Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Dua Hala: Excerpt 2
Posted on Friday, 25 November 2016
@ November 25, 2016 by Ednin Kesukma Dewi


Assalamualaikum dan selamat pagi semuanya~

Dengan ini, E mahu umumkan bahawa Dua Hala akhirnya telah sampai ke titik akhir. Pada mulanya, E ingat E akan habis tulis cerita ni bulan 8 hari tu tapi siap bulan November pula 😜. Mehmehmeh. Insha-Allah akan emel JS selepas go through final draft ini. Doa-doakan ye semoga diterima.

Dan I'm ready for a new story to write. Lol. Siapa seterusnya? Jeng jeng jeng.

Selamat membaca petikan sedikit dari Dua Hala ni.

Semoga berjumpa lagi.

Xo, Ednin.

P/S: Just a hint, lagu di atas (Maria Mena - You Deserve Better) is one of the song yang E asyik mainkan masa tulis cerita Abiir dan Farhan. So pretty much, that'is how Dua Hala is going to be. Can you guess? Mehmehmeh.

-----------------------------------------------

AIMAN MENYANYI sambil menuruni tangga. Kunci keretanya dipusing-pusing melalui jari telunjuknya. Kakinya terhenti di sebelah sofa, tempat Abiir membuat kerjanya. Kakaknya ini ada saja meja studi di dalam bilik tetapi hadapan TV juga dia suka membuat kerja.

“Kakak, Aiman keluar kejap eh.”

“Nak pergi mana pula ni? Pantang ibu dengan abah tak ada kat rumah mesti lesap.” 
         
“Tak baik tau main tuduh-tuduh adik sendiri. Mana ada Aiman lesap, ini kejap je keluar ni. Jumpa budak-budak sekolah dulu.” Jam di tangan dikerling sekejap. Ada lagi masa untuk bersembang sekejap. Lantas, dia membuka sila di sebelah Abiir.

“Budak sekolah? Siapa?” Air teh di dalam cawan oren itu disisip lembut.

“Macamlah kakak kenal siapa kawan-kawan Aiman. Ehhh pahitnya teh ni. Tak letak gula ke? Padanlah muka asyik pahit je… ini sebab banyak minum teh pahitlah ni!”

“Gula tu penyakit tau. Mana boleh banyak-banyak. Kalau nak air manis, pergi buat sendiri.” 
           
Abiir kembali menyambung fokus pada kerjanya yang terhenti seketika tadi. Rancangan awalnya dia mahu siapkan sisipan ini kelmarin tapi terganggu pula bila dia terpaksa mengambil alih kerja ibu yang terpaksa mengikut abah ke Johor atas urusan kerja. 
           
Dengan stok-stok baru yang baru masuk minggu ini dan juga Amy yang sibuk dengan thesisnya, beban kerjanya bertambah berganda-ganda tanpa ada orang yang membantu.
           
“Tak apa. Aiman boleh minum kat kedai mamak nanti.”

“Pergi kedai depan tu ke?”
           
Aiman mengangguk. Kali ini balang keropok ikan pula diambil. Penutup warna merah itu dipusing ke kanan lalu keropok yang baru digoreng itu dibawa keluar. 
           
“Nak kirim boleh? Lapar pulak rasa.”
           
“Nak apa?”
           
“Roti telur satu, boleh? Kuah tak payahlah. Kakak bukannya makan pun. Membazir je kalau bawak balik.”
           
“Tapi Aiman tak pasti nak balik pukul berapa tau, kang nanti balik lambat pulak.”
           
“Taper, kakak boleh tunggu. Lagipun kerja ni nak kena siapkan ni.”
           
Aiman mengangguk. Kalau dah macam tu, dia okay saja. Lantas dia bangun dari silanya. Kunci kereta yang diletakkan di atas meja kopi itu dicapainya.
           
“Roti telur satu kan?”
           
Abiir mengiyakan. Fokus masih lagi pada komputer riba. Laju tangannya menaip di atas keyboard warna hitam itu.
           
“Tak payah kuah kari?”
           
Aye aye!
           
“Tak nak kirim yang lain lagi?”
           
Gerak jarinya berhenti. Kening dinaikkan di sebelah. “Nak kirim apa lagi? Ada apa-apa yang best lagi ke kat kedai mamak tu?”
           
Aiman menayang sengih. “Abang Farhan?”
           
Papppp. Bantal empat segi itu selamat mendarat di bahu Aiman. Adik lelakinya itu hanya menghamburkan ketawa. Kemudian, dia tunduk mengambil bantal empat segi itu kembali lalu diletakkan di atas sofa.
           
“Betul ni tak nak kirim apa-apa lagi?”
           
Abiir dah malas nak menjawab. Ear piece di atas meja dicapainya lalu disambungkan ke dalam plug di sebelah kiri laptopnya. 
           
“Betul ni?” 
           
“Nak kirim apa lagi? Cukuplah roti telur tu. Cepat-cepatlah keluar.” Tangan digerakkan, mengisyaratkan supaya Aiman pergi dari tempat kerjanya. Lagi cepat Aiman keluar, lagi cepat dia siapkan kerja ini.
           
“Manalah tahu… kut-kut nak kirim salam ke?”
           
Abiir sudah bersedia untuk membuat lontaran sekali. Tajam matanya memandang Aiman yang sudah berlari anak ke muka pintu. Dari jarak tak sampai dua meter itu, dia mendengar ketawa Aiman yang masih bersisa. 
           
Bantal empat segi itu diletakkan kembali di atas lantai. Sebaliknya volume di playlist kesukaannya itu ditingkatkan lagi. Biar dia tenang dengan irama piano ini dari mendengar ketawa Aiman yang menyebalkan itu.

Labels:


3 Surat Chenta ♥


10 tahun = 1 dekad a.k.a Dua Hala
Posted on Saturday, 25 June 2016
@ June 25, 2016 by Ednin Kesukma Dewi


Hello dan salam ramadhan semua! Selamat berpuasa (or mungkin bersahur, ketika entry ini ditulis). Dan walaupun E tak sure masih ada orang ke yang baca blog ni tapi nak tulis jugak! Hahaha.

Pertama; E susun sepuluh jari minta maaf kerana tak update langsung 10 tahun = 1 dekad dalam masa setahun kebelakangan ni... and I hate giving reason but still, sorry for abandoning this blog. Real life giving me hard times so nak update sangat-sangatlah tak boleh.

Secondly, Dan sebenarnya penulisan 10 tahun = 1 dekad pun dah nak sampai titik akhir, roughly around 10-15 chapters to complete. Which is Insha-Allah, korang boleh baca dalam bentuk fizikal? Itupun kalau lepas proses. Doa-doakan ya!

Thirdly, E sebenarnya dah ada nama baru utk 10 tahun = 1 dekad which is... dua hala. What say you?

Lastly, nah untuk korang yang setia menunggu. E appreciate sangat-sangat sebab baca komen/mesej/emel korang yang bagi semangat E untuk tulis balik. Thankkkk you sangat-sangat.

XO, Ednin.

-------------------

“ADA ORANG nak jumpa kakak kat luar.” Jeritan Aiman bergema di sekeliling rumah dua tingkat itu. Kunci rumah dilemparkan di atas meja sebelum dia berlari anak naik ke tingkat atas. Alasannya, dia tidak mahu menjawab soalan balasan Abiir nanti. Lagipun baju yang sudah lencun dengan peluh selepas berjogging ini perlu diganti sebelum dia berjumpa dengan temannya nanti.

“Siapa yang nak jumpa?” Kepala Abiir menjenguk dari pintu dapur dengan tangan yang kotor dengan fondant warna warni itu. Tetapi ruang tamu itu kosong tanpa sebarang objek. Hanya lagu yang dimainkan dari radio saja yang memenuhi segenap penjuru rumah itu.

“Aiman?”

Tiada jawapan. Adik lelakinya itu lesap entah ke mana.

Matanya meleret pada pintu utama yang terbuka luas itu. Lantas tudung hitam yang digantung di belakang pintu itu disarung ke kepala lalu keluar mencari tetamu yang dikatakan oleh Aiman tadi.

“Siapa yang nak jumpa ka_” Ayatnya terhenti bila melihat Aiman tiada di laman. Hanya Farhan sahaja yang sedang berdiri di taman zen inspirasi abah itu. Lelaki itu menghadiahkan senyuman sebaik saja Abiir mendekatkan jarak di antara mereka.

“I yang paksa Aiman suruh jangan bagitahu pasal kedatangan I ni.” Farhan memulakan bicara. Sempat dia menyelamatkan Aiman yang mungkin bakal ditelan hidup-hidup oleh Abiir nanti.

Abiir duduk di atas batu besar di tengah laman itu. Lapisan warna yang sudah kering itu dikikis keluar.

“I acted as a jerk that day and I know I should have not been like that, especially when you’re my guest.” Kini, Farhan betul-betul berdiri di hadapan Abiir yang sedang bermain dengan tangannya itu.

“Dan I datang sini sebab nak cakap, I’m sorry.” Sambung Farhan lagi. Dia rasa lebih baik dia mengucap maaf dari memanjangkan cerita yang tak habis-habis sejak dulu. Kejap elok, kejap bergaduh.

Abiir menarik nafas dalam-dalam. Matahari yang baru naik itu dipandangnya lama. A new rise, a new day. A new hope. Dan apa gunanya bergaduh cara budak-budak? Sikit-sikit terasa, sikit menyorok, berpaling muka? Kan mereka ini masing-masing sudah besar? Masing-masing tahu apa betul, apa salah?

“It’s okay, Farhan. Salah saya juga kacau awak di pejabat kelmarin.”

“So no hurt feeling?”

“Nope.”

“So we back to square one?”

“Definitely.”

Farhan menarik nafas lega. Hilang serabut kepalanya sejak semalam. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar track.

