Poskad: unpublished scene

08:45

SELIPAR disarungkan. Lambat-lambat dia melangkah ke arah bilik air untuk mandi. Kantuk masih lagi merajai diri. Semalam, pukul dua belas lebih baru dia dapat lelapkan mata selepas selesaikan masalah berbangkit dengan Kak Iman tapi dalam lena nak lena dia tidur, sudah Azli kejutkan tadi suruh bangun untuk modul pertama hari ni.

Halahaih.

Inilah perkara yang dia paling tak suka apabila ikut program ni. Tidurnya mesti tak cukup lapan jam!
Friendly reminder: this is the first and last time, Sun! Dia mengingatkan diri.

Kaki dibawa berjalan meniti tanah, masih terpisat-pisat melawan rasa kantuk. Perjalanannya dari surau tempat dia bermalam ke bilik air di belakang itu hanya ditemani dengan cahaya bulan.

Kampung Leryar ini masih menggunakan tenaga solar dalam kehidupan seharian. Sebab itulah tiada cahaya pada waktu malam. Gelap-gelita perkampungan Leryar ini pada malam hari.

Mentally reminder: jangan lupa bawak torchlight.

Kan dah padan muka kau tak nampak apa-apa.

Tappp.

Kakinya berhenti melangkah. Nafas dah macam terhenti tiba-tiba. Kantuk yang tersangat tadi pun dah hilang terus. Bibir automatik beristighfar, laju. Surah-surah yang terlintas di kepala terus dibaca tanpa ragu.

Matanya memfokuskan pada objek hitam berteleku di hadapannya.

Lama.

Dah kenapa macam.…

Nafas yang macam terhenti tadi mula beralun kembali. Saluran darah yang seolah-olah tersekat dan gagal berfungsi sudah elok bekerja cuma kakinya yang masih terpaku di situ. Memandang ‘objek hitam’ yang sedang tersenyum memandang langit.

Kalau tadi, jantungnya gagal berfungsi tapi kini bekerja kuat, mengepam laju. Ihsan mengurut dada.

Ingatkan makhluk mana tadi! Rupa-rupanya Si Pluto beku ni. Senyuman tersungging di bibirnya.

Tahu juga yang Cik Ais kepal ni senyum?

Ihsan berpusing, tidak jadi melangkah ke tandas. Mahu biarkan saja Maisa dengan waktu sendirinya.

Ihsan kembali mengukir senyum, bersamaan juga dengan jantung yang tiba-tiba elok bekerja.

Siapa nak sangka kan?

---------------

Sebab baru baca laju-laju Poskad, nah ambik sikit unpublished scene (ini ke namanya?) dalam buku. Hehehehe.

You Might Also Like

11 comments

  1. yeaaaaaaaaaaay..sun ni sweet laa

    ReplyDelete
  2. da selamat khatam bebebeberapa mgg lps
    😊😊😊😊😊

    ReplyDelete
  3. Just bought the novel yesterday and just finished read it.baru perasan this part xde dlm novel.

    ReplyDelete
  4. Poscard in the house Terbaik line by line :-)

    ReplyDelete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  7. Waaaaaaahhhhh! Teruja.
    Semalam baru je habis baca poskad buat kali yg keberapa (baca byk kali tau! xpuas)
    Ada jugak unpublished scene eh??
    Cuba la sambung jugak sket2 kisah dorg if ednin xsibuk.
    Jatuh cinta sgt dgn poskad ni. xprnah bosan baca.
    Masa ke PBAKL hari tu mmg misi #1 lari cari poskad je.
    Tp sayang xsempat jumpa ednin masa tu. sbb ednin xde.
    Maybe next time.
    Hopefully ada lg ur novel pd masa depan. Sy dh ada dua2.

    ReplyDelete
  8. @Lavender Violet: hihihi thankkkkk you.
    @MaY_LIN: Hehehe ulang baca tak? Thankkkkk you. :D
    @insyirah: Yessss, ini tada dalam poskad. Sepatutnya ini epilog Poskad, tapi last minute ubah, so yeahhh. Thank you sebab sudi baca. *hugs*
    @my beadz world: Thankk you. E terharu sangat ni.
    @SheR Ara:InshaAllah kalau ada rezeki, kita akan berjumpa. Dan terima kasih atas sokongan yang tidak terhingga. E terharu sangat. :DDD *hugsss*

    ReplyDelete