Dua Hala: Excerpt 2

07:31

Assalamualaikum dan selamat pagi semuanya~

Dengan ini, E mahu umumkan bahawa Dua Hala akhirnya telah sampai ke titik akhir. Pada mulanya, E ingat E akan habis tulis cerita ni bulan 8 hari tu tapi siap bulan November pula 😜. Mehmehmeh. Insha-Allah akan emel JS selepas go through final draft ini. Doa-doakan ye semoga diterima.

Dan I'm ready for a new story to write. Lol. Siapa seterusnya? Jeng jeng jeng.

Selamat membaca petikan sedikit dari Dua Hala ni.

Semoga berjumpa lagi.

Xo, Ednin.

P/S: Just a hint, lagu di atas (Maria Mena - You Deserve Better) is one of the song yang E asyik mainkan masa tulis cerita Abiir dan Farhan. So pretty much, that'is how Dua Hala is going to be. Can you guess? Mehmehmeh.

-----------------------------------------------

AIMAN MENYANYI sambil menuruni tangga. Kunci keretanya dipusing-pusing melalui jari telunjuknya. Kakinya terhenti di sebelah sofa, tempat Abiir membuat kerjanya. Kakaknya ini ada saja meja studi di dalam bilik tetapi hadapan TV juga dia suka membuat kerja.

“Kakak, Aiman keluar kejap eh.”


“Nak pergi mana pula ni? Pantang ibu dengan abah tak ada kat rumah mesti lesap.” 
         
“Tak baik tau main tuduh-tuduh adik sendiri. Mana ada Aiman lesap, ini kejap je keluar ni. Jumpa budak-budak sekolah dulu.” Jam di tangan dikerling sekejap. Ada lagi masa untuk bersembang sekejap. Lantas, dia membuka sila di sebelah Abiir.

“Budak sekolah? Siapa?” Air teh di dalam cawan oren itu disisip lembut.

“Macamlah kakak kenal siapa kawan-kawan Aiman. Ehhh pahitnya teh ni. Tak letak gula ke? Padanlah muka asyik pahit je… ini sebab banyak minum teh pahitlah ni!”

“Gula tu penyakit tau. Mana boleh banyak-banyak. Kalau nak air manis, pergi buat sendiri.” 
           
Abiir kembali menyambung fokus pada kerjanya yang terhenti seketika tadi. Rancangan awalnya dia mahu siapkan sisipan ini kelmarin tapi terganggu pula bila dia terpaksa mengambil alih kerja ibu yang terpaksa mengikut abah ke Johor atas urusan kerja. 
           
Dengan stok-stok baru yang baru masuk minggu ini dan juga Amy yang sibuk dengan thesisnya, beban kerjanya bertambah berganda-ganda tanpa ada orang yang membantu.
           
“Tak apa. Aiman boleh minum kat kedai mamak nanti.”

“Pergi kedai depan tu ke?”
           
Aiman mengangguk. Kali ini balang keropok ikan pula diambil. Penutup warna merah itu dipusing ke kanan lalu keropok yang baru digoreng itu dibawa keluar. 
           
“Nak kirim boleh? Lapar pulak rasa.”
           
“Nak apa?”
           
“Roti telur satu, boleh? Kuah tak payahlah. Kakak bukannya makan pun. Membazir je kalau bawak balik.”
           
“Tapi Aiman tak pasti nak balik pukul berapa tau, kang nanti balik lambat pulak.”
           
“Taper, kakak boleh tunggu. Lagipun kerja ni nak kena siapkan ni.”
           
Aiman mengangguk. Kalau dah macam tu, dia okay saja. Lantas dia bangun dari silanya. Kunci kereta yang diletakkan di atas meja kopi itu dicapainya.
           
“Roti telur satu kan?”
           
Abiir mengiyakan. Fokus masih lagi pada komputer riba. Laju tangannya menaip di atas keyboard warna hitam itu.
           
“Tak payah kuah kari?”
           
Aye aye!
           
“Tak nak kirim yang lain lagi?”
           
Gerak jarinya berhenti. Kening dinaikkan di sebelah. “Nak kirim apa lagi? Ada apa-apa yang best lagi ke kat kedai mamak tu?”
           
Aiman menayang sengih. “Abang Farhan?”
           
Papppp. Bantal empat segi itu selamat mendarat di bahu Aiman. Adik lelakinya itu hanya menghamburkan ketawa. Kemudian, dia tunduk mengambil bantal empat segi itu kembali lalu diletakkan di atas sofa.
           
“Betul ni tak nak kirim apa-apa lagi?”
           
Abiir dah malas nak menjawab. Ear piece di atas meja dicapainya lalu disambungkan ke dalam plug di sebelah kiri laptopnya. 
           
“Betul ni?” 
           
“Nak kirim apa lagi? Cukuplah roti telur tu. Cepat-cepatlah keluar.” Tangan digerakkan, mengisyaratkan supaya Aiman pergi dari tempat kerjanya. Lagi cepat Aiman keluar, lagi cepat dia siapkan kerja ini.
           
“Manalah tahu… kut-kut nak kirim salam ke?”
           
Abiir sudah bersedia untuk membuat lontaran sekali. Tajam matanya memandang Aiman yang sudah berlari anak ke muka pintu. Dari jarak tak sampai dua meter itu, dia mendengar ketawa Aiman yang masih bersisa. 
           
Bantal empat segi itu diletakkan kembali di atas lantai. Sebaliknya volume di playlist kesukaannya itu ditingkatkan lagi. Biar dia tenang dengan irama piano ini dari mendengar ketawa Aiman yang menyebalkan itu.

You Might Also Like

3 comments

  1. semoga d permudahkan
    aminnn..
    abir jgn sombong sgt..farhan da tunggu tu
    ��

    ReplyDelete