“So saya rasa we’re good? Saya dah boleh masuk dalam kut?” Abiir sudah bangun dari tempat duduknya. Dia teringat pada biskut coklat cip yang sedang dibakar di dapur. Kalau hangus, penat-penatlah dia belajar buat fondant dari youtube tadi.

“Kejap…”

Ayat Farhan memberhentikan langkah Abiir.

“Dan I datang ni dengan niat lain juga…” Farhan terkulat-kalit memikirkan ayat seterusnya. Kepalanya bingung mencari ayat yang sesuai.

“I have a proposal to make.”

“Awak jangan main-main, Farhan.” Kata Abiir dengan nada serius. Dahi Abiir mula berkerut. Entah kenapa memori di tepi jalan 10 tahun lepas menggasak mindanya. Itupun kalau betullah cara dia baca situasi dan wajah Farhan ini. Janganlah…

Tangan yang sedang menggaru kepala itu diberhentikan. Lama dia memandang Abiir yang sudah bertukar serius itu. Sejak pula dia main-main? Dia hanya memikirkan ayat. Bukannya sedang berkomplot rancang untuk mempermainkan Abiir lagi. Kemudian setelah membuat ulang tayang ayat terakhirnya, dia menghamburkan ketawa.

“No, nolah, Abiir. Bukan itu yang I nak buat. No. Not that kind of proposal.” Entah berapa kali perkataan NO keluar di mulutnya.

“Dah tu?”

Farhan tarik senyum. “It is just… a friendship kind of proposal?” Kening diangkat.

“Friendship?”

Angguk.

“Just a friend?”

Angguk. “Strictly friendship.” Hands down.

“Nothing beyond that?”

“Nothing beyond that.”

Abiir diam sekejap, menguis pasir putih. Dia rasa tak ada salahnya kalau nak berkawan kut? Kan? Kan?

“Sealed the deal then is.”

“Yes the deal it is.”

Farhan menarik senyum. Kawan pun kawanlah. Lagi baik dia berkawan, sekurang-kurangnya langkah mereka kini menghala ke arah yang sama.



“WHAT IS THIS?”

Farhan yang sedang bersandar di keretanya mula berjalan ke arah Abiir yang sedang membimbit dua beg kertas di tangannya. Laju tangannya mengambil dua beg itu lalu diletakkan di tempat belakang kereta.

“You know what friends do?” Pintu belah kiri Mitsubishi X5 dibukanya. Kedua-dua tangannya mengisyaratkan supaya Abiir masuk ke dalam kereta.

“Apa?” tanya Abiir dengan penuh persoalan. Tetapi kakinya tetap melangkah masuk ke dalam kereta yang tidak dimatikan enjin itu. Entah apa rancangan Farhan dan Aiman kali ini. Patutlah Aiman tak membenarkan dia menelefon teksi tadi. Sanggup nak hantar dan ambilnya di rumah kak J petang ini. Tetapi rupa-rupanya dah ada udang di sebalik mee!

“They go to their friend’s birthday party together.” Pintu kereta ditutupnya lalu dia berlari anak ke tempat duduk pemandu.

“Dan berapa Aiman bayar awak untuk datang ambil saya ni?”

“With you?” Matanya menjeling Abiir yang sedang memakai tali pinggang keledar itu. Senyuman terungkil di wajahnya.

“It is priceless.”

Farhan menghamburkan tawa bila Abiir membuat isyarat mata ke atas, tangan ke bahu itu. Ada ke kawan bergula macam ni?


------------------

Hope you like it! 😜



Labels:


11 Surat Chenta ♥


Bab 7: 10 tahun = 1 dekad
Posted on Monday, 3 September 2012
@ September 03, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


"AWAK NI balik boleh tak?"

Farhan memberhentikan kerjanya. Kepala diangkat memandang gadis yang sedang duduk di hadapannya di dalam bilik stor, sedang mengklasifikasikan buku itu. Itulah suara pertama yang dia dengar sejak dia masuk ke dalam bilik ini tadi.

"Kenapa pulak nak balik?" Soalan Abiir dijawapnya dengan soalan.

"Saya boleh buat semua ni. Tak payah nak tolong-tolong."

"Saya bukan tolong awak. Saya tolong umi awak." Kening diangkat berkali-kali.

Abiir menjeling. Geram mendengar jawapan loyar buruk seperti itu. Tapi dia memilih untuk tidak menjawab. Tangan laju menekan-nekan lagi keyboard komputer, memasukkan data buku-buku baru yang baru sampai itu. Silap hari bulan boleh rosak keyboard tu dia tekan, menunjuk perasaan.

"Apasal eh saya tengok awak ni macam tak suka je saya ada. Apa salahnya saya nak menolong. Dah memang umi awak kekurangan pembantu kan. Lagipun saya boleh angkat kotak-kotak ni ke depan."

"Tapi hari ni hari minggu. Hari minggu masanya untuk family awak... tak kesian ke isteri dan anak-anak kat rumah tu. Weekdays awak sibuk nak bekerja... kan?"

Farhan tiba-tiba saja mengeluarkan dekahan ketawanya.

Abiir mengangkat kening. Dia salah cakap ke?

"Bunyi macam orang cemburu je?" Farhan mengecilkan matanya. Memandang dasar coklat anak mata yang masih lagi memandang PC.

Abiir mengangkat muka, membalas pandangan Farhan. "Sorry?"

Farhan tidak membalas sebaliknya tersenyum. Senyuman yang selalu bagi orang jatuh hati tetapi bukan pada gadis di hadapannya ini. Beku.

Abiir menggeleng. Kepala sudah rasa nak meletup dengan perangai lelaki gatal yang tak sedar dia dah ada isteri ni.

"I'm done. Saya dah habis kerja!" Abiir menekan butang save pada dokumen yang dieditnya tadi. Serentak dia bangun dari kerusi dan mula berjalan ke uminya yang sedang menjaga di kaunter. Muka masam jelas terpahat di wajahnya.

"Kenapa mencuka ni?" Umi bertanya. Kening terjungkit sebelah. Pelik! Tadi pagi mood anak daranya ini ceria apasal masuk tengah hari dah mula bertukar masam pulak?

Abiir menggeleng. Tangan mula bermain dengan bunga ros di atas kaunter.

"Paan mana?"

Auch. Jarinya terkena duri. Abiir mengigit jari yang tercuit tadi...

Umi menggeleng. "Haaa kan dah kena. Yang dok main sangat dengan duri tu kenapa?"

Abiir membuat muka lantas kaki dihalakan pada sofa di sebelah kaunter. Malas menjawab. Dia sendiri tak pasti kenapa. Buku di atas meja empat segi dicapainya.

"Haa Paan. Kenapa dengan anak mak cik tu?" tanya Umi bila Farhan datang menunjukkan muka beberapa minit selepas itu.

Farhan berdiri di hadapan kaunter sambil memandang Abiir yang sedang sibuk membuka buku. Baca ke tidak? Wallahu'alam. Lalu pandangan ditukar fokus kepada Umi yang sedang menunggu jawapan daripadanya. Segera dia mengangkat bahu.

Umi hanya mengangguk faham lalu menyambung kerjanya yang terbantut tadi.

Farhan memandang kedua manusia di hadapannya. Kepala digaru perlahan. "Apa yang mak cik nak suruh saya tolong lagi?"

Umi mengangkat muka. Abiir di belakangnya sudah mengeluh.

Farhan tersengih. Tahu sangat apa yang diisyaratkan Abiir itu... kalau bukan nak menghalau.

"Dah tak ada apa-apa pon. Paan ni rajin sangatlah, jarang Umi tengok orang muda macam ni. Selalunya sombong... Umi jalan bawak kotak berat pun tak ada nak menolong... Lain la kalau Abiir, laju je diorang..."

Farhan tersengih monkey. Entah kenapa rasa macam ditembak-tembak pula... Umi ni betul-betul puji ke tidak ni?

"Saya mana tolong Abiir, mak cik... saya tolong mak cik!" Suara dikuatkan biar orang di belakang mendengar.

Sekali lagi Abiir menghela nafas.

"Hurmmm... baguslah tu tapi Paan boleh balik dah ni. Tak ada apa-apa..."

"Betul ni?"

"Aah. Tinggal ni je mak cik nak bungkus dan hantar pada booklovers nanti..."

"Booklovers?" Apa ke peliknya nama tu. Pecinta buku?

Umi tersenyum. "Booklovers tu panggilan untuk ahli-ahli kelab buku book cottage ni. Haa Farhan cakap tadi yang Farhan suka buku kan? Apa kata Farhan join juga. Ini ha borangnya..."

Farhan menelan air liur. Kelab buku? "Err..." Dia termangu-mangu di hadapan kaunter. Buku bukanlah kegemarannya. Dia lebih gemarkan aktiviti luar. Snorkeling, paint ball... buku tak pernah masuk dalam kategori 'kegemarannya'.

Dia sudah mula bersedia untuk menjawab tidak...

"Abiir jadi ketuanya..."

Serentak kepala dianggukkan dan pen dicapai lalu menari-nari di atas form itu.

Hati oh hati, apasal dengan kau nih?!


From: Book Cottage <bookcottage@yahoo.com>
To: Ahmad Ezry Farhan <ae.farhan@yahoo.com>
Sent: Wednesday, 18 July 2012 11:27 PM
Subject: Bookclub meet-up! 
Assalamualaikum. 
Dengan ini book cottage ingin menjemput anda ke perjumpaan bookclub yang ke-9. Details mengenai tempat, tarikh, buku pilihan dan soalan-soalan semuanya di attachment. 
Sekian terima kasih. 
Fii amanillah. 
Best regards,
Bookcottage

"Dah baca email tu?"

Farhan mengalihkan fokus pada Aiman yang sedang duduk di hadapannya. Perlahan dia mengangguk. Jari dilarikan ke kepala. Tidak gatal. Tapi keliru.

