Kisah Klasik!
Kisah Klasik untuk masa depan.

Salaam'alaik.

Selamat datang ke Kisah Klasik. Feel free to navi around. Click here and that. Constructive criticisms are highly appreciated. Don't forget to leave a tag!
XOXO,
E.

I update on Wattpad, Kindly click here to read more.


via theredradio9@yahoo.com

Ednin Edninn

Create Your Badge
SI HOODIES PINK [COMPLETED]

"There can be miracles, when you believe"

Intro | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | 41 | 42 | 43 | Tamat

VICE VERSA [COMPLETED]


"Sampai bila-bila Hariz tak akan maafkan dia.. Tak akan!"

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 1011 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31

Want more? Hihi proudly to say that Bencisayang is in print!

Here we go :)
Dia, A


"Farhan?"
Abiir mengangguk.
"Dia buat apa?"
"Dia propose."
"Jadi girlfriend?"
Abiir menggeleng. Matanya memandang Aiman. "Jadi wife."

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7

Masih on going yang sangatlah slow pace-nya. Ampun! Peace!
POSKAD


“Pukul sembilan kau.. cuba kau tengok. Dia pakai kemeja putih.. dengan bag BG biru tu.”
“Uhuh..” Dia berlagak tenang. "Kenapa?"
“Itulah Sun. The Sun of SOE.”

Prolog | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

Excerpt 1
CERPEN


Anekdot kau dan aku

LONTARAN KATA-KATA MANIS


.
Si Hoodies Pink 11
Posted on Saturday 11 June 2011
@ June 11, 2011 by Ednin Kesukma Dewi


Ezzaq berdiri di balkoni biliknya. Malam gelap gelita. Hanya bersuluhkan lampu-lampu di jalan tapi udara tetap nyaman. Baru lepas hujan. Sunyi. Dia memandang langit dan tersenyum. Hanya satu sebab je... yang boleh membuatkan Ahmad Firas Ezzaq jadi begini.

Hadhira.

Si hoodies pink.

Sudah lama nama itu tak terbit dari bibirnya. Tak keluar dari kotak kepalanya. Senyap-senyap dia simpan dalam hati, tak bagitahu sesiapa pun. Moved on bak kata orang putih. Yella takkan la hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kan.. orang dah tak nak kat kita buat apa nak berharap tapi tadi... sungguh dia tak sangka dia akan berjumpa lagi dengan si hoodies pink tu.

"Zaq, aku pergi belakang jap.." suara Ajip kedengaran.. 

Ketika tu dia sedang bersembang dengan opah di telefon. Sejak dah start kerja ni, on-call memanjang memang tak sempat nak balik Kedah jumpa opah. Kesian jugak tapi nak buat macam mana kan? Kerja tu tanggungjawab. Ingat boleh main suka hati je ke. Nak cuti, cuti. Nak kerja, kerja.

Kepalanya yang sebelum ini menghala ke arah deretan kedai terus berpaling ke arah Ajip yang katanya mahu berjumpa dengan tunangnya itu..

Masa tulla dia rasa macam nak pengsan. Bayangan si hoodies pink seakan-akan dihadapannya. Cuma kali ni dia tak rasa itu mimpi. Realiti. Si hoodies  pink yang selama ni disimpan ketat-ketat dalam kotak ingatan tiba-tiba muncul kembali dengan blouse putih bunga rose dan pashmina maroon. Dah sedikit feminin dari kali terakhir mereka berjumpa.

"Err really??.. orang cakap saya macam Cecilia Cheung.."

Dia ingat lagi wajah Hadhira ketika itu. Mencebir dengan mata bulatnya. Comel. Tapi sekarang dah macam matang sedikit. Agak-agaknya kalau aku perhati dia macam masa first time jumpa dulu tu, dia akan bawa keluar tak PSP pink dari beg tangannya tu. Hehehe. Macam masa first time dia nampak Hadhira yang akhirnya membuatkan dia jadi huru hara buat seketika.. kat kolej.

Ezzaq tersenyum lagi.

Tadi petang telatah si hoodies pink tu memang hampir membuatkan dia ketawa. Mula-mula peristiwa di kedai buku bila first time mereka berjumpa selepas lima tahun. Habis terjatuh buku yang dipegang Hadhira. Kelam kabut Hadhira mengangkat buku tersebut. Masa tu dia buat-buat tak nampak saja lalu menyambung perbualannya dengan opah.

Lepas tu masa dia menemani Ajip dan Jo membeli belah. Si hoodies pink tu nampak sangat tak selesa. Sekejap ke sana sekejap ke sini. Beli itu beli ini. Kelam kabut. Tak sangka sungguh si hoodies pink ni masuk kategori shopaholic juga. Yella penuh juga di tangannya beg-beg shopping. Kalah bakal pengantin yang dok sibuk pilih barang hantaran ketika tu.

