Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Poskad 1
Posted on Tuesday 7 May 2013
@ May 07, 2013 by Ednin Kesukma Dewi


September 2009

PEN FABER-CASTELL berwarna hitam itu dicampakkannya kembali bersama-sama nota yang bertimbun di atas meja belajarnya itu. Dari tadi dia cuba fokus untuk menyiapkan laporan untuk subjek Dr. Hisham itu tapi harapan tinggal harapan saja bila mindanya bukan lagi tertumpu kepada subjek Land Surveying di hadapannya itu tetapi sebaliknya pada kad matrik yang tergantung elok di papan biru bertentangan dengan meja belajarnya ini.

Ahmad Redha Ihsan Abdul Qayyum.

Nama yang tertera di atas kad itu dibaca sekali lagi di dalam hati. Masih  tiada lagi tangkapan carian tentang diri lelaki ini di dalam kepalanya.

Buntu.

Hanya ada nama, nombor matrik dan kad pengenalan sahaja yang tertera di atas kad keras itu. Yang lain?

Tiada. Ilek. Nada.

Tiada nombor telefon untuk dihubungi, tiada nama hostel mana yang dia perlu cari, tiada nombor plat motor/kereta untuk dipanggil...

Nothing. Just nice, Ais!

Saudara, macam mana saya nak cari awak ni? Dia bertanya dalam hati.

Maisa menggaru kepala yang tak gatal tu. Sungguh, dia tiada jawapan untuk soalan itu. Matanya berpaling pulak kepada jadual peperiksaan akhir di sebelah kad matrik itu.

Dah nak start exam… Halahaih.. takkan nak dibuat tak tahu saja kut. Simpan kad matrik ni buat-buat terlupa/tak nampak/apa-apa sahaja yang boleh digunakan untuk dijawab kembali bila dipersoalkan nanti. Tak di dunia sekarang, di akhirat nanti.

Gulp. Tekak macam tersepit bila part akhirat itu muncul.

Tak baiklah Maisa. Entah-entah pemilik kad ni tengah pening mencari di mana perginya kad matrik ni. Mana taknya final exam dah nak start. Tanpa kad matrik ni, dah tentulah tak boleh masuk exam hall. Dan bila dah tak boleh nak masuk exam hall, sah-sah la kena repeat subjek.

Repeat subjek?

Maisa, itu namanya menzalimi orang tu.

Kad matrik itu dipandang lagi. Muka lelaki berkaca mata itu dipandangnya.

Lama.

Dia menggaru hujung dahi lagi. Sumpah tak kenal!

Pertama kali kut dia terjumpa dengan lelaki itu sepanjang tiga tahun dia di sini. Muka itu pun sipi-sipi saja di ingatannya. Di dalam ingatannya hanyalah seorang lelaki. Berbaju tees hitam, memakai kaca mata. Hanya tiga point itu saja yang bermain di kepalanya. Yang lain? Nada! Dah tu, celah mana lagi nak mencari pemilik kad ni?

Lelaki berbaju tees hitam dan memakai glasses bukanlah spesies rare di universiti ini. Berlambak! Merata-rata. Adess. Nasib tak baik sungguhlah hari Khamis ni!

Kepalanya mula menerewang mengingat peristiwa pagi tadi, semasa dia tersesat mencari kelas Bahasa Inggeris di School of Engineering (SOE) itu.


“Ya Allah, permudahkan hariku ya Allah.” Doa Maisa dalam hati sambil matanya menerewang mencari kelas Delta1.3c. Dari jauh matanya membaca perkataan ‘Delta’ yang tertera di plat logam di dinding batu bertentangannya itu.

Betullah ini bangunan Delta tapi kenapa dia tak jumpa-jumpa juga kelas 1.3c ni. Dari tempat parking tadi sehinggalah sudah nak masuk School of Architecture (SOA) pun dia masih tak berjumpa dengan kelas yang Nab nyatakan dalam mesejnya tadi.

Pantas tangannya mengeluarkan Samsung dari beg galasnya. Nama Nab dicarinya di direktori telefon bimbitnya itu.

Mirah, Miza, Naa.. Nabilah.

Call-in.

Teeet.. teeet..

No answer.