"Kelab buku? Jumpa?"

Aiman sudah ketawa kaw-kaw. "Aaah. Bukan abang Paan dah sign up ke minggu lepas. Ke abang gatal sign up sebab sengaja nak tackle kakak gue?"

Farhan menjeling. Sedas terkena jantung. Betul sangat dah tembakan Farhan tu. Tapi sungguh mana dia nak tahu. Ingatkan sign up bookclub ni macam main like, like, join, join dalam Facebook tu. No contribution needed....

Tak payah nak kena pergi perjumpaan, buat discussion ke apa.. biasa-biasa saja...

Tapi... perlahan mata memandang buku warna pink yang sudah berada di atas mejanya itu. Mana nak tahu nak kena baca... and contribute. Siap ada soalan-soalan lagi. Ini dah macam tutorial masa zaman belajar dulu...

Aiman ketawa lagi. Ketawa mengejek.

"Nasiblah abang oii. Aku balik dulu, ni umi yang suruh hantarkan sebab dia tahu abang mesti tadernya buku nih. And to think again, I never know Ahmad Ezry Farhan is an avid reader..."

Ketawa lagi. Ketawa kaw-kaw punya.

Farhan menunjukkan penumbuk. "Kau pergi balik sekarang!"

Aiman menyuakan tangannya. Bersalam. "Good luck... dan selamat membaca." Lalu berjalan ke muka pintu, meninggalkan Farhan yang sudah duduk membuka buku itu. Sekali lagi dia ketawa keseorangan.

Di dalam biliknya, Farhan mengimbas buku berkulit pink terang itu.

Act Like A Lady, Think Like A Man.

Kepala digaru lagi. Adess dess dess.

Mampuihhhh///


------------------------------------------

Assalamualaikum semua. Moga-moga sihat hendaknya. Amin! 

First E nak cakap BS insha-Allah akan diterbitkan, so I remove the links. I'm sorry. Tapi nak menunggunya tahun hadapan. Lambat lagi but I really hate keeping secrets, so E cakap saja terus. So you guys tak tertanya-tanya lagi. Bulan berapa? E tak berani cakap since theres no black and white yet... who knows last minute kena tendang keluar ke apa ke.. hihi but that's it. Doakan the best.

Second, I have to apology for slow paced updates.. banyak sangat benda nak kena prepare dan E akan sambung belajar this september... scratch that.. memang september dah pun! fuhhh .. so masa untuk berinternet could be tight... because i really dont know how to multitask. InshaAllah ada masa akan update, again. Doakan terbaik untuk E.

Lastly, masih tak lambat nak ucapkan selamat hari raya, MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Thank you.

Xoxo, E!

Labels:


23 Surat Chenta ♥


Bab 6: 10 Tahun = 1 Dekad
Posted on Monday, 18 June 2012
@ June 18, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


"Eh?" Muka Ezzah yang terjungkit kening itu tidak dihiraukannya sebaliknya kaki tetap melangkah ke arah ruang tamu yang sedang menayangkan cerita kartun di pagi Sabtu itu.

"Ni apa tengok cerita budak-budak ni?" Surat khabar di atas meja kopi dicapainya lalu mengambil tempat di sebelah Ezzah.

"Apa pulak. Ingat cerita kartun ni untuk budak-budak je ke? Orang besar pun patut tengok, refresh balik nilai-nilai yang dah lama lupa."

Farhan tersengih. Teori luar alam Ezzah! "Mama mana?" Mengalih topik.

"Mama ada kat dapur.." Ezzah mengalih tumpuan pada Farhan yang sudah mengangkat kaki di atas sofa itu. Pelik! "Ni apasal tak keluar hari ni?" Keluar juga persoalan yang berlegar-legar di kepalanya. Selalunya hujung minggu je mesti ada dua benda yang Along akan lakukan.

1. Tidur sampai tengah hari. Tapi sekarang baru pukul 8 dah terpacak kat living! Siap dah mandi, shave elok-elok semua pulak tu tapi tak keluar pulak, lagi duduk baca surat khabar.

2. Kalau no. 1 tak jalan, mesti Along akan keluar beriadah dengan partners-in-crime (atau lebih dikenali sebagai Sun dengan Kaizer) Kalau yang berdua tu, memang malam la baru nampak muka balik!

Farhan menutup surat khabarnya. Sungguhlah orang sebelah ni rajin betul berkicipan! "Sun busy, Kaizer kena pergi France."

Ezzah mengangguk faham. No wonder lah! Elok sangatlah tu, kalau tak memang tak nampak batang hidung la kat rumah ni.

"Ni yang banyak tanya ni apasal? Satu hari kurangkan volume bercakap tu tak boleh ke?"

Ezzah tayang gigi. "Bosanlah Along!"

Farhan menggelengkan kepala. Spongebob yang tengah menangis itu tengah bermain di layar pandangan.
"Tukarlah. Bosan jugak Along tengok muka spongebob ni."

"Eh eh.. Ezzah nak tengok!" Remote yang sememangnya di dalam tangan itu disorokkan ke belakang.

"Nasib baik awak pregnant tau.."

Ezzah tersengih manja. "Tengoklah! Spongebob ni baik tau.."

Farhan hanya diam, tidak membalas. Matanya ikut sekali disoroti kepada cerita kartun yang sedang ditayangkan. Macam ni Ezzah cakap nak refresh nilai-nilai murni? Ya Allah, adik aku ni entah apa-apa. Benda  lain pun boleh kalau nak refresh nilai-nilai baik tu.. Tengok House pun boleh dapat apa? Tak pun baca buku? Buku lagi senang! Kalau kena tajuk dan genre, memang banyaklah boleh kutip.. ni tengok Spongebob dengan Patrick?

Ezzah oh Ezzah!

Lantas kaki diturunkan ke lantai. Tiba-tiba terasa nak berenang! Fokus Farhan jatuh pada buku yang diletakkan bersebelahan dengan vas berisi bunga ros hidup itu. Diari hamil....

Terus Farhan menarik senyuman nipis. Books cottage!

"Buku dah habis baca ke?"

Ezzah yang sedang tergelak dengan kerenah Spongebob itu mengerutkan dahi. "Huh?"

"Buku yang Along beli hari tu.."

Ezzah menggeleng laju. "Belum... ada lagi dua buku." Dua buku tebal, yang penuh dengan tulisan tanpa gambar. Memang lambat la dia nak habis...

Farhan mengangguk. Pucuk dicita ulam mendatang. "Along pergi cari stok baru lah eh?"

"Eh taper. Tu pun dah cukup stok sebulan."

Farhan menyeluk poket seluarnya, mengeluarkan kunci. "Taper, Along restock baru.. Along keluar dulu lah."

"Aik tak sampai setengah jam duduk, dah nak keluar" Tanya Mama yang baru keluar dengan pinggan yang berisi buah itu.

Farhan tersengih. "Cari buku kejap.. Along pergi dulu ya Mama!" Farhan mula melangkah ke pintu utama. Hatinya sudah berlagu riang. Sebulan lebih dah tak nampak muka cik buah hati sepuluh tahun lepas tu..

Sebaliknya di ruang tamu, Ezzah dan Mama berpandangan sesama sendiri.

"Buku? Along?"

Ezzah angkat bahu. Dia pun rasa pelik. Sejak bila buku dan Ahmad Farhan Ezri berada di dalam satu konteks ayat yang sama?

.....

'Assalamualaikum dan selamat datang'

Sekali lagi Farhan tersenyum bia terdengar suara dari sensor sebaik saja dia memasuki book cottage yang masih lengang itu. Laju matanya melilau mencari subjek -- penyebab kedatangannya -- ke sini.

Klik.

Fokusnya berhenti pada subjek yang sedang tunduk membaca di belakang kaunter itu. Terus senyuman dari telinga ke telinga tertuntas di wajah manis itu.

"Assalamualaikum." Dia memulakan bicara. Loceng di atas kaunter ditekannya perlahan.

Abiir yang sedang membaca 'Act Like A Lady, Think Like A Man' karya Steve Harvey itu mengangkat muka. Jelas riak terkejut di wajah itu tapi tetap dia menjawab salam Farhan itu dengan perlahan.

Farhan tersenyum sambil mengangkat tangan.

"Err ada apa-apa lagi ke?" Abiir bertanya. Kepala sudah mula memikirkan sebab musabab kedatangan Farhan di awal-awal pagi ini.

"Come again..." Senyum masih terleret di wajah Farhan.

"Huh?"

"Kali terakhir saya kat sini, awak ada cakap, do come again, isn't it?" Smiling eyes terukir.

Abiir mengangguk faham. Perkataan yang selalu dia katakan setiap kali bila pembeli mahu pulang dan kali ini entah kenapa dia terasa menyesal berkata demikian. Definitely bukan pada suami orang ini.

"So saya datanglah.."

"Okay." Abiir meletakkan penanda di bukunya. "Buku apa pulak yang awak nak cari kali ni?"

"Erm.. you think?"

Abiir mengangkat kening. "Genre apa yang awak suka? Crimes? Politics? Self-improvement..."

Awak? Mahu saja Farhan menyebut perkataan itu tapi dihalang keras oleh kepala... tapi not now, Farhan. Just not now.

"Abiir..."

Farhan tersentak bila terdengar satu suara menyebut nama Abiir itu. Janganlah kata itu suara hatinya? Terus dia melangut memandang ke arah 'suara hati'. Ada seorang wanita berjubah hijau sedang tersenyum ke arahnya. Fuhhhh...

"Ada kawan rupanya..." Wanita itu bersuara. "Siapa ni?"

"Kawan Abiir.."

"Senior Aiman."

Farhan dan Abiir menjawab serentak.

Puan Halina tersenyum sambil mengangguk-angguk. "So kawan Abiir dan senior Aiman la ni?"