"Bak sini saya pegangkan?" katanya. Kesian benar aku tengok. Tangan kanan kiri pegang beg. Kang nanti orang lalu lalang kata aku ni tak gentleman pulak..

"It's okay. Boleh survive lagi ni.."kata Hadhira lalu terus berjalan ke arah Jo yang sedang memilih perfume. 

Itulah soalan yang pertama dan terakhir yang keluar dari bibirnya satu hari tadi. Lepas tu dia tak bercakap langsung dengan Hadhira. Entah kenapa.. men's ego kut.. lagipun Hadhira pun dua kali lima jugak. Kalau dia datang dekat je, mesti akan tukar arah. Maka last last sekali dia biarkan je dulu. Nanti-nanti aku buat research macam mana nak leburkan si ais kepal tu. Macam mana ye? Dah bagi Lolipop satu kotak pun hati kental lagi ni..

...

Hadhira menekan loceng pintu kondominium miliknya. Tangannya sudah penuh dengan beg-beg shopping. Penangan betul la hari ni. Loceng ditekan lagi. Aikk mana pergi kak Nia ni? Tadi kat parking lot dia dah awal-awal menelefon kak Nia suruh tolong bukakkan pintu. Orang tangan dah penuh kan? Ngeee. Matanya mengira beg-beg di tangan. Sembilan beg. Ya ALLAH, sejak bila dah jadi wanita pemboros ni?

Tiga minit dia menunggu. Pintu dibuka dari dalam.

Kak Nia membulatkan mata. Mungkin rasa pelik bertandang dalam fikirannya kut. Jarang-jarang si Hadhira ni balik shopping dengan beg penuh di tangan. Satu tangan penuh pun jarang nak tengok.. ni hulamak dah penuh dua-dua tangan pulak tu..

"Thanks kak Nia.. Dhir bawak balik Pizza.."

Kakinya menghala ke arah ruang tamu. House sedang bermain di kaca TV. Beg-beg diletakkan di atas lantai. Kotak Pizza Hut dikeluarkan dari beg plastik. Lapar. Padahal tadi mereka berempat dah singgah Kenny Rodgers tapi disebabkan ada Ezzaq, dia jadi tak tentu arah tiba-tiba. Nak makan pun macam tak makan je..

Kak Nia tiba dengan air Twister Blackcurrent dan dua gelas. Heaven. Baru boleh melantak dengan hati yang dah okay.. sedikit.

"Shopping sakan? Kak Nia ingat Jo yang nak shopping.."

Hadhira sengih saja. Matanya di pandang ke arah TV.. buat-buat fokus. Padahal rasa terkejut tu masih ada lagi. Ya ALLAH, macam mana la boleh ada jodoh jumpa dengan mamat tu lagi..

Satu hari tadi dia rasa dia macam tak tentu arah je... sampaikan.. matanya ditalakan ke arah beg-beg yang berisi beraneka barang tu. Dari kasut tumit tinggi sampai ke perfume.. semuanya dia borong tadi.. Itu semuanya disebabkan penangan gelabah tak bertempat dia tu.. mana taknya duduk dalam keadaan kurang satu meter dengan Ezzaq membuatkan dia jadi helpless macam tu.. so untuk elakkan Jo nampak keadaan dia ketika itu dia pun berjalan mencuci mata tapi entah kenapa tup-tup barang-barang tu semua dibelinya. Gelabah punya pasal.. kut. 

Sejak bila ya cik Hadhira dah pandai jadi shopaholic ni? Buku si shopaholic karya Sophie Kinsella tu tak pernah ada chance pun nak masuk rak buku dia.. tup-tup dah pandai jadi shopaholic sekarang. Belajar mana ni cik kak?? Natural born kut.. Ngeeee..

Kepalanya dipicit-picitkannya. Pening. Beg-beg diangkat dan mahu bergerak ke bilik. Mahu mandi dan tidur... dengan harapan esok pagi bangun dah tak ada perasaan yang entah-macam-mana-nak-describe ni.

"Aikk.. sikitnya? Baru satu slice" tegur Kak Nia. Mata masih memandang House yang sedang bertekak dengan Cuddy.

"Kenyang la kak Nia.. kak Nia nak habiskan pun tak pa.. Dhir dah tak makan kut.. rasa nak retire awal malam ni.. penat."

Kak Nia hanya mengangguk lalu memfokuskan lagi matanya ke arah TV. Memang hantu HOUSE betul minah sorang ni.

Labels:


2 Surat Chenta ♥

2 Comments:

Blogger فنيڠ ڤيکيراڤ said...

best!

12 June 2011 at 15:03  
Blogger Ednin said...

trimasss! sangat dihargai~!

12 June 2011 at 23:56  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home



Kisah Sebelum | Kisah Selepas