“Ya Allah Nab masa ni jugak kau tak angkat phone.” Maisa membebel. Ikon hijau itu ditekannya lagi. Berkali-kali. Tak sabar.

Sekali lagi. Tiada jawapan.

Jam Baby-G  di tangan kirinya dijeling sekilas. 8.45 pagi. Maknanya dia sudah lambat 15 minit untuk ke kelas Bahasa Inggeris itu.

Gulp.

Maisa menelan air liur. Muka garang Miss Talibah itu sudah bermain di kepalanya. Ayat terakhir dari wanita dari Mesir itu terngiang-ngiang di telinganya.

“Miss Maisa, if you fail to attend my class again next time I really don’t mind to exclude you from my class. By mean of that, yes, you have to repeat my subject in the next semester.”

Major gulp.

Maisa menggelengkan kepala. Tak mungkin dia mahu repeat! Bukan saja nak kena tambah satu lagi semester dengan singa betina itu, entah-entah silap haribulan  pointernya pun akan menurun secara mendadak. Dan bila pointer drop, sah-sah kena ikut proses soal selidik dengan papa yang sangat mementingkan perihal pelajaran anak-anaknya!

Sudahlah proses soal selidik dengan papa itu sama dengan mimpi hitam. Mimpi ngeri!

Mana taknya, proses soal selidik dengan papa itu dah lebih kurang sama dengan proses penyiasatan polis. Dia akan ditanya dari A hingga ke Z, ditalukan pula dengan bedilan-bedilan soalan, dan kalau jawapan masih tidak memuaskan.. back to step 1, ulang balik sampai papa puas hati. Tak ka mimpi ngeri namanya itu?

Tak boleh jadi ni. Terus halaju kaki dinaikkan.  By hook or by crook, dia mesti masuk kelas Miss Talibah jugak walau macam mana pun.

Tiba-tiba lagu Never Say Goodbye itu bermain-main di telinganya. Lampu LCD berkelip-kelip tanda ada panggilan masuk. Nama Nab tertera di skrin yang berlatar belakangkan gambar Lee Junki itu. Terus dia menekan butang hijau.

“Weii kat mana kelas ni weii? Aku dah pusing satu SOE ni cari, tak jumpa-jumpa. Kau ni biar betul bagi aku nombor bilik nih? Entah-entah salah info!” Pantas dia mengajukan soalan tanpa salam macam selalu. Darurat.

“Wohooohoooo. Chill weii chill.” Suara Nab menjengah gegendangnya. “Sekarang cuba kau bagitau aku kau kat mana ni?”

Maisa memandang sekeliling. Mencari petanda yang sesuai untuk diberitahu kepada Nab. Ada kedai peralatan menulis di hadapannya.

“Ni ha ABC Stationary Shop. Sebelah kanan dia ada lift..” Maisa menghuraikan satu persatu kepada Nab yang lagaknya macam dah tahu sangat dah dengan jalan-jalan SOE ni. Padahal Nab tu pun satu spesies dengan dia. Spesies tak ingat jalan! Lagipun SOE ni bukanlah tempat diorang. Sejujurnya inilah kali pertama dia ke sini. Tupun sebab Miss Mesir tu punya pasal.

Last minute tukar venue.. Dah elok-elok kelas kat library.. tup-tup last day class, dia tukar pergi SOE. Terkejut juga dia tadi bila melihat kelas kosong. Ingatkan kelas kena postponed (Mula dah terasa nak menari hoola-hoop kat situ). Tup-tup dapat mesej dari Nab.

“Our class will be held at Delta1.3c, SOE. 0830. Please be punctual. -Miss Talibah”

Please be punctual? Rasa nak meraung je dia kat tengah perpustakaan tadi. Mana tidaknya jam dah pukul 8.25 pagi tapi dia masih lagi di perpustakaan, menunggu di sana. Sudahla nak ambik masa ke library - SOE tu dekat sepuluh minit jugak. Itu pun kalau full speed -- tapi dengan dia yang berbazooka tergantung di belakang dan beg galas yang penuh segala harta benda ni, memang nasib  baik yang tip top saja lah nak sampai SOE sebelum 8.30. Mahu saja rasa nak ponteng kelas Miss Talibah tu tapi bila mengingatkan ayat terakhir singa betina itu…

“...By mean of that, yes, you have to repeat my subject for the next semester.”