"Aaah. Both.." Dan mungkin juga menantu mak cik? Some time in the future, may be?

"Saya Farhan. Mak cik nak panggil Paan pon boleh" Farhan sudah tersenyum beria.

Orang cakap kalau nak mengorat anak, kena mengorat ibunya dulu kan?

Labels:


38 Surat Chenta ♥


Bab 5: 10 tahun = 1 dekad
Posted on Monday, 23 April 2012
@ April 23, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Abiir membontoti ibunya yang sedang sibuk melabel buku itu. Jika ibu ke kiri, dia ke kiri. Jika ibu ke belakang, dia turut ke belakang. Tapi ibu masih tetap dengan keputusan yang ibu buat lima jam yang lalu. Ibu tetap tak akan menemaninya ke Zam Zam dinner nanti!

"Ibu, pleaseeeeee." Lama bunyi 'e' itu dia sebutkan.

Ibu menggeleng perlahan. "Kakak pergilah, bawak ibu buat apa. Lagipun ibu nak jumpa abah. Sehari dah tak jumpa ni." Ibu tersengih lama.

Abiir membuat muka. Sehari tak jumpa ya ibu? Lunch tadi bukan dengan abah ke? Tapi itulah abah dengan ibu. Happy couples.. indeed.

"Kalau kakak cakap tak jadi boleh tak ibu?" Tanya dia sambil mengangkat buku yang dilabel ibu ke rak yang sepatutnya.

Ibu diam. Abiir memalingkan muka.

"Apasal kakak macam takut sangat nak pergi ni?" Dahi ibu sudah berkerut.

Abiir melakar senyum tak senyum. Bahu diangkat. "Entah." Sebab dia dah berkahwin kut. Tapi perkataan itu terlekat di anak tekak. Tak sampai keluar..

"Pergi je la. Be professional."

"Professional kakak dengan budak-budak tadika tu je ibu.." Amboi.

"It's up to you but remember salah satu ciri orang munafik ialah bila dia berjanji, dia.." Mata ibu berpaling kepadanya meminta jawapan.

"...dia memungkiri janji." Abiir menjawap perlahan.

"Kalau kakak segan nak jumpa dia. Just do your work dan lepas tu baliklah."

Abiir mengangguk.

"Lelaki ey?"

Abiir memandang ibu seraya mengangguk. Keningnya diangkat sebelah. "Kenapa bu?"

Ibu angkat bahu. "Kut-kut boleh jadi calon menantu ibu.. perhaps?" Mata dikenyitkan lalu kaki diangkat pergi ke belakang sebelum anaknya meroyan tak sudah bila isu 'calon menantu' itu dinaikkan dalam butir bicara.

Abiir ternganga dan sebelum sempat dia membalas ibu sudah ke belakang dengan buku-buku lebihan. Ahhh ibu ni! Sempat lagi tu..

Tapi bu... nak buat camner ibu.. laki tu dah ada orang yang punya.

Talking about good opportunity only comes once in life. Ye ke?

.....

Abiir melangkah jua ke pintu masuk restoran Zam Zam itu dari keretanya. Perlahan-lahan dia berjalan, kepala masih lagi 50-50 untuk ke dalam. Kalau aci dia balik cakap ada emergency ke apa ke boleh tak?

Tapi kaki masih tetap melangkah. Lebih kurang sepuluh langkah lagi dia bakal masuk ke restoran..

Balik? Tak? Balik? Tak? Ba..

"Abiir." Satu suara memanggilnya dari belakang.

Tanpa menoleh pun Abiir dah tahu pemilik suara tu. Perlahan-lahan dia berpaling.

Farhan melambai tangan. Dia berjalan menghampiri Abiir yang kelihatannya macam terkejut monkey itu.

"Hai." Katanya sebaik saja dia sampai disebelah gadis bertudung hitam itu.

"Hai." Dia memandang Farhan yang masih berkemeja biru itu. Lengan baju sudah disinting ke siku. "Baru balik kerja?" Sambungnya.

Farhan menyeluk poket sambil mengangguk. "Apasal berdiri je tadi tak masuk?" Kening terangkat.

"Err,, err.." Abiir cuba memikirkan idea.

Farhan tersenyum. "Jomlah masuk." Kaki melangkah perlahan memasuki pintu masuk restoran dan meninggalkan Abiir yang terkulat-kulat mahu menjawab itu..

Kalau ditunggu juga.. sah-sah Abiir tak akan masuk punyalah!

.....

"Nah." Tangan sudah dilunjurkan kepada Farhan bersama dengan resit dari Pusat Servis Proton itu sebaik saja mereka duduk di tempat masing-masing, sambil menunggu waitress datang menghantar menu.

Farhan mencapai dengan tangannya. Kertas putih berlipat dua itu diletakkan di dalam poketnya.

Abiir mengerut dahi. "Tak nak bukak tengok?"

Sebelum sempat Farhan membuka mulut, handphone yang diletakkan di atas meja itu bergetar meminta untuk diangkat. Farhan mengangkat tangan, meminta kebenaran untuk menjawab.

Abiir membuat muka. Entah kenapa dia tak berapa berkenan macam ni. Apa yang dia mahu buat sekarang ni ialah bagi resit dan balik tapi entah kenapa Farhan seakan-akan mahu memanjangkan masa.

Entah-entah orang yang sedang Farhan menjawab panggilan ini ialah isterinya?

Gulp. Abiir terasa seperti kerongkongnya disekat. Sungguh dia tak mahu dicop sebagai pemusnah rumah tangga orang..

Pandangannya jatuh di atas tangan kanan yang sedang memegang phone itu.

No wedding band, both on his hand, all on his fingers.

Tapi memakai cincin tak bermaksud orang tu dah berkahwin kan? Dan tak memakai cincin pun tak bermaksud orang tu masih bujang.. kan? kan?

"Lama tenung." Entah bila dia tak sedar yang Farhan sudah habis bercakap di telefon. Dia cuba untuk mengkomposkan diri.

"I rasa kan.. I balik dulu la kut.." Abiir memandang Farhan meminta pengertian.

Farhan mengerutkan dahi. "Laa order pun belum ni?"

Abiir menggeleng. "I dah makan dah.." Tengah hari tadi.

"Abiir.." Lembut lelaki itu menuturkan.

Abiir diam, memandang seorang kanak-kanak yang sedang disuap ibunya itu.

"Alla.. temankanlah I sekejap. I janji tak lama, lepas makan, kita balik.. please."

Abiir mengalih pandangan ke wajah di hadapannya yang penuh mengharap itu. Lama dia menyoroti muka putih bersih itu. Mata smiling eyes..

Halahaih. Abiir mengeluh.

Entah kenapa, sebab apa, Abiir mengangguk perlahan.

"Thank you." Senyuman terlakar di wajahnya. Ikhlas.

.........................................

My sis once said that it looks pathetic bila dia nampak orang duduk makan, alone? Dia kata dia lebih rela xmakan, or take away dari duduk makan sorang-sorang.

What say you?

psstttt: E letak balik link BS. So sesiapa yang xsmpat baca, boleh baca balik. Hihi.

Labels:


36 Surat Chenta ♥


Bab 4: 10 tahun = 1 dekad
Posted on Tuesday, 17 April 2012
@ April 17, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Farhan memperlahankan volume lagu bila mendengar incoming calls yang meminta-minta di angkat. Tangannya menekan punat bluetooth headset di telinga kanannya. Matanya masih lagi difokuskan di hadapan tapi sebenarnya tiada apa pun yang perlu dirisaukan bila melihat keadaan jalanraya yang tengah jam begini. Tak bergerak pun keretanya ini. Gerak pun sikit je dah kena tekan brek balik.

"Hello."

"Hello." Jawab suara di sebelah corong sana.

Farhan menaikkan kening. Perempuan. Tapi kenapa macam tak kenal. Bukan suara Alina, setiausahnya. Bukan suara mama. Bukan suara Ezzah.

"Siapa ni?"

"Oh saya Abiir.. kereta saya encik langgar hari tu.. tapi adik saya yang bawa. Dia dah balik Sabah.." Terang suara lembut itu lagi.

Abiir? Farhan hampir melopong.

Ya Allah. Rasa macam nak meloncat je. Baru dia teringat kisah malam minggu lepas. Sungguh dia terlupa pasal insiden langgar bontot Gen 2 tu. Mana taknya bila sibuk dengan kerja, habis lupa dan lagipun hari selepas tu ada jugak dia menunggu panggilan dari Aiman tapi hampeh. Budak tu kelu tanpa berita. Rupa-rupanya balik Sabah! Tinggal urusan dekat Abiir.. and wait kereta Abiir ke yang dia terjah dulu tu?

"Abiir! I lah ni.."

Abiir di hujung talian terdiam. I mana pulak ni?

"Farhan." Tanpa perlu bertanya, Farhan terus memperkenalkan diri.

"Ohhhhh.. you." Hanya itu mampu dia katakan.

"Yes, me. Kereta tu macam mana?"

"Oh I dekat Proton sekarang ni. Ambik kereta I.. er.. I call ni sebab nak cakap yang nanti I bagi you invois."

"Ohh.. bila?"

"Bila?"

"Bila you nak bagi invois? You tahu I dok kat mana ke?"

"That's why I called.."

"Oh kalau macam tu lunch esok macam mana? Kita jumpa kat restoran mana-mana." Farhan mencucuk jarum.

Abiir terdiam. Ni nak ajak dating ke apa ni? Dating? For God's sake, Abiir, he IS married. Hand off!

"I kerja." Balas Abiir dan memang pun. Waktu lunch dia mana sama dengan orang lain bekerja. Waktu lunch orang lain tulah dia sibuk bila si kecil semua tu nak balik. Dan kalau tu ada juga yang stay sebab family ada kerja.

"You kerja apa sampai tak da lunch ni?"

"I cikgu tadika."

