Poskad 15

12:21

Sebab itu hari jumpa Kak Yah, Kak Noor dan Sakeena dan borak-borak pasal buku, terus terasa rindu pada Kisah Klasik. Hehehe. Maka, nah E nak kasi teaser (sikit) untuk Poskad. I missed Sun, ecece.

Anyway, happy new year!

-------


PETANG ITU selepas sejam mereka berehat di dalam bilik hotel. Maisa terus bersiap-siap untuk ke rumah Nab. Terasa bersalah pula tidak datang membantu kawan baiknya itu sedangkan ketika Mardia bernikah dua tahun lepas, dua hari dia berkampung di rumah Mardia untuk membantu apa yang patut tetapi lain pula dengan Nab kali ini. Sudahlah dia terpaksa melepaskan peranan sebagai pengapit… kemudian, membantu untuk majlis pun tidak!

            “Eh Ais dah bersiap? Nak pergi rumah Nab dah ke?”

            Maisa mengangguk. Pashmina ungu itu dililitnya di kepala. Sedondon dengan baju blouse ungunya.

            “Ais nak pergi dengan siapa? Kejap aunty call diorang suruh hantar Ais.”

            “Eh tak payahlah aunty. Ais ambik cab je nanti. Berlambak ada kat hotel ni.”

            Puan Raja tidak menjawab sebaliknya tangannya sudah mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja itu.

            “Hurmm kat mana ni? Tolong hantar Ais pergi rumah Nabilah boleh? Aaah, sekaranglah. Jangan dok sambung tidur pulak... aah… waalaikumusalam.”

            “Alla aunty. Ais okay je, dah biasa naik cab.” Lipstik bernada natural itu diulis perlahan di bibirnya. Wajahnya di cermin dipandangnya seketika.

“Dah cantik dah.”

            “Tapi Ais tak boleh lawan aunty lagi. Aunty ni the epitome of natural beauty.” Kata Maisa sambil memasukkan barang-barang mekapnya kembali ke dalam beg soleknya.

“Betul ni aunty tak nak pergi?”

            Puan Raja menggeleng. “Kirimkan salam ye. InsyaAllah esok aunty pergi. Hari ni penat berjalan pusing Melaka. Kaki dah terasa nak tercabut… tak tahu pula yang Lia nak bawa kita jalan-jalan hari ni. Ingatkan dia dengan Akmal je nak berjalan…”

            Maisa mengangguk. Tadi sampai saja di Melaka, Akmal sudah menuju ke Bandar Hilir terus. Seharian juga mereka berjalan di tengah kota Melaka. Melawat tempat-tempat menarik di situ. Agaknya sebab itu Puan Raja kelihatan letih, sampaikan nak tercabut kakinya.

“Aunty tak apa ke duduk seorang-seorang ni? Nanti kalau ada apa-apa, aunty call Ais okay.”

            Puan Raja tergelak. Maisa melayannya seperti dia seorang kanak-kanak. Pipi gadis itu dielusnya lambat. Sejak mengetahui tentang status anak yatim Maisa semalam, bertambah-tambah sayangnya tumpah pada gadis itu. Cuma apa yang dia tak tahu adalah tentang hal keluarga Maisa. Tentang ayahnya? Adik beradiknya? Maisa jarang sekali bercerita tentang itu dengannya. Insya-Allah nanti kalau diberi masa, dia akan bertanyakan pada gadis itu.

            Ting tong! Ting tong!

            “Aaah dah sampai kut. You guys have fun, okay?”

            Maisa mengangguk. Beg tangan yang diletakkan di atas meja solek dicapainya. Tidak mahu Lia menunggu lama pula di luar. Tangannya dihulurkan kepada Puan Raja.

            “Ais pergi dulu ya aunty.”

            Puan Raja tersenyum sambil mengangguk. Dia turut ikut mara ke pintu bersama-sama Maisa.

            “Ucapkan tahniah kat Nab bagi pihak aunty okay. Cakap sorry tak datang membantu petang ni.”

            Maisa mengangguk faham. Tangannya sudah menarik pintu untuk keluar sambil badannya tunduk menyarung kasutnya. Puan Raja terlebih dahulu membuka pintu bilik mereka.

            “Aik sedondon pula korang.”

            “Kenapa? Lia pun pakai…” Maisa mengangkat mukanya, merenung figura di hadapan pintu biliknya. Gulp. Dia menelan air liur.

“You…”

            “Hai!” Ihsan melambai-lambai dari luar. Lesung pipit itu jelas di pipinya. “Nasib baik you tak tergelincir lagi hari ni.”

            Maisa tersenyum hambar. Sempat lagi lelaki itu mengenanya.

Tapi memang pun. Nasib baik dia memegang dinding tadi… kalau tidak, dia mungkin terjatuh buat kedua kalinya. Hais!

         



You Might Also Like

4 comments

  1. Nnti dh ke versi cetak, nak beli terus dari E tau.. :))

    ReplyDelete
  2. heeeeeeeee sun i bila nak timbul ni

    ReplyDelete
  3. @lavender violet; Hehehehe, I love sweet things.
    @Anonymous: InshaAllah :DDD
    @jaeshinnn: Hahahaha tunggguuuuu. Chewahhh.

    ReplyDelete