telannya perlahan-perlahan. Mana ada mood.. 

Selepas menghabiskan 'makanan' berbukanya itu, lambat-lambat dia bergerak ke tingkat atas untuk solat Maghrib.. sambil-sambil menjeling ke arah luar rumah untuk melihat kut-kut ada magik yang menghantar inche smiling eyes pulang ke rumah.

Hampeh.

Kosong. 

Hanya bunyi titisan hujan saja sebagai background music masa tu.

....

Ezzaq yang baru sampai hadapan rumah pelik melihat Peugeot 308 warna merah itu elok parkir di hadapan rumah mereka. Terkejut pun ada, kenapa tiba-tiba saja kereta Hadhira tu ada di hadapan rumah. Bukankah sepatutnya kereta merah itu ada di rumah Jo ke? 

Cepat-cepat dia masukkan anak kunci di pintu rumah. Tempat pertama yang ditujunya ialah dapur.. dapur gelap gelita. Kosong. Hanya ada gelas kosong di dalam sinki. She's here? 

Kakinya melangkah laju menaiki anak-anak tangga ke bilik utama. Kalau di bawah tak ada, for sure si hoodies pink dia seorang tu akan berada di dalam bilik utama. 

Pintu bilik di buka. Hati dah dup dap dup dap, dah nampak gaya macam masa first time nak start housemanship dulu. Tapi rasa dup dap dup dap kali ni lagi teruk.. dia rindukan si hoodies pink sebenarnya. Dah tiga hari dia tak nampak muka merah jambu tu.. 

Katil kosong. Lampu bilik air gelap. Dia pandang ke arah kanan bilik.. so there she is. Hadhira sedang terlena dengan telekung di atas sofa di sisi kanan bilik. Awalnya terlentok, baru 8.30 malam..

Ezzaq berjalan ke arah sofa. Muka pink itu bertambah pink, especially hidungnya. Running nose? Dia nampak kotak tisu yang terjatuh di bawah sofa itu.

"Hadhira.." geraknya. Tangannya memegang bahu Hadhira. Tak bergerak. Nyenyak tidur ya.. tangannya menggoncang lagi bahu Hadhira. 

Hadhira menggerakkan badannya.. dia rasa ada seseorang yang sedang memanggil namanya. Matanya dibuka sedikit.. silau lampu menyebabkan matanya yang masih belum fokus itu kurang nampak wajah manusia di hadapannya. Pantas tangannya menggosokkan mata.. 

"Awak? Ezzaq? Awak tak on-call?" 

Ezzaq menggeleng. 

"Nope. Last monday, yes but not today. Lagipun malam ni, saya dah start my Eid holiday." Ezzaq tersenyum. Finally boleh cuti, after six months of struggling life as a career man.

"Saya ingat awak kerja. Selalunya sharp ada kat rumah 5.30 petang tapi tadi sampai Maghrib pun tak nampak batang hidung,"

"Saya bukak puasa kat masjid. I was alone these days, so lagi layan bukak puasa kat masjid dari bukak puasa sorang-sorang kat rumah ni.."

"Sorry, never meant to do that. Seriously." dia terasa. Sungguh la buat perangai single lagi.. memang tak boleh jadi teladan kat adik-adik.

"It's okay, dah dapat permission kan. So let it be but why are you here?"

"Ahhhh.." Hadhira baru sedar alasan dia untuk pulang. Dia mahu bersemuka, muka ke muka bercakap dengan Ezzaq tentang perasaannya. That's it. 

"Aahhhh what, Hadhira? How's Jo? Macam mana boleh balik sini pulak?"

"Jo is okay. Kak Nia and Auntie Sarina ada jaga dia. So saya balik.." sini macam nak cakap saya suka awak. Tapi saya maluuuuu.. dan tak berani.

Ezzaq tersenyum. Macam tak percaya je si hoodies pink dah duduk depannya sekarang ni. Rasa nak peluk je..

"Tak ada reason lain?"

"Huh?" Hadhira membulatkan mata. Apa lelaki hadapan ni tahu agenda utama dia balik ke rumah ni? Hadhira dah mula gelabah. Otaknya dah mula fikir, apa yang perlu dia lakukan..

"Kut-kut orang tu rindukan saya ke?" tanya Ezzaq sambil tersenyum. 