Ohhhh. Farhan terdiam. Tangan mengetuk stereng. Berfikir. Selepas seketika. Senyuman menghiasi bibir.

"Dinner?"

Abiir diam. Sudahhh. Dinner pulak. Pelik betul lelaki ni.. bukan malam ke dia lebih elok stay kat rumah dengan anak bini.

"Takkan cikgu tadika pun kerja sampai malam kut." Tanya Farhan bila Abiir hanya diam tak menjawab di hujung sana.

Abiir diam lagi.

"Abiir.."

"Kalau I just drop kat mana-mana ke? or you can come to my mom's bookstores. I ada sampai petang."

Farhan diam.

"Oh no. Dinner okay? Dekat Zam-zam. Near our places kan?"

"Tapi.."

"Ohh ohh sebenarnya I tengah driving ni. Kira jadilah eh. Zam-zam. After Maghrib.."

Tuppppppp.

Farhan mematikan talian. Dan terus dia memberikan signal ke kiri, memasuki persimpangan masuk ke Shah Alam dari Federal dengan senyuman menghiasi wajahnya.

Mahu lari lagi ye cik Abiir?

........

Abiir yang berada di pusat servis Proton itu hanya mampu memandang HTC yang sudah gelap itu. Speechless. Macam tu je dia putuskan talian? Senangnya..

"Kenapa ni kakak?" Suara Abah memasuki gegendang telinganya. Abah datang memberi resit pembayaran kepadanya.

"Tak da apa-apalah Abah. Jom balik. Dah nak dekat Maghrib ni." Abiir HTC warna hitam dimasukkan ke dalam beg tangan. Tangannya mengambil membuka pintu belah pemandu lalu masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan.

Abah memandang jam di tangannya. "Nanti kakak berhentikan Abah depan surau je lah. Balik nanti Abah jalan je."

"Dah telefon dah orang yang langgar kereta kakak ni?" Abah bertanya bila kereta mula bergerak.

Abiir hanya mampu mengangguk lemah. Ni memang nak kena jumpa dia jugak la esok eh? Dia mengeluh.

Aiman ni memang nak kena. Dalam banyak-banyak orang kenapa dengan Farhan juga dia nak accident?!


.......

Aiman yang berada di UMS itu hanya tersenyum memandang skrin laptopnya. Dua mesej inbox di Facebook itu menarik minatnya. Satu dari kakak terchenta.. dan satu lagi dari abang senior terhormat.

The funny thing is... both are talking about the same thing.

Abiir: Aiman tak cakap pun yang langgar tu kereta Farhan.

Dan Farhan pulak: Weii dude. You didnt tell me that it's your sis's car. Hella fun. Gotta enjoy that. HAHAHA.

HAHAHHAHA.

Selamat dia gelak kaw-kaw di dalam biliknya ini.

Fuhhhh.

At least, hilang juga beban stress mengadap dissertation untuk project akhir master dia ni.

Aduhai kakak dan abangku ini....

..............................................................

Assalamualaikum. Dengan ini saya secara humblenya ingin memohon maaf atas keterlambatan (amboii) updates. Minta maaf sebab first saya busy. Hospital back and forth. Penat. Second, weekend saya ada date. Since dia nak kena keje dekat hospital hulu yang tada entertainment life. Maka luangkan masa sedikit. Third, internet rumah yang macam apa ntah. Kejap-kejap no connectivity. Saya online pun through hp. Dan kalau updates guna handphone tadak feel. So saya hanya mampu bermain twitter saja. Hihi. Keempat, my uncle passed away due to cancer last week. Masa dihabiskan di kampung. Kelima, kadang-kadang tu malam-malam saya tengok drama kuriya. Hahhaha. Lastly, bila ada masa, dan tak penat. Idea tak datang. Yang ni major. Selalu. Sorry eh.

Saya harapkan anda semua sihat-sihat belaka.. jaga diri elok-elok. Lead a healthy life. InshaALLAH. Marilah kita sama-sama mengurangkan beban dukter-dukter di Malaysia. Eh tetiba.

Dan marilah sama-sama berdoa yang E diberi ilham sebanyak yang mungkin. Seriously I'm running out of track these days.

Okayy selamat dah luahkan perasaan/ memberi alasan (ntahpapa).

Assalamualaikum.

Labels:


25 Surat Chenta ♥


Bab 3: 10 tahun = 1 dekad
Posted on Friday, 23 March 2012
@ March 23, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Farhan tetap meneruskan pemanduannya walaupun dia sibuk berbincang di talian. Telefon bimbit dikepit di telinga kanan dengan bahu manakala tangan pula di stereng, memandu. Multitasker.

"Macam mana tak dapat approval pulak ni?..." Tanya Farhan. Tadi elok je bila dia nak keluar dari rumah, Encik Ilyas, pengurus syarikat menelefon. Katanya ada masalah sikit dengan pihak kastam. Tak dapat approval. Kontena tak dapat keluar sedangkan pelan asal mereka barang perlu dihantar selewat-lewatnya hari ini.

Concorde sudah gah di depan mata. Isyarat ke kiri diberikan. Stereng dipusing ke kiri.

"Call Mr Kim. Cakap dia yang kat sini delay, asking for a week. I rasa esok atau lusa dah boleh dapat approval kut." Farhan memberikan kata akhir. Perkara pengesahan kastam ni dah banyak kali dah berlaku selama dia ambil alih syarikat papa ni. Masa awal-awal dulu cuak juga dia. Mana taknya janji dengan client nak hantar waktu ni, tup tup tiba-tiba ada masalah dengan pihak kastam. Tak dapat pengesahan. Siapa tak cuak? Good testimonial is the best ads.. kalau client tak suka, macam mana income nak masuk.

Sebaik saja dia membelok kiri, dia memberikan signal ke kanan pula. Mahu masuk ke parkir dalam hotel tapi disebabkan kereta yang berarus dari arah bertentangan dia memberhentikan kereta.

Fokus masih di antara perbualan di telefon dan juga jalan raya.

"I'll deal with him tomorrow. Yeahh yess okay.."

Kereta sudah semakin sikit. Dari jauh dia nampak Gen 2 yang sedang memberikan isyarat masuk ke Concorde.

"Yes try to fix it asap.." Farhan masih berbincang di talian.

Gen 2 dah memasuki Concorde.

Mata Farhan meliar, no car. Berehhhh.

Minyak ditekankan..

Kedebusshhhh.

Entah bila, dia tak sedar yang si Gen 2 berhenti di hadapan tempat parking bawah tanah Concorde.

Farhan menumbuk stereng.

"Ilyas, I'll get back to you soon. Ada problem sikit."

Klik. Telefon dimatikan.

"Yoo bro apa ni?" Tanpa salam, tanpa hello pemuda itu terus menghentamnya. Inikah budaya kita. Lama dia memandang pemuda yang berbaju melayu ungu itu.

Errr... macam..

"Abang Paan!"

Kenal..

"Woii kau!"

Aiman.

Adik Abiir.

Sekarang aku percaya bila orang cakap keciknya dunia. What a smaaaaaaalll world. Tadi petang jumpa kakak. Malam jumpa adik.

Jodoh ke apa ni?

"Kau buat apa sini?"

Aiman membuat muka. Tanya soalan entahpapa. Dia membetulkan sampin di pinggang. "Takkan Melayu hilang di dunia bro.."

Farhan tersengih. Haah ye la. Aiman dengan dia kan satu sekolah.

"Semangat kau ikut theme." Farhan pandang kemeja dan seluar slacknya. Adoi ini tema satu hari di negara Inggeris ni. Nasib baik tak lengkap ber-bowtie.

"Abang tu yang tak sporting. Pak Derawan nampak, sumpah dia kecewa. Anak didik bahas dia jadi macam ni."

"Tak sempat la. Banyak kerja.."

"Chehhh. Abang saya ni sanggup balik dari Sabah nak mai sini.. Abang yang duduk dekat ni tak sempat. Piirahhhh."

Farhan tersengih. Touche.. Dah tak boleh nak kata papa dah. Orang cakap kalau nak tackle si kakak, kena tackle adiknya dulu. Maka dia diamkan saja..

"Tapi Abang," Kereta Gen2 dipandangnya bersilih ganti dengan BMW di belakangnya itu. Gen2 yang remuk teruk tapi BMW itu masih lagi macho tersenyum dengan mata cantek tu! "Kereta ni macam mana?" Dia memandang Farhan.

Kak Abiir pasti mengamuk ni! Dahla saman dua bulan lepas tu tak terbayar lagi.. ni masuk yang ni. Memang kena kerat 18 la dengan Kak Abiir.

Kak Abiir tu nampak je lembut. Cikgu tadika tapi hampehhh. Lembutnya itu bukan untuk Aiman, si adik yang sorang ni. Dengan dia Kak Abiir bertukar garang macam singa!

Kali ni giliran Farhan pula yang melihat kereta tu. Kemek di bahagian belakang.. dan juga nombor plate yang terpatah sedikit.

"Abang bayar. Nanti kau bawak pergi bengkel.. lepas tu invois bagi abang."

Mata Aiman bertukar sinar. Harapan yang kelam tadi kembali terpancar. Muka Kak Abiir yang garang dah hilang sebaliknya digantikan dengan muka Farhan yang di hadapannya.

Kalau macam ni la sportingnya Abang Farhan. Sah-sah dulu dia tak kenakan bila Abang ni ada hati dengan si kakak. Biar kawen je terus.. fuhh lagi best dapat abang ipar sporting dari kakak singa betina!

Pon pon pon.

Bunyi kereta dari belakang. Farhan mengangkat tangan meminta maaf. Boleh pulak buat sesi jejak kasih kat sini.

"Kita jumpa kat dalam la okay?"