Repeat?

Repeat?

Terus dicekalkan hatinya berlari ke SOE tapi lain halnya pula bila dah jejak je kaki kat SOE ni…kelasnya pula tak jumpa! Banyak betul cobaan dan pancaroba pagi Khamis ni.

“Eh pusing balik, kelas ni kat penjuru alam. Kau jalan terus dari lift tu.. pastu..” Suara Nab tenggelam timbul di telinganya.

“Hellloooo Ais! Kau dengar ke tak ni?” Suara Nab dah nyaring di corong telefon. Mungkin geram bila si kawan ni masih main aci-tak-aci-dengar je ni.

“Ye, ye aku tengah dengar ni. So aku kena pusing balik?” tanya Maisa cepat-cepat. Takut Nab dapat mengesan perangai berangan dia tadi. Sambil-sambil itu dia membetulkan bazooka di bahu kanannya itu.

“Kau berangan ke apa ni? Ya Allah, Ais. Relaks! Kau tahukan kau ni cemerkap bila kau gelabah. Chill…”
Maisa menarik nafas. Hembus… chill, Ais, chill!

“Macam ni, kau pusing balik menghala parking lot. Kelas ni dia dekat dengan parking. Kau jalan straight, lepas tu dekat vending machine jual air tu kau kena pusing kanan, lepas tu kau akan nampak toilet.. jalan depan sikit ada penjuru tu.. kau masuk kanan.. lepas tu kau nampak Delta1.3c.” Laju Nab menerangkan sekali lagi tanpa noktah.

Ternganga Maisa cuba mencerna arah yang diberi Nab itu ke dalam kepalanya. Parking. Straight. Vending machine. Toilet.

“Get it?”

“Hurmm… okay kut.”

“Okay la macam tu. Best of luck! Aku ni lari keluar kejap kelas dia.. kang aku lambat masuk kang mula dia Miss Nabilah, where are you going.. why you took so much time.. bla bla bala! Tak sanggup weii.. bernanah telinga aku. So nanti kita jumpa kat kelas. Kau jangan buat perangai tak datang pula. Nanti dia marah!”

“Ye, ye aku tengah datanglah ni.”

“Baguslah macam tu. Okaylah aku blah dulu. Kau cari kelas elok-elok.  Bye.”

Tupppp. Talian dimatikan laju.

Maisa hanya mampu memandang skrin yang sudah kosong itu sebelum dimasukkan kembali ke dalam bag galas. Halahaih.. Relaks Ais, relaks. Jangan cepat gelabah. Cool…

Otaknya cuba mengingat kembali ayat-ayat petunjuk dari Nab.

Pusing balik?  Vending machine.. toilet..

Dia mengangguk-angguk sendiri. Ikutnya dia macam ada perasan je vending machine tadi. Terus serta-merta badannya berpusing 360 darjah ke belakang mengikut apa yang disarankan oleh Nab tadi.

Kedebaaammm.

“Auchh.” Suara orang sebelah mengaduh di sebelah kanannya.

Maisa berpaling laju ke arah kanannya. Ada seorang lelaki yang sedang menggosokkan dahinya yang sudah jelas kelihatan merah tu. Ini mesti kes terlanggar bazookanya ini. Aduhai, susah jugak bila ada ‘senjata’ ini. Asyik mahu ‘membedal’ saja. Lelaki ini bukanlah orang pertama yang telah merasa penangan bazookanya.

“Sorry sorry. Sumpah saya tak nampak saudara kat belakang saya tadi.”

Lelaki itu mengangguk. Dia mengangkat kedua-dua tangannya, menunjukkan isyarat ‘It’s okay’. Terus dia tunduk mengutip kertas-kertas yang terkeluar dari fail biru di tangannya itu. Tanpa berkata apa-apa, Maisa ikut sama menunduk dan mengutip kertas-kertas yang berselerak di atas lantai itu. Tangan terasa mahu mengetuk saja kepala sendiri yang cemerkap tak bertempat ni. Kan dah susahkan orang lain…

 “Nah. Sorry ya saudara. Banyak-banyak sorry! Bazooka ni memang selalu buta jalan, main rempuh je orang.” Tangan dilunjurkan memberikan kertas-kertas yang dikutipnya tadi kepada lelaki itu.

