Bab 1: 10 tahun = 1 dekad

12:32

Kunci kereta dicampakkan ke atas katil. Seminit selepas itu dia merebahkan diri sekali -- bersama dengan kunci yang dilemparkan tadi -- ke katil yang bercadarkan corak abstraks maroon + hitam itu. Tali leher yang menjerut leher dilonggarkan. Tangan kanan diletakkan di dahi. Mahu merehatkan otak selepas hari yang sibuk. Satu hari berlari sana sini.


Dari kilang di Balakong berlari balik ke office di Damansara untuk meeting. Lepas tu lunch date dengan client dan malam ni pukul 8.30 ada dinner di Concorde pulak. Nasib baik rumah di Shah Alam. At least, tak da la gila sangat nak redah jam nanti.

Mata dipejamkan.

Seminit..

Tok tok tok.

Dia mendengar ketukan pintu. 

Tok tok tok.

Dia memejamkan mata. Tak mengendahkan ketukan pintu.

Selepas seketika, dia terdengar pintu dibuka. Bunyi tapak kaki bergerak ke arahnya.

Tapak kaki itu berhenti. Diam.

"ALONGGGGGGG!" 

Terkejut. Terus dia bingkas bangun. Wajah yang masam mencuka itu dipandangnya. "Kenapa ni Ezzah. Along penat lah."

Ezzah tersengih. "Saja nak kejutkan. Ingat Ezzah tatahu yang Along buat-buat tak dengar bila Ezzah ketuk tadi?"

Farhan mencebir. Tahu saja dia ni..

"Kenapa?"

Ezzah tersenyum manja. Kedua-dua tangannya disuakan, seakan-akan meminta sesuatu. Kening Farhan terangkat. Tak faham.

Muka yang senyum tadi kembali masam. Ezzah terus duduk di birai katil. Geramnyaaaa!

"Kenapa?" Farhan bertanya lagi.

"Lupa lagi la tu?"

Farhan tersengih. Obvious. Kut. Tapi sengihannya mati bila terpandang mata yang sedang tajam memandangnya. Dia cuba memikirkan apa yang adiknya inginkan ini. Apa yang dia mengidamkan? Sejak Ezzah berbadan dua -- dan Hariz masih di atas kapal, bekerja -- dialah yang bertukar menjadi tukang beli menggantikan Hariz. 

Tukang beli durian belanda bila Ezzah teringin.

Tukang angkat bag bila dia mahu shopping. And knowing Ezzah, yang kaki shopping tu.. wow!

Tukang lain-lain.

Fuuhhh. Mula-mula dia geram juga. Mana taknya pukul dua pagi, ketuk bilik teringin nak makan ikan bakar. Siapa tak geram. Tapi bila mengingatkan hanya dia yang Ezzah ada -- atas darat, kalau Hariz ada, dia pasti Ezzah tak akan cari dia -- dia turutkan jua. Takkan nak suruh papa yang dah tua tu kut, atau Ezzaq yang dah ada anak bini? Maka semuanya kembali kepada dia.

Nasib baik adik perempuan sorang. Kalau dibuatnya sepuluh.. owhhhh.

"Berangan! Along mesti tak beli kan?"

Farhan cuba memikirkan kembali. Apa yang dia lupa..

"Along... nanti on the way balik carikan buku pregnancy kat Ezzah eh?" 

Gulp.

Dia menepuk dahi. Pregnancy book! Ya Allah.

"Kan lupa lagi kan? Dua minggu lepas lagi Ezzah dah ingatkan. Every day. Every morning."

"Along lupa. Busy. Sekarang akhir tahun, banyak benda nak kena check."

Ezzah menjeling. Dua minggu! 

"Yellah. Yellah." Farhan mencapai kunci kereta disebelahnya. Dia bingkas bangun berdiri. "Along pergi beli sekarang." Rasanya tadi on the way balik dia ada kedai buku di deretan kedai. 