Aiman hanya mengangguk. Muka pemandu Volkswagen putih di belakang mereka itu yang sudah kelat kerana terpaksa menunggu itu membantutkan niatnya untuk bersembang lebih jauh. Kaki dihalakan ke tempat duduk pemandu.

Gear D dimasukkan. Handbrake dilepaskan..



Abiir bersila di lantai sambil tangannya rancak bermain-main dengan ilustrasi kartun yang sedang dieditnya di Adobe Illustrator. Gambar  Bunny yang bewarna putih itu diwarnakannya sambil membuat background belakang.

Bunyi grill pintu dibuka dari luar. Tahulah yang adik lelakinya sudah pulang.

Abah dengan mama dah lama dah pulang. Hanya tinggal si adik ni saja..

Matanya menjeling ke arah jam di dinding. 1 pagi.

Kerja diteruskan lagi. Klik. Klik. Tangannya cekap bermain..

"Tak tidor lagi?" Suara Aiman menerjah. Adiknya duduk di atas sofa sambil membuka sampin dan butang baju melayu.

"Esok kan Ahad. Relax la, malam masih muda."

Aiman mengangguk. Tangannya menyambar remote control di atas meja yang berselerak dengan kertas-kertas bewarna itu. Macam tulah Kak Abiir buat kerja. Berselerak. Semua dia bawak turun. Laptop, printer.. lepas tu bukak sila depan TV, buat kerja.

Tangannya mahu menekan angka 8..

"Jangan ubah! Kakak nak tengok." Pantas Abiir bersuara. Tahu sangat perangai si adik yang asal ada chance saja nak ubah channel.

Terus dia meletakkan kembali remote control di atas meja. Tak berani nak buat perangai macam selalu. Halahaih. Macam mana la caranya nak sampaikan berita buruk kereta kakak ni?

Abiir mengangkat kening. Terus dia memandang Aiman yang sedang termangu, seakan-akan memikirkan sesuatu. Ini macam pelik ni.. Selalunya katalah apapun mesti Aiman buat tak endah, tetap dengan perangai suka ubah channel dia tu.

"Kenapa ni?"

Aiman menggeleng. Takut.

Abiir angkat kening.

"Macam mana tadi? Best?"

Aiman mengangguk.

"Ahh mana kunci kereta? Dah lock dah kereta?" Tanya Abiir. Aiman ni ada habit biarkan saja kereta tak kunci.

Gulp. Sudahhh. Kak Abiir dah masuk tanya pasal kereta dah.

"Dah kunci dah..."

Abiir mengangguk. Matanya kembali ke arah material pembelajaran yang dia tinggalkan tadi.

"Kakak.."

"Uhuh..." Gambar Bunny tadi dibayang-bayangkan sedikit.

Aiman menelan air liur..

"Tadi Aiman accident. Che putih kakak tu remuk sikit."

Tangan yang rancak bekerja tadi terhenti.

Remuk sikit?

Zrapppp. Dia menjeling tajam ke arah Aiman yang tengah terkulat-kulat mencari idea.

"Ni mesti bawak laju kan?" Bulan lepas dia terima dua saman melebih had laju.. RM600 terbang macam tu ja. Sekarang pulak berapa nak terbang? Ingat dia banyak duit sangat ke?

"Terbang lagi duit kakak. Hutang hari tu pun awak tak bayar lagi?"

Aiman tersengih. Nak buat macam mana kakak, duit scholarship tu cukup-cukup makan je. Research lagi. Tambang nak balik semenanjung lagi.. Tak cukup!

"Tapi tak pa kakak. Orang yang langgar tu janji dia akan bayarkan."

Abiir mengecilkan mata. Tak percaya. Tapi mendengarkan orang yang melanggar tu sanggup bayar pun dia dah berterima kasih sangat dah. Kalau tak larilah budget bulan ni.

"Kalau dia tipu?"

Aiman mengeluarkan telefon bimbitnya. Tangan mencapai kertas dan pen di atas meja. Rancak dia menulis lalu menyerahkan kepada Abiir.

Abiir memandang nombor-nombor yang tertera di atas stick note kuning itu.

"Nama?"

"PA.." Dia menutup mulutnya kembali. Tak jadi.

Aiman menepuk dahi. "Alamak. Lupa pulak nak tanya tadi."

Abiir pandang Aiman lama-lama.

Aiman bingkas bangun. "Aiman nak mandi.. nanti akak pergi bengkel, lepas tu send invois kat dia. All on him. Sorry esok Aiman dah nak kena balik Sabah."

Abiir mengetap gigi. Patung spongebob yang setia duduk di sebelah itu dibaling ke arah Aiman!

Geram.

Aiman yang bawak kereta sampai kena langgar tapi dia pulak yang nak kena hantar bengkel!

Hurrrrrr.

......................................

Saya masih ingat yang ada orang pernah suggestkan orang yang sesuai dengan Along ialah someone yang macam cikgu tadika.. and I like that idea as well. So here we goes.. :)

Labels:


23 Surat Chenta ♥


Bab 2: 10 tahun = 1 dekad
Posted on Tuesday, 20 March 2012
@ March 20, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Senyuman yang tadinya menghiasi muka bujur sirih itu bertukar menjadi segaris sebaik saja lelaki berkemeja putih itu berpaling kepadanya.

Abiir terkedu. Terkejut.

Farhan. Hati berdesis.

Dan jelas sekali yang lelaki itu juga terkejut melihatnya.

Abiir cuba mengkompos diri. Tak mahulah riak terkejut itu bermain lama di wajahnya. Dia tersenyum. Janggal.

"Hai." Dia mengangkat tangan. Long time no see.

Farhan berdehem. Membetulkan anak tekak.

"Hai." Buku yang dipegangnya tadi dimasukkan ke dalam bakul. Dia berdiri menghadap Abiir yang berdiri di sebelahnya yang jelas sudah bertambah matang, bertambah cantik, bertambah ayu..

10 tahun. 1 dekad.

Takkanlah nak expect Abiir Humairah ni macam Abiir yang dulu.

"Buat apa sini?"

Abiir tersenyum. "Ini kedai buku ibu saya. Lepas kerja saya datang sini. Lepak."

Farhan mengangguk. Betulla. Kata Aiman, Abiir suka membaca.

"So cari buku apa? Kut-kut saya boleh tolong." Abiir tersenyum.

Farhan mengangkat buku biru di dalam bakul lalu ditunjukkan ke arah Abiir.

Diet ibu mengandung? Abiir membaca tajuk buku itu. Zapppp. Senyuman tadi bertukar menjadi kelat.

He's married. A father.

"Ohhhh." Hanya itu saja yang terkeluar.

Farhan menjeling sedetik buku di tangannya. Diet ibu mengandung. Dia menepuk dahi. Matanya kembali kepada wajah bujur sirih di hadapannya. Ingin menerangkan hal sebenar.

Tapi sebelum sempat dia membuka mulut. Abiir berbicara.

"Dah kahwin.."

Tidak pasti sama ada tanda soal di hujung ayat itu atau titik noktah.

Tetapi yang pastinya suara Abiir bunyinya lemah sekali di telinganya. Cemburukah dia? Terkilan kah Abiir bila 'mendapat' pengkhabaran yang Ahmad Farhan Ezry ni dah berumah tangga.

Tiba-tiba Farhan tersenyum. Entah kenapa dia rasa seronok.

Soalan (atau ayat penyata) dari mulut Abiir dibiarkan sepi. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

"Bagus ke buku ni?" Farhan bertanya.

Abiir mengangkat muka. Cuba mengkomposkan diri.

"Bagus tak bagus, saya tak pasti tapi ramai juga bakal-bakal ibu bapa yang beli.."

Farhan mengangguk faham. "Kalau macam tu I angkut je la. Lagi you nak rekomen apa?"

Abiir memandang buku-buku di dalam bakul itu. Hampir penuh. "Saya rasa dah cukup dah kut tu."

Farhan tersengih.

"First child?" Abiir bertanya bila mereka sama-sama berhenti di kaunter. Tangannya pantas mengskan barcode di belakang buku.

Farhan lagi bertambah senyum. Tiba-tiba mode usik mengusik dihidupkan.

Seraya dia menggeleng. "Nak masuk dua." Dua anak sedara.

Abiir memberhentikan kerjanya. Dah dua anak..

"Ohhh." Sekali lagi hanya itu yang dia mampu katakan.

"You dah kawen ke belum?"

Abiir mengangkat muka. Lama dia pandang lelaki yang dah bertukar status tu. Akhirnya dia menggeleng perlahan.

Farhan mengangguk. Dalam hati dah macam party gembira dah..

"Why?"

Abiir hanya tersenyum menggantikan jawapannya. "Nah. Semua RM 98.00."

Farhan mengeluarkan wallet dari kocek seluar. Dua keping not RM50 dikeluarkan.

Abiir hanya diam melakukan kerjanya. "Nah baki. Come again."

Farhan tersenyum. "Definitely." Senyuman extra gula selamat dia tebarkan pada Abiir.

There will be a next, next, next time.. again Miss Abiir Humaira.

Definitely.



TV yang sedia terbuka itu tidak dihiraukannya. Kepalanya masih lagi teringat kisah perjumpaan selepas 10 tahun itu tadi.

Macam tak sangka. 10 tahun. Akhirnya diorang berjumpa balik.

Tapi dalam masa 10 tahun tu, banyak benda dah terjadi.

He is the father of two. Going two. 

"Helllloooooooooooo.." Satu suara menyampuk. Abiir tersedar dari lamunannya.

Tangan Aiman melambai-lambai di hadapan matanya. "Are you thereeeeeeee?"

Tangan Aiman ditangkapnya. "Yes I'm here. Kenapa Encik Aiman?"

"Mana tahu dekat Paris dah ke sekarang ni. Orang panggil tak menyahut, diam. Berangan."

Abiir mengeluarkan lidah. Mencebir.

"Pinjam kereta?" Aiman menadah tangan.