“It’s okay.. I gotta go. Dah nak dekat pukul 9 ni. Saya ada kelas ni. Thanks anyway..” Tangan kanan diangkat sebelum dia berpusing, meninggalkan Maisa yang masih tercegat di situ.

Maisa melepaskan lega. Nasib baik jugalah dia tak dihentam tadi. Kalau tidak, tambah lagilah cobaan di pagi Khamis ini. Maisa mula bergerak kembali.

Tapp.. Kakinya terasa seperti memijak sesuatu. Pantas dia menunduk ke bawah. Ada sekeping kad matrik di bawah kasutnya. Pantas dia menunduk, mengutip kad matrik di atas lantai. Wajah skema lelaki tadi itu terpapar di atas kad matrik tu.

Ya ALLAH…

Serentak Maisa berpaling ke belakang semula, mencari bayang lelaki tadi tetapi koridor itu sudah pun kosong tidak berpenghuni. Hanya dengan beberapa orang pelajar yang sedang duduk di bangku melayari internet percuma universiti. Hadoii.. mana pergi pulak saudara nih?!

“It’s okay.. gotta go. Dah nak dekat pukul 9 ni. Saya ada kelas. Thanks anyway..”

Kata-kata terakhir lelaki itu diulang tayang di kepalanya. Tiba-tiba hati Maisa dipagut resah, tak sedap hati. Bila teringatkan ayat si lelaki itu.

Part sebelum part saya-ada-kelas itu keluar..

Dah nak dekat pukul 9 ni.

Gulp. Automatik matanya menjeling jam di tangan.

Dah nak dekat pukul 9? Pukul sembi-what?!  Ya ALLAH..

Kelas Miss Talibah! Mampuih kau Maisa, mampuihhhh.

* * *



I kept everything inside
And even though I tried, it all fell apart
What it meant to me
Will eventually be a memory of a _

TOK, TOK, TOK..

Jejari runcing itu mengetuk permukaan meja.

Maisa membuka headphone di kepala. Lagu In The End nyanyian Linkin Park itu hilang di gegendang telinganya lalu digantikan dengan ucapan salam dari kak Fatin; akak sebilik yang cool lagi baik di hadapannya itu. Senyuman automatik terukir di bibir Maisa.

“Bila kak Fatin balik?” tanya Maisa, berbahasa. Pen yang dipegangnya tadi diletakkan seiring dengan alat-alat tulis yang lain di atas meja. Tumpuan pada slide powerpoint tadi sudah bertukar arah ke wajah kak Fatin yang sudah berdiri di sebelahnya.

“Baru dua tiga minit lepas. Orang tu syiok sangat ber-karaoke sampai tak dengar akak balik.”

Maisa tersenyum lebar. Memang dah jadi lumrah hidup seorang Maisa dah, asal buat kerja saja kena dengar lagu. Dengar lagu je buat kerja. Pastu kalau lagu pasang volume tahap romantik-romantik, aci tak dengar ni memang tidaklah. Dia satu puak dengan head banging punya clan. Volume maksima. Maka nanti tak dalah nak twinkle twinkle little star bila buat kerja. Tambah-tambah dengan subjek ubat tidur macam ni. Memang wajib la dia dengar lagu kuat-kuat sampai nak pecah speaker tu kalau boleh.

“Ais puasakan hari ni?”

Maisa mengangguk. “Kenapa? Kak Fatin nak belanja buka puasa ke?”

“Aaahh belanja. Tapi bukan kafe punya tapi ini…” Kak Fatin meletakkan beg kertas kotak-kotak hijau yang tadi disorokkan di belakangnya ke atas meja.

“Kak Fatin bungkuskan dari rumah. Nasi lemak sambal tumis ikan bilis. Your favourite.”

“Serius ke ni kak Fatin?” Mata Maisa sudah bulat bercahaya. “Waaahhhh ini sayang kak Fatin lebih ni.” Tangannya rancak membuka bag kertas. Rakus bila mendengar perkataan nasi lemak sambal tumis ikan bilis itu.