Hadhira da tunjuk muka gelabah. Aiyooo..

"Awak.." kata Hadhira. Tangannya memintal hujung telekung tu.. punyalah takut nak luahkan perasaan. Kalaulah, benda tu se-simple A,B,C dan 1,2,3.. 

Ezzaq mendekatkan dirinya dengan Hadhira. Perlahan sangat..

"Senang je. Three simple words. 8 alphabets. I. LOVE. YOU."

"I..love.. you" kata Hadhira perlahan.

Ezzaq menaikkan kening, yang dia dengar hanyalah I dan You.. yang tengah tu dia macam nak dengar tak dengar. Tapi kalau ikutkan otak geliganya, dia tahu apa yang Hadhira cuba sampaikan ni. Ezzaq tersenyum.. 

"Dear, seriously, saya tak dengar apa yang awak cakap."

"Tadi petang saya dapat tazkirah. Dari seorang ustazah ni.."

"Hurm.."

"Dia cakap pasal tanggungjawab saya sebagai isteri yang selama ni saya tak jaga betul-betul. Papp betul kena batang hidung sendiri.. I was wrong, I did badly to you.. sorry. My bad, my mistake. Pastu dia bagi contoh, kalau satu hari tu saya bangun dan realise you wasn't here with me anymore, how will I react?"

"How?" tanya Ezzaq. Semangat dia nak tahu reaksi Hadhira.. 

"IDK, I cried walaupun masa tu dia kasi contoh ja. I couldn't imagine how will I behave if wasn't here with me, you're my crying shoulder.. my shining armor.. my companion for a lifetime." memang masa dia bangun ja dari kerusi petang tadi, dia masuk ke bilik air. Menangis. Menangis sorok-sorok.. dia tak biasa menangis depan orang lain, hanyalah lelaki di hadapan ni seorang ja yang ada mandat nak tengok seorang Hadhira berair mata.

Ezzaq ternganga. Tak percaya sampai macam tu sekali, wasn't it only an.. example?

"I love you.. I'm sorry for keep you hang in the dark for these couple of months. Bila tengok apa jadi kat Ajip-Jo baru sedar, life is short. Kalau asyik dok tertunggu-tunggu, things wouldn't change. I love you, Ahmad Firas Ezzaq. Really am.."

Ezzaq terpaku. She said what?? Ya ALLAH! She did. Ezzaq terus memeluk Hadhira. Tiga perkataan tu yang dia tunggu-tunggu sejak lima tahun lepas and finally she did. After a couple of rejections, she finally... did!

"I love you, too. Dari zaman awak pakai baju hoodies pink.. main PSP dekat cafe college. Since that and always be."

Hadhira membalas pelukan Ezzaq. First time.. air mata dah mencurah-curah. She cant help it. 

"Thank you for not giving up, for being with me all the time."

"Allah mudahkan jalan. I put my trust in Him, make du'a dan Alhamdulilah Nur'iz Hadhira adalah jodoh yang ditetapkan untuk Ahmad Firas Ezzaq. So sayang, please don't cry.."

"I cant help myself.. it keep flowing but this is good, I think. A good reason, I must say."

"It is." Ezzaq mengangguk.

Hachuuummmmmm. Hadhira terbersin sekali lagi. 

"What's wrong?" tanya Ezzaq. 

Hadhira menggeleng. 

"Selsema?" tanya Ezzaq. Hadhira mengangguk. Ezzaq dah ambik role doktor peribadi keluarga dia.

"Awak makan tak lagi ni?"

Hadhira menggeleng. 

"Ingat nak ajak awak candle light dinner tapi awak tak balik.."

"Wait.. patutnya tadi cadangan awak nak bawak saya pergi candle-light dinner and propose to me? Oh dear, seriously, awak ni so sweeeet." kata Ezzaq. Dia dah tersenyum di hadapan Hadhira. Tak percaya sungguh, hati kepal ni ada hati nak bawak anak teruna orang candle light dinner!

"Yeahhh I. Am. A. Hopeless. Romantic. Sue me."

"Jangalah marah but it's a sweet thing, la yang. Esok, boleh? but for now, awak solat Isya' dan kita pergi masjid, terawikh dan lepas tu kita layan dekat any restaurant makan.. tapi yang would you make it for terawikh dengan perut kosong macam ni?"

Hadhira tersenyum. Dengan Ezzaq, memang dia tak akan missed terawikh dekat masjid.. and that makes me love him even more.

"It will do, hubby." kata Hadhira.

Ezzaq menaikkan kening. Hubby? Arghh why it sounds so good when it is coming from Si Hoodies Pink?

"Auchh." jerit Ezzaq bila Hadhira sudah mencubit lengan kirinya. Ketam rupanya..

"Dont make that kind of face."

"What face?"

"The auwww-so-sweet-but-it-looks-more-like-you-try-to-annoys-me." jawab Hadhira. Memang betul pun, janganla buat muka macam tu.. dia jadi lagi bertambah-tambah malunya. Sekarang ni pun dah rasa-rasanya muka dia dah merah semacam.

"You too. Dont do that kind of face jugak."

"Huh?"

"Muka comel-merajuk macam tu, rasa nak cium tahu tak?" kata Ezzaq. 

Hadhira dah bangun dari sofa dan bergerak ke arah Ezzaq. Lelaki sorang ni, memang sah nak kena cubit. Cepat-cepat tangannya mahu mengetam tangan Ezzaq tapi belum sempat dia berbuat demikian, Ezzaq dah tarik tangannya.

"Not like that, wife. Macam ni." terus dia letakkan tangan Hadhira di bahunya. Dan cepat-cepat, kurang dalam sesaat, chuppppp, terus bibir pink merekah itu diciumnya. 

"It feels good. Kalau tahu, dah lama buat." kata Ezzaq bila dia melepas rangkulan.

Hadhira dah merah di hadapannya. Serentak tangan Hadhira mengetam tangan kanan Ezzaq. 

"Aucch. Apa ni cuit-cuit anak teruna orang.. dah. I'm going into bathroom, nak ambik wudhu' and kita solat Isya' sama-sama. But seriously, it feels goooooood." kata Ezzaq terus berlari ke bilik air. Takut tangan ketam Hadhira mengetam tangannya lagi.

'Tahu takut!' kata Hadhira dalam hati. Suka hati je nak kiss orang.. kiss? Serentak tangannya memegang bibirnya.. oh yes, it feels good.

....

Malam tu lepas saja habis terawikh Ezzaq bawak di ke Shah Alam, layan makanan Arab di Restoran Zam Zam tapi bila sampai Ezzaq hanya memesan air dan hanya Hadhira seorang saja yang memesan makanan. Naik malu pun ada, ada ke kita seorang yang makan dan yang lagi seorang hanya minum air. Mesti pak-pak Arab ni cakap yang si isteri jenis melantak, aiyooo mana mahu letak muka ni.

Tapi bila sampai saja makanan di atas meja, baru Hadhira faham. Nasi Mandy tu masyaALLAH sikit punya banyak.. memang kalau ikut dia yang jenis makan sikit ni, agak-agaknya dua tiga kali meals dalam sehari. Huh.. pulunlah malam ni habiskan Nasi Mandy tu..

"Banyaknya.." bisik Hadhira. First time dia makan di Restoran Arab.. selalu layan Western je kan. Ambik kau!

Ezzaq buat muka I-TELL-YOU-SO. Punyalah tadi Hadhira paksa dia suruh order sekali..

"Mana tahu. You wanna some?"

Ezzaq geleng kepala. Dia masih kenyang lagi.. kenyang dengan tatap wajah si hoodies pink ni kut. Padahal tadi dia jamah kuih saja di masjid.

"So who's the ustazah? Mesti hebat gila boleh psiko awak ni?"

"Awak kenal dia."

"Siapa? Jo?"

Hadhira angguk. Sudu dimasukkan ke dalam mulut. Sedap jugak ya Nasi Mandy ni.

"Dia patut ambik psikologi la masa belajar dulu. Konpem berguna untuk masa hadapan."

"We should thanks her."

Ezzaq mengangguk. Melihat Hadhira yang sedang melahap Nasi Mandy di hadapannya itu membuatkan dia teringin nak merasa sekali. Nampak sedap.. terus dia menyuakan mukanya di hadapan Hadhira.

Hadhira membulatkan mata. Apahal pak cik ni?

"Suapkan. Rasa lapar pulak?"

"Here?" tanya Hadhira. Tadi dia tanya, sombong kata kenyang..

"Sini lah. Mana lagi?"

"Malu lah."

"Dah nikah. Orang tak marah. Cepatlah.." kata Ezzaq. Lagi didekatkannya dirinya dengan Hadhira.

Hadhira pun malu tak malu menyuakan sudu kepada 'baby' besar ni. Haiii...

Ezzaq tersenyum.. memang tu pun agendanya. HAHA.

"Comel la buat muka merajuk macam tu? Buat lagi sekali macam tu, memang kena kiss la."

Hadhira pandang kanan kiri. Harap-harap orang lain tak dengar apa yang Ezzaq cakapkan tadi tu.. apa la jenis cakap  kiss kiss ni depan orang.

"Relax la. Awak ni serupa orang tak pernah belajar oversea je.. bukan normal ke?"

"Normal tak normal. We're in Malaysia.. outdoor."

"Kalau tak outdoor, boleh la?"

Hadhira membulatkan mata. Pak cik ni memang satu hari kena juga sekeh dengan aku.. eh eh Dhir.. derhaka tahu pukul suami.

"Just joking.. another bite?" tanya Ezzaq. Serentak dia hulurkan kepala. Sukanya kena suap..

Hadhira hanya menggelengkan kepala. Tak makan saman juga inche smiling eyes saya ni.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.. Panggilan dari Jo. Dia terus meletakkan sudu di pinggan dan terus Ezzaq mengambil pinggannya dan menyambung makan Nasi Mandy tersebut. Hadhira geleng kepala, kata tak lapar tadi tu..

"Assalamualaikum, Jo. Kenapa call malam-malam ni?"

"Waalaikumussalam.. Dhir.. kedutaan call aku... they said.. they found him.."

"Ya Allah.. they did. So how's him?" is he alive? Mahu je dia tanya tu tapi dia takut.. takut akan jawapan yang dia bakal terima nanti. Macam mana kalau he's dead. Macam mana? Hadhira pandang Ezzaq yang dah memberhentikan suapannya itu. Mesti dia dengar perbualannya tadi. Mata Ezzaq tajam memandangnya, mahukan jawapan.

"He's okay. Cuma patah tangan.. I think. Diorang dah hantar dia ke hospital for full check up.. and InsyaALLAH dia akan dihantar pulang malam esok. Dhir, aku boleh Raya dengan dia lagi Dhir. He's alive Dhir.. ALLAH kabulkan doa aku Dhir.." Suara Jo di telinga Hadhira nampak begitu gembira dan sayu sekali..

"Alhamdulilah Jo.. Dia nak uji iman kau macam mana tu.. berapa yang kau boleh dapat. 100% ke, 90% ke atau fail.."

Jo dah tergelak.

"Aku pun rasa macam tu. Bersyukur sangat-sangat.."

"Aku pun. Best friend aku dah dapat balik Adam dia yang dah hilang tu."

"Thanks, for being here dengan aku, through thick and thin."

"No big deal, Jo."

"Okaylah. Aku nak inform orang lain pulak. Jumpa kau nanti.. InsyaALLAH. Assalamualaikum."

Klik.

Waalaikumussalam. Jawab Hadhira dalam hati.

"Pasal Ajip?"

Hadhira angguk. Dia tersenyum. "He's safe. Alhamdulilah. Thanks to Him. Esok InsyaALLAH diorang akan hantar dia pulang."

"Alhamdulilah.." kata Ezzaq. Tangannya di angkat ke udara ala-ala memohon doa tu. Dan mengaminkannya.. Allah kabulkan doa-doa hamba-NYA..

"Esok kita jemput Ajip di KLIA.."

Ezzaq angguk. Kalau Hadhira tak ajak, dia sendiri yang akan bawak Hadhira ke KLIA esok.

......

p.s: Ingat boleh satu post je tapi bila taip, dia jadi panjang pulak.. jumpa lagi nanti di part ii. Haha. Tapi tak karang lagi.. harap sabarlah menunggu.. sebab ramai lagi yang datang rumah tahun ni. :)

Labels:


12 Surat Chenta ♥


Kisah Sebelum | Kisah Selepas