"Kereta abah mana?"

"Diorang keluar. Pleaseee."

"Pergi mana pulak ni?" Tanya Abiir. Sesungguhnya dia berat hati nak berikan kereta kesayangannya kepada Aiman. Mana taknya setiap kali Aiman memandu, setiap kali itulah dia akan dapat surat chenta dari polis trafik.

"Ada reunion. Tengok bajulah.."

Abiir memandang sekilas adik lelaki di sebelah. Berbaju melayu ungu.. siap bersampin bagai. "Ni nak pergi kawin ke nak pergi reunion?"

"Theme kakak, theme. Takkan Melayu hilang di dunia. Ni mesti idea Pak Derawan ni." Pak Derawan tu cikgu BM sekolah mereka dahulu. Nama jolokan yang budak-budak bagi. Sebabnya dia kaki dera. Nama sebenar Ridhwan. Maka bila sambung, dah jadi DERA+WAN.

Abiir membuka beg tangannya. Kunci proton Gen 2 itu dibawa keluar. "Jangan laju-laju. Kakak dah tak larat dah nak bayar saman. Everytime awak cuti, mesti kakak dapat surat chenta!"

Aiman tersengih. Tangan menunjukkan isyarat OKAY.

"Thank you kakak!"

"Iyeeeee. Have fun."

"I will."

...................................................................

Assalamualaikum semua. Here we goes the second chapter of 10t=1d.

Have fun. ;)

Labels:


31 Surat Chenta ♥


Bab 1: 10 tahun = 1 dekad
Posted on Wednesday, 7 March 2012
@ March 07, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Kunci kereta dicampakkan ke atas katil. Seminit selepas itu dia merebahkan diri sekali -- bersama dengan kunci yang dilemparkan tadi -- ke katil yang bercadarkan corak abstraks maroon + hitam itu. Tali leher yang menjerut leher dilonggarkan. Tangan kanan diletakkan di dahi. Mahu merehatkan otak selepas hari yang sibuk. Satu hari berlari sana sini.

Dari kilang di Balakong berlari balik ke office di Damansara untuk meeting. Lepas tu lunch date dengan client dan malam ni pukul 8.30 ada dinner di Concorde pulak. Nasib baik rumah di Shah Alam. At least, tak da la gila sangat nak redah jam nanti.

Mata dipejamkan.

Seminit..

Tok tok tok.

Dia mendengar ketukan pintu. 

Tok tok tok.

Dia memejamkan mata. Tak mengendahkan ketukan pintu.

Selepas seketika, dia terdengar pintu dibuka. Bunyi tapak kaki bergerak ke arahnya.

Tapak kaki itu berhenti. Diam.

"ALONGGGGGGG!" 

Terkejut. Terus dia bingkas bangun. Wajah yang masam mencuka itu dipandangnya. "Kenapa ni Ezzah. Along penat lah."

Ezzah tersengih. "Saja nak kejutkan. Ingat Ezzah tatahu yang Along buat-buat tak dengar bila Ezzah ketuk tadi?"

Farhan mencebir. Tahu saja dia ni..

"Kenapa?"

Ezzah tersenyum manja. Kedua-dua tangannya disuakan, seakan-akan meminta sesuatu. Kening Farhan terangkat. Tak faham.

Muka yang senyum tadi kembali masam. Ezzah terus duduk di birai katil. Geramnyaaaa!

"Kenapa?" Farhan bertanya lagi.

"Lupa lagi la tu?"

Farhan tersengih. Obvious. Kut. Tapi sengihannya mati bila terpandang mata yang sedang tajam memandangnya. Dia cuba memikirkan apa yang adiknya inginkan ini. Apa yang dia mengidamkan? Sejak Ezzah berbadan dua -- dan Hariz masih di atas kapal, bekerja -- dialah yang bertukar menjadi tukang beli menggantikan Hariz. 

Tukang beli durian belanda bila Ezzah teringin.

Tukang angkat bag bila dia mahu shopping. And knowing Ezzah, yang kaki shopping tu.. wow!

Tukang lain-lain.

Fuuhhh. Mula-mula dia geram juga. Mana taknya pukul dua pagi, ketuk bilik teringin nak makan ikan bakar. Siapa tak geram. Tapi bila mengingatkan hanya dia yang Ezzah ada -- atas darat, kalau Hariz ada, dia pasti Ezzah tak akan cari dia -- dia turutkan jua. Takkan nak suruh papa yang dah tua tu kut, atau Ezzaq yang dah ada anak bini? Maka semuanya kembali kepada dia.

Nasib baik adik perempuan sorang. Kalau dibuatnya sepuluh.. owhhhh.

"Berangan! Along mesti tak beli kan?"

Farhan cuba memikirkan kembali. Apa yang dia lupa..

"Along... nanti on the way balik carikan buku pregnancy kat Ezzah eh?" 

Gulp.

Dia menepuk dahi. Pregnancy book! Ya Allah.

"Kan lupa lagi kan? Dua minggu lepas lagi Ezzah dah ingatkan. Every day. Every morning."

"Along lupa. Busy. Sekarang akhir tahun, banyak benda nak kena check."

Ezzah menjeling. Dua minggu! 

"Yellah. Yellah." Farhan mencapai kunci kereta disebelahnya. Dia bingkas bangun berdiri. "Along pergi beli sekarang." Rasanya tadi on the way balik dia ada kedai buku di deretan kedai. 

"Tak payahlah.. nanti Ezzah pergi beli sendiri." Tiba-tiba dia rasa dia dah terlebih. Nak merajuk dengan Along sendiri. Padahal memang betul pun, nampak sangat dah, yang Along tu penat bekerja. Tambah-tambah bila papa selalu sakit-sakit sekarang ni. Kerja Along jadi double. Uruskan kerja sendiri, kerja papa..

Farhan menggelengkan kepala. "No." Dia dah berjanji dengan Hariz. Kalau apa-apa jadi kat adik dia. Terjatuh ke.. mampus. Dah la Hariz tu lagi besar daripada dia. 

"Tapi.."

"You stay here? Or do you want to tag along?"

Ezzah menggeleng. Malas nak menukar baju.

"Okay buku mengandung kan?"

"Beli banyak-banyik sikit ye Along.." Ezzah menjerit.

"Iyeeee." Jawabnya perlahan. Kaki dihalakan ke tangga. Kalau macam ni la susahnya nak jadi 'husband', sejuta kali dia fikir balik pasal cadangan-cadangan -- orang tersayang -- yang menyuruhnya berkawen.

Hands down.




Book cottage. Dia membaca dalam hati. Pelik sungguh namanya. Kalau dua kali tengok, rasa tak macam kedai buku. Macam kedai cenderahati. Dari perkataan cottage itu, of course. Tidak komersial. Itulah pendapatnya dari pengalaman enam tahun buat MBA dan empat tahun bekerja. 

Owner kedai ni mesti perempuan! Dan tak praktikal. Dia mengeluarkan telahannya. Dalam hati. 

Kakinya melangkah masuk.

Tinggg.. Bunyi sensor.

'Greetings and welcome' Sensor itu berbicara. 

Farhan tersengih. Unik. 

Matanya memandang segenap pelusuk kedai buku itu. Wow. Kalau mama dan Ezzah datang pasti suka. It is so English style. Ada tempat duduk, macam lepak-lepak sambil membaca di kiri kedai itu. Ada rak buku putih berbaris di dinding dan juga tengah dinding. Dan setiap rak itu dibahagikan ikut genre. Matanya mencari genre mana yang sesuai sehinggalah matanya menangkan perkataan Mother and Baby di satu rak putih itu. 

"So there you are." Dia berkata sendirian. Tanpa melengahkan masa kakinya bergerak ke sana. Rak buku yang penuh dengan genre ibu mengandung itu dipandangnya. Banyak juga rupanya buku-buku ni di pasaran..

Dari Bahasa Melayu sehinggalah ke Bahasa Inggeris..

Terkaku dia di situ. Yang mana satu mahu di pilih ni?

Tangannya terus mencapai buku Diet Ibu Mengandung di rak. Sinopsis di belakang dibaca.. erm not bad.

Buku itu dimasukkan ke dalam raga yang disediakan..

Sekali dia berdiri berteleku di situ.. Nak pilih yang mana pulak ni. Jari telunjukknya berlari di atas buku-buku itu... random pick! Aha!

"Boleh saya tolong?" Satu suara menegur.

Farhan terdiam. Suara tu macam pernah didengar. Pantas dia berpaling ke kanan...

Dan disitulah 'si dia' berdiri dengan senyuman terukir di bibir. Nampak makin manis. Makin matang..

Selepas 10 tahun...

Labels:


25 Surat Chenta ♥


Prolog: 10 tahun = 1 Dekad
Posted on Friday, 24 February 2012
@ February 24, 2012 by Ednin Kesukma Dewi


Tik tik.

Remote sensor kereta ditekan. Kakinya dihalakan ke arah bus stand bertentangan Sekolah Menengah (P) Raja Hamimah itu. Sepuluh minit dia menunggu di dalam kereta, mengumpul semangat berhadapan dengan gadis bertudung hitam yang sedang berdiri menunggu bas itu.

Fuhhh.. dia berdoa di dalam hati. Minta-minta dibukakan hati gadis yang sudah berada dalam lingkungan 20 tapak dari tempatnya itu.

Amin.

Tangan diraupkan dimuka.

Langkah yang tadinya laju itu, diperlahankan. Perasaan takut mula bercambah di dalam hati. Come on Farhan! Dimana pergi sikap machomu? Si inner self berbicara.

10 derap langkah lagi..

Dia memandang lagi gadis bertudung hitam di hadapannya. 

Abiir Humairah binti Abdul Halim.

18 tahun. Anak sulung kepada pasangan En. Abdul Halim dengan Pn. Hamidah. Kakak tunggal kepada Aiman Haziq binti Abdul Halim, junior dia sendiri. Ex-debater SMKPRH.