“Ada dua ni?” Dua Tupperware di dalam bag di bawa keluar. Kening dijungkit sebelah. Banyaknya kak Fatin bekalkan untuknya.

“Bukaklah dulu.”

Pantas tangan membuka Tupperware pertama itu. Semerbak haruman nasi lemak buatan Umi Marwah -- ibu kepada kak Fatin -- itu memenuhi kompartmen biliknya.

Gulp. Dia menelan air liur. Hampir rompong imannya. Sabar, Ais, sabar… kejap je lagi waktu nak berbuka tu.

Tangan beralih pula kepada Tupperware yang kecil sedikit dari Tupperware sebelumnya tadi. Perlahan-lahan penutup itu dibukanya. Mata yang tadi bercahaya tu bertambah lagi  silauan spotlightnya bila melihat isi dalam Tupperware yang lagi satu tu. Mulut sudah jatuh terlopong. Dia terasa mahu meloncat. Rasa mahu menjerit.

“Ya, Allah kak Fatin. Ini lepat pisang ni.” ujar Maisa sambil terbangun memeluk kak Fatin yang sudah duduk di atas katil, bersebelahan dengan meja studinya.

“Iullah dari minggu lepas akak dok dengar kamu dok membebel nak lepat pisang, nak lepat pisang. Alang-alang akak balik rumah tadi, akak suruh umi buatkan.”

“Susah-susahkan umi dengan Kak Fatin je. Segan la Ais macam ni.” Maisa melepaskan rangkulannya. Dia mengambil tempat di sebelah kak Fatin.

 “Tak payah segan-segan. Ais ni dah macam adik akak sendiri tau.”

“Terima kasih daun keladi akak. Nanti Ais mesej umilah, nak ucapkan terima kasih. Sayang akak dengan umi banyak-banyak.”

“No hal. Ni Ais banyak kerja ke?” Tangannya menepuk perlahan-lahan belakang Maisa. Matanya menyoroti meja studi Maisa yang penuh dengan buku-buku itu.

“Aah semuanya nak kena siapkan minggu. Biasalah kan hujung semester memang macam ni.”

Kak Fatin mengangguk setuju. Waktu hujung-hujung semester itulah yang paling perit sekali. Semua benda perlu disiapkan. Kerja tugasanlah, laporan amalilah… dan dengan waktu peperiksaan yang bakal menjelma kurang dari 48 jam ini. Tiba-tiba matanya tertangkap sesuatu yang tergantung papan biru bila dia melihat slip peperiksaan Maisa. Keningnya terjungkit sebelah.

“Aikk.. kenapa kad matrik ni ada kat sini pulak?” Jari telunjuk kak Fatin tertunjuk ke arah kad matrik yang tergantung di board Maisa itu. Dahi sudah berkerut seribu.

“Ahh tu.. Ais jumpa tadi kat SOE. Tak tahulah macam mana nak cari pemilik dia, ingat nak bagi kat pak guard je esok. Kut-kut nanti dia ada cari kat sana ke.”

Kak Fatin bangun dari duduknya lalu mendekatkan diri pada papan itu. Kad matrik itu ditariknya berhati-hati dari papan bewarna biru itu. Takut pula merosakkan nota-nota kecil yang Maisa tampal elok di sana.

“Ini Sun kan ni?” Kad dipusingkan ke belakang membaca nama penuh yang memang tertera di belakang kad itu. “Ahmad Redha Ihsan. Aah betulla. Budak engine kan?” Tanyanya lagi.

Maisa hanya mengangkat bahu. “Mungkinlah kut sebab Ais jumpa kad ni pun kat SOE tadi. Kenapa? Kak Fatin kenal dia ke?”
“Tadak la kenal betul-betul kenal. Kenal macam tu je. Dia pernah jadi head-committee untuk sport’s day SOE, kak Fatin ni assistant dia.” Kak Fatin berterus terang. Matanya masih lagi menilik kad matrik itu. Kening berkerut-kerut, memikirkan sesuatu.
“Ermm kak Fatin rasalah kak Fatin ada simpan nombor dia lagi. Kejap eh..” Kak Fatin keluar dari kompartmen bilik Maisa dan kembali dengan telefon bimbit di tangan.