"Tak payahlah.. nanti Ezzah pergi beli sendiri." Tiba-tiba dia rasa dia dah terlebih. Nak merajuk dengan Along sendiri. Padahal memang betul pun, nampak sangat dah, yang Along tu penat bekerja. Tambah-tambah bila papa selalu sakit-sakit sekarang ni. Kerja Along jadi double. Uruskan kerja sendiri, kerja papa..

Farhan menggelengkan kepala. "No." Dia dah berjanji dengan Hariz. Kalau apa-apa jadi kat adik dia. Terjatuh ke.. mampus. Dah la Hariz tu lagi besar daripada dia. 

"Tapi.."

"You stay here? Or do you want to tag along?"

Ezzah menggeleng. Malas nak menukar baju.

"Okay buku mengandung kan?"

"Beli banyak-banyik sikit ye Along.." Ezzah menjerit.

"Iyeeee." Jawabnya perlahan. Kaki dihalakan ke tangga. Kalau macam ni la susahnya nak jadi 'husband', sejuta kali dia fikir balik pasal cadangan-cadangan -- orang tersayang -- yang menyuruhnya berkawen.

Hands down.




Book cottage. Dia membaca dalam hati. Pelik sungguh namanya. Kalau dua kali tengok, rasa tak macam kedai buku. Macam kedai cenderahati. Dari perkataan cottage itu, of course. Tidak komersial. Itulah pendapatnya dari pengalaman enam tahun buat MBA dan empat tahun bekerja. 

Owner kedai ni mesti perempuan! Dan tak praktikal. Dia mengeluarkan telahannya. Dalam hati. 

Kakinya melangkah masuk.

Tinggg.. Bunyi sensor.

'Greetings and welcome' Sensor itu berbicara. 

Farhan tersengih. Unik. 

Matanya memandang segenap pelusuk kedai buku itu. Wow. Kalau mama dan Ezzah datang pasti suka. It is so English style. Ada tempat duduk, macam lepak-lepak sambil membaca di kiri kedai itu. Ada rak buku putih berbaris di dinding dan juga tengah dinding. Dan setiap rak itu dibahagikan ikut genre. Matanya mencari genre mana yang sesuai sehinggalah matanya menangkan perkataan Mother and Baby di satu rak putih itu. 

"So there you are." Dia berkata sendirian. Tanpa melengahkan masa kakinya bergerak ke sana. Rak buku yang penuh dengan genre ibu mengandung itu dipandangnya. Banyak juga rupanya buku-buku ni di pasaran..

Dari Bahasa Melayu sehinggalah ke Bahasa Inggeris..

Terkaku dia di situ. Yang mana satu mahu di pilih ni?

Tangannya terus mencapai buku Diet Ibu Mengandung di rak. Sinopsis di belakang dibaca.. erm not bad.

Buku itu dimasukkan ke dalam raga yang disediakan..

Sekali dia berdiri berteleku di situ.. Nak pilih yang mana pulak ni. Jari telunjukknya berlari di atas buku-buku itu... random pick! Aha!

"Boleh saya tolong?" Satu suara menegur.

Farhan terdiam. Suara tu macam pernah didengar. Pantas dia berpaling ke kanan...

Dan disitulah 'si dia' berdiri dengan senyuman terukir di bibir. Nampak makin manis. Makin matang..

Selepas 10 tahun...

You Might Also Like

25 comments

  1. Yeayyyy along dah ketemu kembali cinta 10 tahun dia!.
    Tp nntu mesti girl tu igt along dah kawen sbb along beli pregnancy books.
    Hoohoo.

    -Zatie-

    ReplyDelete
  2. oh la la. along ni belum apa2 dah tunjukkan ciri-ciri suami + ayah mithali dah. bravo! eh eh, adakah si dia itu pemilik kedai buku itu? ;)

    ReplyDelete
  3. awww, nnt abir mesti ingat along dah kawin :'(

    ReplyDelete
  4. yoo ed..thanks 4 new entry.. :0 along+abg mithali+suami mithali bak kate hajar... si dia kot yg tegur along kan kan... dlm kedai yg ala english garden...awww sweet la..

    ReplyDelete
  5. Errkk, agak2nye Abir ingt lagi ke kat Along? Adoilaa, dah la Along tgh pilih buku mengandung. Alahai.

    ReplyDelete
  6. baru je teringat..tup2, ada entry baru :D

    ReplyDelete
  7. yea yea along is back!!cepat2..tak sabar nak tau ape reaksi masing2..ehehe

    ReplyDelete
  8. @zatie: Mestilahhh harus jumpaa. HAHAHA mari kita tunggu dan lihat.

    @Hajar: HAHAHAHA. Along kan baikkkkk. ;) Mungkin.

    @nim: Awwww.. janganlah sedih-sedih. :D

    @syira d.: you're welcome. hahahaha. si dia tu lla yang tegur Along.. hehehe.. sweet eh?

    @Nur Husnina: HAHAHAHHAA. Alahahaii.. i suka buat orang beralahaiii.. :D :D

    ami: Hehehehe. :) Sama pulak kan.. instinct awak hebat nih!

    @fifieqa: hehehe. aah kan camner reaksi memasing.. :)

    ReplyDelete
  9. yeay yeay.. ada entry bru.. hehehehe...

    ReplyDelete
  10. ednin..... sorry plzz tukaq warna tulisan tu mata ai ni dah tua laaa.....puas nak kena celik.......

    ReplyDelete
  11. Musnah sudah harapan si dia yang 10 tahun menunggu along tuh...
    Tengok2 orang yang ditunggu beli nuku untuk rujukan is3 yang mengandung...

    ReplyDelete
  12. owh... citer abang ezzah plak ekkk.. hehe...menarik! jumpe lepas 10 tahun y lalu direject... hehe...

    ReplyDelete
  13. alololo..
    along beli buku ya..
    yeah..ezzah ade..
    hihihi

    ReplyDelete
  14. ahaaa.. along!! abiir mesti igt along dah kawen. isyy3..

    ReplyDelete
  15. akhirnye jmpe lik lps 10 thun,lps lmran ditolak tp still de jdoh nie jmpe lik nie..nti mst ag sweet along n partner kn

    ReplyDelete
  16. akhirnya..ketemu cinta selepas 10 thn...hehe...suke2...

    ReplyDelete
  17. cmner nk tgk previous chapter..anyone can do a favour...tq

    ReplyDelete
  18. @miss kira: yeayyyyy *lompat sekali*

    @sgurl90: hahaha. musnahhh sudah harapan 10 tahun tueee. :) :)

    @n.haliban: aaah cerita along plakkk. hahahah. saya ni buat cerita adik beradik je kan..

    @mayLin: ezzah wajib adaaa.. takut korang lupakan dia..

    @mar chan: tu aahhh. lets see what happen lepas ni eh..

    @nur79: hahahaha. lagi sweetttt? tatahuuuu laaaah.. hahaha

    @zyx: trimaasssss//

    @ANON: dekat sidebar kiri, ada 10 tahun= 1 dekad kan? awak click je kat situ.. dia akan letak chapter by chapter.. sorryyy :((

    ReplyDelete
  19. ednin....

    dh try tp still x blh bukak previous chapter....wuaaaa....

    ReplyDelete
  20. miss ed!!!! cepat lah smabung *jgn marah saya demand* best22... suke gile ni >.<

    -yani

    ReplyDelete
  21. Kak Ednin , cepat sambung okayyyyy :DD

    ReplyDelete
  22. @fallenmoon: TQ. :)
    @anon: Serius? Alamak. Tak boleh eeehh. Apasal eh? Awak guna browser apa? Tapi cerita ni memang baru lagi.. ada prolog je.
    @Yani: HEHEHHEHE. InshaALLAHHH. :) Sabar ye adikkk.
    @Anon: Roger! :)

    ReplyDelete
  23. aihh..ai terlangkau bab pulak.. hehe.. along!!! suwitnyerrrr... abg ai pon x cmni tauu.. hhuhuhu

    ReplyDelete
  24. @Acu: Macam mana boleh terlangkau ni.. hehehe.. abang you xmacam tu? Tapa biar I yang jadi mcm tue.. ahak..

    ReplyDelete