Ex-debater. Disebabkan pertandingan bahas Bahasa Melayu itulah mereka bersua muka. Dipertemukan di pusingan akhir Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri Selangor. Jatuh cinta on the spot bila melihat betapa petahnya Abiir membalas hujah tapi nasib tetap menyebelahi sekolah Farhan.

Dan sejak itu, dia cuba mengorek rahsia dari orang sekeliling mengenai Abiir Humaira.

Dari Ihsan, si kawan baik, dia mendapat tahu yang Abiir Humaira itu kakak kepada Aiman. Junior Form 1 sekolah mereka.

Dikoreknya rahsia tentang si kakak dari Aiman.

Apa kegemarannya? Hobi? Tempat lepak? Status? Single, married, or its complicated?..

Dan ini jawapan yang keluar dari mulut Aiman.

"Kak Abiir tu? Mana ada boyfriend, dia tu sumpah nerd gilerr. Dia cakap dia tamahu fikir pasal relationship-relationship ni. SPM bang oiiii. Thick glasses's mode is on."

Disebabkan itu dia tangguhkan dahulu proses mengayat si jantung hati. Berbulan-bulan jugak dia pandang si jantung hati itu dari jauh.. dipujukkan hati kerana dia sendiri pun akan menduduki SPM tahun itu.

Selepas SPM saja, dia menyiasat lagi. Berjumpa dengan Aiman, lepak-lepak di Starbucks, KFC, McD dan mana-mana tempat yang boleh melepak, mencungkil rahsia. Hohooo. Sambil-sambil tu dia jadikan Aiman sebagai informer. Bertanyakan itu ini. Lama jugak dia menjadi stalker.. sampai satu hari Aiman memberitahu.

"Abang Paan suka kat kak Abiir ke? Seriously?"

Mata yang sedia bulat itu bertambah bulat di matanya. Gelak syaitan nirrojim Aiman di tengah-tengah food court Jusco itu. Mahu je Farhan pelempang mamat tu tapi ditahan perasaannya. Mana taknya itulah sumber 'emas'nya. Kalau dia bagi pelempang, memang sahlah kena say bye bye dekat operasi ayat-mengayat Abiir si jantung hati.

"Abang, seriously.. lupakan la kak Abiir tu. Dia cakap dia tak percaya cinta-cinta sebelum berkawen ni. Kalau kawan tu serius nak dia.. dia kena masuk meminang. So abang you got no chance la."

Terkulai layu Farhan di bangku bila mendengar kata-kata Aiman itu. Lama dia memandang Aiman, meminta pengertian tapi sebaliknya Aiman hanya mengangkat bahu lalu menghirup Slurpee dengan rakusnya. Slurpee free mana tak rakus? Hewhewhew.

Sebulan lebih juga dia memikirkan cara-caranya untuk memikat si jantung hati itu.

Tapi semuanya balik kepada kata-kata Aiman.

Kalau serious nakkan si jantung hati tu = masuk meminang.

Itu saja option yang tinggal.

Tapi takkan la sampai nak masuk meminang Abiir kut? Dia nak masuk 18 tahun, aku pun nak masuk 18 tahun.

GILA!

Kepala kata gila, hati kata mahu.

Demit!

Masa tu memang dia kata gila, tak masuk akal -- dan sebetulnya memang dia nak letak tanda noktah pada nama Abiir tu -- tapi bila saja keretanya melewati bus stand SMPRH itu, bila saja lensa matanya mentitik fokus Abiir yang sedang menunggu bas di situ..

Benda yang dia kata gila, tak masuk akal tu semakin hilang.. semakin bertukar jawapan.

Gila dah jadi normal.

Tak masuk akal dah jadi make sense.

Dan seminit selepas tu, dia memberhentikan kereta di bahu jalan..

Dan setengah jam selepas berfikir, tambah tolak, bahagi darab..

Dan akhirnya sekarang dia berada dalam keadaan dua derap langkah dari Abiir yang sedang bermain telefonnya itu.

"Awak.." Perkataan awak itu keluar tergagap dari mulutnya. Oh ini yang keluar dari mulut seorang ex-pembahas?

Si jantung hati angkat muka. "Ye?"

Farhan menggenggamkan tangan.

Satu minit..

Dua setengah minit..

Tiga empat suku minit..

"Bas saya dah nak sampai ni." Dia mendengar Abiir bersuara.

Farhan diam. Kepalanya ligat mencari ayat yang sesuai.. takkan nak berlutut would-you-marry-me kut? Dah la tak ada cincin, tak ada bunga apa? Hanya ada diri sendiri...

"Awak.." Suara itu memanggil lagi.

Ada wallet yang ada RM60 je... kunci rumah dengan kunci kereta..

"Kita kawen." Serentak dia mengeluarkan jam G-Shock dari tangan kanannya. Lalu diserahkan kepada Abiir yang dah melopong di depannya.

Phewww... Farhan tahu, sumpah dia tahu, yang muka dia dah bertukar warna sekarang ni. Wajah dihadapan itu ditatapnya. Jelas sekali riak terkejut di wajah itu.

And yes si jantung hati, saya juga terkejut...

"Err.. you must be joking?" Abiir terduduk di bangku yang disediakan. Lemah kepala lutut.

Farhan turut merebahkan duduknya di sebelah Abiir. Dia sendiri dah lemah kepala lutut. Kalau mama tahu, sah-sah kena ligan ni. Ada ka suka hati pi propose anak dara orang lepas SPM? Lepas SPM ye.. diulang suara.

"Nope. I'm serious."

Abiir bersandar di kepala bangku. Oh oh..

"Tapi.."

Farhan bangun. Perkataan 'tapi' itu menyesakkan kepalanya. The buts, the however.. sumpah memang bukan ayat kegemarannya. Macam bila tengok rancangan realiti di TV.. you're good, great.. and then comes the buts, and the howevers..

Obviously..NO good.

"It's okay. Awak ambik masa fikir.." Farhan dah memulakan langkahnya kembali ke arah tempat dia memakir kereta tadi.

"Farhan...!" Dia mendengar Abiir menjerit namanya. Dia berpaling..

"I'm sorry. I cant."

Farhan berpaling dan berjalan tak menoleh ke belakang lagi.

........

"Oiii apasal ni?" Aiman duduk di sebelah Abiir yang sedang memeluk bantal di ruang tamu itu. Sejak dari balik dari sekolah tadi kakaknya pelik semacam. Bukankah kak Abiir ni selalu happy je ke bila pulang dari sekolah? Tambah-tambah bila dapat jumpa cekgu-cekgu dengan budak pelapis bahas sekolah tu.

"Aiman kenal tak Farhan Ezry? Pembahas sekolah Aiman?"

Aiman mengangguk. "Dia buat apa kat kakak?"

"Dia propose kakak."

"Propose jadi girlfriend?"

"Propose jadi wife."

Memori teringat kembali situasi tengah hari tadi. 'Kita kawen?' Fuhhh that simple two words.. yang dah membuatkan dia jadi tak tentu arah. Ketaq sampai sekarang gua habaq sama lu.

KAHKHAKHKAH.

Ketawa Aiman menyelubungi rumah dua tingkat itu.

Abiir pandang adik lelakinya yang kelihatan suka benar itu. Errr.. ada yang dia tak tahu ke?

"Serius ke kakak?"

Abiir mengecilkan mata. Kenapa dia rasa yang Aiman ada kaitan dengan semua ni?

"Apa Aiman buat?"

Aiman menguntum senyum. Serious Abang Paan, gua memang tabik spring sama lu.

"Aiman..."

"Aiman cakap kalau betul dia serius nakkan kakak.. dia kena masuk meminang!"

"Ya Allah Aiman! Bila kakak cakap macam tu?"

Aiman tersengih monkey. Obviously I made up the story.. duhhh.

"Aiman buat cerita!" Tuduh Abiir.

Aiman mengangguk sambil tersenyum bersalah.

"Yes I am.. dan betul la.. dia serius la tu. Well actually he has his eyes for you since last year. Tapi Aiman cakap kak nak fokus SPM, then he waits.. lepas SPM, Aiman saja ja cakap macam tu tapi serius Aiman tak sangka dia nak ambik benda ni bulat-bulat. Dia tu kaki usik.. ingatkan dia main-main ja."

"And he is not..." Obviously.

Aiman mengangguk sambil menggaru kepala.

"Dah tu kakak jawap apa?"

Abir diam. Muka bersalah jelas terpancar di kepalanya.

"I said I'm sorry."

Aiman terpempan di sofa. Oh oh oh.

"Aiman, you and your endless jokes. Stop it. Please. I beg you." Mata dijulingkan. Bukan sekali Aiman kenakan orang.. beratus kali dah. Kali ni? The biggest of all.

Abiir bangun dari duduknya. Pening memikirkan benda-benda ni. Ingatkan kalau tolak boleh relax, rupa-rupanya lagi sakit dari terima proposal. Demit.

"Kakak tak suka dia ke?" Tanya Aiman bila Abiir dah sampai ke kaki tangga.

Diam.

No answer.

..................................................................

Assalamualaikum semua.

Oh yes ini cerita pasal Along. Siapa tahu Along yang kaki usik tu rupa-rupanya dah pernah kena 'usik' ten years before? HAHAHA. Aiman is the winner. Eceh.

Tapi kan this is just a prolog, cerita next -- after ten years tu -- sesungguhnya saya tak tahu apa lagi nak tulis. So kalau lepas ni hiatus lama-lama, I'm sorry. Nampak sangat la idea tak sampai lagi. Hewhew.

Diharapkan anda-anda-anda-anda-yeee-anda sukakan 10 tahun = 1 dekad ini.

InshaALLAH.

Fiiamanillah.

Labels:


10 Surat Chenta ♥


Kisah Sebelum