“Rasa-rasanya adalah..” Tangan Kak Fatin sudah rancak memicit butang telefon bimbitnya itu. Mencari nama Ahmad Redha Ihsan di direktori telefonnya.

“Aah… ini dia.. 012-2123111.”

Maisa hanya mengangguk. Tangannya segera mencapai pen hitam yang tersedia di atas meja itu tadi.  Sticky-note warna biru di dalam bekas pensil juga ditarik keluar. Lantas nama dan nombor telefon lelaki itu dicatatnya laju dan mengulangnya kembali untuk memastikan apa yang dicatatnya sama dengan apa yang diberitahu kak Fatin tadi.

“Aah betullah tu. Jangan lupa pulak call dia. Banyak pahalanya bila kita mempermudahkan urusan orang. Insha-Allah, nanti Allah permudahkan juga urusan kita.”

“Thanks kak. Nanti Ais akan cuba call dia tanya macam mana. Nasib baiklah kak Fatin ada, kalau tak jauh juga nak mengukur jalan nak pergi jumpa pak guard esok.”

Pen hitam dipusing-pusingnya. Hilang sudah beban yang ditanggung sejak pagi tadi itu. Kelas English tadi pun dia dah lepas bala. Semangat dia memohon maaf tadi dan nasib baiklah Miss Mesir itu mahu berkrompomi, tenang saja mendengar alasannya dan mungkin menjelang malam nanti, kesulitan yang dilaluinya sejak pagi tadi mungkin akan hilang. Betullah di setiap kesulitan, pasti ada kemudahan! Alhamdulilah.

“Kalau dah boleh tolong, memanglah kak Fatin tolong. Tak apalah, kak Fatin pun nak start buat revision kak Fatin ni. Ais sambunglah dengan kerja Ais tadi. Jangan lambat-lambatkan pula nak telefon dia. Entah-entah dia dok tengah gila cari kad matrik dia tu sekarang ni…”

Maisa hanya tersengih. “Baik kak. Insha-Allah, nanti malam Ais telefon. Sekarang nak siapkan report ni. Sebelum pukul 5 nanti dah nak kena email dekat lecturer.”

Kak Fatin mengangguk faham sebelum mara ke arah kompartmennya meninggalkan Maisa bersendirian di kompartmennya. Selepas kak Fatin berlalu pergi, Maisa sekali lagi memandang sticky-note biru itu. Nama lelaki itu dibacanya lagi.

Ahmad Redha Ihsan.

Sun? Panggilan yang kak Fatin sebutkan tadi ternigang-ngiang di telinganya. Kenapa ya bunyinya macam familiar saja ni? Tangan menggaru kepalanya yang tak gatal.


9 Surat Chenta ♥

9 Comments:

Blogger Zananis Ali said...

phewittt... awesome... :)

8 May 2013 at 14:45  
Anonymous Anonymous said...

ngaaa..hampa ni remind me of LP masa time skolah dulu..hihi..kira konon DHF of LP la..ngehngeh..its nice dear.. :)
*keena-macho*

8 May 2013 at 14:56  
Blogger mizz acu said...

sun? matahari? son? anak lelaki..
hehehehehhee.. arhh.. dorang ni penah kenal ke?
nak lagi please.. *kelip2 mata kat E*

;)

9 May 2013 at 23:47  
Blogger mizz acu said...

owhhh... ingat dah?
yang dia skodeng kat kafe tuu..

the sun of SOE right? ;)

dia sweet mcm.. (malu plak nak ckp)

9 May 2013 at 23:50  
Blogger Ednin said...

thankyu awak! *virtual hugs*

10 May 2013 at 00:52  
Blogger Ednin said...

hehehe. kami dulu pun minat LP tapi biasa-biasa je, teman kawan yang minat LP.

10 May 2013 at 00:52  
Blogger Ednin said...

sweet macam apa acu? Macam E eh? *wink wink*

10 May 2013 at 00:53  
Anonymous MaY_LiN said...

sun shine eh..
ais ais babe..
huhuhu

10 May 2013 at 20:52  
Blogger Ednin said...

hehehe. Hi MaY_LiN lama xbersua. Eceh

15 May 2013 at 22:26  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas